Followers

Friday, August 31, 2012

balik kampung...ho ho ho.. balik kampung..ho ho ho...balik kampung...hati riang ! ! !



sampai dah transport aku

10.08.2012
BANDAR SIERRA, KOTA KINABALU, SABAH.

0545HR- 
bangun pagi dengan penuh semangat. mandi dan cepat-cepat solat subuh yang tinggal ujung-ujung waktu. dah siap, sediakan baju en.husband pulak sambil tengok-tengok apa lagi yang perlu dikemas. Sambil-sambil tu kemas rumah sikit-sikit.

0645HR-
Bawak barang turun pelan-pelan. Kesian En.Husband, 2kali turun naik tangga angkat barang. 2 beg troli, 1 kotak barang baby, 1 beg galas. 
Aku bawak beg laptop dengan handbeg je-harusla kan..orang pregnant mana bole angkat berat-berat..
Siap masuk barang dalam kereta terus gerak pi rumah member en.husband. Die akan hantar kami pi airport dan si kancil akan kena tinggal dengan die.hikhikhikhik....

OTW, jalan jem teruk. Ye lar..time tu la orang nak pi kerja. Kami je yang sibuk nak balik kampung. Alhamdulillah...selamat sampai airport tepat jam 0800hr. 

KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT (TERMINAL 2)

0815HR-
Dah siap checkin baru terperasan yang beg laptop tertinggal dalam kereta. Kelam kabut suruh en.husband call member die suruh patah balik. Nasib baik la die tak kuar lagi dari kawasan airport.
Pastu terus masuk dalam. Kat sini la yang paling lama. Disebabkan aku ni pregnant, banyak benda la nak settle, isi borang tu la, isi borang ni la. Kalau aku bersalin kat dalam flight pun bagus apa. Seumur hidup anak aku die dapat tiket free...hikhikhikhik....

0845HR-
Dah boleh pi naik flight dah. Tengok jam..aishhhh...awal lagi. Baru pukul 0900hr. Ikutkan 0930HR. 
May be sebab orang tak ramai kot. Dan..memang orang tak ramai pun. Tak penuh pun flight. 
Belum 0930hr kami dah berlepas. Nak call kak ipar soh datang awal pun dah tak sempat sebab dah kena off nset.

Dalam flight memang dugaan. Disebabkan kami balik ni guna warrant, complete la dengan makanan. sit pon kat depan -hot sit.. 
depan kami omputeh, sit yang kat sebelah kanan pulak cina.Dari celah-celah sit tu aku leh nampak mat salleh tu makan sandwish, yang cina belah kanan kami pulak siap makan nasi lagi. Nak pejam mata tido, memang tak boleh la. Bau menusuk kalbu kau. Yang makanan kami pulak aku letak kat sit kosong sebelah aku. Adehhhhh...dugaan lagi kuat berbanding jalan-jalan kat bazar ramadhan.

Aku try jugak tido, dapat la sejam lebih aku tido. Terjaga pun sebab terdengar announcement kata dah nak sampai. En.Husband tak payah kata la. Die dari duduk tadi dah tidur dah. Cam mana die leh tido dengan lena aku pun tak tau.

LOW COST CARRIER TERMINAL (LCCT), SEPANG.
1130HR-
turun flight terus call kak ipar. Die baru nak siap-siap keluar. Memang patot pun. kalau ikut jadual pkul 12 baru kitorang sampai. tapi flight awal pulak kannnn. Adehhhhh...kena la kami melepak kat aiport tu. Sambil jalan-jalan dan tengok kerenah orang kat situ.
Sambil jalan-jalan, aku terpandang seorang lelaki, berkopiah lagi. dah tentu la Islam kan...tengah makan kat situ. tapi tak macam orang Malaysia pun. Macam mamak pun ada, macam bangla pun ada. Adoiiiii...agak-agak la ko nak makan pun, bukak dulu kopiah tu.

