Followers

Monday, June 20, 2011

esok dah kerja :(

Assalamualaikum...
hye semua....
erm...pertama sekali sebelum pape nak mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak balas jejak yang ditinggalkan.1st sebab tak ada masa dan 2nd sebab ni lappy pinjam. aku tak bawak lappy pon dok umah sewa ni.bukan saja-saja tak nak bawak tapi BB dah kena bar sebab tak bayar. so, dah gaji nanti la I bayar ye BB. terima kasih pada yang sudi datang blog tinggal ni. nanti ada masa yang sesuai aku akan datang terjah blog korang balik ye. terima kasih juga pada yang sudi tinggalkan komen.nanti juga akan dibalas. hik3....

esok aku akan start kerja semula selepas 4 hari aku off. ekceli aku off ni sebab patient aku admit ward. so, anak dia kata tak payah datang jaga sebab kat hospital nurse ramai. buat rugi je dia bayar kat KPJ hospital berpuluh ribu tapi nurse kat situ tak buat kerja.

disebalik cerita tu sebenarnya, esok merupakan 1st day aku kat rumah client baru. kalau sebelum ni aku jaga yeye (atok) esok aku akan jaga popo (nenek) pula. kenapa? sebabnya client aku sebelum ni dia minta tukar nurse. dia nak nurse yang berbadan lagi besar berbanding dengan badan aku yang kecik, comey dan kiut ni...ha3. dia kata, dia kesian tengok aku kena angkat bapak dia tu. erm...yeye tu tak la besar mana pun. tapi disebabkan dia lumpuh separuh badan, kita terpaksa gunakan sehabis tenaga kita untuk angkat yeye. jadi, aku tukar dengan kawan aku yang 'besar' sikit berbanding dengan aku. client aku yang baru ni pulak CRIB (complete rest in bed), so aku tak payah susah nak angkat. tapi banyak juga kerja, cam yeye boleh duduk kat wheelchair, boleh suap sendiri kalau makan. tapi popo semua kita kena buat untuk dia. termasuk lah yang tuttttttttttttttttt.....tu. tapi bagi aku, benda tu tak kisah pun. lagi pun dah biasa buat time praktikal dulu. sekuang-kuangnya bila aku kerja dengan client baru ni aku boleh apply nursing care yang aku dah belajar selama 3 tahun yang lepas.

so, doakan lah aku esok ye.opsssss....esok start kerja pukul 1ptg hingga 10 malam. dan untuk hari yang berikutnya, 7pagi hingga 7 malam, dan aku akan sambung sehingga jam 10 malam. sebabnya anak client tu minta. so, yang lebih 3 jam tu dikira sebagai OT. massssssyyyyyuuuuukkkkk..................! ! ! !
gaji berapa? ? ?hu3... biarlah aku je yang tau.yang pasti setaraf dengan mereka-mereka yang bekerja di private hospital.dan setanding dengan kelulusan yang aku ada.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

pukul 3 pagi main teka teki.....

Assalamualaikum...
Hye semua...
selamat bekerja bagi yang bekerja. macam aku hari ni aku off. so, masa digunakan untuk melunaskan janji-janji entry yang lepas-lepas. masuk hari kedua aku bekerja untuk shift malam:: dari jam 12 AM hingga 3 AM aku still lagi boleh bertahan. itu pun disebabkan yeye ajak main teka-teki. yeye ni kalau ada benda yang dia nak tapi anak-anak dia tak dapat tunaikan dia tak boleh tidur. akibatnya, aku, wife dia dan anak menantu dia akan meneka apa yang dia nak.yeye kan tak boleh cakap, so dia akan gunakan tangan dia sebagai isyarat. tapi kadang-kadang tersasar juga dari tekaan. bila dah salah, yeye tak boleh nak tidur. adoiiiiiii...memang kena banyak bersabar juga la.

malam kedua. pukul 4 pagi baru aku boleh melelapkan mata. itu pun sebab yeye dah tidur. penat kot main teka-teki dengan kitorang. dia bagi teka-teki dia tak bagi jawapan. kan dah penat. ha3...

ekceli kerja aku memang senang. kalau pesakit tidur, aku pun akan tidur. tapi bukan la tidur sekatil dengan yeye tu.family pesakit tu ada sediakan sebuah kerusi malas untuk nurse yang menjaga. so, rileks je kerja ni. yang parahnya bila kerja shift siang.

