Followers

Friday, September 30, 2011

akak gurau je :P

Assalamualaikum....
Hye semua....
Akhirnya dapat juga aku update blog burok ni.Ni pon pinjam lappy dak umah sewa ni.nak harapkan aku pi bayar BB yang dah berbulan-bulan tertunggak tu tak tau la bila.sekarang ni aku kedekot skit.ermmmmm...baru tau susahnya mencari duit.hik3....

Sekarang ni aku tak kerja dah.tumpu pada prep wedding.banyak benda tak settle lagi ni.bukan la berhenti kerja tapi sekarang ni tengah tak ada pesakit,so boleh la aku buat apa yang patot.

Bila bercerita pasal prep wedding ni, aku ada cerita pasal aku pi buat HIV TEST....Result::NON-REACTIVE...maknanya aku bebas dari HIV.Ni merupakan 1 prosedur wajib bagi bakal pengantin.prosedur ni tak sakit pun,cucuk skit je kat ujung jari korang yang tu.ala ala rasa cam kena tercucuk pin tudung je :P

Nak dijadikan cerita, aku pi la sebuah Klinik Kesihatan dot dot dot ni...aku ingatkan kena buat appointment dulu,rupa-rupanya tak payah dan tak ada spesifik hari yang ditetapkan.bila staff tu dah kata cam tu aku pun terus decide nak buat.

DI BILIK PROSEDUR::
masuk-masuk je ada seorang student M.A yang ala ala nyah..aku senyum je la.golongan 'diorang' dah tersedia maklum ramah.

STUDENT M.A::Selamat petang, ye kak...boleh saya tolong??

AKU::akk nak buat HIV TEST....

STUDENT M.A::owh...duduk dulu ek.Staff nurse tu ada kerja sikit.

AKU::okey..<aku pun tunggu la.da la lebih kuang 5 minit,student M.A ni pun bangun dan pergi jumpa staff nurse yang sorang tu.sambil-sambil tu da la juga kitorang bersembang dan die pon dapat tau yang aku ni staff nurse.>

STUDENT M.A::kak, kalau saya yang buatkan boleh tak???

AKU::okey..boleh je.tak ada hal.

masa nak tunggu result kuar tu, staff nurse sorang ni pun sampai la kat kitorang.tunggu punya tunggu result pun kuar la. ADA 1 JE LINE...

STAFF NURSE::eh....adik positive la.

AKU::owh...ye ke???<<<sambil buat muka terkejut cam bodoh>>>

STUDENT M.A::kak, die ni pun staff nurse la....

STAFF NURSE::haaaa???? ye ke??? sorry la.akak gurau je.

dalam hati aku:: ko ingat ko sorang je staff nurse.
tak professional langsung staff nurse ni.benda cam tu nak buat bahan gurau.silap orang la ko nak gurau benda-benda cam tu.
ermmmmm...tapi aku terpikir jugak.kalau la die cakap cam tu pada orang yang bukan under medical line cam ne...silap-silap leh pengsan tak orang tu?????

so, pada staff nurse kat luar sana tu,agak-agak la kalau nak bergurau pun.tak professional langsung la.... ada perkara yang kita boleh gurau dan ada perkara yang kita tak patot bergurau.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....

Sunday, September 11, 2011

jap ada jap tak ada.....

Assalamualaikum....
Hye semua...
semoga pagi yang mendung-mendung dingin ni (tempat aku la..tempat korang pe cer aku tak tau...) memberikan seribu kebahagiaan dan kedamaian buat korang tak kisah la dengan siapa-siapa pon...ibu bapa,insan tersayang @ rakan-rakan.sebenarnya banyak benda nak diceritakan. tak tau nak mula dari mana. errmmmmmm......okey2...idea datang dah. disebabkan sekarang masih lagi dalam bulan syawal, aku bercerita la pasal raya yang lepas ye. juz cerita je. xda pic sebabnya time raya aritu terlupa nak bawak camera.nset aku bukan tak ada camera tapi nset murah je.malu lak nak kuarkan.hu3....

bagi aku raya tahun ni tidak lah semeriah tahun lepas tapi raya kali ni cukup bermakna bagi aku.ini merupakan raya aku terkahir sebagai seorang anak dara yang cantik...hahahahaha...perasan sudah.next raya insyallah raya aku bersama seorang suami.or may be ada anak.waaahhhh...bagi aku itu terlalu awal.berbalik semula kepada raya...tahun ni merupakan kali pertama aku beraya bersama-sama dengan adik-beradik n ibu kandung aku.hadir sama pakcik n makcik dan sepupu yang lain.mungkin ini kali pertama, aku masih lagi janggal untuk cope dengan mereka. tak apa...ni kan baru permulaan.insyallah saya datang berdua pulak yer...waaa...gatal ko ieja!!!

minta maaf la yer pada anak-anak buah, duit raya memang aku tak spare untuk korang.buddget aku semua aku bawak untuk bulan 12 ni.....nak rasa duit raya mai umah bulan 12 nanti ek...kad undangan akan aku post kan kat blog ni...sabar menanti yer....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....

Tuesday, August 16, 2011

hidup hanya sementara.....

Assalamualaikum semua...
hye...dah lama giler tak menaip kat blog ni.dah berkilo-kilo habuk terkumpul.hu3..maaf ye.
bila dah kerja ni memang tak ada life langsung.nak-nak kerja yang macam aku ni.hari-hari mengadap muka patient.
setakat hari ni dah 3 orang patient aku jaga.2 orang patient masih lagi bernyawa dengan baik.tapi patient aku yang last baru-baru dah tak ada di dunia ni.aku baru jaga dia 2 hari die dah menghebuskan nafas die yang terakhir akibat kanse payu dara.
macam yang ramai tahun, kanser payu dara salah satu pembunuh wanita.even baru 2 hari jaga die, tapi hati rasa sedih sangat saat die pergi.die pergi tanpa sesiapa pun yang menemaninya disisi.die pergi dalam diam.
sepanjang hampir 4 bulan aku bekerja,makin hari aku makin tahu erti realiti kehidupan.setipa dari kita harus bersedia menghadapi kematian.tak kira diri kita yang pergi atau yang sekeliling kita.perginya dalam mengejut atau dalam sedar haruslah kita terima....

SEKIAN......

Monday, June 20, 2011

esok dah kerja :(

Assalamualaikum...
hye semua....
erm...pertama sekali sebelum pape nak mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak balas jejak yang ditinggalkan.1st sebab tak ada masa dan 2nd sebab ni lappy pinjam. aku tak bawak lappy pon dok umah sewa ni.bukan saja-saja tak nak bawak tapi BB dah kena bar sebab tak bayar. so, dah gaji nanti la I bayar ye BB. terima kasih pada yang sudi datang blog tinggal ni. nanti ada masa yang sesuai aku akan datang terjah blog korang balik ye. terima kasih juga pada yang sudi tinggalkan komen.nanti juga akan dibalas. hik3....

esok aku akan start kerja semula selepas 4 hari aku off. ekceli aku off ni sebab patient aku admit ward. so, anak dia kata tak payah datang jaga sebab kat hospital nurse ramai. buat rugi je dia bayar kat KPJ hospital berpuluh ribu tapi nurse kat situ tak buat kerja.

