Followers

Saturday, February 23, 2013

SF Beauty Skin Care Promotion


Yang nak kawin time cuti sekolah bulan 3 ni..
Yang baru lepas bersalin tu..
mesti nak cantik kan ? ? ?
JOM MENCANTIKKAN DIRI DENGAN PRODUK TERHANGAT & TERLARIS 

SF BEAUTY



LIKE PAGE 

TERIMA KASIH

Thursday, February 21, 2013

Feel Free to Like My on9 Biznes Page....


Assalamualaikum...
Sejak 2-3 hari yang lepas, puas aku fikir sama ada 'nak buat' atau 'tidak'.
segala baik buruk, sush payah, risiko aku fikirkan.
berkat sokongan dan nasihat dari en.husband,
aku rasa dah sampai masa untuk aku teruskan niat tersebut.

so, mulai semalam aku nekad untuk teruskan.
sebelum ni aku ada cakap nak buat bisness online.
lagi pun aku tak kerja, duduk rumah saja
apa salah aku tolong en.husband cari duit.
tak banyak pon tak pe la.
janji boleh buat tampung-tampung bayar bil astro dengan duit tabung aku nak beli iPadMini.
hahahahahhahahahaha....

so, ni nak promote page aku.
sudi-sudi la click like yer...
kalau boleh beli la...
1 set kan...
hikhikhikhik....

buat masa ni aku jadi droship je.
1 produk je aku jual.
In Sha Allah, mohon dimurahkan rezeki aku akan tambah produk lain.
or may be boleh beli direct je dari aku..

so, jom ramai-ramai like SF Beauty Skin Care

tq


Wednesday, February 20, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Ada Apa Dengan Lahad Datu ? ? ?


Havoc sekarang ni pasal Lahad Datu.
Benda jadi 12.02.2013..
tapi baru 2 hari lepas aku tau.
nama je dok Sabah.

Aku tau pon sebab aku pi bukak FB en.husband.
Kawan-kawan die yang stay kat Semenanjung dok tanya pasal Lahad Datu.
tetiba aku pelik,
kenapa dengan lahad datu???
ada tempat best ke???
[kot-kot ada tempat best, dah gaji ni nanti leh ajak jalan-jalan sana..konon..]

bila tanya en.husband,
die pon cerita la.
aku nak cerita lebih-lebih pon tak reti sangat.
dan tak boleh cerita lebih-lebih sangat.
rahsia negara katanya.

menurut cerita en.husband, 
penceroboh ni berasal dari kesultanan sulu yang datang untuk membuat tuntutan daripada kerajaan malaysia.
ada 2 tuntutan.
1st mereka menuntut supaya pasukan mereka tidak dikenali sebagai militan tetapi diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
2nd menggesa supaya kerajaan Malaysia tak hantar balik rakyat keturunan sulu yang tinggal kat Sabah ni.

so, sekarang ni pasukan keselamatan macam navy, tentera, polis, maritim dll dikerah untuk menjaga keselamtan negara.

so, mari kita doakan sama-sama keselamatan mereka kat sana.



p/s :: **nasib baik en.husband kita tak kena pi operasi kat sana.




Sunday, February 17, 2013

jiran oh jiran


Sejak aku kawin sampai la dah ada anak ni, parents aku selalu ingatkan aku bertegur sapa dengan jiran-jiran keliling rumah. Diorang tau aku jenis yang berat mulut untuk mulakan 1-1 hubungan. so, diorang risau la aku dah la dok jauh dari diorang, husband aku pulak selalu tak ada kat rumah. diorang kata lagi, if emergency, jiranla orang yang pertama kita akan mintak tolong. tapi aku pon tak ada jiran. kat tingkat 3, rumah aku je la yang lampu bernyala memalam, rumah aku ni je la yang dapur berasap bila tengah hari. 3 biji rumah lagi kosong.


masa aku stay kat sini tahun lepas, sebelum aku balik bersalin, ada je orang depan rumah aku tu. tapi aku jarang nak tegur. aku pon bukan jenis yang suka mulakan 1-1 hubungan atau perbualan. tu sebab masa aku sekolah menengah dulu, ramai orang kata aku sombong. tapi tak heran pon..tak kenal maka  tak cinta kan. kalau jumpa pon senyum-senyum gitu je.


sekarang ni pulak, orang depan rumah aku tu dah pindah semenanjung. Jadi rumah depan aku tu, ada la orang baru masuk. tapi die tak bawak pon anak bini die datang Sabah ni. Die sesorang la dok rumah tu. Tapi jarang die dok rumah. Tak kan pulak aku nak bertegur sapa dengan die pulak kan. Kalau terserempak pon senyum je la.


