Followers

Friday, April 29, 2011

Naik kereta lembu sudah laaaa....!!!


Assalamualaikum
Hye semua. Dah dinner? Jangan lewat-lewat yer, tak bagus untuk penghadaman.
Dari pukul 3 petang tadi sampai pukul 8.30 malam tadi saya, ayah & mama mengadap tv dok menengok perkahwinan diraja Britain sapa lagi kalau bukan Putera William & Catherine Middleton. 
1st time saya tengok perkahwinan orang putih ni. 
Ni siap dengan nyanyi berpulu-puluh buah lagu lagi. 
Sebelum ni tengok dalam cerita omputeh tu tak ada la berjela-jela cam gitu caranya. 
Setiap budaya & agama ada adat & istiadat masing-masing.
 
Ermmmm....anak-anak dara yang tak kawin dan bakal berkahwin tu dan tentu berangan nak naik kereta kuda keliling kampung kan??? 
ngeeeeeeeee~~~~~
Naik kereta lembu sudah la. 
hahahahah~~~~~~~~~
 
 terima kasih en.google

Tadi ada sikit la berangan tapi memikirkan diri yang serba kekurangan ni, berangan je la. Nak termimpi-mimpi nak kawin ala-ala anak raja ni tak ada la. Cukup sekadar yang sempurna semua tuntutan agama. Yang lebih-lebih tu ikut pada kemampuan tak tidak menyalahi hukum agama.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

waktu subur


Assalamualaikum
Hye semua
selamat pagi...
<dh tengah hari la cik ieja oiiiiiii......>
opssssss....
tersilap pulak. kat luar tu tengah hujan mencurah-curah. Tu yang terasa macam pukul 8 pagi.
ngeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~
Semalam saya ada janjikan nak share tentang waktu subur.

Pertama sekali biar kita faham dulu mengenai kitar haid kita. Ekceli nak memahamkan kita haid kita ni agak complex sikit. Tapi tak pe, saya akan cuba untuk meringkaskannya supaya senang nak faham. 

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya 28-30 hari. 
Tapi setiap wanita ada kitar haid masing-masing. Maknanya tidak sama dengan individu lain. ada yang 25 hari or may be ada yang sampai 35 hari. Tapi secara puratanya 28-30 hari. Sekarang jom kita tengok pulak fasa dalam kitaran haid.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. Hari pertama period perlu juga di tanda supaya ketika mendaftarkan diri di klinik kesihatan untuk follow-up ante-natal nanti, jururawat akan tanya bila hari pertama period terakhir.maksudnya disini, ialah hari pertama anda datang period yang terakhir sebelum anda tidak datang period dan disahkan mengandung. Tarikh ni penting untuk menjagkakan bila due date kelahiran bayi anda nanti.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. 

bila dah faham pasal kitaran haid, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri YANG SAH ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika ini telur baru saja keluar dari sarangnya. Inilah yang dikenali sebagai waktu subur. Mesti ada yang tanya, bila benda ni berlaku dengan secara tepat? Ekceli lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya @ ketika fasa luteal bermula.

haaaaaaaa??????
tak faham????????
okey....
katakan lah kitaran haid kita 28 hari, so nak tau waktu subur kita:
 28 hari - 14 hari = 14 hari
***hari ke 14 adalah WAKTU SUBUR***

katakan kitaran haid kita 30 hari, nak tau waktu subur kita:
30 hari - 14 hari = 16 hari
***hari ke 16 adalah  WAKTU SUBUR*** 

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraan adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlaku ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah ubah. Jadi, waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Kalau dah period tetap ,tak jadi masalah untuk kira waktu subur. tapi kaedah pengiraan ni tak sesuai untuk mereka yang period yang berubah-ubah. tapi jangan risau...ada lagi kaedah untuk mengetahui waktu subur. Bukan melalui pengiraan je. 
 CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi sepanjang saya posting di klinik kesihatan, ante-natal ward saya tak pernah jumpa lagi.

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan! HEHE :d), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. 

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil pada bulan pertama dan kedua. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
 
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri, bakal-bakal suami isteri tahu mengenai waktu subur. Nanti tak ada la yang jiwa kaca. 
 
