Followers

Friday, December 14, 2012

bila dah ada anak . . . .


Sejak En.Husband ada balik ni,
kami asyik berjalan je.
Abeh dah shopping complex kat Ipoh ni kami jejak.
Dah plan dah, seminggu sebelum fly balik Sabah,
jalan-jalan KL pulak.
[laki aku memang kuat berjalan]
Aktiviti ni memang tak boleh nak buang, 
dari bercinta sampai la dah ada anak.

Bezanya dulu, janji nak keluar pukul 10pagi,
9setengah baru aku tergedek-gedek nak pi mandi.
Tapi sekarang ni, pukul 10 nak keluar, pukul 8 pagi aku dah kena siap.

Memula kena siapkan anak dulu, pastu bagi anak nenen,
dah die betul-betul kenyang,
baru la kita boleh siapkan diri kita.
Lagi senang kalau anak tidur. 
Pastu siapkan baju en.husband pulak.
Baju mana nak pakai, seluar mana nak pakai.
Macam en.husband aku suka pakai t-shirt je kalau jalan-jalan.
kemeja kotak-kotak tu jarang die nak pakai.
ada pun time pi kenduri kawin je die akan pakai.
dah siap semua baru la,
boleh mandi lama-lama, 
boleh make-up over-over 
[tapi ni bukan aku la.aku tak pakai make-up.en.husband tak suka.katanya cukup sekadar pakai bedak, maskara, eyeliner & lip gloss.]

 Time berjalan pulak, tak dah macam dulu.
Time tak ada anak boleh la ko nak kelek 1-1 barang tu sampai berjam-jam.
Dah ada anak ni, nampak je yang cantik & berkenan terus amik.
test sesuai ke tak, sesuai je terus amik & bayar.

Time makan lak, tak ada makna la dapat makan macam makan beradab, bersuap-suap bagai.
Ada anak ni kena makan asing-asing.
kejap en.husband makan, dah sudah, pn.isteri pulak makan.
kalau yang jenis anak boleh duduk dalam stroller tu tak apa la.
2-2 boleh makan sekaligus.
kalau dapat anak yang nak berpegang je, memang harus la makan asing-asing.
[nasib la aqil jenis yang sanggup duduk dalam stroller.katanya bagi chan kat mama & abah berdating]

Tu belum kira anak ko uk uk lagi.
Kalo jenis shopping complex ada sediakan nursing room or baby room senang.
semalam aku pi AEON section 18 pengkalan, ipoh.
serius aku habaq kat ang yang shopping complex ni memang bagus.
tiap-tiap level ada sediakan nursing room.
pastu kat tempat barangan baby.
tak macam jusco ipoh yang lama tu.
berlari weh aku pi nursing room yang letaknya kat ujung dunia tu.
penat tak payah cakap la.
dah si bulat ni mengamuk jangan harap die nak duduk dalam stroller tu.

Ni cerita baru anak sorang,
orang yang anak 4-5 orang tu macam mana la pulak yer...
hikhikhik...






Sunday, December 9, 2012

0912


Alhamdulillah...
setahun sudah kami sebagai 
S.U.A.M.I - I.S.T.E.R.I


semoga ikatan suci kami ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

HAPPY BIRTHDAY
en.husband 


semoga panjang umur dan murah rezeki..
cepat naik pangkat dan cepat-cepat kita draft balik Semenanjung


Wednesday, December 5, 2012

setiap gambar, ada lagu ....


Dah ada anak ni, asyik tempek pic anak je la.
Kat pesbok gambar anak, kat blog gambar anak.
wallpaper nset pon gambar anak.
kalau dulu time bercinta sibuk uplod gambar kita dengan gambar die,
masa baru-baru kawin pulak, asyik-asyik tukar DP pesbook je...
jap-jap pic tengah sarung cincin..
jap-jap pic en.husband cium dahi isteri
pastu tukar pulak pic isteri cium tangan en.husband.

bila dah mengandung, ada pulak yang rajin uplod pic perut dari mula pregnant sampai dah sarat sangat dah.
aku pun ada jugak snap pic dari mula pregnant sampai dah nak bersalin dalam nset aku ni.
tapi untuk ditayang kat public tak akan - N.E.V.E.R
ko bagi aku 1juta, pun aku tak kan uplod...
bagi aku tu privasi aku and en.husband pun tak kasi aku uplod pic time aku tengah mengandung dulu..
katanya S.E.K.S.I

tak kisah la kalau korang uplod sekali pun...
tak salah kan nak kongsi dengan public.
masing-masing ada cara masing-masing.
yang penting happy...

setiap gambar ada kenangan..
bukan lagu la...! ! !

sekian...

