Followers

Saturday, May 28, 2011

gerak atur langkah itu....

Kadang kala kita sukar untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita..
setiap keputusan yang di ambil ada risiko.
baik dan buruk sesuatu perkara adalah lumrah kehidupan ini.
ada yang buat keputusan dengan mengikut kata hati.
bagi mereka hati tidak pernah menipu, tidak pernah tersalah.
tapi langkah kaki, gerak arah tuju kita yang menyebabkan keputusan yang dibuat itu tersasar daripada tujuan asal kita


tapi jangan menyesal dengan setiap yang berlaku.
suatu hari nanti pintu yang bersinar dengan kebahagian akan terbuka untukmu. bermula dari detik itu, tanamkan di dada mu, pintu kebahagiaan telah terbuka dan jangan ditoleh pada pintu kedukaan itu...
buang sejauh-jauhnya kunci itu kerana sesekali pun jangan cuba untuk membuka pintu kedukaan itu.
ingat lah....
sesuatu yang indah tidak akan berlaku dengan mudah.
gerak atur langkah mu perlu melalui liku-liku yang penuh dengan keperitan untuk bertemu semula dengan sinar keindahan....

dan ingatlah...
ALLAH sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya bermohon petunjuk jalan menuju pintu kebahagiaan itu....


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


2 comments:

  1. btul..jangan kesal sgt benda da jadi..hehe..just with it laa kan??hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete