Followers

Saturday, June 30, 2012

keperluan di hospital

Assalamualaikum...
Sekarang ni aku dok sebut google checklist..checklist untuk baby, n mommy baby. checklist ni penting tau, so nanti tak ada la ada yang tertinggal. lagi satu dalam bab shopping-shopping lagi la penting.takut ter-over beli pulak....

mama kat kampung dah asyik tanya je, barang untuk bersalin nanti dah siap ke ? ? ? jangan buat last minit...nanti ada yang tertinggal..prepair awal-awal, senang.tak ada la nanti kelam kabut...bla...bla..bla..bla....

ni nak kongsi checklist untuk mommy...barang-barang yang perlu dibawa ke hospital....

MOMMY
1. kad lawatan klinik / buku pink
2. kad pengenalan
3. baju / blous berbutang hadapan                   4 helai. lebih pun tak pe.
4. kain batik                                                   4 helai. lebih pun tak pe.
5. stokin                                                         3 pasang
6. peralatan mandi                                          utk yang bersalin kat GH...kalau kat private,ada bekalkan.
7. tisu
8. maternity pad / pad biasa
9. selipar
10. nursing bra
11. breast pad
12. air selusuh/ air zam zam
13. seluar dalam                                            nak lagi senang beli disposible punya ! ! !
14. minyak angin
15. laundry beg
16. sweater

BABY
1. Baby diapers
2. baju                                                        3 pasang
3. stokin + sarung tangan                            3 pasang
4. topi                                                        1
5. selimut / bedung
6. barut
7. peralatan mandi
8. baby wipes / wet tissue
9. nappy cream

yang bersalin kat GH,botol susu jangan bawak yer...nanti kena marah dengan cik misi. kebanyakkan GH sekarang mengamalkan 'HOSPITAL RAKAN BAYI'......


Wednesday, June 27, 2012

check-up 28 minggu

Assalamualaikum...
Ni cerita pasal check-up semalam. Ibarat macam mimpi ngeri.terkejut mak nakkkkkkk ! ! !

Semalam sampai klinik agak lewat.lebih kuang jam 8.15 pagi baru sampai.time tu dah ramai dah orang.tempat duduk pon dah penuh.semuanya sebab jem kat jalan keluar depan kawasan appartment ditambah pulak dengan peraturan baru pihak pengurusan appartment yang mengkuatkuasakan penggunaan kad akses. bagi yang tak ada kad akses tu kena tulis nama. aku dah rasa macam zaman student dulu.tiap kali nak keluar kena tulis nama.


tapi nasib la ada sorang kawan en.husband ni, wife die keje kat klinik yang aku check-up ni.so, dapat la 'keistimewaan' sikit.sampai-sampai terus masuk bilik, tak payah amik no...hik3..
kat klinik ni, berat kena timbang sendiri. tak macam klinik kat Tg.Rambutan.kat sini biasanya, letak buku pink kat kaunter, pastu kena tunggu cik misi panggil nama untuk amik no.sementara tu pi la timbang berat.nanti kat dalam nurse akan tanya berat korang berapa.


sementara nak tunggu no tu kena panggil pi la kencing dulu.urine container diorang akan bagi siap-siap masa korang datang untuk booking 1st time.bekas tu la yang kena bawak tiap-tiap kali datang untuk check-up.macam kat sini, kebanyakkan nurse suggestkan kencing siap-siap dekat rumah untuk lagi selesa. toilet kat klinik ni memang terbaik lah sangat ! ! ! tapi aku tak pernah pun kencing siap-siap kat rumah.geli aku nak usung urine tu kehulu kehilir.
urine:: 
albumin:: -ve
glukos:: -ve


berat:: 66 kg
naik 6 kilo dalam masa 1 bulan ! ! !timbang-timbang je aku dah terkejut dah. dalam kepala otak ni mati la aku, dah confirm next week aku kena minum air glukos. dan, memang betul pon. 5/7/2012 aku kena datang klinik n minum air gula.bagi aku la, ni 1 sumpahan.sebelum ni aku dengar dan tengok orang lain minum air gula tu. time student dulu aku siap bancuhkan air gula tu ibu-ibu mengandung. dulu rasa sikit sebab nak tau apa rasa die..memang yekkkkkkkkkk..terbaik ! ! ! sekarang ni kena minum 1 cawan. harap-harap aku tak muntah la nanti.
dahtu, aku memang kena ceramah la dengan cik misi.tadah telinga je la.then, cek b/p.low sikit 100/80 mm/Hg.pastu aku pi cek darah.
HB:: 10.3 g/dL....


Lagi sekali kena tadah telinga.salah aku jugak.kadang-kadang skip makan iron tab.bukan ape, tak larat la aku menanggung constipation.sakit mak nakkkkkk ! ! ! iron tab dah up kepada 400mg.bermakna 2 biji 2 kali sehari.


tak cukup dengan ceramah cik misi, en.husband sambung ceramah pulak dalam kereta.bla...bla..bla...bla....aku ni, tadah je la telinga dengar ceramah die sambil gelak-gelak....hahahahahahahaha.....

Sunday, June 24, 2012

BABY :: girl ke boy ??? carta kuno peking ! ! !

Assalamualakum....
hari tu aku ada post kan pasal jantina baby..lelaki ke perempuan. acara google-men-google info pasal gender baby tak abeh lagi.huahuahuahua...semangat kau  ! ! ! bukan apa aku nak shopping barang baby ni, ag pon mama dah tanya..die kata nak beli something untuk baby.kunk beli kaler-kaler pink kunk kuarnyer pempuan. 


kali ni aku terjumpa pasal satu carta.iaitu CARTA KUNO PEKING yang berasal dari negara China. menurut apa yang aku baca carta ni dijumpai di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Carta ni dipercayai dah berusia lebih 700 tahun...nah ! ! ! amik kau..lama tuuuu ! ! ! diktakan carta ni menjadi ikutan beribu-ribu pasangan seluruh dunia dalam menjadikan panduan memilih jantina anak yang diinginkan oleh pasangan. lebih menjadikan carta ni popular ialah bila dikatakan hampir 99% tepat.


so, sapa yang nak baby girl ke boy ke, boleh refer pada carta ni.tapi jangan lah percaya sangat. sesuatu perkara tu ditentukan oleh kekuasaan ALLAH yang MAHA BERKUASA dalam segala hal...yang tu kita tak boleh nafikan.



cara membaca carta:: 



  • petak melintang menujukkan usia ibu dari 18 sehingga 45 tahun
  • petak menegak menunjukka bulan dalam 1 tahun (January - December )
1. kenalpasti bulan berhenti period @ start pregnant. 
aku:: aku tak sure LMP aku bila.lagipun period aku irregular. so aku tengok dari start aku pregnant. tengok petak menegak..aku start pregnant bulan December..