disebalik cerita tu sebenarnya, esok merupakan 1st day aku kat rumah client baru. kalau sebelum ni aku jaga yeye (atok) esok aku akan jaga popo (nenek) pula. kenapa? sebabnya client aku sebelum ni dia minta tukar nurse. dia nak nurse yang berbadan lagi besar berbanding dengan badan aku yang kecik, comey dan kiut ni...ha3. dia kata, dia kesian tengok aku kena angkat bapak dia tu. erm...yeye tu tak la besar mana pun. tapi disebabkan dia lumpuh separuh badan, kita terpaksa gunakan sehabis tenaga kita untuk angkat yeye. jadi, aku tukar dengan kawan aku yang 'besar' sikit berbanding dengan aku. client aku yang baru ni pulak CRIB (complete rest in bed), so aku tak payah susah nak angkat. tapi banyak juga kerja, cam yeye boleh duduk kat wheelchair, boleh suap sendiri kalau makan. tapi popo semua kita kena buat untuk dia. termasuk lah yang tuttttttttttttttttt.....tu. tapi bagi aku, benda tu tak kisah pun. lagi pun dah biasa buat time praktikal dulu. sekuang-kuangnya bila aku kerja dengan client baru ni aku boleh apply nursing care yang aku dah belajar selama 3 tahun yang lepas.

so, doakan lah aku esok ye.opsssss....esok start kerja pukul 1ptg hingga 10 malam. dan untuk hari yang berikutnya, 7pagi hingga 7 malam, dan aku akan sambung sehingga jam 10 malam. sebabnya anak client tu minta. so, yang lebih 3 jam tu dikira sebagai OT. massssssyyyyyuuuuukkkkk..................! ! ! !
gaji berapa? ? ?hu3... biarlah aku je yang tau.yang pasti setaraf dengan mereka-mereka yang bekerja di private hospital.dan setanding dengan kelulusan yang aku ada.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

pukul 3 pagi main teka teki.....

Assalamualaikum...
Hye semua...
selamat bekerja bagi yang bekerja. macam aku hari ni aku off. so, masa digunakan untuk melunaskan janji-janji entry yang lepas-lepas. masuk hari kedua aku bekerja untuk shift malam:: dari jam 12 AM hingga 3 AM aku still lagi boleh bertahan. itu pun disebabkan yeye ajak main teka-teki. yeye ni kalau ada benda yang dia nak tapi anak-anak dia tak dapat tunaikan dia tak boleh tidur. akibatnya, aku, wife dia dan anak menantu dia akan meneka apa yang dia nak.yeye kan tak boleh cakap, so dia akan gunakan tangan dia sebagai isyarat. tapi kadang-kadang tersasar juga dari tekaan. bila dah salah, yeye tak boleh nak tidur. adoiiiiiii...memang kena banyak bersabar juga la.

malam kedua. pukul 4 pagi baru aku boleh melelapkan mata. itu pun sebab yeye dah tidur. penat kot main teka-teki dengan kitorang. dia bagi teka-teki dia tak bagi jawapan. kan dah penat. ha3...

ekceli kerja aku memang senang. kalau pesakit tidur, aku pun akan tidur. tapi bukan la tidur sekatil dengan yeye tu.family pesakit tu ada sediakan sebuah kerusi malas untuk nurse yang menjaga. so, rileks je kerja ni. yang parahnya bila kerja shift siang.

masuk hari aku kerja shift siang, serius aku bagitau kat korang yang tersangatlah boring.yeye pun tak banyak pi toilet. dia asyik tidur je sebab malam dia asyik berjaga nak pi toilet. time popo (nenek-wife yeye) masak untuk makan tengah hari, aku pi sibuk-sibuk tengok dia kat dapur. dah yeye tidur, aku pun menyibuk la dengan popo pulak. tapi tak lama pun, sebab popo soh aku pi dok tengok yeye. dah dia kata macam tu, aku pun pi duduk sebelah yeye, sambil tengok tv dan terus ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZ.....tersedar pun sebab yeye tolak kerusi yang dia letak kaki tu. itu tandanya dia nak pi toilet.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Sunday, June 19, 2011

yeye

Assalamualaikum...
Hye semua..rindunya kat korang semua. dah berhari-hari tak berblog. biasa la, pekerjaan yang penuh dengan komitment macam aku ni memerlukan pengorbanan. ceh...ayat tak boleh bla ye dak....hahahaha...
okey, entry kali ni nak cerita pasal 1st day kerja.
*********************************************************************************

HARI PERTAMA::
1st day ekceli aku patot start keje pagi. tapi aku minta excuse sebab jauh nak gerak dari batu gajah ke ulu kinta. dekat sejam weh...disebabkan itu aku amik keputusan untuk tinggal dekat rumah sewa dengan member aku yang kerja private nurse jugak. so, bermula la kehidupan yang aku perlu berdikari. kat umah baju masuk mesin je, kat sini kena basuh guna tangan sebab tak ada mesin basuh..hu3...tak pe la.de
mi mencari rezeki aku redha...ha3...sampai umah sewa terus pi makan. rehat-rehat, pukul 5stgh ptg aku siap-siap nak pi kerja dah. sebab masuk pukul 7 malam.agak berdebar juga. dari DESA AMAN, PENGAKALN ke ULU KINTA, TG RAMBUTAN, ambil masa lebih kuang 45 minit. nasib naik moto, so aku boleh cilok-cilok skit.erm...sampai je rumah client, diorang dah memang siap tunggu aku. tengok jam baru pukul 6.50 petang, lambat ke aku ni ? ? ? owh...tidak rupa-rupanya mereka isau aku tak masuk umah.ha3....

sampai-sampai aku terus dikenalkan dengan bapa diorang yang sakit tu. panggil yeye...iaitu maknanya atok.

aku:: yeye, ni hao....

yeye:: <cuma senyum je...sebab dia tak boleh bercakap.>

macam yang pernah aku bagitau kat entry ni, yeye ni paralyze bahagian kanan. iaitu akan efect pada percakapannya. lagi satu, yeye tak pergi pada rawatan hospital. dia hanya menjalani rawatan secara tradisional. bagi aku, ada baik ada buruk. nak-nak yeye ada ketumbuhan pada otak dia. kebaikkannya sebab yeye dah tua. kalau die buat rawatan kimoterapi atau menjalani pembedahan, risiko kematian lebih tinggi sebabnya yeye dah tua dan sistem pertahanan badannya dah lemah.

malam pertama bekerja, dekat 10 kali aku kena bangun sebabnya yeye dak dekat seminggu tak BO (bowel open) @ berak...ngeh3...so, petang sebelum aku masuk kerja tu, anak dia dah berikan enema untuk yeye BO, padahnya malam tu memang yeye BO je kerjanya. tapi aku bawak yeye pi toilet bukan sorang-sorang, ada menantu perempuan dia yang tolong aku. 

huh...penat lor...balik kerja pukul 7 pagi. beli breakfast, balik rumah, dah siap makan, mandi terus tidur. sedar-sedar dah pukul 3 ptg...ha3....bagun pun sebab dah rasa lapar. kalau macam ni hari-hari aku boleh gemuk weh. selepas tu rutin aku macam tu la untuk tiga hari.

okey la syang-sayang ku semuanya. untuk hari kedua next entry pulak ye. ada sesuatu yang mengejutkan aku...

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, June 14, 2011

sekejap je ni....

Assalamualaikum...
entry di tulis dalam keadaan kelam sikit...hik3...
helllooooo semua.....
rindu sangat-sangat...
kehidupan baru telah bermula, so masa untuk berblog agak terhad.harap semua faham ye.sebenarnya banyak benda nak cerita bila dah kerja ni.cuma masa je yang tak mengizinkan.apa yang aku boleh bagitau yang aku happy dengan kerja sekarang ni.cuma kadang-kadang je ada stress sikit. tapi benda tu biasa la kan bagi yang dah bekerja. okey la.sampai disini dulu. lain kali jum pa lagi.

