Followers

Monday, February 28, 2011

pesanan penting dari buah hati tersayang....





DEAR CUSTOMER, YOU HAVE EXCEEDED THE 5GB/MONTH USAGE (CELCOM FUP)
 PLEASE PURCHASE ADDITIONAL VOLUME OR WE RESERVE THE RIGHT TO CONTROL YOUR BROADBAND SPEED.
THANK YOU




bweeeeeeeekkkkkkkkkkk
:P

ieja...
ko dok diam-diam yer....

dapat surat cinta!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum..
<gaya yang penuh dengan sopan santun dan berbudi bahasa ala-ala gadis melayu perempuan terakhir>

Korang pernah dapat surat cinta tak?
tak pernah?
huh..rugi la korang...
ni aku nak bagitau 1 malaysia ni...
wahai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama
HARI NI AKU DAPAT SURAT CINTA...!!!!!!!!!!!!
suratnya berbunyi begini:

























Tuan/Puan
Adalah dimaklumkan, kedudukan pinjaman tuan/puan pada 16/01/2011 adalah seperti berikut:
jumlah pinjaman RM 35,000.00
kos pentadbiran RM 10,084.02
jumlah bayar balik RM 45,084.02


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
PTPTN anta surat soh bayar utang....
<i love u la PTPTN...muuuuaaahhhhhh!!!!!>
ne nak cari duit ni????
keje tak ag???
rajin-rajin yer click-click CIK NUFF dengan CIK HEARTBEAT.....
nak bayar duit PTPTN ni...
kalau tak, tak leh g honeymoon kat BALI....

SEKIAN TERIMA KASIH



TAK NAK SAKIT: tak nak merokok

Assalamualaikum..
Salam hari isnin.Nampaknya ramai yang macam malas nak kerja hari ni. 
ye la..dah bercuti memang malas nak mula kerja kan...
huhuhu...bangun-bangun...segarkan diri.
tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.
haaaa....segarkan.
malas juga?
meh ni baca entry ni..kot-kot terbuka sikit minda dan timbul sedikit keinsafan 
(especially bagi yang merokok tu) 
tu nak berfikir kan...!!!!!

entry ni ditulis atas dasar sebab benda ni berlaku kat depan mata cik ieja.
semalam, tiba-tiba teringin nak makan BigMc.Tapi bila mengenangkan yang batu gajah ni tak ada McD, aku pun decide nak beli burger yang biasa jual kat store burger tepi jalan je. aku pun siap-siap dan keluar nek moto pergi beli burger.tak jauh pun..kat simpang nak masuk rumah aku je.
sampai kat store burger aku pun oder la

ABANG, BURGER DAGING SPESEL+SALAD LEBIH+MAYONIS LEBIH YER...
<sambil tersenyum manis>

tengah dok tunggu burger ni, datang la 1 group budak-budak nek moto. dari gaya diorang macam budak sekolah form 4@form 5.tapi budak-budak ni okey..jenis tak ada nak kacau-kacau perempuan.
tapi part yang aku tak suka bila part merokok.
boleh la pulak sebatang rokok tu share sampai 5 orang.main pas-pas lak rokok tu.
ingat nak tegur, tapi bila pikir balik..sat g diorang tunggu aku kat simpang lak..
mati aku.

Sunday, February 27, 2011

ISH..ISH..ISH...: NINA MONTOK


Assalamualaikum...
waaaahhhh...seronoknya lepak-lepak ujung-ujung minggu ni kan...dok depan tv sambil layan movie..dok depan lappy ngadap blog lama-lama. tapi bagi yang bekerja, selamat bekerja. bagi suami yang bekerja, isteri dok rumah baik-baik ye. bagi penoreh-penoreh getah lelaki pulak, isteri-isteri semua make sure suami masing-masing dah sampai rumah ye.

eh..pasal apa la pulak cik ieja ni...???
tersangkut dengan penoreh getah ke???
mentang-mentang harga getah mahal sekarang...berpaling tadah pulak ye dengan En. Wazir.

huhuhu...jangan salah anggap ye...
My En.Wazir is everything for me...
<ieja dah mula menggedik!!!!!>

bagi sapa-sapa yang baca HARIAN METRO semalam 26. FEBRUARI.2011 mesti da baca pasal cerita
penoreh-penoreh getah yang sanggup beratur panjang untuk perkhidmatan seks yang ditawarkan 
NINA MONTOK  dalam sebuah ladang getah di Segamat Johor.
Bagi sapa-sapa yang belum baca cerita ni boleh click-click pada 

ayoyo...dalam ladang getah pun jadi ke?
tak standard betul...!!!!!!!!
low class.... !!!!!!!
apa yang mengejutkan ialah, mereka yang sedang beratur menuggu giliran untuk tutttttt....
boleh menyaksikan 'pegambaran tayangan prono secara live...'
<waaaahhhh..macam kat hollywood la pulak.>
dalam berita tersebut juga mengatakan ada warga tempatan yang terlibat...
ish..ish..ish...
<buat malu anak bini je weh...>

erm..ni la keburukannya bila warga asing senang-senang je masuk negara kita.kalau nak mencari rezeki pun biarlah cara yang halal. 
bila dah masuk negara orang ko jangan la buat negara ni macam negara ko. 
ni negara Islam wei....
dah datang negara orang ko nak buat taik la ek kat sini.
 puaka betul la orang indon ni...
<ieja membebel>
so, kerajaan kena perketatkan lagi undang-undang kemasukan warga asing ke negara ini dan hadkan bilangan kemasukkan warga asing. sebab kebanyakkan kes jenayah dan masalah sosial adalah perbuatan warga asing.
fikir-fikirkan...
jangan hanya untuk meningkatkan pendapatan negara, maruah negara tergadai.!!!!!!

SEKIAN 
ASSALAMUALAIKUM



Saturday, February 26, 2011

auntie ieja....


Assalamualaikum...
hari ni Sabtu..
so macam biasa kalau ada member-member yang ajak aku kuar aku on je..
tak kisah la pergi mana pun..
lagi pun semtara aku tak kerja ni aku nak enjoy dulu. 
nanti dah kerja tak ada masa dah nak buat aktiviti tak berfaedah ni.
tapi tadi bukan pergi mana pun..
pergi melawat member aku yang baru je lepas bersalin
<huh..member ko dah anak ada sorang dah ieja, ko baru terhegeh-hegeh nak bertunang>
ngeeeeee~~~~~
tak kisah la..janji seru aku dah hampir tiba.
hahahahahaha~~~~~
ni pic anak member aku tu..

rahil amani bte azmin

so rahil..awak boleh panggil saya auntie ieja...
nak panggil kak ieja pun bole...
ngeeeeeeee~~~~~

tu je nak cite...

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

Friday, February 25, 2011

GA REMPEYEK

 
 
 
Nampak macam sedap kan rempeyek kat dalam balang tu. Nak-nak makan time tgok movie ujung-ujung minggu ni dengan family...
lagi best kalau boleh bawa makanan macam rempeyek ni masuk panggung wayang.
disebabkan rempeyek ni aku di tag oleh akie untuk join GA yang dianjurkan oleh owner blog ni.
terima kasih ye akie sebab tag kita. rempeyak @ kat tempat aku panggil tempeyek ni memang salah satu fav aku.time raya je opah mesti buat dan 1 balang khas untuk cucu perempuan die yang comey ni.
<hahahaha...terlebih suda>
erm...bestnyer kalau aku salah seorang yang dapat rempeyek ni.mana tau, kot-kot dapat rempeyek dan 1 balang tak cukup boleh la order.nak-nak majlis tunang dah dekat.boleh la dijamu pada tetamu yang datang.
ha?
nak jugak join GA ni?
boleh...
senang je...
click je kat sini
macam biasa la bila dah da contest/GA ni, benda wajib yang perlu dibuat ialah menge-tag orang.
dan mereka yang terpilih ialah....
jeng..jeng..jeng...

