Followers

Sunday, February 6, 2011

VALENTINE'S DAY EPISODE 2



Assalamualaikum semua…
Dah hampir 7 hari kita berada di bulan February…
Apa orang kata???
Bulan kasih sayang???
Ye la sangat..Bulan-bulan lain pun boleh jugak la kalau nak berkasih sayang..
Tak payah nak tunggu bulan ni. Masa bulan January lagi dah boleh start nak berkasih sayang, sampai bila-bila pun tak apa.
Erm..tengok, bila dah start membebel macam ni la. Untuk kebaikkan dan kesedaran tak pe kan???
Or tak boleh???
Bak kata Nabil
Lu pikir la sendiri!!!!

Sambungan daripada entry yang ni, ,
episode kali ni akan menceritakan pasal sejarah kejadian disebalik Hari Kekasih.
Erm...MUNGKIN ada antara yang baca akan kata:

‘Ala…buat apa la buat entry yang dah pernah orang buat dulu?
Dah tak ada idea ke?’

Tak pun ada yang kata:

‘La…cerita ni dah basi la. Adik aku tadika pun dah tau’

Memang aku akui yang entry ni dah ramai blogger yang tulis. Tapi salah ke aku tulis dengan niat nak menginggati korang semua?
Salah?
Berdosa?
Kena tangkap polis?
Tak kan..

Tapi kenapa masih ramai lagi orang melayu-islam yang masih menyambut Valentine’s day ni?
Apa yang dibanggakan sangat?
Sebab dapat hadiah?
Tepuk dada Tanya selera…

Okey..
kat sini aku nak kongsi sejarah terciptanya Valentine’s day ni…
Ni adalah hasil daripada goggle-lan aku.
Apa yang aku jumpa ialah terdapat 3 versi mengenai sejarah valentine’s day.


Valentine’s Day versi 1:
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. 

Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. 
Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. 
Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

**Selalu yang kita dengar-dengar be my valentine 2 ni la kisah dia.**


Valentine’s Day Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Valentine’s Day Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM



2 comments:

  1. Valentine's Day ibarat hari bercucuk tanam dan selepas hampir 9 bulan maka hasilnya keluar dan kebanyakannya dibuang. Laporan Jabatan Pendaftaran Negara, dari 2008 sehingga 2010 ada 257000 sijil kelahiran anak luar nikah di keluarkan.Dan jumlah sijil banyak keluar pada bulan 8 sehingga bulan 11.Ini menandakan kebanyakannya berpunca dari valentine's day.

    ReplyDelete
  2. @FARISZ@AZ.Com
    yup..setuju.metro da keluarkan kenyataan tu dlm paper..bkn shja sijil dn ank luar nikah meningkt tapi kes pmbuangan bayi jgk mngkat...
    SAY NO TO VALENTINE'S DAY....

    ReplyDelete