masuk hari aku kerja shift siang, serius aku bagitau kat korang yang tersangatlah boring.yeye pun tak banyak pi toilet. dia asyik tidur je sebab malam dia asyik berjaga nak pi toilet. time popo (nenek-wife yeye) masak untuk makan tengah hari, aku pi sibuk-sibuk tengok dia kat dapur. dah yeye tidur, aku pun menyibuk la dengan popo pulak. tapi tak lama pun, sebab popo soh aku pi dok tengok yeye. dah dia kata macam tu, aku pun pi duduk sebelah yeye, sambil tengok tv dan terus ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZ.....tersedar pun sebab yeye tolak kerusi yang dia letak kaki tu. itu tandanya dia nak pi toilet.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Sunday, June 19, 2011

yeye

Assalamualaikum...
Hye semua..rindunya kat korang semua. dah berhari-hari tak berblog. biasa la, pekerjaan yang penuh dengan komitment macam aku ni memerlukan pengorbanan. ceh...ayat tak boleh bla ye dak....hahahaha...
okey, entry kali ni nak cerita pasal 1st day kerja.
*********************************************************************************

HARI PERTAMA::
1st day ekceli aku patot start keje pagi. tapi aku minta excuse sebab jauh nak gerak dari batu gajah ke ulu kinta. dekat sejam weh...disebabkan itu aku amik keputusan untuk tinggal dekat rumah sewa dengan member aku yang kerja private nurse jugak. so, bermula la kehidupan yang aku perlu berdikari. kat umah baju masuk mesin je, kat sini kena basuh guna tangan sebab tak ada mesin basuh..hu3...tak pe la.de
mi mencari rezeki aku redha...ha3...sampai umah sewa terus pi makan. rehat-rehat, pukul 5stgh ptg aku siap-siap nak pi kerja dah. sebab masuk pukul 7 malam.agak berdebar juga. dari DESA AMAN, PENGAKALN ke ULU KINTA, TG RAMBUTAN, ambil masa lebih kuang 45 minit. nasib naik moto, so aku boleh cilok-cilok skit.erm...sampai je rumah client, diorang dah memang siap tunggu aku. tengok jam baru pukul 6.50 petang, lambat ke aku ni ? ? ? owh...tidak rupa-rupanya mereka isau aku tak masuk umah.ha3....

sampai-sampai aku terus dikenalkan dengan bapa diorang yang sakit tu. panggil yeye...iaitu maknanya atok.

aku:: yeye, ni hao....

yeye:: <cuma senyum je...sebab dia tak boleh bercakap.>

macam yang pernah aku bagitau kat entry ni, yeye ni paralyze bahagian kanan. iaitu akan efect pada percakapannya. lagi satu, yeye tak pergi pada rawatan hospital. dia hanya menjalani rawatan secara tradisional. bagi aku, ada baik ada buruk. nak-nak yeye ada ketumbuhan pada otak dia. kebaikkannya sebab yeye dah tua. kalau die buat rawatan kimoterapi atau menjalani pembedahan, risiko kematian lebih tinggi sebabnya yeye dah tua dan sistem pertahanan badannya dah lemah.

malam pertama bekerja, dekat 10 kali aku kena bangun sebabnya yeye dak dekat seminggu tak BO (bowel open) @ berak...ngeh3...so, petang sebelum aku masuk kerja tu, anak dia dah berikan enema untuk yeye BO, padahnya malam tu memang yeye BO je kerjanya. tapi aku bawak yeye pi toilet bukan sorang-sorang, ada menantu perempuan dia yang tolong aku. 

huh...penat lor...balik kerja pukul 7 pagi. beli breakfast, balik rumah, dah siap makan, mandi terus tidur. sedar-sedar dah pukul 3 ptg...ha3....bagun pun sebab dah rasa lapar. kalau macam ni hari-hari aku boleh gemuk weh. selepas tu rutin aku macam tu la untuk tiga hari.

okey la syang-sayang ku semuanya. untuk hari kedua next entry pulak ye. ada sesuatu yang mengejutkan aku...

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, June 14, 2011

sekejap je ni....

Assalamualaikum...
entry di tulis dalam keadaan kelam sikit...hik3...
helllooooo semua.....
rindu sangat-sangat...
kehidupan baru telah bermula, so masa untuk berblog agak terhad.harap semua faham ye.sebenarnya banyak benda nak cerita bila dah kerja ni.cuma masa je yang tak mengizinkan.apa yang aku boleh bagitau yang aku happy dengan kerja sekarang ni.cuma kadang-kadang je ada stress sikit. tapi benda tu biasa la kan bagi yang dah bekerja. okey la.sampai disini dulu. lain kali jum pa lagi.