DILA NUR
jue 
tuan director

harap-harap dapat la rempeyek tu.
nak rempeyek kacang+ikan bilis yer.
kacang taruk sikit je..3 bijik.
<nanti jerawat naik  t muka tak cantik nak tunang>
ikan bilis 4 ekor.
<waaahhh...siap order ag.xsenonoh la ko ni ieja>

ASSALAMUALAIKUM: peristiwa rabiulawwal


Assalamualaikum...
Salam Hari Jumaat penghulu segala hari kepada semua pembaca blog saya ini. Hari ini 22 Rabiulawwal, hampir ke peghujung bulan yang penuh dengan pelbagai peristiwa dalam sejarah Islam. Disini ada satu article yang saya jumpa di ILUVISLAM yang ingin saya kongsikan bersama mengenai bulan Rabiulawwal.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  
7. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  
8. Pembukaan Baitul Muqaddis     
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin    oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

p/s:sumber :    I LOVE ISLAM= SAYA SAYANG ISLAM
hari ni lambat post entry sebab line CELCOM BB mengedik....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM...


Thursday, February 24, 2011

MACAM-MACAM LA SEKARANG NI: dah tak ada orang Malaysia dah ke???


Assalamualaikum.
Pernah tak korang terbaca tajuk kat surat khabar macam ni..

'ANAK GADIS HILANG 15 HARI KINI BERADA DI LOMBOK'

macam ni pernah tak?

'KAMI SUDAH BERNIKAH'

ada tu macam ni

'MAK, DIANA ADA DI LOMBOK. DIANA DAH BERKAHWIN'

Dan yang terbaru hari ni dalam HARIAN METRO


Aisssshhhh...dah macam tak ada orang Malaysia dah ko nak kawin ke?
Dah pupus ek lelaki-lelaki kat Malaysia ni?
Apa yang kurang lelaki kat Malaysia ni?
Nak kata tak nsem, lagi nsem dari orang Indon yang ko kawin tu.
Erm....mungkin dah jodoh.
Tapi, kalau dah jodoh ko dengan lelaki Indon tu kenapa tak cakap kat mak bapak ko tu?
kenapa sampai kena kawin lari sampai ke Lombok tu?
ko ada mak bapak kan?
so..hormat mak bapak ko..!!!!!
lain la kalau ko anak yatim piatu, sebatang kara kat bumi Malaysia ni.
ha?takut mak bapak ko halang?
adat la tu..
mak bapak mana yang suka anak dia kawin dengan orang luar.
Masa aku nak kawin dengan Johnny Depp dulu pun mak bapak aku halang!!!!!!!!

 sumber dari En.Google

Eeeee...geram betul aku baca paper hari ni..rasa nak ketuk je budak perempuan tu. Dia tak tau ke perbuatan dia tu dah menyusahkan mak bapak dia..
Tu satu hal...memalukan nama baik keluarga tak ke masalah lain lak?
1 malaysia baca cerita ko wei...


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s: maaf kalau entry ni terlebih.emo sikit bila baca bab-bab macam ni.bukan apa, kesian dekat parents budak perempuan tu.


Wednesday, February 23, 2011

kekanda adinda: 10 perkara yang merimaskan perempuan time bercinta


‘Aku sanggup buat apa je untuk lisa surihani.Ke bulan, ke bintang, ke angkasa lepas pun aku sanggup. Janji cinta dan hati milik lisa surihanai adalah milik aku selamanya..Aku janji akan setia bersama lisa surihani seorang sahaja sehingga hujung nyawa aku.’
waaaaa...nak bercinta ngan lisa surihani.perasan betol mamat ni.
Itulah yang boleh aku ibaratkan bila seoraang lelaki dah jatuh cinta.jatuh cinta pulak dengan lisa surihani.Memang anggau tahap cipanzi dapat lipstick la.
Sekeras-keras mana hati lelaki, 1 hari pasti akan dapat dilembutkan dengan cinta seorang wanita.
<Kepada semua wanita/perampuan/gadis/dara: kita memang hebat kan????>
Tapi, bila dah jatuh cinta, lelaki akan berubah sikap dan kadang-kadang mengejutkan. Bukan setakat kawan serumah, mak bapak, adik beradik, dan jiran tetangga pun akan perasan.
Ye la, ujung minggu dah confirm tak ada kat rumah.
Tapi ni bukan nak cerita pasal pergi dating ke apa ke…
Tapi nak cerita pasal benda-benda yang  kerap terjadi bila si lelaki dan jauh cinta dan kalau nak tau perkara-perkara ni semua merimaskan perempuan
So..kaum Adam, tolong ambik perhatian yer…
aweks-aweks kat luar sana tu, tak suka korang buat benda-benda macam ni: 

Tuesday, February 22, 2011

KAU + AKU: risau tak ada kawan.