ASSALAMUALAIKUM

Friday, June 10, 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. 

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. 

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.  
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).  
  • Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.  
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.  
  • Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. 
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 
  • Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 
  • Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.  
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.  
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
              Berkata Saidina Ali:
              • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
              • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
              • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. 
              Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
              • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 
              • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 
              • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. 
              • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 
              • Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 
              * Diampunkan dosanya yang lalu.
              * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
              * Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

              Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

              Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

              Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

              Allah menjawap:
              Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

               Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
              "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".

              (dari kitabRaudatul Ifkar)

              Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

              Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

              Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

              Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

              Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
              Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

              REJAB bulan menabur benih.
              SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
              RAMADHAN bulan menuai.

              REJAB menyucikan badannya.
              SYA'ABAN menyucikan hatinya.
              RAMADHAN menyucikan rohnya.

              REJAB bulan taubat.
              SYA'ABAN bulan muhibbah.
              RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

              Thursday, June 9, 2011

              nak kerja dah....

              Assalamualaikum...
              Hye semua. semalam ingat nak sambung story pasal private nurse. tapi disebabkan aku dah kepenatan, sampai-sampai rumah, mandi & terus landing atas katil sambil 'bercinta' dengan en.tunang.

              semalam aku dah pi jumpa dengan bos agensi tu & dah jumpa client tu. yang best ialah partner aku masa kerja ni ialah kawan kolej aku dulu. Ned.yahoooo...so, aku tak ada la rasa takut sangat.shift kitorg lain-lain. Ned akan mula dengan shift malam hari ni. start pada pukul 7.00PM-7.00AM esok hari dan aku pula akan start esok 7.00AM-7.00PM. untuk shift yang seterusnya kami tak bincang lagi. sebab apa ? ? ? sebabnya, bos suruh kami yang discuss sendiri pasal shift. best kan bos macam ni....hik3...

              okey..bercerita pasal client kami pula. ****Chinese****yang kami kena jaga ialah bapa dia. **73 years old**stroke**hemiplagia (lumpuh sebelah anggota---kanan). dari segi background family die, diorang sangat baik. salah seorang anak patient ni convert to islam. so, kat situ kami rasa bersyukur sebab diorang semua faham apa tanggungjawab kami, apa yang kami boleh buat dan apa yang kami tak boleh buat. mula-mula rasa takut. dan last-last rasa lega.

              erm..pasal gaji pulak ? ? ? ha3..boleh la.standard gaji yang sepatutnya seorang yang ada diploma in nursing macam aku. ekceli banyak lagi nak cerita. tapi lain kali la.petang ni aku ada hal dengan kehidupan baru aku.


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Wednesday, June 8, 2011

              private nurse

              Assalamualaikum...
              Hari ni punya la awal aku bangun. pukul 8. selalunya time cam ni aku lena lagi atas katil. lepas solat subuh sambung balik tido.selagi mama tak membebel sambil ketuk pintu bilik aku macam nak roboh jangan harap la aku nak bangun. nak-nak pulak aku tengah "cuti"...fuhhh...lagi best la aku tido.

              Tepat pukul 8 aku dikejutkan dengan panggilan telifon dari nombor yang tidak dikenali.
              eeeee....rasa nak campak je nset. tapi mengenangkan tu je nset mahal touch touch tau nset aku yang aku ada, aku pun jawab la call tu dengan suara bangun tidur yang cuba aku cover.

              PEMANGGIL:: hello...good morning, may i speak to mis Nor Suhaiza...

              dan si pemanggil ni siap spekang dengan aku, terus jantung aku mengepam darah dengan lebih cepat dan laju. minda aku berfikir dengan lebih pantas, sapa lak yang poyo speakang ngan aku pagi-pagi buta ni...pang kang...


              AKU:: hello...good morning. Yes..I'm speaking. boleh saya tolong....

              ceh...cakap omputih. berterabur la wei....

              PEMANGGIL:: I en.muhendran dari SMART FOCUS ENTERPRISE. one of company yang sediakan service perkhidmatan private nurse. you kawan dengan nazira kan ? ? ?

              AKU:: oh...yup.I kawan dengan nazira. I memang tunggu pun Sir call sebab nak bincang pasal kerja tu. so, how ? ? ?

              PEMANGGIL:: okey good. petang ni I nak jumpa client tu untuk discuss pasal hal ni. so, can we meet n sit to discuss about the gaji n etc.

              AKU:: okey...saya boleh je. pukul berapa ye nak jumpa ? ? ?

              PEMANGGIL:: around 5 p.m kita jumpa bole ? ? ?

              AKU:: okey..5.pm at ............

              PEMANGGIL:: okey...bye.

              AKU:: thank you sir. bye...



              yesssssssssssssssssss.......
              aku dah dapat kerja.
              rasa nak menjerit seronok n melompat-lompat seperti kera mendapat pisang setandang....
              Syukur Alhamdulillah.
              dah berhari-hari aku tunggu call ni....

              so, hari ni i nak pi dating dengan en.muhen tu...
              suara macho...ha3..panggggg...amikkau...gatai...

              so, lain-lain cerita kena tunggu lepas aku pi jumpa en.muhen tu.... 


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM...

              Tuesday, June 7, 2011

              greenynatik

              Assalamualaikum...
              Sebelum ni aku ada publish entry pasal pinkynatik. salah sorang yang tergolong dalam golongan tu ialah diri aku sendiri. kalau boleh semua nak pink. ni pun tengah jadi kaki bodek mintak kereta myvi warna pink tu....berangan la ko ieja, silap-silap ko dapat kancil je :((


              entry kali ni untuk mereka yang gemar warna hijau. aku gelarkan korang greenynatik...ngeh3...jom tengok mereka yang HULK ni..:P

              • merujuk kepada seorang yang tenang, stabil, penyabar, bertanggung jawab dan berfikiran lebih positif.  
              • Kebanyakan personaliti hijau lebih mementingkan ketepatan, sesuatu yang sempurna (perfectionist), well manage( lebih terurus) dan matang dari segi perwatakan. 
              • Namun, mereka agak perlahan dalam melakukan sesuatu keputusan atau tugasan, keran mereka terlalu mementingkan  ketepatan dan mutu sesuatu yang dilakukan. Keputusan yang diambil mengambil masa kerana personaliti ini mementingkan fakta realiti. 
              • Personaliti ini didapati ada pada pengurus keluarga, accountant, scientist atau pengkaji.
              • Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. 
              • Warna ini mempunyai sifat: meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Mereka yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain

              greenynatikkkkkkk.....korang ada tak sifat-sifat kat atas ni ? ? ?
              ni hanya sebagai bacaan je.kalau ada sifat-sifat tu pada korang maybe satu kebetulan yer..
              happy blogging :))



              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              bloglist


              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              fuhhhh...penat betul hari ni. bukan buat apa pun tapi tak terlawan aku dengan segment BEN ASHAARI ni. mencanak followe aku. tapi bukan itu yang aku cari dalam berblog. aku ikhlas dalam berblog.dulu ye aku mengaku budaya 'i follow u. u follow i tau' jadi pegangan aku dalm berblog.lama-lama timbul kesedaran sivik. 

              Bersemperna dengan aku join segment BEN ASHAARI tu, satu bloglist telah diwujudkan. kalau sebelum ni aku ada dua bloglist. sekarang bloglist tersebut telah di edit. la ni kan musim angpa dok gila kat SETH TAN kan??? lelaki ramai la mengaku yang depa tu SETH TAN..termasuklah en.tunang aku. adooooyaiiiiii...aku ye kan je la.hik3....so, untuk bloglist kaum lelaki aku namakan mereka SETH TAN....sebut slow2.kalau sebut laju-laju sebutan jadi lain.ngeh3...