ASSALAMUALAIKUM

Friday, June 10, 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. 

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. 

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.  
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).  
  • Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.  
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.  
  • Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. 
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 
  • Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 
  • Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.  
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.  
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
              Berkata Saidina Ali:
              • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
              • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
              • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. 
              Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
              • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 
              • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 
              • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. 
              • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 
              • Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 
              * Diampunkan dosanya yang lalu.
              * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
              * Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

              Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

              Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

              Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

              Allah menjawap:
              Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

               Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
              "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".

              (dari kitabRaudatul Ifkar)

              Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

              Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

              Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

              Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

              Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
              Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

              REJAB bulan menabur benih.
              SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
              RAMADHAN bulan menuai.

              REJAB menyucikan badannya.
              SYA'ABAN menyucikan hatinya.
              RAMADHAN menyucikan rohnya.

              REJAB bulan taubat.
              SYA'ABAN bulan muhibbah.
              RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

              Thursday, June 9, 2011

              nak kerja dah....

              Assalamualaikum...
              Hye semua. semalam ingat nak sambung story pasal private nurse. tapi disebabkan aku dah kepenatan, sampai-sampai rumah, mandi & terus landing atas katil sambil 'bercinta' dengan en.tunang.

              semalam aku dah pi jumpa dengan bos agensi tu & dah jumpa client tu. yang best ialah partner aku masa kerja ni ialah kawan kolej aku dulu. Ned.yahoooo...so, aku tak ada la rasa takut sangat.shift kitorg lain-lain. Ned akan mula dengan shift malam hari ni. start pada pukul 7.00PM-7.00AM esok hari dan aku pula akan start esok 7.00AM-7.00PM. untuk shift yang seterusnya kami tak bincang lagi. sebab apa ? ? ? sebabnya, bos suruh kami yang discuss sendiri pasal shift. best kan bos macam ni....hik3...

              okey..bercerita pasal client kami pula. ****Chinese****yang kami kena jaga ialah bapa dia. **73 years old**stroke**hemiplagia (lumpuh sebelah anggota---kanan). dari segi background family die, diorang sangat baik. salah seorang anak patient ni convert to islam. so, kat situ kami rasa bersyukur sebab diorang semua faham apa tanggungjawab kami, apa yang kami boleh buat dan apa yang kami tak boleh buat. mula-mula rasa takut. dan last-last rasa lega.

              erm..pasal gaji pulak ? ? ? ha3..boleh la.standard gaji yang sepatutnya seorang yang ada diploma in nursing macam aku. ekceli banyak lagi nak cerita. tapi lain kali la.petang ni aku ada hal dengan kehidupan baru aku.


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Wednesday, June 8, 2011

              private nurse

              Assalamualaikum...
              Hari ni punya la awal aku bangun. pukul 8. selalunya time cam ni aku lena lagi atas katil. lepas solat subuh sambung balik tido.selagi mama tak membebel sambil ketuk pintu bilik aku macam nak roboh jangan harap la aku nak bangun. nak-nak pulak aku tengah "cuti"...fuhhh...lagi best la aku tido.

              Tepat pukul 8 aku dikejutkan dengan panggilan telifon dari nombor yang tidak dikenali.
              eeeee....rasa nak campak je nset. tapi mengenangkan tu je nset mahal touch touch tau nset aku yang aku ada, aku pun jawab la call tu dengan suara bangun tidur yang cuba aku cover.

              PEMANGGIL:: hello...good morning, may i speak to mis Nor Suhaiza...

              dan si pemanggil ni siap spekang dengan aku, terus jantung aku mengepam darah dengan lebih cepat dan laju. minda aku berfikir dengan lebih pantas, sapa lak yang poyo speakang ngan aku pagi-pagi buta ni...pang kang...


              AKU:: hello...good morning. Yes..I'm speaking. boleh saya tolong....

              ceh...cakap omputih. berterabur la wei....

              PEMANGGIL:: I en.muhendran dari SMART FOCUS ENTERPRISE. one of company yang sediakan service perkhidmatan private nurse. you kawan dengan nazira kan ? ? ?

              AKU:: oh...yup.I kawan dengan nazira. I memang tunggu pun Sir call sebab nak bincang pasal kerja tu. so, how ? ? ?