2. lepas tu tengok pulak time tu umur korang pada petak melintang.
aku:: time tu usia aku 24 tahun 8 bulan.
*** jika umur  ........ tahun 7 bulan - 11 bulan misalnya, lihat petak berusia 25 tahun. ini kerana usia anda telah melebihi 1/2 tahun. kalau bawah dari 7 bulan, lihat petak umur 24 tahun***

3. now, tengok kat mana petak melintang dan menegak bertemu, kat situ die tulis L @ P...
aku:: 24 tahun 8 bulan masa tu, so, maknanya aku kena tengok petak umur 25 tahun. DICEMBER 25 TAHUN...tengok kat mana petak usia dan bulan bertemu..L@ P ! ! ! 
petak umur dan bulan aku bertemu dengan L= LELAKI @ BOY.... ;)

ermmmmm......! ! !...





Wednesday, June 20, 2012

BABY :: girl or boy

Assalamualaikum....
bila seseorang tu pregnant, mesti terpikir pasal jantina baby tu. mommy n papa baby tu dah tentulah excited, tapi kadang-kadang tu yang over excited tu kengkawan mommy n papa baby tu...hikhikhikhik.....macam diorang pulak yang pregnant. tak pe lah..berkongsi kegembiraan kan.


baru-baru ni aku pi follow-up untuk jumpa doctor..tapi kat KKIA je la..


masa scan tu aku tanya la kat doctor:: 
nampak macam gurlgurl ke boboy ? ? ?


doktor kata::
nampak macam ..................... je ! ! !


SECRET ! ! ! takmo bagitau sape-sape pun lagi.
serius aku dengan en.husband dah decide tak nak bagitau sape-sape pun pasal gender baby kami. saje nak surprise... ;)


bagi aku n en.husaband tak kisah lah baby gurl ke baby boy, anak tetap anak. tak ada la nak bezakan kasih sayang anak lelaki dengan anak perempuan. tetap juga anugerah Allah yang tidak terhingga ;)


sebenarnya penting juga untuk mommy n papa tau jantina anak dari awal. ni sebagai persediaan untuk memilih nama. ustaz sharhan dalam buku yang bertajuk 'SEINDAH NAMA SEMURNI PERIBADI' ada mengatakan bahawa, seelok-eloknya namakan bayi dalam kandungan seawal usia kandungan 120 hari iaitu bersamaan dengan 4 bulan. sebabnya ketika itu roh telah ditiup kedalam janin. so, nak bagi nama mesti la tau baby tu boy ke gurl..kunk bagi nama lelaki, keluar pulak pempuan, bagi nama pempuan keluar lak lelaki. tak ke masalah tu.
langkah mudah nak tau jantina baby, pi la buat scan. sekarang ni macam-macam jenis scan ada. ada yang sampai boleh tengok baby senyum pun ada  : ) tapi jangan ingat scan yang korang buat tu 100% tepat. ada jugak kes-kes yang time pi scan nampak bird, bila dah keluar tak ada pun bird nyer...hikhikhik....
aku pun tak berapa yakin dengan scan yang aku buat baru-baru nu.sebabnya doktor tu pun macam tak confident je. so, untuk beberapa hari selepas scan tu aku sibuk la mengoogle pasal gender baby ni. mengikut google-lan aku, pemakanan, sikap dan fizikal ibu tu mempengaruhi jantina baby.
dan lagi satu, cara tradisional orang melayu. iaitu melenggang perut. caranya, sebijik kelapa yang telah dibuang kulitnya, diletakkan di puncak perut ibu. kalau kelapa tu jatuh ke sebelah kanan, menandakan baby lelaki, kalau jatuh sebelah kiri baby perempuan ! ! !  tapi kalau jatuh kat celah kangkang or kat dada baby macam mana pulak yer ???? ermmmmmm........ :)

renung-renungkan dan selamat beramal ;) 
bukan untuk percaya, tapi sekadar untuk berkongsi.
okey...jom kita cek satu-satu..baby girl or baby boy ;) 
yang tulisan kaler merah, tu yang aku alami..





baby girl::
1. mengalami morning sickness pada awal kehamilan
2. merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
3. payudara kiri lebih besar berbanding kanan
4. rambut kelihatan kemerahan berbanding sebelum pregnant
5. bentuk perut condong ke arah atas
6. perut nampak agak lonjung
7. mengidam makanan manis
8. sukakan buah-buahan
9. suka minum air atau jus yang besifat masam
10. lebih cerewet semasa hamil
11. mudah moody berbanding sebelum pregnant
12. kulit wajah kelihatan bermasalah sebelum pregnant
13. tidak suka makan roti bersama kulitnya
14. payudara kelihatan mengembang
15. suka tidur menghadap kearah kiri


JUMLAH:: 6/15





baby boy::
1. tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tidak langsung.
2. degupan jantung bayi kurang dari 140 kali/minit.
3. merasakan berat beban pada bahagian hadapan tubuh.
4. perut kelihatan bulat sempurna
5. bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
6. bentuk perut condong ke arah bawah.
7. suka makanan yang masam dan masin
8. suka makan daging dan keju
9. tapak kaki selalu berasa sejuk
10. tangan selalu kekeringan
11. suka tidur menghadap kearah kanan.
12. kelihatan berseri semasa hamil.
13. selalu sakit kepala.
14. suami mengalami pertambahan berat badan.
15. hidung kelihatan lebih mekar.


JUMLAH:: 8/15


nampaknya, lebih pada baby boy..tapi beza 2 point je. nak percaya ke tak ? ? ? hik3...
benda-benda macam ni seberna nya psycho jugak, kalau kita percaya ibarat 1 doa.
so, sama-sama la kita fikir-fikirkan...


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM...











Monday, June 18, 2012

durian oh durian....

Assalamualaikum....
sekarang ni musiam durian yer???
tengok dekat FB ramai la yang dok post pic la, status la pasal durian ni.
adoiiiii....status makan durian tu boleh terima sikit la. 
part pic tu yang rasa meleleh je air liur ni. 
adehhhh...dah la dekat Sabah ni durian punya la mahal.
hari tu jalan-jalan beli barang dekat Giant, terpandang la durian yang dah siap buang kulit. kat dalam bekas polisterin tu ada la 8-9 ulas.
baru je tangan ni nak capai, sekali harga RM 55.90...amikkkk kauuuuu ! ! !


ehsan :: goggle

terus tak jadi. tahan je la tekak ni dari nak beli.
en.husband kata teringin amik la. tak pe.
die memang la kata tak apa. tapi aku serba salah sebabnya dah la sekarang ni gaji seorang je.lagi pun banyak duitkan nak pakai. dalam hal ni aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri. kadang-kadang kesian jugak aku kat en.husband aku tu :(

Insyallah, lepas bersalin nanti aku cadang nak kerja.
En.husband pon dah bagi green light :)
die pun kata::
kesian mama n ayah bagi honey belajar tinggi-tinggi. dah banyak diorang keluar duit
tak kan nak dok rumah je.lagi pun nak bayar duit PTPTN lagi :(

dengar PTPTN terus aku rasa nak collapse.
banyak tu nak bayar...
adeeehhhhh...tak ape.
pelan-pelan la ieja oiiiii....



keperluan berpantang


Assalamualaikum...
Hari tu aku ada post checklist barang bayi. hari ni nak post barang mak baby pulak. barang mommy pun penting jugak.so, jangan amik mudah je.