Hye semua pembaca entry, pelawat blog, pengikut-pengikut, dan semua-semua la yang datang blog ni. Terima kasih yer. Dah singgah sini jangan lupa follow.dah baca entry jangan lupa drop komen.
haaaa…..ada lagi satu, jangan lupa click-click pe yang patot di click.
Hulurkan tangan ringgankan beban kata orang.
Hari ni nak bagi tips pada kamu semua yang risau tak ada kawan. Erm…seseuai la dengan adik-adik yang tengah tunggu result SPM tu. Ye la kot-kot nanti dapat masuk mana-mana IPTA@IPTS, so boleh la gunakan tips ni untuk mencari kawan yer.

facebolg pulak.....

 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

CLICK PADA FACEBLOG DI SIDE BAR UNTUK SETAI
Edit

Monday, February 21, 2011

TAK NAK SAKIT: leukemia


Assalamualaikum.
Akhirnya dapat juga aku berblog selepas hampir 24 jam aku tak menjenguk blog aku ni.
Semalam aku menjadi menteri kesihatan melawat 2 buah hospital.
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) & Hospital Serdang.
Di HUKM, aku melawat saudara yang disahkan menghidap leukemia dan di Hospital Serdang aku melawat anak buah aku yang accident...
anak buah (raja nur damia erika) aku lak excident time die, parents die n makcik aku nak g HUKM nak lawat sedara aku yang kena leukemia tu. tapi erika sorang je yang teruk sebab erika dok depan dengan makcik aku.ntah cam mana ada kereta dari depan yang tersalah masuk lorong jalan langgar kereta yang diorang naik.erika cedera teruk kat muka, dan aku kira semlam da 10 suture kat kening die.sekarang ni tengah tunggu laporan x-ray nak tengok bahagian kepala dia.
<cian erika..nanti cik ieja datang lagi yer...>


<pic erika masa datang rumah aku time CNY baru-baru ni>


kisah sedara aku yang kena leukemia lak memang sangat mengejut. Mula-mula dia detect dengue & admit kat hospital manjung sebab time tu balik kampung. after a few day, dah boleh discaj la.then die & family die pon decide nak balik KL.After a few day, doktor from hospital manjung call & suruh sedara aku, datang ke hospital manjung semula sebab dari result darah ada something yang abnormal. Bila dah doktor kta cam tu, sedara aku pun terus g HUKM & buat blood test kat sana..Bila dapat je result agak terkejut gak la sebab leukemia.
memang betul-betul dugaan buat family aku. 

Sunday, February 20, 2011

cari pasal dengan aku!!!!!!!!!


bila CELCOM BB jadi macam siput yang bawak cengkerang kura-kura,
aku jadi macam ni...


dan disebabkan muka dah jadi macam tu, aku pun decide untuk menjadi seorang yang berwawasan.


menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


p/s: 20.02.2011-----HUKM

 

Saturday, February 19, 2011

dah lama tak buat....


Assalamualaikum.
Aku di tag lagi.kali ini adalah untuk menjawab soalan-soalan yang susah nak jumpa. Tak kira la peringkat sekolah, kolej atau universiti. Sepanjang study dulu pun belum pernah jumpa soalan macam ni dalam subject nursing.

Ni kali ke dua aku di tag oleh sharifahzakiah
sebelum ni aku di tag untuk join satu contest dan sekarang untuk jawab soalan pulak.
bila dah di tag macam ni, baru la aku rasa betul-betul wujud dalam dunia blog ni.
Okey..tak nak merepek panjang-panjang. Masa untuk menjawab soalan.


Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
benda ek?
erm...my white lappy Compact Presario B2800 + My Celcom BB
my Handphone Nokia x6 & Sony Ericsson  W380i
my bed room 

Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri ?
 last month beli botol air adidas kaler purple.

Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
nak buat kat rumah je.lagi meriah.
tema?
belah aku tema warne pink + putih
belah husband biru +putih.
one more thing...kawin bawah pedang.
waaaaa....berangan!!!!!
  
Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Ofkoz yes..
with My En.Wazir

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Bak kata maher zain:
'for the rest of my life' 
 
 Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
 jumpa kat umah saya & pastu baru kuar nak g mana.

Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
pesona penganting edisi februari 2011. preparation for my E-Day

Apakah nama penuh korang?
Nor Suhaiza Maulat Mohamed Zabidi 

 Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
erm...dengan ayah kot sebab ayah sporting.nak apa je mesti dapat.tapi ngan mama pon mesra juga.2-2 mesra sebab sayang 2-2...

 
Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
maher zain.nak bandingkan dengan My En.Wazir sape lagi ensem.
hahahahahah :P

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
tak.mesin basuh yang cucikan.saya just sidai je.

Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
syurga

 Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk.boleh lama-lama.cium kena kejap-kejap je.
kalo cium lama-lama dah kes lain tu beb. 

 Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
cantik
buah hati kepada M.A Zaem
suka shawl

 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
my white lappy compact presario B2800
my handphone Nokia X6
my digital camera Canon Ixus
my medical surgical book
my celcom BB biarpon die lembab tapi berguna juga

 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
for the rest of my life-maher zain
cinta matiku-6xth Sense
bila cinta-gio
 cinta-mohd mentor
don't let me fall-lenka

  Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
 15 april 1987 & tahun lepas sambut dekat hostel dengan member kolej

5 orang blogger yang korang nk tag
nida  

Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
    diana is my kakak
gigi die besar macam gergasi
kawin dengan abg lan
ada anak nama maisarah
blogger tegar

 ***beta perintahkan, sesiapa yang telah di-tag wajib menjawab***

 

Friday, February 18, 2011

ASSALAMUALAIKUM: SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum.
Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog saya. 
Terlambat?
Rasanya tidak. 
Bukan hanya pada tanggal 12 Rabiulawwal sahaja harus kita memperingati 
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi kita digalakkan untuk memperingati Baginda bukan setiap hari tetapi setiap saat. Jadi marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Mari sama-sama kita berkenalan dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
Tempat lahir: Dirumah Abu Talib, Makkah Al -Mukarramah
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibususu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As –Sa’diah
Gelaran: Al Amin  dapat dipercayai
Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah
Umur Menikah: 25 Tahun                        
Nama datuk: Syaibah bin Hasyim dikenal sebagai Abdul Mutalib
Nama bapa saudara: Abu Talib
Umur diangkat sebagai rasul: 40 tahun
Tempoh berdakwah secara sembunyi: 3 tahun
Umur wafat: 63 tahun
Tarikh wafat: Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi
Kubur: Di Madinah
Latar belakang: Menjadi pemuda yang dikenal dengan kejujuran; memerintah kaum muslimin Mekah untuk berjihad; mendapat wahyu dari Allah; Rasul terakhir dan makhluk Allah yang paling mulia

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

Thursday, February 17, 2011

isu semasa:MACAM-MACAM LA SEKARANG NI: Kerana FB


Hari-hari kat berita surat khabar ada menceritkan mengenai FB. 
ISTERI LARI IKUT LELAKI LAIN
PERKENALAN DI FB MEMBAWA KE RANJANG
KADAR PERCERAIAN RUMAHTANGGA MENINGKAT GARA-GARA FB
CINTA LAMA BERPUTIK KEMBALI DI FB 


Dan yang terbaru hari ini harian metro 17. Februari 2011
DARI FACEBOOK KE BILIK HOTEL

Semuanya kerana FB. Kerana FB, rumahtangga kucar kacir. Kerana FB cinta lama bertemu kembali, dan kerana FB juga ada maruah yang tergadai. Tapi, makin hari makin ramai yang click kat sign-up FB tu. 