 
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Kad Perkahwinan Ku....


Assalamualaikum
Hellllooo semua. selamat pagi Jumaat. Semoga penghulu segala hari ini menjadi hari yang bermakna untuk kita semua. Tadi saya saja-saja google nama pelakon-pelakon lelaki yang saya minat. 
Ye la, boring kan, tak ada apa nak buat. My En. Tunang lak belayar. 
Nasib ada En.Celcom Broadband yang menjadi peneman. 

berbalik pasal pelakon lelaki tadi, tangan gatal ni pergi la menaip nama Zed Zaidi. Memang minat dia pun dari zaman dia berlakon drama Sembilu Kasih dengan Hetty Sarlene. 
Time tu zaman sekolah menengah. Tiap hari Jumaat mesti curi-curi tengok TV. 
curi-curi tengok sebab saya tak boleh tengok TV. 
waktu tengok TV hanya selepas balik sekolah dan hari Sabtu & Ahad waktu siang je. Malam kena tengok buku.

lalalalala~~~~
dah lari topik lak ni. Okey2...kembali ke pangkal jalan.
Sekali tengok cerita dia nak kawin la...
Huiiiii~~~~~~~
Sedikit kecewa. 
huahuahuahua~~~~
Apa yang menarik perhatian ialah kad kahwin dia yang memang style la sebab ala-ala FB. Cinta FB kot diorang ni kan.
Jom layan kad kawin Zed Zaidi ni.
***tajuk entry tak ada kena mengena dengan majlis saya yang lambat lagi***
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





memang stylo la kad kawin macam ni. 
saya???
erm....
tak tau la. tak kan nak tiru Zed Zaidi lak kan. 
Tak ekslusif la....
 


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM



Thursday, April 28, 2011

what???i'm pregnant!!!???


Assalamulaikum
Salam sejahtera...Fuhh intro pembaca berita lak yang saya terguna.
Ini entry saya yang ketiga untuk 28 April 2011 bersamaan dengan hari khamis malam Jumaat. Balik dari rumah mak mertua saya tadi dah dekat magrib, so mandi-mandi, solat dan seperti telah menjadi kewajipan saya malam Jumaat ialah baca Yassin. Korang pun mesti sama juga kan.

Ekceli entry kali ni bukan pasal malam Jumaat. Kalau citer pasal malam Jumaat ada pulak yang takut. Bagi yang dah kawin, diorang suka. Dah sah-sah lampu tutup awal.
ngeeeeeeeeee~~~~~~~~~~~

Selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, saya pun memulakan operasi yang wajib bagi seorang blooger. 
Kebanyakkan blog yang saya pergi hari ni semuanya blog orang-orang yang baru berkahwin. Entry orang baru kahwin sebulan dua ni biasa la. Hal Madam P yang tak kujung tiba. 


Memula saya pun agak pelik, musim orang kawin ke sebulan dua yang lepas. Dengan rajinnya saya pun pergila selak balik kalendar.Lupa lak beberapa bulan yang lepas boleh dikatakan musim majlis makan nasi minyak berlangsung. Bulan 3 yang lepas pulak ada cuti sekolah yer. Dah sah-sah bulan-bulan yang lepas tu berlaku seseuatu....
huhuhuhuh..
lalalalalaalalal~~~~~~~

Erm...berdasarkan dari pembacaan saya ramai golongan wanita yang baru berumahtangga tidak mengambil kira hal ini. 

waktu subur

***tajuk entry tak kaitan dengan saya yang masih dara lagi***
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bagi saya, benda ni penting nak-nak yang baru berumahtangga dan yang menggunakan kaedah perancangan keluarga. bila dah tak tahu bila waktu yang subur dan tak subur tu yang jadi jiwa kacau bila Madam P tak kujung tiba.

okey..sharing is caring kan???
so..saya rasa saya nak share benda ni dengan  korang. tak kira la yang dah kawin ke, yang bakal berkahwin diwajibkan amik tau. bagi yang belum berkahwin dan lambat lagi nak berkahwin, jangan gatal-gatal nak try pulak. cukup sekadar pengetahuan untuk korang yer. untuk en.husband dan bakal-bakal en.husband pun patot tau benda ni.
huhuhuhu~~~~~~

tapi, disebabkan entry ni dah agak panjang, saya rasa saya akan kongsi teknik pengiraan waktu subur tu untuk next entry. Nanti bila dan panjang berjela, info yang saya bagi nanti takot ada yang dah boring nak baca.
so
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
 ^
^
^
^
^
^


 SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Demimu Lontong....