              PEMANGGIL:: okey good. petang ni I nak jumpa client tu untuk discuss pasal hal ni. so, can we meet n sit to discuss about the gaji n etc.

              AKU:: okey...saya boleh je. pukul berapa ye nak jumpa ? ? ?

              PEMANGGIL:: around 5 p.m kita jumpa bole ? ? ?

              AKU:: okey..5.pm at ............

              PEMANGGIL:: okey...bye.

              AKU:: thank you sir. bye...



              yesssssssssssssssssss.......
              aku dah dapat kerja.
              rasa nak menjerit seronok n melompat-lompat seperti kera mendapat pisang setandang....
              Syukur Alhamdulillah.
              dah berhari-hari aku tunggu call ni....

              so, hari ni i nak pi dating dengan en.muhen tu...
              suara macho...ha3..panggggg...amikkau...gatai...

              so, lain-lain cerita kena tunggu lepas aku pi jumpa en.muhen tu.... 


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM...

              Tuesday, June 7, 2011

              greenynatik

              Assalamualaikum...
              Sebelum ni aku ada publish entry pasal pinkynatik. salah sorang yang tergolong dalam golongan tu ialah diri aku sendiri. kalau boleh semua nak pink. ni pun tengah jadi kaki bodek mintak kereta myvi warna pink tu....berangan la ko ieja, silap-silap ko dapat kancil je :((


              entry kali ni untuk mereka yang gemar warna hijau. aku gelarkan korang greenynatik...ngeh3...jom tengok mereka yang HULK ni..:P

              • merujuk kepada seorang yang tenang, stabil, penyabar, bertanggung jawab dan berfikiran lebih positif.  
              • Kebanyakan personaliti hijau lebih mementingkan ketepatan, sesuatu yang sempurna (perfectionist), well manage( lebih terurus) dan matang dari segi perwatakan. 
              • Namun, mereka agak perlahan dalam melakukan sesuatu keputusan atau tugasan, keran mereka terlalu mementingkan  ketepatan dan mutu sesuatu yang dilakukan. Keputusan yang diambil mengambil masa kerana personaliti ini mementingkan fakta realiti. 
              • Personaliti ini didapati ada pada pengurus keluarga, accountant, scientist atau pengkaji.
              • Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. 
              • Warna ini mempunyai sifat: meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Mereka yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain

              greenynatikkkkkkk.....korang ada tak sifat-sifat kat atas ni ? ? ?
              ni hanya sebagai bacaan je.kalau ada sifat-sifat tu pada korang maybe satu kebetulan yer..
              happy blogging :))



              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              bloglist


              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              fuhhhh...penat betul hari ni. bukan buat apa pun tapi tak terlawan aku dengan segment BEN ASHAARI ni. mencanak followe aku. tapi bukan itu yang aku cari dalam berblog. aku ikhlas dalam berblog.dulu ye aku mengaku budaya 'i follow u. u follow i tau' jadi pegangan aku dalm berblog.lama-lama timbul kesedaran sivik. 

              Bersemperna dengan aku join segment BEN ASHAARI tu, satu bloglist telah diwujudkan. kalau sebelum ni aku ada dua bloglist. sekarang bloglist tersebut telah di edit. la ni kan musim angpa dok gila kat SETH TAN kan??? lelaki ramai la mengaku yang depa tu SETH TAN..termasuklah en.tunang aku. adooooyaiiiiii...aku ye kan je la.hik3....so, untuk bloglist kaum lelaki aku namakan mereka SETH TAN....sebut slow2.kalau sebut laju-laju sebutan jadi lain.ngeh3...

              Yang pompuan pulak jadi NORA ELENA la...angpa nak ka jadi Yvonne  ? ? 

              Yang Muhammad Qadri tu pulak adalah anak SETH TAN & NORA ELENA. ni yang aku tau dari novel la. sebab novel dia dah hampir 5 kali aku baca. serius aku bagitau kat korang, aku tak layan cerita ni kat TV. sebab time maghrib ayah & mama dah latih aku jangan on TV waktu maghrib since aku kecik lagi.  


              opssss....pada mereka yang add on aku dalam bloglist tu, terima kasih banyak-banyak. keep in touch okey....
              thanks to BEN ASHAARI sebab buat segment macam ni. hari ni pun dia buat lagi, tapi aku tak join. ngeh3... sebabnya yang semalam punya pun aku tak abeh lagi.