              Yang pompuan pulak jadi NORA ELENA la...angpa nak ka jadi Yvonne  ? ? 

              Yang Muhammad Qadri tu pulak adalah anak SETH TAN & NORA ELENA. ni yang aku tau dari novel la. sebab novel dia dah hampir 5 kali aku baca. serius aku bagitau kat korang, aku tak layan cerita ni kat TV. sebab time maghrib ayah & mama dah latih aku jangan on TV waktu maghrib since aku kecik lagi.  


              opssss....pada mereka yang add on aku dalam bloglist tu, terima kasih banyak-banyak. keep in touch okey....
              thanks to BEN ASHAARI sebab buat segment macam ni. hari ni pun dia buat lagi, tapi aku tak join. ngeh3... sebabnya yang semalam punya pun aku tak abeh lagi.

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              kesan jika tidak bersenam

              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              Mulakan pagi anda dengan senyuman yang paling indah. jangan sombong okey...
              Time ni mesti ramai yang dah ada kat office kan ? ? ?
              Selamat bekerja yer. Sebelum pi office tadi sempat tak buat senaman ? ? ?
              Kalau tak sempat buat yang senaman yang berat-berat, buat yang ringan-ringan pun bole. Sesambil duduk kat kerusi empuk kat oofice tu pun boleh.

              Ni bagitau sikit info kalau kita tak melakukan senaman::

              2 minggu tidak bersenam:
              • kekuatan otot berkurangan
              • kekuatan jantung untuk mengepam darah sedikit menurun
              2 bulan tidak bersenam:
              • otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan
              • kekuatan jantung untuk mengepam darah menurun
              2 tahun tidak bersenam:
              • terdapat pengumpulan lemak didalam badan
              • kekuatan jantung untuk mengepam darah berkurangan sebanyak 50 %
              • kekuatan otot menurun. sakit sendi menyerang.
              So, mulakan hari anda dengan senaman ringan supaya tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik. bagi mereka yang berusia antara 35-40 tahun dan keatas, sila dapatkan pemeriksaan secara berjadual. 

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Monday, June 6, 2011

              JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG



               jom ramai-ramai join...
              click kat link atas tu k...

              SALAM KENAL ;)

              Jemaah Kolesterol ! ! !

              Assalamualaikum...
              Hye semua.
              Hu3..muka nampak macam malas je ye nak bekerja.
              Ye la, semalam cuti. pi kenduri, jalan-jalan dengan en.boipren dah tentula hari ni malas kan nak kerja.
              Bagun-bagun pi buat nescafe ke milo ke bagi cergas sikit.
              Apa??
              Nak makan nasi lemak ? ? ?
              amboiii...
              tak pe. pi la.
              tapi jangan sampai jadi macam cerita 'Jemaah Kolesterol' hari Sabtu TV3 pukul 10 haritu dah la...ngeh3....

              Bagi aku cerita tu sarat dengan nasihat. Sesuai sangat la TV3 tayang time musim kenduri sekarang ni. Tak ada la asyik-asyik cerita pasal cinta. Sekurang-kurangnya cerita tu dapat bagi kesedaran.

              Jangan percayakan kepercayaan karut dan syirik. Pi masjid tiap-tiap waktu solat, tapi akidah tetap terpesong dengan kepercayaan karut. Dah tiba ajal seseorang tu kena la terima.bukannya mengaitkan kematian seseorang tu dengan kepercayaan tahyul.

              Pemakanan yang seimbang. Macam mana la tak sakit. hari-hari pas balik sembahyang subuh singgah dulu pekena roti canai dan teh tarik. tu belum masuk lagi yang nak buat sedekah amal jariah belanja kawan. datang pulak sorang lagi belanja nasi lemak. kalau hari-hari la menu tu je, berapa banyak kalori dah terkumpul dalam badan. dan la tak bersenam. time lepas solat isyak pulak, ada ceramah agama. dah sah-sah ada jamuan makan.

              Niat kena betul. Ada ke pi dengar ceramah kat masjid sebab ada makanan sedap-sedap lepas ceramah. aisssshhhh...bini kat rumah tak masak ka??? kalau tu la niat, baik tak payah pi.

              Tahap kesihatan. Jangan menilai tahap kesihatan sesorang tu berdasarkan saiz badan. jangan ingat mereka yang bersaiz besar ni sihat. padahal orang yang berbadan besar ni la simpan banyak penyakit dalam badan. so, jalan terbaik ialah dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik. tak mampu pi klinik berbayar tu pi klinik kerajaan pun boleh. sekarang ni dah da klinik 1 Malaysia kan. so, kemudahan dah ada, gunakan lah dengan sebaik-baiknya.

              Senaman. Bagi mereka yang dah berusia mesti ingat kalau senaman je mesti kena pi jogging keliling taman. ye dak ? ? ? persepsi ni salah okey. sila betulkan. tak semestinya kena pi jogging keliling stadium kalau senaman. buat senaman ringgan pun dah cukup untuk menggalakkan pengaliran darah keseluruh tubuh. pi keliling kawasan rumah pun cukup. pusing sepuluh kali sehari pun dah cukup. lagi bagus kalau masa tu antara 10-15 minit sehari.

              Kesimpulannya, pemakanan, akidah dan ibadat, serta kesihatan perlulah seimbang dalam aspek Islam. Umat Islam telah digalakkan supaya memberikan perhatian terhadap kesihatan. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis,
              “Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Sunday, June 5, 2011

              boleh la nak..pakcik pakai serban....! ! !

              Assalamualaikum..
              Hye semua...
              Penat ye hari ni.
              Ada yang pi kenduri...
              Ada yang pi dating...
              Ada yang buat wedding prep...
              opssss...jangan sebut yang tu.
              tiba-tiba aku rasa nak collapse kat depan lappy ni.hik3...

              Tadi aku meluangkan masa untuk meneroka FB en.tunang.hik3...FB dia FB aku juga. tapi FB aku, FB aku je la...hik3...tak la.
              En.tunang pon bole je log in FB aku.
              tiada rahsia antara kita...ngeh3...
              Sepanjang penyelogkaran aku, aku terjumpa ini...jeng jeng jeng...
              Yang pasti bukan kecurangan En.Tunang. berani la curang. sunat kali kedua kang baru tau :P


               click untuk tumbesaran yang lebih jelas.

              Aisssshhhhh...pak cik siapa la yang terbiar ni ? ? ?
              Kalau aku jadi penulis ni pon aku akan biar je pakcik tu.
              keselamatan aku lagi penting.
              orang zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. 
              nampak ja macam pakcik...berserban, 
              tapi jangan ingat semua yang berserban tu baik. 
              buatnya perompak, penyamun tak ke naya korang.
              yang perempuan tu jangan cepat kesian kat orang macam ni. 
              bukan la aku ni jahat sangat. tapi korang kena ingat.
              bila korang ambil risiko untuk tolong orang macam tu, 
              korang berada dalam 2 situasi yang korang sendiri tak tau...
              samada korang selamat atau tak selamat...
              zaman sekarang ni ramai yang pandai berlakon.
              pengaruh drama TV kan kuat...
              so berjaga-jaga la ye.

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Aku dah dapat kerja

              Assalamualaikum...
              Hye semua. Time korang semua baca entry ni aku mungkin tengah berselera makan nasi minyak. mai la jemput sekali....