1200HR-
kak ipar pun sampai. masuk-masuk kereta terus plan nak pi jalan mana....
yang ni next entry la yer - tu pun kalau rajin.




Thursday, August 30, 2012

cerita lapuk di sabah....

Assalamualaikum....
Ni cerita ni memang dah lapuk.
Jasad & nyawa dah ada kat Perak, tapi baru ni nak cerita kisah kat Sabah.
Sekarang ni baru terhegeh-heget nak taip & publish bagi korang baca. -ada ke pun orang nak membaca blog aku ni...heeeeee...

LAST CHECK-UP @ KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK, MENGGATAL, SABAH
Untuk kali terakhir ni aku jadi bersemangat pulak nak pi klinik.
Sampaikan dapat pujian dari En.Husband. -sebab time ni semangat nak balik kampung dah melimpah ruah. kan nak amik surat kebenaran naik flight dari doc lagi..hikhikhik
Pukul 6 pagi aku dah bangun. Selalunya memang liat sangat. Kadang-kadang tu pukul 7 baru aku terhegeh-hegeh nak pi mandi. Tu pun buat lenggang-lenggang kangkung lagi.
Sampai klinik, macam biasa la, amik no, then timbang berat, pastu pi kencing. Pastu pi lab untuk amik darah.

Alhamdulillah semua okey. Cuma kaki je bengkak sikit. - Malam sebelum tu aku dengan En.Husband pi berjalan kat Kg. Air...cari kerongsang mutiara dengan butang baju melayu. 3kotak kami borong.hikhikhikhik..

Dah siap jumpa nurse, tunggu untuk ambil surat dari doktor pulak. Yang ni pun tak lama mana pun. Sekejap je.Kira untuk kali terakhir ni, thumbs-up la untuk KKIA Menggatal sebab aku tak perlu tunggu lama.

Insyallah bulan 12 jumpa lagi yer. Kali tu nanti saya datang bawak baby ekkkkk.... ! ! !

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, KOTA KINABALU, SABAH.
Buat kerja last minit memang best. Tapi dengan keadaan yang memboyot ditambah dengan time tu tengah puasanya, jadi tak best pulak. Lagi 2 hari nak balik baru kelam kabut nak pi buat pasport. Sapa je orang Semenanjung yang bekerja @ stay dekat Sabah lebih daripada 3 bulan kena ada pasport. Bukan buku merah yang zizan dengan kaka dok nyanyi tu, tapi buku biru je. Dokumen perjalanan terhad.

Sampai je pi kat kaunter pertanyaan. Then die bagi form untuk isi. Siap isi semua, pi amik no. Baru nak duduk dah no kena panggil. Cepat kena panggil sebab aku pregnant. Kat situ ada kaunter khas untuk warga tua, OKU dan wanita mengandung.

Tapi tu baru kaunter penyerahan form yang aku isi tu je. Lepas tu kena tunggu lagi untuk pi kat kaunter pembayaran. kali ni kena tunggu lama sikit. Ada la dekat 10 minit. Kena bayar RM 5.00 je. Time kat kaunter ni aku tanya la, lama tak nak siap. Die kata paling lama pun 5 jam. Adehhhhh....aku dengan En.Husband dah malas dah nak kuar balik kalau dah balik rumah. Aku mintak tolong die cepatkan sikit. 2 jam die kata. Aku pun okey je la. Tapi kena isi borang untuk siap cepat. Nak buat macam mana kan...isi je la. lagi pun kalau nak tunggu 5 jam lagi tu memang tak boleh pun. Sebab time tu en.husband kena kuar pi operasi.- alasan semata-mata.

Dah siap isi dan serah borang, kami dok terpikir-pikir apa nak buat dekat pejabat imigresen ni. Nasib la tempat pun selesa, orang pun tak ramai sangat. So, kami decide dok kat pejabat imigresen tu je la sambil-sambil baca paper dan tengok kerenah orang-orang kat situ.