Assalamualaikum
Hye semua..
Ini Entry ke 2 hari ini..biasa la lepas sangap menulis blog. Hampir 3 minggu yang lepas aku tak menulis blog. Sekarang ni masa untuk membalas dendam telah tiba.Biar pun penulisan aku ni tak ramai yang komen.

Tadi aku keluar pergi jusco.tujuannya nak mencari novel. 
Dan dengan penuh riak dan bangganya aku nak bagi tau yang aku dah ada novel terbaru Siti Rosmizah…7 Hari Mencintaiku.
Dah dapat apa yang aku nak, biasa la perut dah tentu lapar.Pergi la ke food court. Ermmmm….semua bosan. Tekak aku ni sebenarnya dah dekat 3 hari nak sangat makan lontong, nak buat tapi tak reti. Jawapan yang senang sekali ialah beli kat kedai.

 terima kasih kedai makan google

Tiba-tiba aku teringat yang masa posting dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ada jual lotong. Aku dengan langkah yang penuh bergaya menuju ke parking untuk bergerak ke hospital. 
Sambil-sambil tu aku massage member aku yang kerja kat A+E tu pergi tengok kat café ada lagi ke tak lontong. Dah tunggu dekat 20 minit, die pon balas:

Ieja, dah habis la. Makcik tu soh mari esok….

Huhuhuh…kecewanya aku
:(

Last-last sekali aku tukar arah pemanduan aku menuju ke Ulu Kinta.kat sana memang banyak kedai makan. Disebabkan aku malu nak makan sorang-sorang, aku pergi rumah mak mertua aku & ajak adik ipar aku 2 orang yang baru balik sekolah tu pergi makan. Mak mertua aku tak balik kerja lagi. So, aku suruh Miera & Pida massage mak.

Akhirnya, sampai la kami ke Kedai Makan Saloma. Sapa yang dok area Tambun, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mesti tau kedai saloma ni. Ni antara kedai yang tiptop kat area tanjung rambutan. Time tengah hari je, sapa yang lambat jawabnya makan bungkus je la.meja dah sah-sah penuh. Dengan PGA, student M.A, guru maktab, & staff Hospital Bahagia makan kat situ. Masa aku sampai kedai ni jam dah 3.05 petang. Time tu makanan still banyak lagi. Aku pun tanya la kat makcik saloma tu:

 menu petang hari ni apa makcik???

Nak tau makcik tu jawab apa…

Hari ini ada lontong…..

Waaaa…aku rasa macam nak melompat kat situ. Atas sebab perlu menjaga air muka bakal suami dan bakal mertua yang memang selalu makan kat situ, aku tahan je perangai gila aku tu dari terkeluar.

Aku makan dengan penuh khusyunya sampai lupa adik ipar aku 2 orang kat sebelah.bukan lupa bagi diorang makan yer..lupa diorang ada kat sebelah je.Gaya diorang pun macam lapar sangat. So, masing-masing layang tekak & perut masing-masing la. Masa tengah makan lotong tu, aku tiba-tiba teringat kata-kata lecturer aku dulu yang sapa yang selalu makan tempe, mempunyai IQ yang tinggi.
Ish..lecturer aku ni. Napa la dah last sem baru dia nak bagitau kitorang. Kalau bagitau masa kitorang sem 1 lagi dah confirm IQ aku tinggi & boleh dapat CGPA yang lagi tinggi dari sekarang ni...
3.56 ne cukup
<YA ALLAH IEJA.NAK JUGAK TAYANG CGPA BURUK KAU TU>

Dah siap makan budak-budak 2 orang ni ajak aku pergi giant lak.
layan je laaaaa...
aku bukan ada adik pon...
:)

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s:mengoogle mengenai tempe.nanti kita share ye.entry ni sebagai intro untuk entry tempe je...hahahahaha....