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              kesan jika tidak bersenam

              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              Mulakan pagi anda dengan senyuman yang paling indah. jangan sombong okey...
              Time ni mesti ramai yang dah ada kat office kan ? ? ?
              Selamat bekerja yer. Sebelum pi office tadi sempat tak buat senaman ? ? ?
              Kalau tak sempat buat yang senaman yang berat-berat, buat yang ringan-ringan pun bole. Sesambil duduk kat kerusi empuk kat oofice tu pun boleh.

              Ni bagitau sikit info kalau kita tak melakukan senaman::

              2 minggu tidak bersenam:
              • kekuatan otot berkurangan
              • kekuatan jantung untuk mengepam darah sedikit menurun
              2 bulan tidak bersenam:
              • otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan
              • kekuatan jantung untuk mengepam darah menurun
              2 tahun tidak bersenam:
              • terdapat pengumpulan lemak didalam badan
              • kekuatan jantung untuk mengepam darah berkurangan sebanyak 50 %
              • kekuatan otot menurun. sakit sendi menyerang.
              So, mulakan hari anda dengan senaman ringan supaya tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik. bagi mereka yang berusia antara 35-40 tahun dan keatas, sila dapatkan pemeriksaan secara berjadual. 

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Monday, June 6, 2011

              JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG



               jom ramai-ramai join...
              click kat link atas tu k...

              SALAM KENAL ;)

              Jemaah Kolesterol ! ! !

              Assalamualaikum...
              Hye semua.
              Hu3..muka nampak macam malas je ye nak bekerja.
              Ye la, semalam cuti. pi kenduri, jalan-jalan dengan en.boipren dah tentula hari ni malas kan nak kerja.
              Bagun-bagun pi buat nescafe ke milo ke bagi cergas sikit.
              Apa??
              Nak makan nasi lemak ? ? ?
              amboiii...
              tak pe. pi la.
              tapi jangan sampai jadi macam cerita 'Jemaah Kolesterol' hari Sabtu TV3 pukul 10 haritu dah la...ngeh3....

              Bagi aku cerita tu sarat dengan nasihat. Sesuai sangat la TV3 tayang time musim kenduri sekarang ni. Tak ada la asyik-asyik cerita pasal cinta. Sekurang-kurangnya cerita tu dapat bagi kesedaran.

              Jangan percayakan kepercayaan karut dan syirik. Pi masjid tiap-tiap waktu solat, tapi akidah tetap terpesong dengan kepercayaan karut. Dah tiba ajal seseorang tu kena la terima.bukannya mengaitkan kematian seseorang tu dengan kepercayaan tahyul.

              Pemakanan yang seimbang. Macam mana la tak sakit. hari-hari pas balik sembahyang subuh singgah dulu pekena roti canai dan teh tarik. tu belum masuk lagi yang nak buat sedekah amal jariah belanja kawan. datang pulak sorang lagi belanja nasi lemak. kalau hari-hari la menu tu je, berapa banyak kalori dah terkumpul dalam badan. dan la tak bersenam. time lepas solat isyak pulak, ada ceramah agama. dah sah-sah ada jamuan makan.

              Niat kena betul. Ada ke pi dengar ceramah kat masjid sebab ada makanan sedap-sedap lepas ceramah. aisssshhhh...bini kat rumah tak masak ka??? kalau tu la niat, baik tak payah pi.

              Tahap kesihatan. Jangan menilai tahap kesihatan sesorang tu berdasarkan saiz badan. jangan ingat mereka yang bersaiz besar ni sihat. padahal orang yang berbadan besar ni la simpan banyak penyakit dalam badan. so, jalan terbaik ialah dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik. tak mampu pi klinik berbayar tu pi klinik kerajaan pun boleh. sekarang ni dah da klinik 1 Malaysia kan. so, kemudahan dah ada, gunakan lah dengan sebaik-baiknya.

              Senaman. Bagi mereka yang dah berusia mesti ingat kalau senaman je mesti kena pi jogging keliling taman. ye dak ? ? ? persepsi ni salah okey. sila betulkan. tak semestinya kena pi jogging keliling stadium kalau senaman. buat senaman ringgan pun dah cukup untuk menggalakkan pengaliran darah keseluruh tubuh. pi keliling kawasan rumah pun cukup. pusing sepuluh kali sehari pun dah cukup. lagi bagus kalau masa tu antara 10-15 minit sehari.