Kata 2 jam kan...tiba-tiba nama aku kena panggil. Pi la aku kat kaunter tu. Terus je staff imigresen tu serah pasport aku. Aikkkk...siap dah. Ermmmm..tapi belum boleh balik lagi. Kena pi kat tingkat atas untuk serah surat pengesahan dari jabatan En.Husband dan kena dapatkan cop dari pengarah imigresen. Kat dalam bilik tu yang kena menunggu lama. Tapi nasib baik bilik pun selesa. Tapi tak sistematik. Tak ada no giliran..kira sapa cepat die dapat dulu. Buatnya orang yang tak tau, dok la menunggu je kat situ tanpa buat apa-apa.

Dah siap semua, balik rumah & berehat. Serius penat ! ! !



Wednesday, August 29, 2012

2 weeks +++ to go......




Alhamdulillah.
Dah 37 weeks anak mommy ni. 
Kalau diikutkan mulai dari sekarang ni, aku dah dikira tunggu masa je la kan.
Berdebar-debar jugak hati aku. 
Harapan aku cuma anak yang bakal lahir ni sihat dari segala segi fizikal dan mental, sempurna sifatnya, dan kami selamat. 

Barang-barang baby semua dah complete. 
Tinggal barang mommy die ni je yang tak complete lagi. 
ada la 1-2 barang tak cari lagi. 

Untuk 1st time berpantang nanti ni, opah aku yang akan jaga. 
Tapi tak sure aku yang kena balik rumah opah aku atau opah yang kena datang rumah mak pak aku ni. 
Bagi aku tak kisah pun mana-mana. 2-2 selesa bagi aku. 
Cuma risau kot-kot opah aku tu rindu dekat rumah die kat kampung tu. Orang tua kan memang macam tu. Sebesar-besar dan seselesa mana pun rumah anak-anak die, bagi diorang rumah diorang lah yang paling best.

p/s ***Kalau opah suruh aku duduk rumah die pun aku rela. 
Sebab kat rumah opah aku ada wifi..hikhikhikhik....
Laju sikit aku nak update pesbook n blog. 
BB digi ni bila sampai semenanjung jadi lembab pulak.


Tuesday, August 28, 2012

selamat hari raya




Assalamualaikum...
Tak terlewat kan untuk aku wish 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 
untuk semua yang sudi datang membaca blog aku ni.
maaf kalau ada apa yang aku tulis ada yang terasa.
mungkin hanya kebetulan kannn...
aku menulis dari apa yang aku rasa.

Raya aku  ? ? ?
Tahun ni best jugak la. 
Sebab 1st time raya dengan SUAMI. 
En.Husband pun kata best sebab raya dengan ISTERI.
hikhikhikhik....

Raya tahun ni raya kat rumah family aku. 
Next year kena la beraya di rumah mak mertua pulak kannnn...
Kalau diikutkan En.Husband nak beraya kat rumah Family die dulu. Tapi memandangkan abang aku tak balik, die pun beralah la. 
Die kata::
 kesian dekat ayah & mama sebab tak ada anak-anak die beraya dengan die. Mak abang tak pe, adik-adik ada balik. Nanti terkontang kantin ayah & mama berdua je kat rumah. Petang lepas bawak ayah & mama balik kampung baru kita balik Ipoh.

Syukur Alhamdulillah aku dapat SUAMI macam MOHD WAZIR. 
Ekceli banyak lagi aku nak bercerita, start dari aku nak balik kampung, sampai la sekarang ni dah kena hidup membujang balik. Sorang di Tanah Besar, sorang lagi di Borneo. 
Serius....ni la part yang paling aku tak suka. 
Masa baru-baru kawin dulu, okey je lagi aku kat sini die kat sana. Tapi sekarang ni rasa lain pulak. 
Rasa sayu je hati ni. May be sebab aku tengah pregnant kot kan.....

Okey la...
Nanti aku sambung lagi cerita sekerat-sekerat ni. 
Mood ank berblog tak sampai 100% lagi...

Monday, August 6, 2012

baby cot:: keperluan atau kehendak ? ? ?


Assalamualaikum....
Rabu lepas aku & en.husband pi bayar bil astro KK Times Square. Kat situ ada la 2 biji butik jual barang baby. Dah alang-alang kan, kami pun masuk la. Tapi tak beli pape pon. Masuk pun sebab saje-saje nak cuci mata. Harga tak ada la jauh beza sangat dengan yang jual kat shopping compleks tu. Setanding la dengan jenamanya.

Dalam dok kami laki bini dok tengok-tengok barang tu, terpandang la pulak baby cot. Siap boleh buai-buai lagi. Harga pun terbuai-buai kami laki bini. RM 700.00. En.Husband tibe-tibe je teruja. Macam nak beli pun ada gayanya. Tapi aku lak tak berminat. Bukan apa, kecik je. Untuk baby yang new born memang sesuai. Tapi bila dah masuk 4-5 bulan aku rasa macam sempit je kalau baby tidur baring kat dalam tu. En.Husband ada gak tanya kat aku, berminat tak ? ? ? aku senyum je. gelang tak angguk pun tak. Lagi pun time tu ada sales girl dekat dengan kami. Aku ni jenis yang tak suka membantah 1-1 pendapat tu depan orang lain. Bila dah jauh sikit dari sales girl tu baru la aku cakap kat en.husband aku.

Kalau aku, kalau betul-betul la nak beli baby cot biar la saiz tu besar dan sesuai untuk baby. Pendek kata boleh guna untuk jangka masa yang panjang. Aku suka jenis yang macam ni ha...ni orang panggil playpen kan.


Sebabnya nanti bila die dah besar sikit, baby boleh main kat dalam tu. Kalau baby cot pulak, aku rasa macam bahaya je. Buatnya time tu baby dah boleh berdiri, silap-silap bangun tidur die dah terjun kebawah dah tanpa kita sedar. Macam playpen ni, lantai die ke bawah, pastu penghadang die pun tinggi. Dah sah-sah baby tak boleh nak panjat wall tu kan. Betul tak apa yang aku fikir ni ? ? ?

Itu kalau betul la aku nak beli playpen ke baby cot ke apa segala jadahnnyer ni. Tapi yang menjadi persoalan aku, benda ni penting ke ? ? ? Ermmmm...aku tanya korang-korang ni semua sebab aku sendiri tak ada dan tak tau jawapan. Kalau korang tanya aku, semu benda penting. Bukan apa, tengok barang baby je semua bagi aku penting. En.Husband tak payah cakap la. Die lagi excited dari aku. Sampaikan benda ni pun die nak beli siap-siap dah..

Aishhhhhh....baby pun belum minum lagi setitik susu ibu die ni, papa die dah excited nak nak bagi anak makan nasi.

BABY COT @ PLAYPEN ::
KEPERLUAN @ KEHENDAK ? ? ?
PENTING @ TIDAK ? ? ?


Sunday, August 5, 2012

adik beradik orang lain sibuk nak angkat..adik sendiri kat rumah terbiar je....


Semalam, tengah layan FB tadi, tetiba terkeluar la 1 post dari sorang budak sekolah ni. 
Kawan adik ipar aku.

click untuk tumbesaran yang lebih sihat.

Zaman sekolah korang dulu ada tak kawan-kawan korang ke yang sibuk dok beradik-adik angkat ni ?? ke korang ke ??
 or ada budak-budak yang nak amik korang-korang semua tu jadi kakak or abang angkat diorang ??

Zaman sekolah menengah aku dulu, ramai jugak la kawan-kawan aku yang beradik-adik angkat ni. Aku pun tak tau la apa motifnya beradik-adik angkat ni. 
Untuk pengetahuan korang, aku dulu sekolah convent. Dah namanya sekolah convent, budak-budak yang belaja kat situ pun semuanya pempuan.