              Pertama sekali, aku nak panjangkan rasa kesyukuran. penantian yang penuh dengan penyiksaan akhirnya berakhir. Setelah 6 bulan aku memegang jawatan penganggur terhormat, akhirnya aku diterima bekerja. Walaupun hanya sebagai private nurse, tak kerja kat sepital macam cik misi yang lain tapi aku bersyukur. buat sementara ni biar la aku kutip pengalaman dulu. lagi pun aku bekerja untuk tampung sikit-sikit belanja majlis kawin aku nanti. selepas tu nanti, samada aku terus bekerja @ berhenti dan ikot en.husband pi sabah.

              Hari Jumaat ni aku start kerja. kerja malam tu.8.00PM-8.00AM...agak cuak di situ. setakat hari ni aku tak tau lagi background family patient aku cm ne. background patient pon aku tau gak. may be isnin or selasa ni baru aku pi ikot bos jumpa client tu.

              special thanks untuk nazira sebab rekemen kan aku kat bos tu..hik3..nanti akak belanja yer.

              Okey la. tu je la catatan setakat hari ni. da entry baru aku publish ye...
              take care =))

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              Saturday, June 4, 2011

              A I S H I T E R U



              Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
              Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
              Menantikan kehadiran dirimu
              Entah sampai kapan aku harus menunggu

              Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
              Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
              Kadang ku berpikir cari penggantimu
              Saat kau jauh di sana

              Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
              Entah penantianku takkan sia-sia
              Dan berikan satu jawaban pasti
              Entah sampai kapan aku harus bertahan
              Saat kau jauh di sana rasa cemburu
              Merasuk ke dalam pikiranku melayang
              Tak tentu arah tentang dirimu
              Apakah sama yang kau rasakan

              Walau raga kita terpisah jauh
              Namun hati kita selalu dekat
              Bila kau rindu pejamkan matamu
              Dan rasakan a a a aku

              Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
              Terhapus ruang dan waktu
              Percayakan kesetiaan ini
              Pada ketulusan a a ai aishiteru

              Satu sendiri pikiran melayang terbang
              Perasaan resah gelisah
              Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
              lupakan segala obsesi dan ambisimu
              Akhiri semuanya cukup sampai di sini
              Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
              Ku mohon kau kembali



              S E T H T A N....

              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              Hari ni hari sabtu. Berkeping-keping jemputan kawin mama dah siap susun nak pi rumah sapa dulu. memang jimat la belanja bulan ni. hujung minggu je ada kenduri kawin.hik3...

              Sana sini orang dok bercerita pasal S E T H   T A N...<kalau sebut laju-laju jadi S E T A N>. Opssss...silap. nanti ramai pulak gadis-gadis kat luar sana tu blacklist blog aku sebab mengata lelaki pujaan ramai sekarang ni. walaupun hanya sekadar watak yang dibawa oleh seorang pelakon tapi impak dia tersangatlah hebat. Sampai ada yang berangan-angan nak dapat en.husband macam S E T H   T A N tu. 


              Ada lagi ke lelaki yang ada ciri-ciri macam S E T H   T A N tu ? ? ? 
              Ada...tapi pandai-pandai la korang cari. 1 dalam 1000 kot. itu pun kalau korang jadi perempuan yang bertuah jumpa lelaki yang ada ciri-ciri macam S E T H   T A N. kalau jumpa yang macam  S E T A N memang malang la.


              Kebanyakkan watak yang wujud dalam novel sangat lah perfect dimata wanita.

              H A N D S O M E
              R O M A N T I K
              K A Y A
              A D A   K E R E T A   B E R B I J I-B I J I K
              B A D A N  T A U G H T
              R U M A H    B E S A R
              K E T U R U N A N  O R A N G  F E M E S  A M O U S
              DLL.

              semua tu perempuan suka. betul tak ? ? ?
              korang baca la novel banyak macam mana pun, watak-watak kat atas tu mesti ada. 

              seorang perempuan bercinta dengan lelaki yang biasa-biasa je mulanya. tiba-tiba si lelaki ni beralih arah sebab dapat kerja bagus kat Kolumpo tu. Perempuan ni berusaha la menjejak kekasih hati yang lupa daratan ni. dalam pada tengah mencari tu, tiba-tiba datang la 'mamat perfect' yang korang dok gila bayang tu bagi pertolongan.akhirnya diorang jatuh cinta dan berkahwin.


              nampak tak ? ? ?
              dalam novel/drama/filem si 'mamat perfect' ni jugak berjaya tarik hati perempuan. 


              ada korang jumpa cerita mamat kerja bendang kawin dengan perempuan anak orang kaya? ? ?
              ada..tapi bila lelaki tu dah jadi orang kaya, kereta berbijik-bijik, rumah besar sampai boleh sesat dalam rumah tu dan orang gaji bersepah-sepah.


              ni semua trick nak tarik hati penonton/pembaca terus ngadap cerita tu. 
              agaknya kalau cerita NORA ELENA tu tayang tengah-tengah malam pun korang sangup tengok kan. Sama la macam aku baca novel. nak-nak novel yang 1st time baca. tidur sampai pukul 3-4 pagi pun aku sanggup. kalau boleh nak habiskan baca time tu jugak. hebatkan imaginasi penulis sampai sangup pengaruh pembaca. aku respect diorang yang hasilkan karya-karya hebat ni. diorang tersangatlah kreatif kepala otak diorang. imaginasi tinggi....


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM




              Thursday, June 2, 2011

              cerai dah ? ? ?

              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              jari-jari ku dah tergedik-gedik nak menari kat atas keypad lappy ni.
              sebelum entry ni dipublish aku dah pi melawat blog-blog lain.
              semalam hangat cerita pasal hutang...
              hari ni hangat cerita pasal cerai...
              banyak dah blog dok publish cerita pasal prince william dah bercerai dengan bini die si kate middleton tu.
              kawin segala bagai..
              baru 5 minggu kawin dah cerai...
              senang je kan..
              macam tak ada nilai je perkahwinan tu...

              risau pulak aku baca kisah-kisah cerai ni...
              ye la..
              dari pandangan mata tengok pasangan tu macam loving sangat..
              langsung tak boleh nak berenggang...
              melekat macam gam gajah..
              tup tup esok keluar paper::

              ________disahkan bercerai dengan ___________

              ________kelihatan di mahkamah syariah bagi tujuan melafazkan talak keatas _______


              masa nak kawin dulu..
              wahhh..hebat.
              majlis resepsi je dkt 10 kali buat..
              untuk rakan-rakan retis la..
              saudara mara la...
              belum lagi termasuk untuk peminat-peminat...
              aissshhh...
              diorang yang nak bercerai ni tak pikir ke duit yang dah mengalir macam air lata ulu licin masa nak buat wedding prep dulu ? ? ?
              tak sayang ke kenangan bercinta korang yang macam nak rak tu ? ? ?

              ye la..
              ajal maut..
              jodoh pertemuan..
              bahagia derita..
              semua di tangan YANG MAHA BESAR..
              kita sebagai manusia hanya menjadi perancang kehidupan.
              tapi yang menetukannya ALLAH YANG MAHA ESA....

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM..

              Wednesday, June 1, 2011

              cikgu macam ko tak layak nak mengajar anak orang . . .

