Assalamualaikum semua...
salam jumaat..
Alhamdulillah hari ni kita masih lagi bernafas untuk meneruskan kehidupan seterusnya.
untuk mereka yang telah pergi sama-sama la kita doakan mereka semoga ditemptkan di kalangan umat yang soleh & solehah
AL-FATIHAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sejak 2-3 hari ni, selak paper cerita pasal bunuh...
tak tau la apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni. Kalau dulu tak ada pulak macam sekarang ni. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Ingat negara omputeh ke nak main bunuh-bunuh.
Ni Malaysia la wehhhh....
Rabu lepas, seorang siswazah mati dibunh orang seorang lelaki berusia 50-an, tukang masak. Puncanya, sebab perempuan tu menolak lamaran lelaki tersebut yang diktakan telah beristeri. suspek mengenali mangsa sejak 5 hingga 6 tahun yang lalu.
aisssshhhh...pendek akal betul laa lelaki tu.
kan dah dok meringkuk dalam penjara.
kenapa sampai nak bunuh-bunuh??
tak boleh terima kenyataan ke??
tak cukup dengan satu yang dah ada kat rumah tu??
tapi, ingat ye. dalam hal macam ni tak boleh salahkan lelaki je.
sebagai seorang perempuan, kalau kita dah tau lelaki tu dah ada isteri, tak payah la kita nak berkawan lebih-lebih. jalan terbaik adalah elak dari berkenalan dengan suami orang. ramai lagi lelaki-lelaki bujang kat luar tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
semalam pula, cerita seorang janda dibunuh tunangnya di tandas petronas.
puncanya cemburu.
hoi lelaki...
baru tunang okey..bukan suami.
bila dah sah sebagai suami baru ada hak untuk cemburu.
kalau tak puas ati pun dengan tindakan tunang dia tu, kenapa la sampai nak bunuh-bunuh ni
kenapa tak bincang elok-elok je.
macam ni cakap sayang....
ooooo...cemburu tu tandanya sayang ye....
kalau sayang sampai bunuh-bunuh apa kes???
orang gila je yang kerja bunuh-bunuh ni.
orang yang ada akal yang waras masih boleh pikir perbuatan membunuh tu adalah salah disisi undang-undang dan agama.
muhasabah diri...
tingkatkan amal ibadat...
ingat ALLAH...
jalan terbaik untuk kita sebagai seorang ISLAM supaya tidak terpesong dari landasan ISLAM yang sebenarnya.
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM
ni sume bile seseorang tu dh xde pedoman hidupkan.... berkawan ngan syaitan... selalu lupe tuhan.... tu yang jadi cm ni.. :(
ReplyDeletebila sudah hilang akal dan iman di dada tiada maka jadilah perkara2 mcm tu...na'uzubillahi min zalik!
ReplyDelete@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
ReplyDeleteyup..betol tu..
sedey dgn dunia skunk ni...
:(
@Khairil
ReplyDeletebnyk yg btemankn syaitan dr akal dan iman...
thx...