Aku tengok adik-adik diorang yang kat rumah tu pun tak berangkat-angkat. 
Walaupun aku tak ada adik, tapi tak kuasa la aku nak beradik-adik angkat ni. 
Aku tengok kawan aku yang ada adik-adik angkat ni, serabut tau tak.
Pagi-pagi je dah ada posmen tak bertauliah datang hantar surat. Pastu time rehat jumpa sekejap. Time balik jumpa lagi. Aku tengok dah macam orang bercinta je.

Yang paling aku tak boleh terima sekali, bila ada budak-budak lain yang dok wusha kakak angkat diorang ni, mula la nak merajuk, ada tu siap bergaduh lagi dengan budak yang kacau kakak angkat die tu.
 Aishhhhh.....aku betul-betul pelik tau. 
Diorang ni ada perasaan apa sampai boleh jadi macam tu sekali ? ? ?
Padahal sama-sama perempuan kan ! ! !
Ermmm...apa yang aku cerita ni dari pengalaman dan rayuan aduan luahan perasaan kawan baik aku dulu. Bila aku terbaca je post status budak kat FB tu, tu yang buat aku teringat.
AKU???
Tak ada makna aku nak beradik-adik angkat ni la. Macam yang aku kata tadi la...
S.E.R.A.B.U.T !!!

Dan yang paling aku tak boleh terima sekali, bila time Valentine's Day.
Korang jangan tak tau, si adik angkat BFF aku ni siap beli hadiah lagi.
Aduhaiiii...ko nak beli kotex pun mak bapak ko yang tolong belikan, ni kan pulak nak bagi hadiah kat orang lain.

Sebelum aku pindah Sabah ni, En.Husband ada sound adik ipar aku.
Ye lar..setiap minit SMS masuk, siap senyum-senyum lagi tu. Macam orang bercinta.
 diam-diam en.husband curi-curi amik nset die nak baca message. 
Baca-baca...
nahhhhhh...amik kauuuu..
berkakak adik tu. Padahal dengan kakak sendiri jangan harap la nak bahasakan diri tu macam tu..
ber-aku ber-kau lagi ada la...
Tak pasal-pasal kena khutbah free...

Wahai budak-budak sekolah sekalian, boleh tak korang bagi alasan yang kukuh,
apa ke seronoknyer berkakak, beradik angkat ni ? ? ?
opssss....
ye la, senang nak tanya subject yang korang tak paham kan ! ! !
Tapi kalau dah sampai post status kat FB yang ada bernada-nada cinta jelez tu apa kes pulak dik oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............








nasib aku tengah pregnant.....


Semalam aku berbuka kat Oldtown, 1Borneo. Kat Sabah ni orang dok panggil 1B. 
Berbuka dengan En. Husband & 2 orang kawan die. Datang dari Labuan. 
Saje jalan-jalan nak shopping raya kat KK ni. Jalan punya jalan, ter-lalu la depan butik GUESS ! ! ! 
Aku memang addicted sangat dengan brand GUESS ni. 
Tapi nak dapatkan 1-1 barang die, ikat perut jugak la. 
Harga die pun korang dah boleh agakkan ? ? ? hik3...

Tapi selalunya yang sanggup membelai aku dengan barang-barang branded ni, laki aku la. 
Bagi die, biar mahal janji puas ati & tahan lama.
Dan memang pun..aku setuju sangat. 
Bukan sebab benda tu berjenama tapi kualiti dia. Memang sangat-sangat puas hati.