***sekarang ni kerja aku snap pic aqil je.kalau die tengah mengagah kita siap rakam lagi..macam ni kot kan orang yang baru dapat anak.semua moment tu berharga and tak akan berulang lagi :)











Thursday, November 29, 2012

boleh la ber-chatime di sabah....


Yaeeee...berita gembira yang aku dapat seminggu yang lepas. 
CHATIME dah ada kat Sabah. Kat City Mall KK..
pehal lak kan aku gembira sangat ni ? ? ?
bukan ada share pun kan dengan company chatime ni ... ! ! !

Sebab ni minuman favorite aku dah da jual kat Sabah. Sebelum ni tak ada okeyyyhhh...
mesti ko kata 'ada aku kisah'...
kan..kan..kan...




Dulu masa mula-mula sampai kat Sabah, aku selalu merungut kat En.Husband yang banyak benda tak ada kat Sabah. Salah satunya chatime ni la. 
Padahal En.Husband dah pesan awal-awal dah...

'Honey..nanti dah sampai Sabah jangan merungut okey..kat sana yang ada kat Semenanjung ni tak ada...'

Yang ada coolblog... 
and Yoyo...
ermmm..2-2 tak sedap...

Aku mula terpengaruh minum air-air yang jual kat chatime ni since aku kerja kat klinik kulit dulu. 
Time tu aku stay kat Ipoh lagi. Sebelah je chatime tu ngan tempat kerja aku. 
Bila rasa nak minum je tak da tunggu lama dah, terus je beratur beli.  
 Sampaikan bar tender chatime kat situ dah tau dah favorite aku... 

Bila aku sampai Sabah je, kecewa sangat sebab Chatime tak ada. Dah la time tu aku pregnant. Dah sampai Sabah tu la pulak rasa nak minum Pear Milk Tea tu tetiba je membuak-buak ditambah dengan cuaca panas. last-last minum air kelapa je dapat kat sana.
En.Husband kata, balik semenanjung nanti kita minum ek...



Okeyhhh....
Balik semenanjung je, selang sehari lepak kat chatime. 
Hari-hari terakhir sebelum aku bersalin pun sempat lagi lepak-lepak minum kat chatime dengan En.Husband.

sape yang selalu minum chatime ni, better register as member.Nanti akan dapat kad. Bila dah cukup point boleh tebus and dapat 1 cup chatime regular.

  

Anddd.....
Jangan risau k...
Chatime ni halal...
hik3...


aku tak sure harga kat Sabah sama or tak dengan harga yang kat atas ni...
dah balik Sabah nanti la baru tau lagi mahal ke tak berbanding semenanjung...

pic sume ehsan dari google 






Tuesday, November 27, 2012

rezeki anak ke ni ? ? ?

Assalamualaikum..
lama dah terbiar je blog ni. dari ke sehari-sehari nak up date blog, tapi selalu je tak sempat. baru nak menaip je dah la berbunyi si Aqil ni. macam tau-tau je dia kan. Aqil dah 2bulan dah 19.11.2012 ritu. dah dapat 3rd immunization . Jerit tak payah cerita la. 1 klinik dengar. Aku pulak yang malu. Die steady je...berat dah 5.8kg masa timbang ritu. Sekarang ni confirm dah 6kilo lebih..serius hantap. Mana taknyer aku dah start bagi formula milk dah. Breast fedding tetap bagi. FM aku cuma bagi sekali sehari, kadang-kadang 2 hari sekali baru bagi. Kenapa ? ? ? Sebab utama aku, sebagai persediaan aku kot-kot aku dapat kerja. At least aku dah bersedia dari awal. Tak la nanti aku jadi kelam kabut.


Baru-baru ni aku dapat interview KKM untuk jawatan JURURAWAT U29. Tapi yang sedihnya aku tak pi pun interview tu. Sebab aku dapat surat tawaran tu lambat sangat. Kira macam aku terlepas interview tu. Interview dah lepas, baru surat sampai. Pos laju kat Sabah tu memang tak boleh pakai. Lembab macam siput vavi..padahal surat tu tarikh 3.NOV.2012. Sampai kat umah aku 13. NOV. 2012..Lagipun interview kat Sabah, aku pulak kat Perak. Mungkin belum rezeki aku lagi. Pape hal pun aku tetap jelez dengan kawan-kawan aku yang dah attend interview tu. + sedih sangat-sangat. Sebab memang ni yang aku tunggu-tunggu dari dulu.


En.Husband kata, mungkin rezeki datang lagi next time. Owhhh...aku harap-harap macam tu la. Rugi kalau KKM tak amik aku. Aku sanggup keje kat Sabah tu. Tapi kat KK la. tempat lain tu, Insyallah..akan di pertimbang kan.
Ko sanggup ? ? ? Tak kan...HIKHIKHIK...