Ada la sorang dua yang aku kenal yang stay 1 kawasan rumah dengan aku ni. tapi tak pernah pon aku nak melepak petang-petang sambil bersembang-sembang dengan diorang. Lagi pun en.husband tak berapa suka dengan 'amalan tidak sihat'' tersebut. Sebab bagi die bila perempuan dok berkumpul ramai-ramai macam tu dah sah-sah mengumpat. Aku ? ? ? aku pon jenis yang bukan ramah tamah, banyak cerita nak cerita kat orang. Lebih baik aku dok rumah, baca novel ke, main dengan aqil ke..kemas rumah yang macam kena langgar dengan garuda ni ke..  en.husband pon dah siap warning kat aku, kat sini ada jugak yang jenis suka buzzybadan hal orang. nak-nak yang jenis tak kerja, dok rumah saje.


ermmm....tapi bila kita ni tak bercampur dengan masyarakat pon kena kata jugak kan. tetiba je nama kita jadi umpatan orang kan. padahal kita tak usik pon diorang. haishhh la manusia. buat macam tu tak kena, buat macam ni tak kena. susah nak puaskan ati semua orang. nak buat macam mana lagi ni ? ? ? nak puaskan hati semua orang ? ? ? sorry yer..itu bukan prinsip hidup aku. daripada aku puaskan hati manusia yang ntah sape-sape tu lebih baik aku puaskan hati aku & family aku...

sekian...




Saturday, February 16, 2013

long weekends


Aku tenggok orang ramai dok post status balik kampung minggu lepas, ye la, cuti panjang kan. 
[serius jelez :P]
tapi padan muka korang kan, kena mengadap jem :P
aku ? ? ?
untuk cuti yng panjang ni, aku n en.husband habiskan masa cuci mata kat shopping compleks..
[entry ni panjang berjela.tak nak baca pon tak pe.juz sebagai catatan hidup aku je. mana tau nanti-nanti zaman veteren ke, bole la aku baca..buat senyum sorang-sorang]

AHAD 10.02.2012
  • Lebih kuang pukul 2 setengah aku n en.husband kuar. makan kat KKIP.makan tengah hari. [lewatkan makan] plan nak pi taman buaya kat turan tu, tapi bila pikir-pikir balik macam tak sempat je. crocodile show last pukul 3..terus tukar plan. pi 1B..

  • sampai 1B, parking penuh. en.husband kata, pusing 1 round lagi cari parking. kalau tak da jugak kita pi jalan-jlan kat Tanjung Aru. Aku on je. janji tak nak balik rumah. Pusing-pusing, tak ada jugak parking. so, bertukar ke plan B.

  • On the way nak pi Tanjung Aru, ujan pulak. tapi tak lebat la.rintik-rintik sikit. Ubah plan ag. En.Husband ajak pi Suria Sabah. Okeyh..yang ni aku suka. Sebab kat Suria Sabah banyak butik. So, aku boleh cuci-cuci mata sambil verangan..ha3...

  • sejak ada anak ni, tak pernah miss pi deprtmnt baby. sambil tengok-tengok, en.husband kata why not kita servey2 walker untuk aqil. aqil pon dah nak masuk 5 bulan kan. survey punya servey jumpa la...rambang mata mama & abah die. Aqil relax je dok dalam stroller sambil main dengan toys die. ada yang aku minat tapi husband tak minat. bila jumpa yang 2-2 minat harganya pulak menusuk poket abah. so, abah aqil kata nanti kita servey kat tempat lain dulu. banyak lagi shopping compleks kat KK ni...

  • dah penat pusing-pusing kami pon mengisi perut yang sedikit lapar dan tekak yang sedikit haus kat secret recipe. macam biasa chocolate indulgence fav aku.en.husband pulak black forest cheese cakes. air lak appletiser..fav aku n en.husband dari zaman bershinta sampai dah beranak soang ni. 

