Followers

Thursday, April 5, 2012

di usia 16 minggu



ASSALAMUALAIKUM.....
dah sebulan lebih tak post pape kat blog ni...
bukan tak ada cerita nak publish tapi tersangat la malas sejak-sejak pregnant ni. lebih suka baring-baring atas katil. tak pon tengok tv layan astro first...macam-macam filem dah Ieja tengok.


Sekarang ni dah 16 minggu kehamilan.. ;)
loya-loya ada la sikit...tapi tak la seteruk dolu-dolu.
awal bulan lepas ada pi scan untuk tau bila EDD.
16. SEPTEMBER 2012.....
lepas raya....
so, bole lah makan lemang & ketupat puas-puas... ;)


then, 15.03.2012 pi lagi untuk follow up cam biasa...
adeh...HB lak turun..
dari 12.8 turun pi 11.8..
apa lagi kena bebel la ngan akak JM kat klinik tu.. ;P
memang Ieja tak makan pon iron tab yang diorang bagi tu.sebabnya lagi makan lagi teruk loya n muntahnya.
nak tak nak tahan je la telinga. untuk 3 hari pertama selepas follow up tu Ieja makan Iron tab tu macam yang diorang suruh. masuk hari ke4 dah tak larat terus pi farmasi beli Iberet folic....
yang nilagi okey dari Iron tab yang klinik selalu bagi tu. sebabnya die complete untuk vitamic C n  Folic Acid ;)
dengan warna yang memang warna peberet Ieja, pink..lagi la suka.-----ngada-ngad pon.ubat murah tak nak.nak jugak yang mahal2 ;P


baby saya n mohd wazir @ 12 weeks ;)


26 april ni last follow up kat klinik ibu dan anak tg rambutan. lepas ni kat Sabah pulak.


ramai yang tanya::
boleh ke time pregnant naik flight???


jawapanya:: 
boleh je..tak ada masalah.selagi usia kandungan belum 37 minggu dan mendapat surat kebenaran daripada doktor.... ;)


Ieja dah kira siap-siap dah. sebelum raya Ieja akan balik Semenanjung. dah masa tu belum lagi 37 minggu...
fuhhhh...semoga segalanya berjalan dengan selamat...doakan saya dan baby yer... ;)


bercerita pasal Sabah pulak buat hati saya sedih dan sayu. tapi ada juga gembiranya....
''jauh kau Sabah...''
''aje giler la..jauh tu...''
''mak ai...tak ada jauh lagi ke kau nak pi??....''
tu la ayat kawan-kawan Ieja bila tau Ieja nak pi Sabah....
korang ingat aku nak sangat ke pi Sabah tu...kalau tak disebabkan suami tersayang tak ada makna aku nak pi sana...


kedudukan seorang isteri adalah disisi suami...
benda ni setiap masa Ieja ingat kat diri Ieja bila ada je yang menghasut suruh jangan pi sana....
syaitan iblis la korang-korang tu semua....
kau je nak menempek kat laki kau...aku tak payah ????


Sedih betul kalau ingat-ingat balik yang nak kena tinggalkan Ayah, Mama, Opah, Mak, adik beradik n family in law...macam-macam yang fikir....baik buruk tapi banyak perkara yang buruk la.
normalkan manusia....


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....