              Kesimpulannya, pemakanan, akidah dan ibadat, serta kesihatan perlulah seimbang dalam aspek Islam. Umat Islam telah digalakkan supaya memberikan perhatian terhadap kesihatan. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis,
              “Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Sunday, June 5, 2011

              boleh la nak..pakcik pakai serban....! ! !

              Assalamualaikum..
              Hye semua...
              Penat ye hari ni.
              Ada yang pi kenduri...
              Ada yang pi dating...
              Ada yang buat wedding prep...
              opssss...jangan sebut yang tu.
              tiba-tiba aku rasa nak collapse kat depan lappy ni.hik3...

              Tadi aku meluangkan masa untuk meneroka FB en.tunang.hik3...FB dia FB aku juga. tapi FB aku, FB aku je la...hik3...tak la.
              En.tunang pon bole je log in FB aku.
              tiada rahsia antara kita...ngeh3...
              Sepanjang penyelogkaran aku, aku terjumpa ini...jeng jeng jeng...
              Yang pasti bukan kecurangan En.Tunang. berani la curang. sunat kali kedua kang baru tau :P


               click untuk tumbesaran yang lebih jelas.

              Aisssshhhhh...pak cik siapa la yang terbiar ni ? ? ?
              Kalau aku jadi penulis ni pon aku akan biar je pakcik tu.
              keselamatan aku lagi penting.
              orang zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. 
              nampak ja macam pakcik...berserban, 
              tapi jangan ingat semua yang berserban tu baik. 
              buatnya perompak, penyamun tak ke naya korang.
              yang perempuan tu jangan cepat kesian kat orang macam ni. 
              bukan la aku ni jahat sangat. tapi korang kena ingat.
              bila korang ambil risiko untuk tolong orang macam tu, 
              korang berada dalam 2 situasi yang korang sendiri tak tau...
              samada korang selamat atau tak selamat...
              zaman sekarang ni ramai yang pandai berlakon.
              pengaruh drama TV kan kuat...
              so berjaga-jaga la ye.

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Aku dah dapat kerja

              Assalamualaikum...
              Hye semua. Time korang semua baca entry ni aku mungkin tengah berselera makan nasi minyak. mai la jemput sekali....

              Pertama sekali, aku nak panjangkan rasa kesyukuran. penantian yang penuh dengan penyiksaan akhirnya berakhir. Setelah 6 bulan aku memegang jawatan penganggur terhormat, akhirnya aku diterima bekerja. Walaupun hanya sebagai private nurse, tak kerja kat sepital macam cik misi yang lain tapi aku bersyukur. buat sementara ni biar la aku kutip pengalaman dulu. lagi pun aku bekerja untuk tampung sikit-sikit belanja majlis kawin aku nanti. selepas tu nanti, samada aku terus bekerja @ berhenti dan ikot en.husband pi sabah.

              Hari Jumaat ni aku start kerja. kerja malam tu.8.00PM-8.00AM...agak cuak di situ. setakat hari ni aku tak tau lagi background family patient aku cm ne. background patient pon aku tau gak. may be isnin or selasa ni baru aku pi ikot bos jumpa client tu.

              special thanks untuk nazira sebab rekemen kan aku kat bos tu..hik3..nanti akak belanja yer.

              Okey la. tu je la catatan setakat hari ni. da entry baru aku publish ye...
              take care =))

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Saturday, June 4, 2011

              A I S H I T E R U



              Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
              Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
              Menantikan kehadiran dirimu
              Entah sampai kapan aku harus menunggu

              Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
              Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
              Kadang ku berpikir cari penggantimu
              Saat kau jauh di sana

              Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
              Entah penantianku takkan sia-sia
              Dan berikan satu jawaban pasti
              Entah sampai kapan aku harus bertahan
              Saat kau jauh di sana rasa cemburu
              Merasuk ke dalam pikiranku melayang
              Tak tentu arah tentang dirimu
              Apakah sama yang kau rasakan

              Walau raga kita terpisah jauh
              Namun hati kita selalu dekat
              Bila kau rindu pejamkan matamu
              Dan rasakan a a a aku

              Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
              Terhapus ruang dan waktu
              Percayakan kesetiaan ini
              Pada ketulusan a a ai aishiteru

              Satu sendiri pikiran melayang terbang
              Perasaan resah gelisah
              Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
              lupakan segala obsesi dan ambisimu
              Akhiri semuanya cukup sampai di sini
              Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
              Ku mohon kau kembali



              S E T H T A N....