  • dah kenyang, kami pun balik. en.husband kata kalau lapar lagi malam kunk makan maggie je. malas nak kuar dah. lagi pon aku dah lama tak makan maggie. :)

  • time musim perayaan ni banyak cite best-best. sekali sekala layan citer cina pon okey gak. 

ISNIN 11.02.2013

  • Aqil bangun awal. Pukul 5 pagi die dah menirap sambil terjerit-jerit main sorang-sorang. gggggrrrrr....tak pe la.janji tak nangis. lebih kuang pukul 6 die nangis-nangis.lapa susu kot. bagi nenen terus tidur sampai pukul 9.

  • bagi mandi aqil. dah siap mandi n pakai baju, bagi nenen. aqil main-main jap then die dah gosok-gosok mata n idung. tu tanda die mengantok.good..terus aku letak dalam buai. 1 lagu tak abeh pon ag die dah lena. bagus..aku pon mula kemas rumah. en.husband tido lagi. tapi dah pesan awal-awal kat aku, tak payah masak, makan kat luar je yer.... yeaaaa...sayang abang.... ! ! ! 

  • aqil tidur lama.sempat la aku kemas rumah, basuh kain n sidai kain.selalu tu sempat basuh je. sidai lain zaman. 

  • pukul 12 tengah hari aku siap-siap mandi & solat zohor. sementara tunggu en.husband siap aku layan FB jap. elok en.husband dah siap mandi n solat, Aqil bangun. Tukar pampes Aqil & kami pon keluar. tanya en.husband nak pi mana, die kata kita bincang kat kedai makan nanti nak pi mana. 

  • sampai kat kedai makan, makan-makan sambil bincang nak pi mana. disebabkan semalam (ahad) tak dapat parking kat 1B, kami decide pi 1B je la.lagi pon dekat je dengan kedai makan kami tu.

  • sampai 1B, fuuuhhhh...ramai giler orang. parking sampai rooftop.adehhh..penat la nak menapak. nasib la mat aqil ni sanggup duduk dalam stroller tu.kalau tak lenguh weh tangan nak mendukung die.

  • tempat 1st kami pi tempat barang baby dalam parkson. saje tengok-tengok kot-kot ada walker yang lagi best dari yang kami tengok semalam. nahhh..memang banyak pilihan. tapi harganya sangat menyentap. en.husband kata, tak kisah la mahal pon.kot-kot adik aqil nanti boleh pakai. tak payah beli lagi dah. aku senyum je bila en.husband cakap pasal adik aql.huhuhuhuhu..[tahun bila la kan aqil ni nak beradik.]

  • tetiba teringat kat 1B da Toys R Us. terus pi situ. kat situ bukan setakat tengok walker je. aku dengan en.husband pulak yang terlebih excited tengok barang mainan bagai semua tu.[ye la..zaman aku dulu mana ada mainan macam tu] tiap-tiap lorong kami lalu.ada la lebih kurang dekat sejam setengah spend masa kat situ. aqil pon okey je. siap terjerit-jerit lagi tengok mainan. sorry la sayang, tunggu abah gaji dulu yer baru kita beli mainan lain. main la mainan yang ada kat rumah tu sampai boring.

  • dah penat berjalan, dah tentu lapar kan..lepak kat secret recipe lagi.  hari ni tukar menu pulak. aku makan brownies walnut cakes.tetibe teringat hantaran merisik dulu..dapat kek secret recepi brownies walnut ni la....hikhikhik] en.husband lak makan hazel cheese cakes. aqil lak buat muka kesian. mintak kek sikit. sorry yer..tunggu lagi lebih kurang sebulan lebih je ek...nanti boleh dah makan.hikhikhik...

  • balik rumah.elok-elok sampai dah maghrib. mandi-mandi solat. masak.malas nak keluar balik dah. menu malam ni bihun goreng. request from en.husband :)

SELASA 12.02.2012

  • duduk rumah je. kemas-kemas rumah, lipat baju yang bertimbun-timbun ni...