              Assalamualaikum...
              Hye semua. Semalam aku pi interview kat kolej...eh..interview ke??? tak boleh dikira sebagai interview tu.macam hape je. *kalau tau memang aku tak pi.macam haram* dah la pi 'interview' *konon la interview* sakit hati. 
              balik tu pulak aku rasa macam nak sepak je sorang tu. memang bodoh macam orang tak sekolah betul la. kerja bagus, belajar tinggi, tapi bodoh nak mampus. ye..ni entry marah. tak payah tau aku marah kat sape. yang pastinya aku marah kat sorang cikgu pempuan yang bahlol ni, bersama dengan kekasih hatinyer yang bangang. *harap badan je besar, otak kecik*...bukan 2 orang ni je, adik pempuan cikgu yang bodoh tu pun sama. opssss...n ada lagi sorang lelaki yang pendek akal.

              1st aku nak tanya korang la pasal situasi ni::
              seorang guru perempuan bersama dengan kekasih hatinya pergi bercuti ke sebuah negeri. bersama-sama mereka pula ditemani adik perempuan guru tersebut. nak dijadikan cerita, mereka bertiga bertemu kawan si lelaki ni. dan kawan si lelaki ni offer untuk bermalam di rumahnya. rumah die kosong.budak rumah die balik kampung. waaahhhh...bukan main tergedik-gedik la tiga orang mangkuk yang bercuti ni. bagi mereka boleh save budjet sebab dengar kata masing-masing budget kurang. *lain kali kalau dah tau tak ada duit, tak payah la berjalan.jangan nak berlagak macam mak bapak ko tinggal banyak harta untuk ko..bodoh* Ketiga-tiga manusia bangang ni pi la rumah lelaki ni dan bermalam kat situ. sekarang aku nak tanya korang:::
              1. 1st impression korang kalau korang ternampak perempuan masuk dalam rumah bujang lelaki,apa yang korang fikir ? ? ? 
              2. kalau korang seorang perempuan yang betul-betul tau beza hukum halal haram, dosa pahala korang nak tak pi tidur kat rumah lelaki tu.padahal hotel berlambak kat luar tu.tak yang murah pi la yang mahal ? ? ?
              3. agak-agak korang la, kalau rumah tu kena serbu dengan orang pakai kopiah, bukak-bukak pintu tunjuk kad kuasa pejabat agama islam, korang rasa diorang percaya tak yang diorang 4 orang ni tak buat pape ? ? ?
              4. patot ke si perempuan *bodoh* 2 orang ni tidur kat rumah lelaki tu ? ? ? salah ke dia menolak :: '...tak apa la, saya dengan adik saya tidur kat hotel je. biar en.sayang je yang tidur kat rumah kamu...' berdosa ye tolak pelawaan yang boleh mendatangkan fitnah tu ? ? ?
              5. perempuan ni cikgu.layak ke dia nak ajar anak korang kalau attitude die dah macam !@#$%^&*_+ ? ? ?
              Aku pun jahil jugak bab hukum hakam agama ni. tapi tak ada la sampai tak tau hukum halal haram, dosa pahala. aku tau lagi beza satu-satu benda tu yang mana baik yang mana buruk. yang mana mendatangkan kesan baik yang mana mendatangkan kesan buruk. kepada lelaki tu, perempuan macam tu ko nak buat bini ? ? ?  *banggang*

              yup..aku tak boleh terima benda macam ni. aku dulu pun sosial juga. tapi tak ada la sampai tidur rumah jantan. aku tau lagi jaga nama baik family aku. otak aku boleh pikir lagi satu-satu benda tu. kepada cikgu kat luar sana, korang tu kena tunjuk attitude yang baik. kalo attitude korang macam apa je, tak payah jadi cikgu.jangan nak merosakkan anak bangsa. 

              SEKIAN


              Tuesday, May 31, 2011

              pendek je...



              DOAKAN SAYA UNTUK INTERVIEW HARI NI



              SALAM SAYANG
              NOR SUHAIZA

              Monday, May 30, 2011

              Bantal Busuk


              Assalamualaikum..
              Hye semua. baru balik kerja terus log in blog ? ? ?....hu3...sakan ye.
              yang tengah cuti kwin tu..amboiii...senyum tak habis ye...

              entry kali ni pasal bantal busuk. korang ada ? ? ?anak korang lak ada bantal busuk tak??
              apa ? ? ? dah kawin pun bawak bantal busuk tidur sekali ? ? ?..hu3..yang tu harus..ha3..sebab aku pun ada bantal busuk. sekarang ni aku tengah berfikir-fikir macam mana dah kawin nanti kalau bantal busuk tak ada disisi. boleh ke tidur ? ? ? ke tidur lagi best sebab dapat 'bantal busuk' baru ? ? ? hahahah...pangggg..amik ni. gatai naaaa :P

              masa kecik -kecik dulu aku ada bantal busuk. bantal tu tak ada sarung. asal memang ada sarung, tapi aku buang sarung dia. kalau ada sarung dah tentu sarung tu kena basuh kan. so, biar tak ada sarung. sesapa pun tak dapat nak basuh..erm..bijak tak aku ? ? ? ha3..tapi nak dijadikan cerita, bantal tu boleh pulak tertinggal dekat rumah makcik aku masa dia dok kat johor. dah la time tertinggal tu last day dia dok kat sana. dah sampai rumah baru la aku teringat yang bantal tak ada. tu la...main dalam kereta sampai lupa bantal. amikkkk kau...padan muka ;P

              menangis tak payah nak kata la. siap guling-guling lagi..sampai tertidur depan pintu sebab aku ajak ayah pi patah balik amik bantal. gila ke apa? ? ? ingat johor tu macam ko nak pi ipoh ke..sengal tak sudah. ye lar..time tu baru 7 tahun. mana la tak sengal. seminggu aku pujuk ayah suruh pi johor amik bantal aku..akhirnya aku pasrah. setiap pertemuan akan ada perpisahan. aku terima seadanya perpisah tanpa rela itu..mungkin aku akan jumpa B A N T A L   B U S U K yang lain pula...sapa tau kan ? ? ?

              hari berganti minggu, minggu bertukar bulan dan akhirnya bertahun juga aku tidur tanpa ditemani dengan aura yang terindah itu. sampai la aku mencecah usia 13 tahun. form 1..One day, mama beli bantal baru. sebab bantal yang lama dah cam tak boleh pakai. so, aku pun dapat la 1 bantal ni. best je peluk..aku tak suka bantal panjang tu. tak tau pasai apa. sejak dari tu tiap-tiap malam aku akan peluk bantal tu sambil tepuk-tepuk dia. dan siap cium lama-lama bantal tu. selepas 2 minggu, mama pun bukak sarung bantal tu dan nak cuci. diganti dengan sarung bantal yang lain pula. tapi bila aku tidur malam tu rasa macam tak best je. so, dalam kegelapan malam, aku teraba-raba sambil buka sarung kecik bantal tu. arghhhhh...bau dia memang best..ngeh3...sejak tu bantal tu tak bersarung. aku dan bantal hidup dalam rumahtangga yang aman bahagia setiap malam... :P

               si bantal busuk pengarang jantung.
              dah diedit. 
              takot t tunjuk yang real ada orang minat lak
              :P

              sekali lagi, dugaan datang menjelma dalam rumahtangga bantal kami. aku terpaksa duduk kat hostel masa cont study. masa nak kemas-kemas barang tu, mama siap pesan jangan bawak bantal tu, tapi aku nak juga bawak. sampai tarik-tarik muka la juga. semua bantal busuk punya pasal...buat dosa kering je ! ! !