Apa nak jadi dengan manusia pada hari ini.
pelik...
tak sayang ke pada rumahtangga yang dibina 15 tahun?
bukan satu jangka masa yang pendek. bagi aku 15 tahun adalah satu jangka masa yang panjang.bukan mudah untuk mengekalkan satu jangka masa yang panjang dalam sesebuah rumahtangga.banyak yang kena tempuh.
walaupun aku belum kawin, tapi dari pembacaan kisah rumahtangga orang,pengalaman orang yang sekeliling aku, aku jadikan semua itu sebagai panduan dalam kehidupan akan datang.
bagi kamu, kamu, kamu semua yang dah berkahwin, dah nak kawin, yang dah ada anak....
jangan la gatal-gatal tangan tu pergi search nama kekasih lama..
pe yang korang dapat?
nak tanya khabar?
rasanya tak penting kot.
sedara mara pun ramai kan kat dalam FB. Apa salah tanya khabar saudara mara sendiri dari tanya khabar bekas kekasih.
dari tanya khabar tu la yang meleret-leret sampai ke atas katil.
so,fikir-fikirkan mana yang baik mana yang buruk.
masing-masing boleh berfikir.





contest senyum paling ceria


Aku di-tag lagi untuk join contest.
Kali ni aku di-tag oleh......
jeng...jeng...jeng....
ini dia...
kali ni untuk contest yang bertajuk

CONTEST SENYUM PALING CERIA

owner contest ni muka ala-ala korea.
comey+cute
apa yang kena buat ialah:

1. Follow blog namee untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini.
suhaiza dah buat ke belum?
JAWAPAN: SUDAH.

2. Buat 1 entry yang bertajuk Contest Senyum Paling Ceria.
Suhaiza dah buat ke belum?
JAWAPAN: SUDAH

3. Letak banner contest kat sidebar.
suhaiza dah buat ke belum?
JAWAPAN: SUDAH
.
4. Letak banner contest dalam entry dan link kan terus ke entry contest ini.
suhaiza dah buat ke belum?
JAWAPAN: SUDAH
 
5. Up-lod pic dan ceritakan mengapa anda gembira dalam gambar tersebut.
suhaiza dah buat ke belum?
JAWAPAN: SUDAH 

dan pic yang aku pertaruhkan untuk memenangi 
WANG TUNAI RM 100 & HADIAH MENARIK DARI UNITED STATES
adalah............
jeng..jeng..jeng...
ini dia...
Yang berbaju biru tu SUHAIZA. pic ni adalah ketika majlis perkahwinan rakan sekolej ku Nur' Atiqah di Sungai Petani Kedah. Dan pic ni juga bagi aku merupakan senyuman yang paling ceria sebab baru sahaja selesai PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA. so, rasa lega dan happy sangat selepas 3 tahun berhempas pulas bercinta dengan buku.
pic ini pula adalah ketika malam HARI JURURAWAT yang berlangsung di TOWE REGENCY HOTEL IPOH.
bagiku ini merupakan senyuman paling ceria kerana, 1st time pakai kebaya, dan ramai puji cantik.
ahakzzz...lepas ni boleh la pakai lagi. 

6. Jangan lupa letakkan link korang di ruangan komen.
suhaiza dah buat ke belum?
JAWAPAN: SUDAH

7. Tag 3 orang rakan blogger dan make sure diorang tau.
suhaiza dah buat ke belum?
JAWAPAN: SUDAH.
siapakah mereka yang di-tag...
ini dia:




Wednesday, February 16, 2011

SAYA PUNYAI 100-500 FOLLOWER


 

waaaa..best la abg ben ni.
rajin betul die tolong blogger baru yang baru nak idop dalam dunia blog ni.
Thx yer abg ben.
lepas je lunch tadi on lappy, cucuk usb modem BB, connect to Mozilla firefox, trus lon in blog n terjumpa
tangan terus lagu nak join.
Thx yer abg ben...
i lap u lah....
hahahahaha
<guro je>
pada korang-korang yang follower 100-500 tu leh join okey.
berkenal kenalan antara satu sama lain...
jom join....
cepat.malam ni close dah we...
details leh datang sini yer.