1. jamu/ set bersalin
2. sweather                                        DONE
3. selimut                                           DONE
4. kain batik                                      DONE
5. stokin                                            DONE
6. baju/seluar dalam                          DONE
7. maternity pad / pad biasa              DONE
8. tuala mandi                               DONE
9. tuala muka                                  DONE
10. peralatan mandi                        DONE
11. nursing bra                               DONE
12. nursing pad                              DONE
13. breast pad                                DONE
14. bengkung
15. tukang urut
16. bantal lapik duduk (beri keselesaan akibat luka jahitan)
17. tungku

Friday, June 15, 2012

Hospital Rakan Bayi

Assalamualaikum....
Pernah tak dengan pasal 'Hospital Rakan Bayi' ? ? ? Yang dah jadi ibu mesti dah tau kan pasal Hospital Rakan Bayi ni...yang tak tau lagi tu, meh baca ni..ni aku amik daripada buku aku time student dulu. sebelum habis study dulu, kolej ada anjurkan kursus laktasi..iaitu 1 langkah dalam menjayakan Polisi Hospital Rakan Bayi ni, staff nurse digalakkan untuk menjalani kursus ni yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan...siap dapat sijil lagi..hik3...Banyak ilmu yang aku dapat. Insyallah aku akan guna untuk baby yang bakal lahir nanti ;)

secara praktikalnya, sebuah Hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu wanita menyusukan babyi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi '10 Langkah ke Penyusuan Ibu yang Berjaya' yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dan WHO. tahu tak yang negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? dalam polisi ni ada menyatakan bahawa, semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga anak berusia 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulan semasa anak berusia 6 bulan...

Ada 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital tu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital) ::
1. mengadakan 1 polisi bertulis mengenai penyusuan susu ibu.
yang ni biasa la..POLISI BERTULIS ! ! ! kat dinding klinik kesihatan yang korang selalu pi follow-up tu mesti ada kan terpampang pasal baby friendly hospital ni.setakat tempek je kat dinding memang senang. nak mempraktikannya tu yang payah.

2. melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
pada staff-staff yang dah pi kursus laktasi tu jangan simpan je sijil tu, praktikkan...beri ilmu pada ibu-ibu pasal penyusuan ni. tak silap aku la, sapa yang berminat nak pi kursus laktasi ni boleh je. tak kisah la staff nurse ke, mak bidan ke..benda ni kan ilmu..tak salah rasanyer berkongsi.at lis ada kesedaran pada orang luar.


3. memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
kebanyakkan mengenai penyusuan susu ibu ni diberitahu seawal buat booking lagi...1st time datang klinik lagi. ingat tak time yang nurse da cek breast korang n bagitau mengenai penjagaan breast n nipple.dari situ lagi dah bermula..so, jangan kata nurse kat klinik tak bagitau pulak yer....


4. membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
Baby friendly hospital diwajibkan untuk melakukan skin to skin contact antara ibu n bayi sebaik sahaja baby dilahirkan dalam masa 1 jam pertama. macam mat salleh punya style. elok je baby kuar diorang terus letak baby atas perut ibu..n sebaik sahaja tali pusat dipotong, n baby tak ada komplikasi pape, baby terus BF....

5. memberi tunjuk ajar kepada ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
yang ni sepatutnya di ajar dari awal, samada semasa di labor room selepas delivery dan masa kat post-natal ward..termasuk lah dari segi posisi ibu n baby, cara mengamou breast, teknik untuk memberhentikan baby menyusu dan banyak lagi. tapi tu pun bergantung pada  tempat, kalo tempat okey, Alhamdulillah..ada sesetengah tu, dibiarkan je ibu-ibu ni terkial-kial..


6. menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman dan makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
dalam hal ni, kebanyakkannyer adalah bayi pra-matang dan baby yang ada komplikasi.kebanyakkan bayi-bayi ni diletakkan di NICU (Neonatal Intensive Care Unit)..bayi-bayi pramatang contohnya akan diberikan susu formula yang dirumus khas untuk bayi pra-matang.tapi tak salah kalau ibu-ibu ni datang hari-hari dan BF baby tu..tak pun perah susu, label dan simpan kat NICU tu...kat situ dah siap provide peti ais untuk simpan susu-susu. apa yang penting, label susu tu..takut tertukar lak nanti.


7. mengamalkan 'rooming in' dimana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24jam sehari)
tak perlu lah nak asingkan bayi dan ibu.ni aku tengok lepas delivery je, ibu dan bayi akan dipisahkan.nak-nak yang bersalin secara LSCS.boleh je nak asingkan...tapi tak perlulah ward yang jauh.ni tak, bayi kat tingkat 3, mommy kat tingkat 5....apa salahnya diletakkan dalam ward yang sama. so, tak ada la menyusahkan ibu-ibu untuk berjalan jauh..

8. menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
tu pasal la aku kata tak perlu nak asingkan baby n ibu. bayangkan baby yang kuat menyusu, ibunyer pulak kat tingkat 5, nak suruh staff call ibu yang kat tingkat 5 tu turun BF anak die? ? ?tak ada maknanya..banyak lagi kerja staff nurse tu.langkah mudah untuk staff nurse tu, bagi formula milk kat baby. kalau nak tunggu lagi 2-3 jam baru mak baby datang tak ke melalak budak tu....so, berjaya ke Baby Friendly sesebuah hospital tu kalau benda ni berlaku ? ? ?


9. menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong
ni untuk elakkan baby keliru antara puting ibu n puting artificial.cara terbaik ialahbaby akan disusukan dengan menggunakan sudu.walaupun baby tu ditempatkan di NICU. 


10. membantu penubuhan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
okey...setiap hospital ada support group tersendiri. sebelum discharge hospital kena beri nama-nama orang yang boleh dihubungi jika ibu-ibu tersebut ada masalah dalam BF..contoh, ni bukan nak puji k...tapi kenyataan. masa praktikal kat Hospital Teluk Intan, sebelum ibu-ibu ni discharge, staff nurse kat post-natal ward tu akan beri ibu-ibu ni 1 pamplet yang tersenarai nama-nama mereka yang boleh dihubungi kalo da masalah dalam BF...so, ni bergantung la pada ibu-ibu tu, nak guna atau tidak kelebihan yang tersedia.. ! ! ! mereka-mereka yang terlibat dalam support group ni bukan lah orang lain, ada yang terdiri dari staff-staff hospital tu sendiri, dan ada yang pernah berkhidmat di hospital tu.

Apa yang aku boleh simpulkan kat sini, tak semua langkah-langkah kat atas ni dilakukan sepenuhnya..bukan dari pihak hospital tu sendiri tapi dari pihak diri ibu tu sendiri juga..so, 2-2 kena kerjasama.baru lah benda ni berjaya. ibu-ibu pulak jangan la putus asa dalam BF ni...jangan stress2...Insyallah akan berjaya ;)


Tuesday, June 12, 2012

PREGNANT :: ATT


Assalamualaikum....
Hye mommy-mommy semua yang sudi baca blog ni...
hari ni nak bercerita pasal inj. ATT @ suntikan kancing gigi yang aku dah dapat..complete dah 2 dose.
1st dose dapat masa 19 weeks pregnancy n 2nd dose dapat masa 25 weeks...
jarak untuk dos pertama dan dos kedua adalah 1 bulan. sakit tak payah cakap la. rasa sengal-sengal kat tangan kat 3-4 hari gak la baru nak ilang. nama pun anti-tetanus dah sah-sah la rasa lenguh sebab melibatkan saraf.. nasib la dominant hand aku kanan n diorang cucuk kat tangan kiri, kalau tak, tak makan en.husband ! ! !

untuk injection ni, aku dapat dari klinik yang berlainan. 1st dose masa kat semenanjung, n 2nd dose masa kat Klinik Kesihatan Menggatal, Sabah. Kalau tanya, kat mana yang paling sakit, jawapannya kat Sabah ni la. May be sebab student inject kot, skill lemah lagi..huahauahuahuahua.....pandai-pandai aku je.macam tak pernah jadi student nurse ! ! ! !

Masa 1st dose tu aku dah agak dah memang aku akan kena cucuk walaupun follow-up sebelum tu tak ada nurse cakap. aku tau pun sebab, malam sebelum aku pi klinik tu aku pi bukak buku gynae time aku study dulu. aku memang macam tu. sebabnya, kat dalam buku aku tu siap bagitau apa prosedur untuk setiap kali pregnant mother datang klinik apa yang kena buat. so, pagi tu aku dah ready dah...hik3...

ni ada sikit info yang aku goggle pasal Inj. ATT ni.....


Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani.

Kuman tetanus boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Ia akan merosakan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit. Namun ianya boleh dicegah melalui suntikan vaksin.

”Berapakah suntikan yang diberikan? ”

Vaksin Tetanus Toxoid (TT) diberikan untuk melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk di dalam badan akan dihantarkan ke bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.

Jika ini adalah kehamilan pertama, sekurang-kurang dua kali suntikan yang diberikan. Suntikan pertama diberikan pada awal kehamilan dan dos yang kedua diberikan pada selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

suntikan ketiga diberikan selepas enam bulan suntikan kedua diambil agar dapat memberikan perlindungan sekurang-kurangnya lima tahun. Walaubagaimanapun ia tidak diamalkan di Malaysia.

Jika ini adalah kehamilan kedua, dan jarak kehamilan ini kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

Suntikan vaksin tetanus ini semakin tidak relevan pada masa sekarang kerana banyak hospital telah dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan ‘basmikuman’. Jadi risiko untuk mendapat jangkitan kuman tetanus telah berkurangan.

Suntikan itu juga boleh menyebabkan demam, dan ada kalanya tindakbalas alergi. Jadi ramai gynaecologist di hospital swasta yang tidak memberikan lagi suntikan itu.

Tetapi amalan ini masih lagi diamalkan di klinik kerajaan. Ia mungkin bertujuan mengurangkan risiko jika ibu yang hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.



okey, ni tambahan yer dari apa yang aku tau. selain daripa ibu hamil, suntikan ATT ni juga akan diberikan kepada mereka yang terpijak paku dan kes-kes kemalangan. Untuk kes kemalangan jalan raya, injection ATT ni diberikan semasa di tempat kejadian lagi bagi megelakkan berlakunya jangkitan kuman.

dan lagi satu, ibu-ibu hamil boleh refuse untuk tidak menerima injection ni. tapi bagi aku lebih baik amik kan..mencegah lebih baik dari merawat..tak gituuuuuu ? ? ?

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM...




mental dah ni.....


Assalamualaikum...
ni entry luahan hati ! ! ! tak nak baca sudah....

en.husband dah 6 hari dah tak ada..6hari jugak la aku dah mental dok rumah soang-soang. hari pertama n kedua aku boleh tahan lagi.sibukkan diri dengan kemas rumah, baca novel, google ntah pape benda..dan.....kroh...kroh...kroh...zZzZzZzZzZz ! ! ! bangun bila dah lapar dan baby kat dalam perut ni asyik berpusing-pusing n menendang perut aku...mentang-mentang sekarang musim bola, awak tendang-tendang perut mommy awak yer...hu3...tak pe.atlis aku tau yang aku tak keseorangan...kannnn sayang mommy ! ! !

langsung tak terasa pun yang en.husband tak ada.malam pulak aku anggapkan dia duty..dan aku pun kroh...kroh...kroh...ZzZzZzZzZzZ.....dannnnnn...esoknya.....masuk hari ketiga aku dah mental  ! ! ! !...

ni 1st time aku kena tinggal terlalu lama.sebelum ni en.husband belayar 3 hari je...3 hari je tau! ! !tu pon hari ketiga dia dah ada kat rumah dah. masa mula-mula dia bagitau aku dia kena pi Kudat 2 minggu, aku dengan konpiden nyer bagitau, okey je...xpe..pi la ! ! ! sekali belum seminggu mental dah aku.

aisssshhh...ngada-ngada la aku ni.bukan tak pernah dok pisah lama-lama kan.sebelum ni okey je sorang sabah sorang perak..kannnnnn ? ? ??ni dah tak boleh pulak.adehhhh...cam mana la aku nak berpantang nanti..dah sah-sah la aku dengan en.husband kembali bercinta jarak jauh..kenapa la tak ada peruntukkan cuti sebulan ke dua bulan ke untuk suami yang isterinya berpantang berjauhan...kannnnn.....? ? ? wahhhh...melampau kau ieja...tunggu bapak ko ganti pak ajib boleh la kot.....! ! ! !

ni la kan nasib isteri seorang 'pelaut'....huahuahuahua....asyik kena tinggal je..terima lah seadannya..kannnn...! !

nak jugak tempek pic dia ni..
huahuahuahuahua...
ape??
tak nsem??
ada aku kisah ! ! ! 


Sunday, June 10, 2012

BABY CHECKLIST

Assalamualaikum.....
Barang baby dah beli dah sikit. baru sekrang nak letak checklist. Setakat ni baju-baju je beli kat Sabah, yang besar-besar n berat-berat bagai semua beli time balik raya nanti...mintak-mintak la sempat. Kerja last minit adalah satu nikmat...hik3....