Thursday, February 14, 2013

BR1M


Walaupun semalam en.husband Off, aku tetap kena bangun awal untuk kejutkan die.
[tapi tak berapa nak awal la, pukul 8 pagi..hikhikhik]
hanya semata-mata nak pi amik 500 hengget.

aku tak pi pon. en.husband pi sorang.
dah tentu ramai orang kan.
[tak kose mak nak tunggu lelama aih...]

en.husband kata masa nak amik kupon tu pon dah berjam.
sampai kat bank pulak dah berjam.
ramai betol orang.
macam ulat taik
yekkkkk......
[en.husband suka buat perumpamaan kotor macam ni kalau tempat tu ramai orang]

sampai bank, die ada call aku.
lebih kurang pukul 11 gitu la.
'honey..abang dah amik no dah.sekarang ni no 65, no abang 170.'
nahhhh...amaik kau.
pukul berapa tu boleh sampai turn laki aku.
en.husband pon sambung...
'ni nak pi cari toilet jap.nak uk uk...'

en.husband keluar rumah pukul 8stengah pagi...
balik rumah 4setengah petang.
dah macam waktu keluar office je.
ermmm...
macam tak off je kan...


korang dah amik ke BR1M ? ? ?


Saturday, February 9, 2013

MARK ZUCKERBERG, PLEASE TAKE NOTE ! ! !


Agak-agak la kan,
Mark Zuckerberg baca tak blog aku ni ? ? ?
hikhikhikhik....
kalau baca pon canfirm tak paham kan...
tak pe la, tapi apa yang aku nak kata kat sini FACEBOOK dan tak best macam dulu.
yang aku perasan sejak tukar format ke timeline ni.
serius bosan.
sorry yer Mark Zuckerberg ! ! !
[bosan-bosan pon Facebook jugak yang aku hadap dari pagi sampai ke malam]

Apa yang lagi membosankan aku bila, FACABOOK tu lebih kepada tempat orang berniaga.
jual peplum la, jual PMC la.
Bukan kata salah berniaga, tapi 'home' aku tu,
aku scroll dari atas sampai ke bawah sama je.
semua orang dok promosi barang-barang itu la, barang-barang ini la.
aishhh..pelik aku.
kalau macam ni la begitu ramai orang yang berjual,
sape pulak pembelinya ? ? ?

tak cukup dengan bosan + dengan sakit ati pulak.
sakit ati sebab orang dok tag nama kita kat produk diorang tu.
paling banyak aku kena tag kat PMC la.
ggggggrrrrrrrrrr.....
dah la jual mahal. 
aku leh dapat harga lagi murah dari ko jual tu :P
ko jual sekilo 45hengget???
ko tau tak, aku kat sabah ni leh dapat sekilo 15hengget je tau tak.
jangan nak tag-tag dah nama aku...
[memang tak tag dah kot, sebab aku dah block terus si penjual tu...hambekkk kau]

tu belum kira orang add aku masuk group entah pape tu.
ko add la aku,
tak sampai seminit lepas tu jangan terkejut aku click pada LEAVE GROUP.
padan muka ko.

kesimpulannya,
FACEBOOK sangat membosankan.
MARK ZUCKERBERG...
please take note.

sekian.

p/s**sape yang tau ada laman sosial yang lagi best sila bagitau aku.... :)




Friday, February 8, 2013

MENU :: daging masak blackpaper


Hari ni mood aqil baik. bagi tidur pon senang.
bangun tidur boleh main sorang-sorang sambil tengok tv...
good boy..luv u so mucchhh...
so, aku amik kesempatan atas kebaikan die tu untuk aku memasak.
lagi pun hari ni en.husband balik rumah lepas 5 hari dok kat laut.

sebelum belayar, en.husband da pesan kat member die daging kijang.
kat sini memang senang nak dapat daging ni.
murah pon murah.
so, aku decide buat masak blackpaper.
bahan-bahan pon semua cukup ada kat rumah ni, tak payah aku susah-susah nak keluar.



jom kita mula memasak....

bahan-bahan::
1. daging *tak kisah la daging apa.macam aku guna daging kijang.sebab tu je yang mampu  ada.
(daging ni rebus dulu sampai lembut)
2. lobak merah (dipotong memanjang)
3. 1biji bawang merah
4. 2ulas bawang putih (ditumbuk)
5. 5-7 tangkai cili padi (nak lagi pedaas, boh la smpai segengam :P )
6. 1 inci halia (ditumbuk halus)
7. 1 sudu kicap manis
8. 1/2 sudu sos tomato
9. 1 sudu sos tiram
10. 1 sudu lada hitam (ditumbuk)

cara-cara::
1. rebus daging sampai lembut.tinggal sikit air rebusan.
2. panaskan minyak. tumis bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, cili padi & lobak merah. bila bawang dah layu sikit baru masukkan daging. kacau sekejap, then taruk lada hitam.pastu masuk air rebusan daging.
3. masuk sos tiram, sos tomato, kicap manis. tambah garam ikut rasa.
4. sedia untuk dihidang.