Bercerita balik pasal jalan-jalan tadi, ada SALE okey...
up sampai 70 %.
Banyak tu. 
Terjuling-juling mata aku tengok seluar jeans GUESS tu.Less 30%. Normal price rm300. After less baru   berapa je kannn.
 Kalau tak disebabkan aku tengah pregnant sekarang ni, memang aku dah grab 1 dah pun. Laki aku tak payah cakap la, mata die dah bling bling dah tengok. 
Tapi nasib la die tak terlalu taksub dengan brand GUESS ! ! !



Saturday, August 4, 2012

1ST TIME ....

Assalamualaikum...
Puasa kali ni semua 1st time..1st time sebagai isteri, 1st time di Sabah, 1st time pregnant, 1st time kena siap sediakan untuk bersahur dan berbuka & 1st time berbuka awal <------yang ni yang paling aku suka....hikhikhikhik....sebenarnya banyak lagi perkara yang 1st time, tapi tak boleh nak pikir dah. Sebab banyak sangat yang 1st time nyer .....

1st time berpuasa sebagai isteri. 
Tahun lepas berpuasa sebagai tunang je. Tahun ni up tinggi lagi status tu. ISTERI ! ! !..hikhikhikhik... Tahun lepas, En.Husband buat niaga air kat bazar Ramadhan, tapi memandangkan tahun ni kami dah kawin + kami duduk dekat, tak ada la die niaga air. + dengan keadaan aku yang tengah pregnant ni, en.husband pun tak sampai ati nak biar aku buka puasa soang-soang kat rumah ni..<hati berbunga-bunga :) > Kalau orang lain dah tentu kena siapkan juadah nak berbuka kan? ? ? Aku tak ada beza sangat pun masa dah kawin ni dengan sebelum kawin. Aku memang tak masak untuk berbuka. En.Husband kata better die beli je. Lagi pun aku tak larat nak berdiri lama-lama kat dapur tu. Lagi pun kami makan ber-2 je. Nanti masak terlebih nanti dah membazir. Ada baiknyer beli je. Setakat ni tak pernah lagi la tak habis. Semua yang kami beli selamat masuk ke dalam perut. So, tak ada istilah pembaziran. Kalau ingat balik, baru sekali je aku masak untuk berbuka. Tu pun sebab kami laki bini teringin sangat makan laksa. Nak beli takut tak sesedap yang kami nak, so, masak je la. Dah tentu ikut selera tekak kami. Banyak masa aku habis dengan kemas rumah. Tapi rumah pun bukan la besar mana pun kan..Kemasnya sejam je. Banyak berehat + mengadap laptop ni ha....Time bersahur je aku masak. Tu pun kadang-kadang je. Bila en.husband tak duty je baru aku masak, kalau duty die tapau McD je untuk aku ;)

1st time tak puasa dengan ayah dan mama.
Puasa kali ni di Sabah. Jauh dari ayah dan mama, jauh dari opah. Giler kau tak sedih. Masa malam sebelum puasa tu aku nangis diam-diam tak bagi en.husband tau. Tak nak la aku nangis depan die. Nanti dari air mata ni sikit je turunnya tak pasal-pasal mencurah-curah. Aku ni bila depan die lagi mengada-ngada kot. Saje...mintak perhatian lebih...hik3... Sedih kau tau...ayah dah la ada sakit buah pinggang. Tiap-tiap hari Selasa, Khamis & Sabtu ayah akan pi KPJ Ipoh Specilist untuk buat haemodialisis. Tiap-tiap 3 hari tu la mama akan teman ayah. Kalau dulu ada anak sedara mama yang tolong bawakkan, tapi sekarang ni ayah terpaksa drive sendiri. Ayah kata sampai bila nak harapkan orang lain, diorang pon ada live sendiri. Ermmmm...betul jugak kan ! ! ! Aku kesian dekat mama la. Ayah selalu pi dialisis pukul 11 pagi. Sampai-sampai je bukan terus buat dialisis, kena tunggu sampai ada tempat kosong. Pastu kena tunggu lagi untuk running mesin tu. Kat situ je dah terbuang berapa lama ? ? ? dekat-dekat 2-3 jam jugak. Dialisis pulak 4 jam. Lepas dialisis ayah selalu mengadu rasa letih, kat situ je pun ayah kena rehat dulu sebelum drive balik rumah. Agak-agak pukul berapa ayah & mama sampai rumah ? ? ? Sempat ke mama masak untuk berbuka ? ? ? Ayah & mama bukan jenis suka beli makanan kat bazar. Apa la yang diorang makan time berbuka ? ? ? Macam-macam benda yang tertanya-tanya dalam kepala otak aku ni. Jangan tanya la 'en.husband tak dapat tukar balik semenanjung ke ? ? ?' 
Ni haaaa...aku bagi soklan balik kat korang...
'Ko ingat APMM tu bapak sedara aku ke yang jadi Ketua Pengarah ? ? ?
'Korang ingat ada ke orang yang sanggup datang kerja kat Sabah Sarawak ni, tinggal family jauh kat kampung sana tu ? ? ?'
'Apa kata korang datang sini ganti tempat laki aku..nak tak ? ? ?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal....