Checklist ni aku refer daripada beberapa blog. Ada yang aku rasa perlu aku masukkan, ada yang aku rasa tak perlu aku tak masukkan dalam checklist ni. yang betul-betul penting baru beli...n pikir benda tu betul-betul nak pakai atau tidak..lagi satu bergantung pada baget aku. sekarang ni gaji sorang je..barang baby dah la mahal. bukan aku berkira dengan anak ni, ye lar..macam aku kata tadi, sekarang ni semua harap en.suami....kecian la kat die..kannnnnnn... ? ? ? ?

PAKAIAN BABY

1. baju lengan pendek                                     -4    done tp nak beli lagi sikit kot.... DONE
2. baju lengan panjang                                    -6    baru beli 1 DONE
3. romper                                                       -4  baru beli 1 DONE
4. seluar pendek                                             -4   in hand 2 DONE
5. seluar panjang                                            -6   in hand 2 DONE
6. sarung tangan + kaki                                  -7   in hand 3 DONE
7. sapu tangan                                               -3  DONE ada 10 helai..beli kat ikea rm 15.00
8. barut                                                        -10  in hand 3 DONE
9. topi                                                           -3  in hand 1 DONE

DIAPERING

1. napkin                                                    - 1 pek    DONE
2. lampin pakai buang
3. diapers wipes                                            DONE
4. safety pin                                                  DONE
5. changing mat                                            DONE
6. nappy liner
7. cloth diapers
8. detergent khas untuk mencuci pakaian bayi   - beli kat sabah 1 kat semenanjung 1
9. baldi untuk napkin                               - beli kat semenanjung
10. beg untuk diapers
11. bakul baju kotor                               - beli kat semenanjung

PENJAGAAN BAYI

1. bedak bayi                                      -  DONE
2. losyen bayi                                      - beli kat semenanjung
3. minyak baby                                    - beli kat semenanjung
4. sikat                                                  DONE
5. putik kapas                                     -  DONE
6. pengetip kuku                                    DONE
7. methylated spirit                              -hospital bekalkan.nurse akn bg sebelum discharge dr sepital
8. nasal aspirator                                    DONE
9. termometer                                     -DONE
10. syringe for medicine                      -amik kat klinik ! ! !
11. minyak telon                                  DONE

KEPERLUAN MENYUSU

1. botol susu
    - 9 oz ( 260 ml )
    - 4 oz (125 ml )                               **no 1- 4 DONE in 1set AVENT**
2. puting botol susu
3. berus pembersih botol
4. puting
5. bottle sterillizer                        - tak perlu.guna tekni tradisional je..rebus dalam air panas
6. nipple cream
7. nursing pad washable
8. nursing pad disposal                   DONE
9. breast pump                             -tak tau nak beli ke tak..tengok keadaan dulu cam mana... ! ! !
10. penyepit botol                        -tak perlu kot...
11. pakaian menyusu
12. nursing pillow                         -tak perlu perlu
13. nursing bra
14. termos                                  - dah ada.time student dulu punya termos elok lagi...hik3...jimat ! ! !
15. cooler bag                            - tak perlu kot.  TIBA2 EN.HUSBAND KATA NAK BELI....
16. milk powder dispenser          - DONE. beli sama dengan set EVENT.time tu da sale kat parkson 1B..
17. warmmer                              - tak perlu kot.lagi pun aku tak kerja kan..... ! ! !
.
KEPERLUAN TIDUR BAYI

1. selimut                                   -dah beli 1..nak beli lagi 2@3 kot.... DONE
2. bedding set                             - beli kat semenanjung DONE
3. play pen / katil bayi              
4. kelambu                                 - nak beli kat IKEA..hik3...dah target dah  DONE

KEPERLUAN MANDIAN

1. tuala                   - dah beli shelai..beli lagi 1 @ 2 lagi kot...  DONE
2. besen mandi       -yang ni dah tengok kat IKEA.tapi pikir gak cam ne nak bawak balik Sabah nanti  ! ! ! DONE
3. syampu                        DONE
4. sabun mandi                 DONE
5. alas mandian - supaya tidak licin
6. span


KEPERLUAN BERJALAN

1. beg bayi                          - DONE
2. infant carrier
3. stroller
4. car seat


EXTRA

1. penyangkut baju berkelip
2. bumbo seat
3. penyangkut kecil ( untuk sarung tangan + kaki)








Saturday, June 9, 2012

angkat tot0, bantal, selimut..letak depan tv ! ! !


Assalamualaikum...
EURO 2012 dah bermula dengan perlawanan pembukaan Poland vs Greece. Aku tak tengok pun..keputusan pun tak tau.Semalam mood aku lebih pada downlod lagu-lagu..Sesambil tu aku berjalan-jalan juga melawat blog-blog orang lain.ramai gak yg post pasal EURO 2012...kebanyakkannya pasal laki masing-masing yang kaki bola.kat pesbook pun ramai gak post status pasal EURO ni....


huahuahuahuahua...ni status yang senior aku post....
aku belum lagi nak post status cam gini lagi. sebabnya en.husband aku pi belayar.so, die tak ada kat rumah dan aku pun tak ada la nak berebut tv dengan die. masa aku kemas-kemas beg die untuk pi belayar tu pun die dok terpikir-pikir macam mana nak tengok bola. katanya, dah la Kudat tu pekan kecik je.kedai semua tutup pukul 12 mlm..dalam hati aku kata, padan muka.dah  la 2 minggu stay kat sana. tahan je la 2 minggu tak tengok bola. ni semua gara-gara angin berhembus +++ dan ombak rindu +++ tiga hari lepas..sampai bot pon boleh hampir-hampir pecah kena pukul dengan ombak..tapi memang kuat pun.dah la rumah aku tingkat 3, bergegar tingkap....! ! !

tapi pagi tadi aku call en.husband, dia kata semalam diorang dah jumpa dah kedai yang ada astro n tutup lewat..dah boleh dah dok Kudat dengan senang hati sebab dah boleh tengok bola...patut la die diam je semalam tak msg aku...cisssss.....aku sedar ada message masuk pun pukul 4.30 pagi tadi. tu pun sebab bangun nak solat subuh...

'pukul 7 kejut abang yer..takut tak sedar. diorang yg kt dlm bilik ni semua xleh hrp sgt...tido mati'

elllllleeeehhhh....mengata orang. die pun sama....

pape pon, kepada isteri-isteri yang suaminyer kaki bola, terima la seadanya. bersabar lah untuk sebulan ni yer...hik3.....

SEKIAN....




Friday, June 8, 2012

cari yang lain jumpa yang lain.....