              tiap-tiap minggu aku balik semata-mata sebab bantal busuk tu. dan tiap kali nak balik hostel juga la cubaan aku bawak bantal busuk tu gagal. atas dasar keprihatinan en.tunang <masa tu die pegang title en.wazir je lagi..> dia hadiahkan aku bear. satu besar satu kecik.so, kat hostel aku peluk bear kat rumah aku peluk 
               B A N T A L    B U S U K....aku rasa sangat bahagia.. masa majlis tunang aku aritu, mama soh simpan bantal bantal busuk tu sebab malu kalau orang tengok. tapi bila malam, aku slow-slow panjat almari ambik bantal yang kena simpan tu. owhhh...sungguh sedih aku melihat die terpelosok dalam almari tu :P . tak apa esok, ko duduk jap je dalam almari tu. nanti bila orang dah semua balik aku amik kau ye bantal <sewelllll ....>

              from en.tunang

              ermmmm...sekarang ni aku tengok anak-anak buah n adik-adik sedara aku pun ada bantal busuk. makcik pakcik semua kata diorang ikut perangai aku...
              bagus la..aku kan baik.... :P
              hik3...

              nanti time dah kawin bole tak bawak bantal ni tidur sekali ? ? ?
              en.tunang kata okey je, tapi letak kat kaki....
              cisss...itu satu penghinaan....! ! !
              ha3...

              nanti aku dah ada anak, aku nak didik dia jangan ngada-ngada nak bantal busuk. buatnya tinggal kat mana-mana satu hal lak nak pi amik. yang tu tak pe lagi, buatnya dia melalak dari malam sampai subuh esok memang masalah besar

              SEKIAN 
              ASSALAMUALAIKUM


              Saturday, May 28, 2011

              MENANTU OH MERTUA


              Assalamualaikum..

              Selamat malam...
              wahhh makngah...
              makan nasi kenduri tadi siap tapau bawak balik ye.tak sia-sia pakai merah menyala..ha3..
              untuk 2 minggu ni musim pakcik makcik dapat menantu.seronok la ye..pasni nak tambah koleksi cucu. yang baru 1st time dapat menantu tu lagi seronok. sayang menantu macam bagai. nak-nak yang kerja bagus, pakai kereta besar, dapat pulak anak dato'...dah macam orang kerja kerajaan dapat bonus 5 tahun gaji ...<melampau... :P >

              nak cerita sikit pasal menantu dan mertua ni. pernah tak korang yang dah ada kak ipar tu dengar mak korang bercerita pasal menantu dia? ? ? mesti ada kan..ada kisah la cerita tu baik ke buruk. yang cerita baik tu rasa kembang je kalau menantu tu dengar. kalau yang buruk tu pulak, aishhhh...tak tau la nak kata macam mana perasaan tu kan.
              yang si suami mesti berbelah bahagi perasaannya. yang kanan mak, yang kiri isteri. tersilap kata, boleh terluka hati 2 orang wanita ni. jalan terbaik berdiam diri..tu la yang selalunya kebanyakkan lelaki lakukann.

              ekceli tadi mama pi rumah jiran ada kenduri kawin esok. balik je mak aku pun bercerita la kat ayah. mama kata mak cik ________ bercerita pasal menantu dia yang anak dato' tu. keluarga makcik ni ala-ala islamic sikit. anak-anak, menantu & cucu semua pakai tudung labuh macam telekung tu. tapi menatu dia yang anak dato' ni lain sikit. free hair..bulan ni balik rumah kampung rambut kaler lain, bulan depan kaler lain.. erm..macam mana la makcik yang merangkap mak mertua dia tu tak bercerita. dia kata dia malu sebab selama ni dia dengan arwah suami dia dulu ajar anak orang tutup aurat. <arwah suami makcik ni ustaz yang ajar aku ngaji dulu.> tapi menantu dia sendiri tak ajar pulak tutup aurat. aku cerita sampai situ je la. sebenarnya banyak lagi yang makcik tu cerita...

              tiba-tiba aku jadi risau. aku dah la tak reti masak...bangun pagi lambat...sapu sampah kat rumah pun malas. tapi nak kawin. so tadi, mama dah warning awal-awal dah suruh aku ubah perangai. dan lagi satu siap pesan weekend je pi rumah bakal mak mertua aku..takut nanti dikata sombong. sesambil tu boleh belajar masak pe yang en.tunang suka. yang pi rumah mak mertua ni aku suka. sesambil tu aku boleh ajak adik ipar aku pi teman aku jalan kat jusco... :P

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM

              p/s: pasni nak google macam mana nak pikat hati mak mertua :P


              bole bha kalu kau....TENGAH MURAH NI ! ! !


              Assalamualaikum...
              Amboiiiii....
              merahnya makngah..
              nak pi kenduri ka? ? ?
              kalah pengantin...
              Musim cuti sekolah dah start.
              dan start la juga para ibu-ibu mengantung kuali setiap hari sabtu dan ahad....
              hik3...

              Semalam aku menjadi seorang bakal isteri yang mithali... :P
              En. tunang nak balik bulan 7 ni. disebabkan sekarang ni en.tunang sedang bergaduh dengan ikan jerung untuk berdating dengan ikan duyung di tengah laut, dia soh aku pi tengok tiket dia nak balik bulan 7 ni. cissss....bakal suamiku curang....
              Pangggg...dia pi kerja la ieja oiiii...:P

              penerbangan pilihan adalah bersama dengan Air Asia. Ye lar...murah kan. Everyone can fly :P
              En.tunang kata, pramugari Air Asia cantik. tu pasal dia suka...
              Cisss...melakukan kecurangan mata rupanya selama ni..
              amik ni...Panggggg.... ! ! ! !


              En.tunang kata dia nak balik hari Jumaat 22. 07.2011. aku pun cek la. sekali tengok mahal da...sebelum ni RM 83.00 tak termasuk segala bagai yang Air Asia cas...yang ada 22.07.2011 tu RM 143.00.. kalau termasuk cas semua bagai tu hampir-hampir RM 190.00


              Aku pun call en.tunang. 

              Aku: oit..en.tunang...tiket 22 ribulan 143 hengget je yang ada. 83 hengget dah tak ada.

              En.tunang: haaaa??? ye ke? ? ? cek 21. ribulan lak..ada tak? ? ?

              Aku <dalam hati> : waaaa...nak balik lagi cepat.bestnya :P

              sambil tangan aku tergedik-gedik meng-update tarikh baru untuk melihat kot-kot ada tiket  yang murah sikit...sambil tu aku berdoa, mintak-mintak la ada....


              Aku: abang, yang 83 hengget punya ada la. tapi flight pukul 9.25 malam.


              En.tunang: alaaa...nanti kesian lak along nak drive sengsorang amik. nak balik ipoh pun takot tak sempat malam tu. erm..tunggu dulu la flight dr KK tu...dari KL tiket murah x yang? ? ?


              Aku: what ? ? ? 13 hengget ? ? ? <nampak tak yang ada anak panah tu...>

              En.Tunang: haaaaa? ? ? biar betul ? ? ? tambah segala cas bagai tu lebih kuang 65 hengget je. erm..bole la. yang KK-KL tu tunggu dulu la...book KL-KK dulu. book flight 9.25..jap ag abang message no credit card. bule ndak ? ? ?

              Aku: Bole bha kalu kau ! ! !

              En.Tunang: erm..dah tiket murah ni, jom la ikot abang balik KK...

              Aku: :P 
              <perbualan terpaksa dirahsiakan....rahsia bakal rumahtangga. ndak bule cerita bha ! ! !>

              Apa lagi weh...jom la pi Sabah...
              ngeeee~ ~ ~ ~ ~

              p/s: air asia, sila bank in komisen untuk saya. dah promosi ni...hik3 ...:P...
              TERIMA KASIH AIR ASIA..
              hahahaha... ;)

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              gerak atur langkah itu....