Peringatan Pertama!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum...
selamat tengah hari semua...
bagi ibu-ibu tengah hari ni menu apa??
yang bekerja lunch kt mana??
yang mengganggur macam saya ni, baru bangun tidur ke??
hari ini dengan penuh bangganya saya mengaku yang saya bangun tersangat lah awal.
pukul 5.30 AM.
<bangun awal leh la citer, cuba bangun lambat, diam je kan>
ni semua gara-gara telah di beri tugasan baru oleh My En.Tunang yang kena pergi kapal tersangat lah awal. Saya kena kejut dia bangun tidur. Cehh..mentang-mentang kita ni mengganggur. Tapi tak, praktis....ngeeeee~~~~
hari ni dia belayar. kapal keluar 6.30 AM. tapi 6.30 AM tu kat sabah dah macam pukul 8.00 AM. Bayangkan kalau pukul 10.00 AM lak cam ne. dah macam pukul 12.00 PM..

Okey, bahagian intro dah siap. nak masuk ke perenggang ke dua lak.
Bangun awal hari ni juga sebab tunggu abang posmen datang. My En. Tunang ada hantar pic tunang yang dah siap dicuci. Excited gile la tunggu. Berpuluh kali kejap kuar bilik. pantang bunyi moto lalu depan rumah.
Penantian yang penuh dengan kesabaran akhirnya tamat, abang posmen pun datang dengan baju merah, biru, putih..dah macam warna benda malaysia, silap tak ada warna kuning je. 
Aku pun berlari-lari anak mendapatkan abang posmen tu.
Yessss...pic tunang aku dah sampai. beserta denga envelope pos laju tu, terselit sepucuk surat lain. Nama aku juga.

 nampak tak surat warna putih yang terselit tu....
isinya berbunyi begini:

click untuk tumbesaran yang lebih sihat

cisssss....siap tulis ag peringatan pertama....
Wei PTPTN saya tak kerja lagi la. dah kerja nanti saya bayar la. 
Tak sabar-sabar. Time aku nak mintak pinjaman hari tu lambat macam kura-kura tua nak mati je korang proses borang aku. 
Bila minta suruh bayar, lagu je korang hanta surat ek....

Bila la aku nak dapat kerja ni.:(
jangan ingat yang study nursing programme ni senang dapat kerja. yang gov lain cerita la. yang private dan bukan under hospital mana-mana memang susah nak dapat kerja.
doakan saya cepat-cepat dapat kerja yer. Nak kawin lagi...
PTPTN ni sibuk je ....


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s:siap-siap nak kuar g jusco ipoh & ipoh parade. cari novel....
ngeeee~~~~~

Wednesday, April 27, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu....


Assalamualaikum
Entry ni khas untuk peminat-peminat novel.Kenapa???Sebab entry kali ni saya nak review mengenai sebuah novel yang saya dah baca 5 kali. Boleh dikatakan novel ni bestnyer setanding dengan novel Ombak Rindu (Fauziah Ashari), Bicara Hati (Damia Hana) Cinta Pertama (Norhayati Berahim) dan banyak lagi. 



Bagi peminat novel yang dah baca novel ni, tengok tajuk entry ni je mesti dah tau jalan ceritanya macam mana. betul tak? meleleh tak air mata??? huhuhu...
baik mengaku.!!!!
saya? 
saya mengaku yang saya menangis membaca novel ni. penuh dengan emosi. dalam emosi juga terselit jenaka dalam jalan cerita novel ni. bagi yang dah membaca mesti tau gelagat Tengku Aqilah tu macam mana kan. ditambah pula dengan sahabat baiknya Farhana.

Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah ni telah 6 kali diulang cetak. Bagi yang masih mencari-cari novel ni di kedai buku Popular memang kebanyak store akan kata dah out of stock, tapi tak pe. jangan kecewa yer. Dari 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 ni, sedang berlangsung Pesta Buku di Dewan Tun Husein Onn di PWTC. kat situ Popular Bookstore ada bukak diorang punya booth. so, boleh la riki-riki kat situ. dan dengar khabarnye juga, Siti Rosmizah ni juga telah pun melancarkan novel terbarunya  pada 23. April 2011 yang lepas di pesta buku tu.