Assalamualaikum.....
di tengah-tengah malam ni, aku saja la dok golek-golek atas katil ni.nak tido, awal lagi, nak baca novel rasa macam malas. so, aku pun men-goggle la persoalan-persoalan yang yang macam-macam wujud dalam kepala otak aku ni. salah satunya pasal kepak ayam.sejak aku sampai kat Sabah ni, bersepah-sepah aku tengok orang jual kepak ayam panggang.tak kisah la kat mana-mana pun. kat kedai makan dah tentu la...tu, kat fun fair depan 1B tu pun da orang jual. ke memang makanan tradisi diorang ? ? ?.....



disebabkan nak tau sangat pasal apa banyak sangat kepak ayam panggang kat Sabah ni, aku pun goggle la. tanya en.husband die pun tak tau sebab apa. tapi lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.tapi pasal kepak ayam ni jugak la.

aku ni memang suka sangat la makan kepak ayam. dari dulu lagi. time student dulu, member aku pernah tegur, kalau orang tu suka makan kepak ayam, nanti die pergi jauh...huhhuhuhuhu...memang jauh pun aku pergi sekarang ni..masin mulut korang ek.... ! ! !

KEPAK AYAM BAHAYA UNTUK KAUM WANITA ! ! !

baru baca tajuk aku dah cuak dah...bahaya pasal apa pulak.aku makan selama ni elok je.sakit perut pun tak..laju je tangan click kat tajuk tu. dah abeh baca aku pun start mengira berapa banyak kepak ayam yang aku dah makan...makan kepsi berebut kepak ayam dengan mama, makan pizza mesti oder chicken wings, goreng ayam kat rumah pun, mesti amik kepak ayam cepat-cepat..takut orang lain amik....buruk kan perangai ! ! !

LELAKI ? ? ? boleh kot makan...kot la ! ! ! ! sharing is caring kan...jom baca ni.....


Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah benar, seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku lagi  beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. 

Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita  lebih cenderung untuk pertumbuhan sista(cyst) di dalam rahim. Oleh itu, dinasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

sumber:: fieda


so, mulai hari ni kena kurangkan makan kepak ayam..dan mulai hari ni juga aku kena bermurah hati masa makan kepsi..sape yang makan kepsi dengan aku, nak kepak ayam je aku boleh bagi... ;)





SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....



PREGNANT:: nak berpantang kat mana ? ? ?


Assalamualaikum....
sekarang dah masuk 6 bulan. hari tu sebelum aku datang Sabah ni, ada la balik kampung jumpa opah. Opah offer dok dengan die time berpantang nanti. serius rasa cam happy giler bila opah offer die nak jaga aku time berpantang nanti. tapi bila aku pikir balik.... adddeeeeeehhhhh ! ! ! mati la aku kena ikot segala pantang larang tok nenek moyang moyet aku dulu....

kalo dok dengan mama aku rasa tak ada la pantang sangat pon. lagi pun mama dulu nurse. dalam medical mana la ada pantang-pantang bagai ni. pantang dengan opah sure makan tu tak boleh makan ni tak bole.yang bolehnyer nasi panas, lada hitam n ikan bakar...yer takkkkk ? ? ?

kalau pantang dengan mama,pantang sikit-sikit je kot. dalam medical lagi digalakkan makan ayam, daging, sayur-sayur semua. ibu yang dalam pantang kan perlukan tenaga n nutrisi yang cukup tok BF baby.kalau makan nasi + ikan bilis ada ke khasiatnyer ? ? ?  cer pikir....! ! ! lagi pun masa aku study nurse dulu pun lecture aku kata, protien n vitamin lagi diperlukan. so perbanyakkan makanan ber-protein n tinggi vitamin digalakkan..buah-buahan pun penting. lagi satu kena banyak minum air untuk elakkan constipation..dah ikot pantang orang-orang tua semua-semua tu dah tentu kena catu..tu tak leh amik banyak, yang ni tak boleh amik banyak...ermmmmmmmmmmmm........! ! ! !

isu hal berpantang ni sebelum opah offer lagi aku dah pikir n dah bincang dengan en.husband. bila opah dah offer aku pun citer kat en.husband. die kata  'okey gak pe kalau opah yang jaga. tengok orang dulu-dulu body die macam mana even dah anak 3-4, solid lagi tau. tak nak ke body macam tu ? ? ?

laki aku ni memang dah tau dah kelemahan aku. sebut je pasal berat badan, pasal gemuk ke memang aku akan sangup buat apa je. walaupun benda tu aku tak suka. bila aku pikir balik, okey gak aku dok rumah opah. nak harapkan mama tak kot.lagi pun mama kena bawak ayah pi dialisis 3x seminggu. So, kalau mama tak ada sapa nak jaga aku. Rumah mak mertua ? ? ? owhhhhh...tidak sama sekali...bukan apa, aku tak nak susah mak mertua aku. orang tua tu pun bukannya larat pun. dah la adik ipar aku yang 2 orang tu banyak kerenah. so, lebih baik la aku stay kat rumah yang aku dah biasa.

lagi satu, aku ni cucu kesayangan opah. confirm opah jaga aku baik-baik....huahuahuahuahua ! ! ! ! ! ! ! !

bukan en.husband aku je yang kata stay dengan opah lagi baik. kakak ipar aku pun kata, better stay dengan opah. die kata orang dulu-dulu jaga memang elok. tak payah guna set berpantang pun tak apa. orang dulu-dulu dah tau apa yang patot diorang buat. at lis bila berpantang ni makan minum kita ada orang jaga.

dok dengan mama senyap-senyap je aku boleh curi makan benda yang aku tak boleh. silap-silap belum habis pantang aku dah pi jalan-jalan kat jusco kat ipoh tu...kannnnnn ? ? ??

memang la buat kita rasa tak suka tu, tak suka ni. tapi hasil die sapa tau. lagi elok dari diorang yang pi slim world tu...

errrrmmmmmmmmmmmmmmm..................kannnnn ? ? ?

tengok la nanti kat mana aku berpantang. lagi pun mama tak tau pun lagi pasal ni. tapi mama okey je kot if aku berpantang kat rumah opah. if berpantang kat rumah mama memang tak ada sapa jaga aku time mama pi teman ayah dialisis....jawabnya soang-soang aku la.kalau pape jadi kan susah.rumah opah aku tu walaupun kampung, tapi hospital memang dekat 3 minit je dah sampai. bab transport tak payah cerita la.kereta pakcik aku 2-3 biji kat rumah opah aku tu memang dah ada.

rumah opah pun selesa. tak nak dok atas, dok bawak pun boleh..so, banyak kebaikkan sebenarnya berpantang kat rumah opah aku ni. at lis aku boleh belajar. kot-kot la nanti anak no 2 tak payah dah aku nak berjauhan dengan en.husband dah...waaahhhhhh...gitu. anak 1st tak kuar lagi dah pikir 2nd baby.... ! ! ! rezeki kita tak tau kan...hik3....

SEKIAN..
ASSALAMUALAIKUM....











Wednesday, June 6, 2012

ANDAI KU BERCINTA LAGI


Sebelum korang semua tido, jom layan lagu ni....