1st time berbuka awal 
Masa aku zaman sekolah dulu, bila tengok jadual waktu berbuka puasa kat tv, aku selalu ajak ayah pi pindah kat Sabah @ Sarawak. Sebabnya dapat berbuka awal. Tapi sekarang ni, hamikkk kauuuu...doa termakbul. Memang dok kat Sabah dah pun. Dah merasa dah pun berbuka awal. 6.34 pm dah berbuka dah. Lebih kurang awal sejam dari waktu berbuka kat Semenanjung kann....Tapi tak banyak beza pun. Sebabnya waktu imsak kat sini tersangat lah awal. 4.41 pagi dah masuk imsak. Subuh pulak 4.58 pagi. Terus terang aku bagitau yang sejak bulan puasa ni la aku dapat solat subuh setiap hari.Sebelum bulan puasa ni, ada la dekat 4-5 kali aku terlajak subuh. Sedar-sedar je dah pukul 6.Tu pun sebab time tu dah agak cerah sikit. Kalau kat semenanjung pukul 6 tu boleh rilek-rilek lagi kan sebelum solat subuh, kat sini, tak ada maknanya. Orang panggil dah subuh gajah dah...Tu la satu kelemahan bila dok kat Sabah ni. Dari segi juadah berbuka pula, makanan kat sini lebih kurang je macam dekat semenanjung, tapi korang jangan expect yang rasa die sama. Ada jugak sesetangah kuih yang tak ada kat jual kat sini. Macam aku ni banyak benda yang aku teringin sangat nak makan tapi tak ada kat sini. Contoh macam popiah basah, ayam percik, pastu banyak lagi la. Kunk aku senaraikan kunk ada juga yang terliur. Meleleh je air liur tu kan....hik3...

1st time berpuasa tengah pregnant
Alhamdulillah, setakat ni puasa aku masih penuh lagi. Tu la kelebihan pregnant time bulan puasa. Azam aku sebelum puasa hari tu teringin sangat nak puasa penuh. Ye lar...zaman sekolah rendah puasa ada la mis 1-2 hari, bila dah masuk sekolah menengah, dah datang period pulak. Bilanya nak puasa penuh. Ni dah pregnant ni harap aku dapat bertahan la sampai hujung Ramadhan ni. Harap-harap tak ada apa yang berlaku pada aku dan baby dalam perut ni. Moga-moga nanti bila die dah besar, tak ada la die ponteng puasa macam aku. Setakat ni aku tak ada lagi masalah. Tak pernah lagi hypo. Setakat pening-pening + loya-loya tu ada la jugak. baby pun aktif je..may be sebab die lapa kot kan. Kesian anak mama ni. Tak pe kita kat sini berbuka awal yer sayang...hik3....

