Followers

Saturday, March 16, 2013

like like like like...banyak-banyak like....


ASSALAMUALAIKUM...

tujuan entry ditulis adalah untuk meminta pertolongan semua pembaca blog ni.
Aqil yang tembam, yang bulat, yang body berketul-ketul sana sini tu masuk contest.
jadi nak mintak tolong like pic aqil ni.
just follow je 2 step ni yer...
plzzzz.... :)
1.Click link dan like page wanadakidswear ni::
2. dah siap like wanadakidswear, click link ni link pic aqil yang di pertandingkan dan like pic.


ni pic yang di pertandingkan::
tolong yer..
plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................
 

Wednesday, March 6, 2013

3in1


Assalamualaikum...
memula sekali mari kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk anggota keselamatan yang terkoban dalam  kes pencerobohan di Lahad Datu & Semporna.

==========AL-FATIHAH==========

ekceli banyak benda aku cerita dalam blog ni.
tapi tak tau nak cerita yang mana satu dulu.
jadi aku cerita secara ringkas je la yer.
cerita panjang-panjang pon belum tentu korang sanggup baca.

1st pasal bisness online yang aku buat sejak beberapa minggu ni.
Alhamdulillah dah menampakkan hasil.
Banyak tu tak la, cukup la buat aku tampung duit belanja
bayar bil astro
siap tukar pakej lagi...huahuahuahua....
bayar bil api air,
beli iPad mini..
owhhh..tipu je.yang ni belum lagi.
insyallah target bulan depan... :D

sape-sape yang rasa nak shopping online,
aku ada jual macam-macam produk.
nak kulit putih gebu
licin berseri
badan slim river
boleh la pi kat page Facebook
 SF Beauty Skin Care
Blog untuk online shop ni tak siap lagi.
dalam pembikinan.

2nd pasal aqil.
aqil dah 5 bulan.
baru-baru ni pi klinik berat dah 8kg.
tak payah cakap la berat die macam mana.
cer try angkat 10kg beras,
lebih kuang cam tu la.
beza 2kilo je.
Alhamdulillah masa immunization month ari tu die tak nangis.
mama sangat bangga dengan aqil.
or maybe die control mcho sebab time tu da baby girl dalam bilik tu.
huahuahuahuahuahua...

aqil makin hari makin lasak.
sekarang ni die dah ada walker.
memula ingat nak suruh mak long die kat KL je beli dekat SWEET CHERRY.
sebab rumah kakak ipar aku tu dekat je dengan sweet cherry tu.
lagi pun kakak ipar aku plan nak datang jalan-jalan kat sabah ni.
last minute tukar plan.
sebab cas bagasi flight sekarang ni dah mahal.
terus beli je dekat Sabah ni.
beli kat Butik CHICCO kat SURIA SABAH.
RM 238.00
terus buat member card :D

3rd pasal negeri Sabah yang tengah huru-hara ni.
especially kat Lahad Datu.
Jarak dari rumah aku nak pi sana memang jauh, 8-9jam.
owhh..mungkin da yang kata tak perlu risau.
tapi tidak bagi kami yang merasainya.
aku tak nak cerita pun pasal ni lebih-lebih,
bukan tak nak share tapi kami yang dekat Sabah ni lebih mengetahui berbanding mereka-mereka yang di semenanjung malaysia.

kalau setakat cerita ko yang ko copy n paste tak payah la.
kalau setakat ko nak suruh orang like status ko bebanyak,
penuhkan ruang komen ko bebanyak
baik ko duduk diam
pi baca yassin ke,
solat hajat ke lagi bagus.

ni aku tengok page bola sepak dah bertukar.
pe kata tukar je nama page jadi page LAHAD DATU.
aku tengok page tu pon banyak cerita yang dibuat-buat berbanding yang betul.
so plz la...

ni je yang aku nak pesan kat korang-korang semua...

SETIAP KALI ANDA UPDATE STATUS PERGERAKAN PDRM, ATM, & APMM DI FACEBOOK, 
SEMAKIN TERDEDAHLAH BAHAYA PADA SUAMI KAMI..

SELEPAS UPDATE STATUS, 

ANDA MUNGKIN BOLEH MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI BIASA, BERSUKA RIA DENGAN AHLI KELUARGA, 
TAPI KAMI YANG TERPAKSA BERDEPAN DENGAN ANDAIAN-ANDAIAN ANDA.

ANAK-ANAK KAMI MASIH PERLUKAN AYAH MEREKA, 

DAN KAMI MASIH MEMERLUKAN SUAMI KAMI.

HORMATILAH SENSITIVITI KAMI SEKELUARGA

-permintaan isteri-isteri anggota keselamatan yang sedang bertugas-

#pray4sabah



sekian..
live from Kota Kinabalu, Sabah.