Bagi yang tak tau lagi jalan cerita Lafazkan Kalimah Cintamu ni, ni nak kongsi sikit sinopsis:


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

***bagi peminat novelist Siti Rosmizah bolehlah melayari website SR PUBLICATION:
http://www.srpublication.com.my/ 

****esok nak jalan-jalan kat Jusco Ipoh & Ipoh Parade nak riki-riki novel Siti Rosmizah yang terbaru-----7 HARI MENCINTAIKU. ,
tunggu bila saya dah dapat dan dah habiskan study novel tu baru saya review yer...



Tuesday, April 26, 2011

selesai sudah....


Assalamualaikum...
hye semua!!!!
apa khabar?harap semua berada dalam keadaan sihat.hari ni kerja aku hanya post entry bergambar je, ni baru la entry bertulis. untuk tatapan blogger semua juga kan.ye la kot-kot ada yang tengah mencari idea hantaran untuk majlis pertunangan atau pernikahan boleh la tiru sikit-sikit gubahan hantaran majlis pertunangan aku tu. tiru sikit-sikit je tau...

perkataan yang perlu aku ucapkan disini ialah ALHAMDULILLAH...syukur sangat-sangat majlis pertunangan aku dah berjalan dengan lancar. terima kasih kepada keluarga dan semua yang hadir.kepada rakan-rakan blogger sorry tak jemput. wat majlis kecik-kecik je. Insyallah untuk majlis perkahwinan nanti aku jemput korang semua yer.

bercerita mengenai majlis perkahwinan, fuhhh...aku agak terkejut sebenarnya. mengikut perbincangan hari tu, tarikh yang dipilih adalah selepas hari raya aidilfitri @ paling lewat adalah bulan 12 ni.

perghhhh...macam tak sempat nak buat perancangan je. aku dengan bakal suami bajet hujung tahun@ bulan 4 tahun depan. bulan 12 boleh jadi majlis berlangsung, tapi, kalau time raya tu maybe tak kot. bagi aku biar la apa orang nak kata, lambat ke cepat ke, yang penting bagi aku, biarlah majlis aku tu berjalan dengan teratur dan lancar. biar lambat asalkan selamat.

lagi pun aku kena ambil kira cuti bakal suami aku lagi.dah la kerja jauh, raya ni dah tentu dia tak balik sebab incharge dia cuti, so..kemungkinan kalau die balik pun may be seminggu selepas raya n cuti paling lama pun boleh ambil seminggu. lagi pun nak menyampaikan hujung tahun tu agak lama, so, kalau amik cuti hujung tahun bulan 12 boleh je nak cuti lama-lama..sebulan pon boleh..hu3...macam maritim tu bapak aku ketua pengarah dia.hahahhahahaha....

dan lagi satu, biarlah kali ni duit untuk perbelanjaan majlis perkahwinan dari segi hantaran, pelamin dan segala-galanyer biarla guna hasil usaha aku pulak.baru la orang kata terasa kenikmatannya tu...betul tak???

opsss...kepada semua yang wish tahniah, terima kasih yer.doakan kebahagiaan aku hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat....aminnnn.....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM



entry bergambar***tunang part 3


tarikh: 16. April 2011
***BARANG HANTARAN***

HANTARAN DARI PIHAK LELAKI


















entry bergambar***tunang part 2


Tarikh: 16. April 2011
***Barang hantaran***
HANTARAN DARI PIHAK PEREMPUAN

mengikut perancangan, hantaran dari pihak perempuan hanyalah 13 berbalas 11, tapi ramai yang bermurah hati menyumbangkan beberapa barang, 
hantaran menjadi 21 berbalas 15.
:)












kek dari opah..
:)
 kesemua hantaran dari pihak perempuan




entry bergambar***tunang part 1

 Assalamualaiku.
Ni entry bergambar. 
Jom tengok pic sekitar majlis pertunangan aku.
tarikh: 16.April 2011

 huhuhu...
mgigil tangan time ni..
ngeeee~~~



 adik ipar: pida & tirah.

 wif bakal suami..
ngeeee~~~~

 wif bakal ipar

 my kakak ipar yg sempoy..
hu3..




bakal mak mertua
ngeeee~~~