              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              Hari ni hari sabtu. Berkeping-keping jemputan kawin mama dah siap susun nak pi rumah sapa dulu. memang jimat la belanja bulan ni. hujung minggu je ada kenduri kawin.hik3...

              Sana sini orang dok bercerita pasal S E T H   T A N...<kalau sebut laju-laju jadi S E T A N>. Opssss...silap. nanti ramai pulak gadis-gadis kat luar sana tu blacklist blog aku sebab mengata lelaki pujaan ramai sekarang ni. walaupun hanya sekadar watak yang dibawa oleh seorang pelakon tapi impak dia tersangatlah hebat. Sampai ada yang berangan-angan nak dapat en.husband macam S E T H   T A N tu. 


              Ada lagi ke lelaki yang ada ciri-ciri macam S E T H   T A N tu ? ? ? 
              Ada...tapi pandai-pandai la korang cari. 1 dalam 1000 kot. itu pun kalau korang jadi perempuan yang bertuah jumpa lelaki yang ada ciri-ciri macam S E T H   T A N. kalau jumpa yang macam  S E T A N memang malang la.


              Kebanyakkan watak yang wujud dalam novel sangat lah perfect dimata wanita.

              H A N D S O M E
              R O M A N T I K
              K A Y A
              A D A   K E R E T A   B E R B I J I-B I J I K
              B A D A N  T A U G H T
              R U M A H    B E S A R
              K E T U R U N A N  O R A N G  F E M E S  A M O U S
              DLL.

              semua tu perempuan suka. betul tak ? ? ?
              korang baca la novel banyak macam mana pun, watak-watak kat atas tu mesti ada. 

              seorang perempuan bercinta dengan lelaki yang biasa-biasa je mulanya. tiba-tiba si lelaki ni beralih arah sebab dapat kerja bagus kat Kolumpo tu. Perempuan ni berusaha la menjejak kekasih hati yang lupa daratan ni. dalam pada tengah mencari tu, tiba-tiba datang la 'mamat perfect' yang korang dok gila bayang tu bagi pertolongan.akhirnya diorang jatuh cinta dan berkahwin.


              nampak tak ? ? ?
              dalam novel/drama/filem si 'mamat perfect' ni jugak berjaya tarik hati perempuan. 


              ada korang jumpa cerita mamat kerja bendang kawin dengan perempuan anak orang kaya? ? ?
              ada..tapi bila lelaki tu dah jadi orang kaya, kereta berbijik-bijik, rumah besar sampai boleh sesat dalam rumah tu dan orang gaji bersepah-sepah.


              ni semua trick nak tarik hati penonton/pembaca terus ngadap cerita tu. 
              agaknya kalau cerita NORA ELENA tu tayang tengah-tengah malam pun korang sangup tengok kan. Sama la macam aku baca novel. nak-nak novel yang 1st time baca. tidur sampai pukul 3-4 pagi pun aku sanggup. kalau boleh nak habiskan baca time tu jugak. hebatkan imaginasi penulis sampai sangup pengaruh pembaca. aku respect diorang yang hasilkan karya-karya hebat ni. diorang tersangatlah kreatif kepala otak diorang. imaginasi tinggi....


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM




              Thursday, June 2, 2011

              cerai dah ? ? ?

              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              jari-jari ku dah tergedik-gedik nak menari kat atas keypad lappy ni.
              sebelum entry ni dipublish aku dah pi melawat blog-blog lain.
              semalam hangat cerita pasal hutang...
              hari ni hangat cerita pasal cerai...
              banyak dah blog dok publish cerita pasal prince william dah bercerai dengan bini die si kate middleton tu.
              kawin segala bagai..
              baru 5 minggu kawin dah cerai...
              senang je kan..
              macam tak ada nilai je perkahwinan tu...

              risau pulak aku baca kisah-kisah cerai ni...
              ye la..
              dari pandangan mata tengok pasangan tu macam loving sangat..
              langsung tak boleh nak berenggang...
              melekat macam gam gajah..
              tup tup esok keluar paper::

              ________disahkan bercerai dengan ___________

              ________kelihatan di mahkamah syariah bagi tujuan melafazkan talak keatas _______


              masa nak kawin dulu..
              wahhh..hebat.
              majlis resepsi je dkt 10 kali buat..
              untuk rakan-rakan retis la..
              saudara mara la...
              belum lagi termasuk untuk peminat-peminat...
              aissshhh...
              diorang yang nak bercerai ni tak pikir ke duit yang dah mengalir macam air lata ulu licin masa nak buat wedding prep dulu ? ? ?
              tak sayang ke kenangan bercinta korang yang macam nak rak tu ? ? ?

              ye la..
              ajal maut..
              jodoh pertemuan..
              bahagia derita..
              semua di tangan YANG MAHA BESAR..
              kita sebagai manusia hanya menjadi perancang kehidupan.
              tapi yang menetukannya ALLAH YANG MAHA ESA....