Kalau nak ikotkan, banyak perkara 1st time yang aku lalui sekarang ni. Nak tulis panjang-panjang pun takut korang menyampahkan nak baca. So, ni je la yang palaing ketara sekali perkara 1st time yang berlaku dalam hidup aku.

p/s :: kenapa ek..sejak dah masuk 3rd trimester ni rasa pening dan loya macam 1st trimester dulu datang balik ? ? ? korang-korang yang dah jadi ibu & nak jadi ibu tu ada x rasa macam aku rasa ? ? ?

Sekian... ;)


Friday, August 3, 2012

Kalau laki aku tu Ketua Pengarah Maritim kat Malaysia ni, pagi-pagi lepas sahur ni kami pindah balik Semenanjung ! ! !

Assalamualaikum...
Haaaaa...amik kau.Panjangkan tajuk entry aku kaali ni. Entry kali ni lebih pada luahan rasa ketidakpuasan hati pada sesetengah pihak yang tak paham dengan orang yang kerja beruniform ni + dengan yang duduk jauh kat Sabah ni.
Agak beremosi jugak ! ! !

Tiap kali ada sedara-mara yang call aku, mesti akan tanya
'tak nak pindah balik semenajung ke ? ? ? ayah kamu tu bukannya sihat sangat ! ! !
sedih giler tau tak bila orang cakap macam tu kat aku. Aku rasa down sangat. Time tu dalam kepala otak aku mesti orang kata aku ni anak tak bertanggungjawab, tak kenang budi mak bapak la. 
Tapi apa la sangat kuasa yang aku ada nak bagi laki aku draf balik semenanjung. 
Apa yang mampu kami laki bini buat juast berdoa dan berusaha. 

Bukan laki aku je yang mintak draf balik semenanjung, aku rasa sapa-sapa je yang kerja kat sabah or sarawak ni mesti isi borang kan mintak transfer balik semenanjung. Sedangkan orang lagi lama kerja kat Sabah ni dah apply berpuluh-puluh kali tak dapat-dapat nak draf, ni kan pulak laki aku yang baru 4-5 tahun dok kat sini. Tak ada sapa pun yang nak duduk jauh dari family. Tapi bila dah nama nya kerja, boleh tak korang faham ? ? ?
Kalau laki aku tu Ketua Pengarah Maritim kat Malaysia ni, pagi-pagi lepas sahur ni kami pindah balik Semenanjung ! ! !

buat surat ! ! !
aku rasa surat yang laki aku buat tu diorang letak kat bucu meja je kot. Ingat bila dah buat surat, boleh la dapat draft balik semenanjung ? ? ?
tak ada maknanya. Kalau kau tak ada alasan kukuh, tak ada surat sokongan jangan harap la orang nak pandang. Setakat ayat je dalam surat, tak ada maknanya benda tu nak lulus. 

Kau ingat aku ni tak otak, tak ada hati & perasaan ke bila aku tak ingat kat ayah & mama aku. Bodoh la aku kalau aku ni tak pernah fikir hal diorang. Ko ingat bila aku dah kawin, dah dok dengan laki aku, aku lupa kat diorang ke ? ? ? Aku buka jenis macam tu okey ! ! !

Ko bercakap memang la senang. Sebab ko tak duduk kat tempat aku. + ko pun tak ada laki kan. Kerja pun kat kampung je. Tu pasal otak ko tu tak berkembang, tak boleh nak pikir keadaan orang lain.

Ni balik raya ni entah berapa puluh orang la tanya kat aku soklan yang sama.

Sekian.

Wednesday, August 1, 2012

dengan ini saya mengisytiharkan........




2 kotak barang baby dah selamat di packing untuk pulang ke kampung. 
tinggal barang mama & papa die je tak packing lagi

isinya:: 

kotak mcd

kotak bunga-bunga

bila aku tayang isi kotak yang kat atas ni mesti korang yang baca entry aku ni dah boleh agak gender baby aku kan :)
yup....it's a boy ! ! !

sekian....