ANDAI KU BERCINTA LAGI by MOJO
OST drama AMEERA TV 3

appt doc :: 25 weeks


Assalamualaikum....
Baru je balik dari klinik. hari ni appointment dengan doctor. Kat Sabah ni aku pi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Menggatal..huahuahuahauhua...1st time en.husband aku sebut nama klinik ni terus aku gelak terbahak-bahak.tunggu tak terguling-guling je..nama cam tak senonoh je..jangan anak aku nanti kecik-kecik dah 'menggatal' dah la... ! ! ! !

Walaupun just untuk jumpa doktor je, tapi aku tunggu dekat 3 jam. Aku sampai klinik lebih kuang pukul 7.20 pagi...letak pink book dalam raga, duduk kat 10 minit sebelum cik misi panggil bagi no...7.30 pagi aku dah dapat no.. 5009..ikot pada nombor ni, aku akan masuk bilik no 5..giliran yang ke-9..okey fine ! ! ! klinik ni memang ramai giler orang. pening aku, dengan bau yang macam-macam, aircon ada tapi tak boleh guna, so, guna je la kipas besar yang macam kat kedai makan cina tu.

start pukul 8, dah start panggil no..tapi bilik no 5 yang aku nak masuk nanti tak start pape pon lagi..stil lagi 0000 ! ! aku dah agak dah.doktor memang selalu macam ni.tak punctual...!!!! pukul 8setengah baru la 5001 terpampang kat skrin no tu....pikir-pikir lebih baik aku ngan en.husband aku makan dulu kat kantin klinik. dari aku duduk kat dalam tu dengan macam-macam bau n bunyi.ditambah baby yang tak dok diam bila aku tak makan lagi.

kat kantin aku oder mee goreng + sayap ayam + teh ais...tu pun tak abeh.tak lalu aku nak makan..sejak dok kat Sabah ni, tiap kali makan kat luar, makanan dalam pinggan tu tak pernahnya nak abeh..dah la mahal, membazir je.tapi nak buat macam mana. kunk aku paksa makan kunk maunyer terkeluar balik....jalan terbaik abaikan je la....dok kat situ ada la kat 45 minit. dah siap makan semua, masuk dalam balik.....

haaaaaaaaaaaaaaaaa ? ? ? ? ? ? baru no 5004.....tak pe la.aku duduk dulu sambil berharap yang start dari no 50005-5008 orang tu tak ada..pi makan ke...tengok-tengok doa aku termakbul...! ! ! ! Alhamdulillah...start dari no 5005-5008 tak orang masuk...tapi sekejap je aku seronok, tiba-tiba kat skrin tu naik no 5026...aissssshhhhhh...ni dah mula pasang niat nak bersuara kat kaunter ni..en.husband kata, 'sabar dulu, lepas ni kalo tak naik jugak no honey baru pi tanya....' hik3...nasib la orang yang penyabar ada.kalau tak aku memang dah bising dah.....

'lima kosong kosong sembilan...bilik lima'...suara pempuan mana ntah.terus aku bangun..nasib kau... ! ! !
masuk-masuk nasib la doktor pempuan..sebelum ni aku datang nampak doktor lelaki.segan la aku kalau doktor lelaki. walaupun just scan je...! ! !

macam-macam doktor ni tanya aku...pasal pil hematinic aku amik ke x, bole tolerate ke x, bla..bla..bla...sambil -sambil die clerking case, aku pon dok tanya pasal 4d scan...sungguh kecewa. serius kau tak ada. ada 3d je....nak tunggu balik semenanjung buat 4d scan memng tak la jawabnyer. member aku kata, 4d scan ni better buat masa 4-6 bulan..lambat-lambat t susah nak nampak muka semua. silap-silap die kata boleh nampak die senyum sekali ! ! ! ! waaaahhhh...hebat..lagipun die kata tak la mahal sangat...tapi impian tinggal impian.terima je la keadaan kat Sabah ni...huwaaaaaaaaa...............sedangkan tadi scan pon doc tak bagi pun pic..die kata untuk kes-kes biasa diorang tak bagi....sebab peruntukan terhad ! ! ! :( sedih betol aku....

time scan tadi doktor kata macam baby......... je ! ! ! hik3...
agak-agak korang baby ape yer....



or


SEKIAN......
:)

PREGNANT:: 1st Baby Kickin'....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sekarang dah 25 weeks pregnancy. Baby pun dah bergerak dengan tersangat lah aktif.
Still lagi ingat bila 1st kicking baby, aku siap tulis tulis lagi dalam diari. Ye la...pengalaman berharga tu.
Tarikh :: 09.04.2012
Masa:: malam (waktu becinta dalam phone dengan bapak baby....)

Time tengah baring-baring tergolek-tergolek atas katil tiba rasa something je dalam perut ni..untuk 1st time aku diam sekejap.then, tiba-tiba aku rasa lagi untuk 2nd time. Time tu pe yang en.husband aku cakap pun aku tak tau. sebab nak fokus pada perut. bila dah 2nd time kena tendang, aku pun terus bagitau kat en.husband. ada ke die kata angin dalam perut aku...cisssssssss....jeles la tu die tak rasa :P

Sejak dari malam tu sampai la sekarang ni, baby asyik bergerak-gerak je. Kadang-kadang aku rasa geli gak..hik3..tapi penuh dengan kebahagian :) Apa yang aku perasan pasal baby dalam perut ni, die akan bergerak dengan aktif bila aku lambat makan..die lapar kot...kannnn ? ? ? ? hik3....pastu bila aku mengering ke sebelah kiri. time tu tak payah nak kat kata la, kadang-kadang kat 5-6 kali die tendang perut aku...then bila aku duduk bersila or bagi penyek skit perut..memang berpusing-pusing la die dalam tummy aku ni..dah macam acara renang berima kot kat dalam tu....hik3....

sekarang ni dah duduk sekali dengan en.husband, rajin gak la en.husband bersembang dengan baby ni. pantang tak ada kerja mula la dok usik perut.. budak tu tengah elok diam-diam die pi kacau. 1st time kena tendang dengan baby terkejut giler laki aku...padan muka.kacau lagi...hahahhaha....


bagi aku ni la pic yang sgt menakjubkan..
comey je kaki baby tu...


bagi aku ini la pengalam terindah dan terbest sekali dalam hidup. sayangilah anak-anak kerana mereka memberikan kita kehidupan yang bahagia...ceeeeeeewwwwwaaaahhhh.....

apa yang aku harapkan, baby yang bakal lahir ni, cukup semua sifat dari segi fizikal dan mental. sihat alhamdullillah dari sebarang penyakit. dan jadi anak yang soleh dan solehah dan mendengar kata. itulah doa aku lepas solat setiap hari.....

AMINNNNNNN.........