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM..

              Wednesday, June 1, 2011

              cikgu macam ko tak layak nak mengajar anak orang . . .

              Assalamualaikum...
              Hye semua. Semalam aku pi interview kat kolej...eh..interview ke??? tak boleh dikira sebagai interview tu.macam hape je. *kalau tau memang aku tak pi.macam haram* dah la pi 'interview' *konon la interview* sakit hati. 
              balik tu pulak aku rasa macam nak sepak je sorang tu. memang bodoh macam orang tak sekolah betul la. kerja bagus, belajar tinggi, tapi bodoh nak mampus. ye..ni entry marah. tak payah tau aku marah kat sape. yang pastinya aku marah kat sorang cikgu pempuan yang bahlol ni, bersama dengan kekasih hatinyer yang bangang. *harap badan je besar, otak kecik*...bukan 2 orang ni je, adik pempuan cikgu yang bodoh tu pun sama. opssss...n ada lagi sorang lelaki yang pendek akal.

              1st aku nak tanya korang la pasal situasi ni::
              seorang guru perempuan bersama dengan kekasih hatinya pergi bercuti ke sebuah negeri. bersama-sama mereka pula ditemani adik perempuan guru tersebut. nak dijadikan cerita, mereka bertiga bertemu kawan si lelaki ni. dan kawan si lelaki ni offer untuk bermalam di rumahnya. rumah die kosong.budak rumah die balik kampung. waaahhhh...bukan main tergedik-gedik la tiga orang mangkuk yang bercuti ni. bagi mereka boleh save budjet sebab dengar kata masing-masing budget kurang. *lain kali kalau dah tau tak ada duit, tak payah la berjalan.jangan nak berlagak macam mak bapak ko tinggal banyak harta untuk ko..bodoh* Ketiga-tiga manusia bangang ni pi la rumah lelaki ni dan bermalam kat situ. sekarang aku nak tanya korang:::
              1. 1st impression korang kalau korang ternampak perempuan masuk dalam rumah bujang lelaki,apa yang korang fikir ? ? ? 
              2. kalau korang seorang perempuan yang betul-betul tau beza hukum halal haram, dosa pahala korang nak tak pi tidur kat rumah lelaki tu.padahal hotel berlambak kat luar tu.tak yang murah pi la yang mahal ? ? ?
              3. agak-agak korang la, kalau rumah tu kena serbu dengan orang pakai kopiah, bukak-bukak pintu tunjuk kad kuasa pejabat agama islam, korang rasa diorang percaya tak yang diorang 4 orang ni tak buat pape ? ? ?
              4. patot ke si perempuan *bodoh* 2 orang ni tidur kat rumah lelaki tu ? ? ? salah ke dia menolak :: '...tak apa la, saya dengan adik saya tidur kat hotel je. biar en.sayang je yang tidur kat rumah kamu...' berdosa ye tolak pelawaan yang boleh mendatangkan fitnah tu ? ? ?
              5. perempuan ni cikgu.layak ke dia nak ajar anak korang kalau attitude die dah macam !@#$%^&*_+ ? ? ?
              Aku pun jahil jugak bab hukum hakam agama ni. tapi tak ada la sampai tak tau hukum halal haram, dosa pahala. aku tau lagi beza satu-satu benda tu yang mana baik yang mana buruk. yang mana mendatangkan kesan baik yang mana mendatangkan kesan buruk. kepada lelaki tu, perempuan macam tu ko nak buat bini ? ? ?  *banggang*

              yup..aku tak boleh terima benda macam ni. aku dulu pun sosial juga. tapi tak ada la sampai tidur rumah jantan. aku tau lagi jaga nama baik family aku. otak aku boleh pikir lagi satu-satu benda tu. kepada cikgu kat luar sana, korang tu kena tunjuk attitude yang baik. kalo attitude korang macam apa je, tak payah jadi cikgu.jangan nak merosakkan anak bangsa. 

              SEKIAN