opsss...lada hitam tu aku guna yang ni je...hikhikhik...


dannnnnnn..............
ini lah hasilnya....



kot-kot ada anak dara yang nak pi rumah bakal mak mertua bole la cuba resepi ni yer.
tapi, kalau tak sedap harap maaf yer...
yang penting, masak dengan penuh kasih sayang... 

sekian...



gila meroyan disebabkan setia hujung nyawa


Abeh jugak drama Setia Hujung Nyawa.
Aku tak pernah miss episod cerita ni.
bukan setakat episod, tapi setiap scene aku tak miss.
dari pukul 7 sampai pukul 8 aku memang tak berganjak depan tv.
sampai iklan pon aku tengok.
[bangun bila perlu je..hikhikhik]

ko tak sembahyang maghrib ke ? ? ?
helllooooo...
kat Sabah ni maghrib 6.28 pm okey..
sebelum citer tu start siap-siap solat dah.

En.husband yang tak pernah nak layan drama pon tengok sama.
siap tergelak-gelak lagi tengok si zain & El tu.
over tau die tu, aku sengih-sengih je, die sampai gelak-gelak.
dah macam fenomena pulak kan cerita tu.

Tapi ada jugak yang taksub.
budak-budak yang baru nak up la.
Macam yang cik rose cute citer kat blog die tu

terkejut aku baca.
[sumber]

aishhh...
budak-budak zaman sekarang.
bercakap tak berfikir langsung.
ikut sedap mulut je.
die ingat benda-benda cam gitu boleh buat main ke? ? ?
aduhai adik-adik ku...
jangan la berfikiran cetek sangat.
tu cerita rekaan je.
kalau ada kat alam realiti ini, itu sekadar kebetulan dan memang luck la perempuan tu.

kalau pon ko terlajur yer dik,
ada ke ko jumpa lelaki yang sama macam zain hakimi tu ? ? ?
Aku rasa belum sempat ko jumpa dengan 'zain hakimi' tu ko dah kena sepak terajang ngan mak pak ko.

cuba la berfikiran sebelum nak mengeluarkan kata-kata.
dan bezakan mana yang baik mana yang buruk.
renung-renungkan dan selamat beramal.

sekian.








Wednesday, February 6, 2013

Friday, February 1, 2013

kenapa baca blog ? ? ?


assalamualaikum...
ekceli aku tak tau nak publish pasal apa.
kunk asyik cerita pasal anak je mesti orang bosan nak baca kan.
dalam dok terpikir kenapa katil bentuk empat segi,
kenapa kipas boleh berpusing,
kenapa kereta yang bergerak, bukan jalan raya yang bergerak
tetiba aku terfikir...
kenapa ramai orang suka baca blog ? ? ?

suka baca bab gosip.
ramai orang suka baca gosip,
suka dengar gosip,
dan suka baca gosip.
tapi jangan buat gosip okey.
silap-silap..
see u in court.

nak shopping online.
banyak dah sekarang ni yang berkecimpung dalam bisnez online.
senang. dok depan laptop, amik oder, terima duit pastu pos barang.
senang kan...
yang tukang beli pon senang. 
search je ko nak beli apa.
yang penting duit mesti ada.
tapi jaga-jaga, jangan sampai tertipu.
dan jangan jugak jadi penipu.
tak kira la pembeli or penjual..
2-2 kena jujur...

nak cari idea.
macam aku sekarang ni.
sambil-sambil blogwalking sambil tu cari idea nak publish apa.
jangan curi idea orang lain sudah.
tak bagus tau.
kita kena kreatif.
baru la otak kita ni bekerja.
nampak la cerdiknyer..
bukannya asyik nak meniru orang je.
[opppssss...tetiba aku terasa pulak]

baca blog tu, jangan pulak baca benda yang tak elok.
yang baik tu kita ambil..
benda-benda tak elok tu tak usah la kita layan.

sekian.