Tuesday, June 5, 2012

akhirnya...dapat jugak ! ! !



hajat kat hati nak iPhone 4s, tapi cian lak kat en.husband, so yang kat bawah ni jela. yang ni pon dah cukup dah untuk aku. lama gak aku n en.husband tunggu S II ni turun harga. ada la dekat-dekat setahun. 2 minggu sebelum en.husband grab benda ni untuk aku, harga still lagi RM 1699.00..time tu memang kucewa la....
last-last time jalan-jalan kat KK ari tu, terkejut kau harga jatuh RM 1499.00...tawar punya tawar.dah tambah, tolak darab n bahagi dapat la RM 1400.00...alhamdulillah...aku selalu kata yang bukan aku yang nak pakai tapi baby yang mintak.hahahahahaha...........



so, untuk en.suami yang tersayang, thanks yer sebab sabar denga kerenah isteri mu ini...
luv u sooooooooooo muchhhhhh... ;)


PREGNANT:: boleh ke naik flight???

Assalamualaikum...
post sebelum ni dah bagitau yang aku dah ada kat Sabah...
sebelum fly pi Sabah ni pun ramai yang bertanya,
boleh ke time mengandung naik flight ? ? ?
nanti bersalin dekat Sabah ke ? ? ?
soklan ni memang aku dah agak dah, memang orang akan tanya.
sebelum fly datang Sabah ni, aku dah siap interview doktor kat klinik yang aku follow-up ante-natal masa kat semenanjung hari tu. Serius aku memang tak tau pun walaupun ada basic dalam medical ni....

Doktor tu kata, sebenarnya tak ada effect apa-apa pun kalau naik flight tapi untuk perjalanan yang dekat je la. bukannya dari KLIA ke LONDON....maksudnya untuk perjalanan International memang tak digalakkan. tapi untuk perjalanan domestik tak ada masalah.

selagi kandungan belum mencecah usia 37 minggu still lagi boleh naik flight. semua tau kan yang bila dah masuk 37 minggu, bila-bila masa je boleh bersalin. so, bila dah 37 minggu tu elakkan untuk naik flight, bukan je naik flight tapi untuk juga untuk perjalanan yang jauh.tak kisah la ko naik kereta ke keretapi ke..memang tak digalakkan. and one more thing, if tak nak rasa terhentak sangat time flight landing, duduk pada bahagian tengah flight.. tu apa yang doktor tu pesan kat aku la.

lagi satu, sebelum fly kena dapatkan surat pengesahan daripada doktor.tapi masa aku fly hari tu, flight attendant tu aku tengok macam tak pandang langsung surat doktor yang aku bawak tu. tapi sebelum naik flight tu, ada kena sain satu form yang mengatakan if ada apa-apa berlaku kat kita or baby, kita tak akan saman pihak flight.

tapi sekarang ni hati aku dah jadi risau balik bila fikir pasal nak balik ke semenanjung time raya nanti...kalau ikotkan kandungan time tu dah masuk 33 minggu..walaupun baru 33 minggu tapi risau takut tak lepas je. So, untuk follow-up pertama kali aku kat Sabah hari tu dah tanya dah kat Staff Nurse, diorang kata better pi tanya dulu kat flight..tanya kat MAS and AIRASIA...sebabnya polisi lain-lain.tak sama. under medical memang tak ada masalah untuk tempoh 33 minggu tu.

huh....harap-harap lepas la.kalau aku bersalin kat sini sapa nak jaga aku..
dah la rumah tingkat 3....mau leh terberanak aku nak menyampai tingkat bawah....
lagi pun 1st baby memang tak tau nak buat apa. en.husband aku tak payah cakap la.memang di dah cakap awal-awal dah die memang tak reti nak handle benda-benda macam ni.kalau dah ada pengalaman die kata boleh gagah lagi, ni pengalaman pun tak ada...so, walau macam mana pun aku kena gak balik semenanjung...

harap dipermudahkan segala urusan...
aminnnnnn................

Monday, June 4, 2012

sabah bah ini......


Assalamualaikum.....
hye semua..kali ni up date blog dari bandar sierra, kota kinabalu sabah....
yup...saya sudah berada di sabah ! ! ! ! !
tamat sudah percintaan jarak jauh antara saya dan en.husband...
tapi bakal bersambung bila saya bersalin nanti... :(

life kat sabah ni memang jauh beza dengan semenanjung...
berbeza dari segi waktu, makanan, aktiviti, n segala-gaknyer berbeza...
itu untuk seminggu pertama aku ada kat sini...
sekarang dah hampir sebulan lebih...
dah boleh adapt dengan keadaan tu semua....
cuma yang tak boleh terima je lagi bila kat jalan raya...
orang-oraang kat sini bawak kereta penuh la dengan 'berhemah la sangat'.....sangat kurang ajar ! ! ! !
mentang-mentang kereta kau besar suka ati kau je ek...dengan tak bagi signal...dengan lajunyer...main masuk je...
so, en.husband pon macam tak bagi sangat aku nak drive kat sini...

dari segi makanan, tak payah cerita la.
aku sampai je kat sini macam blur tak tau nak makan apa. aku masak lagi sedap kot !!!
rasa makanan kat sini tak sama macam dekat semenanjung. amik masa jugak la nak sesuaikan diri.

tu bercerita bab-bab yang tak best...
bercerita bab yang best pulak harga barang makanan mentah kat sini tersangatlah murah..
aku dengan en.husband selalu pi beli barang sayur-sayur n ikan ni semua kat pasar Philippine kat K.K...tapi dari rumah aku nak pi pasar tu amik masa kat 40 minit gak la..kat situ harga barang memang murah. harga syur antara  SEHENGGET sampai 5 HENGGET JE...murah kan....
ikan tak payah viter la..memang murah. aku penah beli sotong dengan harga 3 HENGGET untuk SEKILO...! ! ! !
ingat kan sotong tu tak elok, tapi aku tengok elok je...tak ada pulak busuk ke, pecah perut ke...
kat semenanjung ada??? tak ada kan???

barang mentah memang murah, tapi bila kita beli makanan yang dah siap masak kat kedai jangan harap ko dapat harga yang murah.makan untuk 2 orang kalau tak 20 HENGGET ++ memang tak sah....
makan kat mamak harga semenanjung RM 10 hengget untuk 2 orang, kat sini tak 12 hengget 15 hengget dah memang siap dalam tangan ko kena sediakan....
so, jalan terbaik untuk berjimat adalah memasak ! ! ! !

bercerita bab masa-memasak ni aku tak la hebat sangat. tu la dari dulu malas sangat tolong mama kat dapur, bila dah kawin baru terhegeh-heget men-google resepi..
tapi aku tengok en.husband aku makan siap bertambah je, maknanyer sedap la kan....? ? ?
aku tanya okey ker tak die kata okey je...
tak pe tak pe...boleh improve lagi bab masak memasak ni....

k la yer...
out dulu...
nanti up-date lain pulak :)

ASSALAMUALAIKUM....