              Kadang kala kita sukar untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita..
              setiap keputusan yang di ambil ada risiko.
              baik dan buruk sesuatu perkara adalah lumrah kehidupan ini.
              ada yang buat keputusan dengan mengikut kata hati.
              bagi mereka hati tidak pernah menipu, tidak pernah tersalah.
              tapi langkah kaki, gerak arah tuju kita yang menyebabkan keputusan yang dibuat itu tersasar daripada tujuan asal kita


              tapi jangan menyesal dengan setiap yang berlaku.
              suatu hari nanti pintu yang bersinar dengan kebahagian akan terbuka untukmu. bermula dari detik itu, tanamkan di dada mu, pintu kebahagiaan telah terbuka dan jangan ditoleh pada pintu kedukaan itu...
              buang sejauh-jauhnya kunci itu kerana sesekali pun jangan cuba untuk membuka pintu kedukaan itu.
              ingat lah....
              sesuatu yang indah tidak akan berlaku dengan mudah.
              gerak atur langkah mu perlu melalui liku-liku yang penuh dengan keperitan untuk bertemu semula dengan sinar keindahan....

              dan ingatlah...
              ALLAH sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya bermohon petunjuk jalan menuju pintu kebahagiaan itu....


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              Friday, May 27, 2011

              asleenda simple mimple giveaway

              asleenda simple mimple giveaway

              Assalamualaikum..
              dah letak banner tu dah sah-sah join GA
              ni GA yang Mummy To Be anjurkan.
              click:

              saya join yer...

              nak tag:

              dah siap
              selamat bercuti kat kampung 
              :)


              SEKIAN 
              ASSALAMUALAIKUM


              pre-ramadhan :)

              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              waaa....awalnya nak bercerita pasal bulan ramadhan kan. Okey pe, peringatan untuk kita semua. yang tak ganti puasa tu, cepat-cepat ganti k....

              erm...mengikut perkiraan kalendar bulan Islam, sekarang ni Jamadilakhir. kemudian kita akn jumpa Rejab & Syaaban. Dan kemudiannya Ramadhan. Tiba-tiba hati aku jadi syahdu pulak bila kenagkan bulan Ramadhan ni. Banyak kenangan sepanjang 24 tahun aku hidup..

              Okey..tu mukadimah je...hahahahaha....
              Bila bercerita pasal bulan Ramadhan mesti kite terkenangkan bazar ramadhan yang jual macam-macam makanan. Family aku jarang beli makanan kat bazar ni. Ayah lebih suka makan makanan yang mama masak. Lagi pun makanan yang jual tu kita tak tahu kualiti kebersihan dia macam mana.

              Bukan nak kata la, tapi sepanjang aku praktikal masa bulan puasa, selain wad ortopedik sibuk, kalau orang kampung panggil wad patah, wad kanak-kanak pun sibuk. hari-hari mesti ada kes diarrhea (cirit-birit). Kebanyakkan yang bila ditanya semalam anak makan apa? Ibu akan kata : '....makan ayam madu beli kat bazar....'
              Kesian tengok budak-budak tu. lebih kesian kat mak bapak yang terpaksa bersengkang mata jaga anak-anak. biasa la, budak-budak bila tak sihat memang banyak kerenah.

              tapi, tak kisah la bulan Ramadhan ke bulan rejab ke, sebaik-baiknya bagi mereka yang ada anak-anak kecil tu better makan makanan yang dimasak dirumah berbanding yang dibeli. kalau kita yang masak, dah tentu bersih. tak kan la kita nak bagi en.husband dan anak-anak makan makanan yang tak bersih kan. antibody budak-budak ni tak sama macam orang dewasa. diorang lebih terdedah pada jangkitan kuman. erm..lagi satu, untuk ibu bapa, especially yang baru-baru dapat baby tu...jangan amik mudah kalau baby deman. sebaik-baiknya cepat-cepat bawak pi klinik...

              Kesimpulannya, sayangilah anak-anak anda.... :)

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              Kenapa Jadi Macam Ni ? ? ?


              Assalamualaikum...

              Tadi tengah-tengah best balas jejak yang kat shoutbox ni...


              bila click je kat salah satu link tu kuar cm ni lak...

              click untuk pertumbesaran yang normal

              KENAPA

              K
              E
              N
              A
              P
              A

              KENAPA

              K
              E
              N
              A
              P
              A


              K     E     N     A     P     A

              ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? 



              Thursday, May 26, 2011

              BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

              BEN ASHAARI

              Assalamualaikum...
              Awal-awal dah tunjuk header abang ben...
              ni abang ben yang tip top ni buat segment untuk blogger baru



              syarat-syarat semua ada kat link kat atas tu.
              click je okey..
              yang penting follower mesti kurang daripada 1000
              1001 dah tak layak

              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM


              masak tapi kenyang...

              Assalamualaikum..
              Hye semua..
              Dah makan ? ? ?...
              hari ni aku masak..
              ayah & mama tak ada. diorang pi hospital. 
              mama ada follow up dengan doktor...

              okey, kali ni entry ada berkenaan dengan mukadimah kat atas tu. 
              selalunya mukadimah lain isi entry lain...
              ngeeee~~~~

              bercerita pasal masak, 
              aku nak tanya korang la yang dah hebat macam chef kan...
              pernah tak korang rasa..
              bila korang dah masak, tapi korang yang masak tu tak ada rasa nak makan..
              ke aku je yang rasa macam tu...

              serius aku bagitau yang sebelum aku masak memang perut aku tersangat la lapar.
              siap bernyanyi-nyanyi mintak pemuzik latar.
              tapi bila dah siap masak tiba-tiba perut jadi kenyang.
              rasa tak lalu nak makan pun ada.

              ni bukan cerita hari ni je, tapi dah banyak kali dah....
              boleh dikatakan tiap kali aku masak la...

              gaya macam selalu sangat la ko masak.
              panggg..amik ni.selalu mama je masak.
              sedar skit ! ! !

              kalau nak makan pun agak lewat.
              boleh dikatakan bila lauk yang aku masak tu dah sejuk,
              baru la aku boleh makan...
              bila aku cerita benda ni dekat en.tunang yang jadi tukang masak kat kapal,
              dia pun rasa benda yang sama...
              memang macam tu ke orang masak ni rasa? ?
              tapi aku tengok mama,
              steady je tambah nasi 2 pinggang....! ! !

              Wednesday, May 25, 2011

              jom cuba ni....


              Assalamualaikum...
              Hye semua...
              time petang-petang macam ni mesti ada yang penat kan...
              mesti rasa cam nak tido je. nak-nak kat luar tu tengah hujan mencurah-curah dengan lebat. nampak blur blur je katil dok melambai-lambai ajak landing kan...
              jangannn...
              tak elok tidur lepas waktu asar...
              dah nak senja ni
              opah aku kata...
              '...mewarisi keturunan gila...'

              okey...
              jom kita lakukan antiviti santai ni. abaikan panggilan katil tu. ibaratkan itu panggilan neraka...! ! ! !
              hahahaahaha~~~~~~~

              Langkah 1-->>Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

              Langkah 2-->>Kali dengan 80 ( X 80)

              Langkah 3-->>Tambah dengan 1 ( + 1)

              Langkah 4-->>Kali dengan 250 ( X 250)

              Langkah 5-->>Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

              Langkah 6-->>Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

              Langkah 7-->>tolak dengan 250(- 250)

              Langkah 8-->>Bahagi dengan 2 ( /2)

              itulah no HP anda...:) slmt mencuba...:p


              SEKIAN
              ASSALAMUALAIKUM..

              p/s: motif ? ? ?.... saje-saje je.