Sekarang da lebih kuang sebulan lebih je sebelum aku balik KK. Insyallah khamis next week en.husband sampai dari Sabah. May be 24.12 fly balik Sabah. Tu pun kalau dapat tukar tarikh waran.Kalau tak dapat 17.12 balik dah..huhuhuhu...bila pikir-pikir balik rasa cuak pun da. Sebab nanti kena handle aqil sorang-sorang. selama ni da orang tolong. buatnyer melalak tengahtengah malam, tak ke menggelabah aku. kalau En.Husband pi operasi mau pengsanaku..huhuhuhu...tak pe... Insyallah  aku akan buat yang terbaik untuk anak aku ni. S ampai bila kan, nak mengharapkan pertolongan dari orang lain. Mungkin bila dah stay sekali dengan papa Aqil tak banyak ragam dah. :)

ermmm...yang ni baru betul rezeki anak.
Aqil dapat baju. Yang branded pulak tu. 2 helai lagi..
thanks to kakak ipar a.k.a mak long Aqil..buat susah-susah je pos romper baby GAP ni unutk Aqil. padahal nanti jumpa je...
Yang ni Aqil pakai time jalan-jalan KL ngan mak long nanti yer...



thanks jugak kat kawan en.husband yang beli sweter ESPRIT ni untuk Aqil....
nanti fly balik Sabah, Aqil pakai yer....


Terima kasih semua.....

Sekian....

Tuesday, November 6, 2012

cerita pasal aqil je....

Assalamualaikum...
dah macam biskut je aku ni.jap ada jap tak ada.nak buat macam mana, dah ada anak ni banyak masa mengadap anak je la. time die tidur tu la baru ni dapat makan & mandi. lagi-lagi sekarang ni aku dah start belajar handle anak sorang-sorang walaupun keliling aku ramai je tangan-tangan yang sudi hulu bantuan.bukan berlagak tapi aku kena belajar manage masa & handle aqil. lebih kurang sebulan je lagi aku dah nak balik sabah. takut terkial-kial aku soang-soang kat sana.time en.husband ada tak pe la.buatnyer die pi operasi, tak ke pengsan aku.

aqil dah sebulan lebih dah. die pon dah botak.sehari sebelum raya aji hari tu opah yang urut aku tu datang cukur rambut aqil. nak wat majlis cukur jambul macam lambat je sebab bapak aqil kan jauh.opah aku kata nanti bapak die balik buat je kenduri naik buai. setakat hari ni aqil okey je.cuma yang buat aku risau pasal angin pasang. kami detect die ada angin pasang time 2hari die sampai kat rumah opah aku ni. asyik menangis je. yang aku pulak tak terpikir pon pasal ni.mak cik aku la yang baru teringatkan hal angin pasang ni. ingatkan kembung biasa je.tapi bila dah tuam perut tapi die still lagi nangis, kami jadi pelik la. kelam kabut la cari orang yang boleh urut. nasib la dok kampung. so, pakcik kenal ramai orang yang boleh mengurut ni.

1st day botak...

rindu abah laaaaaa.......

1st time tengok sangat sedih. rasa nak menitik je air mata aku tengok aqil tahan sakit kena urut.menjerit tak payah cakap la.macam dah nak terkeluar anak tekak die. tapi ingatkan bila dah mengurut tu ingatkan tak akan jadi lagi la.rupanya jadi lagi. hari ni 2nd day aqil mengurut dengan ada soarang tok tu. dulu memang nak  suruh die je yang urut tapi rupa-rupanya nak mengurut angin pasang ni ada pantang larang & syarat die. kena tunggu bulan surut dulu baru boleh mengurut.kalau tak angin pasang tu datang balik. sekarang ni tengah bulan surut, tu yang tok tu datang.kalau tak die suruh tunggu bulan surut.ermmmm...macam-macam pantang larangnya. tapi hakikatnya betul la kot. urut 1st time dulu tengah bulan naik, tu yang jadi balik kot.

lagi satu hal aqil ni, tengah malam je die mesti berjaga. kalau berjaga saja tak apa la.ni siap buat konsert lagi. paling-paling pun sampai pukul 3 pagi. dah macam-macam kami buat. sampai bawak jumpa ustaz kat darusyifa' la. tapi still sama je. ayat kursi dah beratus kali dah baca. sampai search kat internet..ceramah ustaz azhar pon dah dengar. opah aku sampai suruh tukar nama aqil.katanya nama tu tak sesuai tok die, tu sebab die nangis je. ye ke ? ? ? ?

ingat sebelum balik sabah ni, nak bawak aqil pi jumpa ustaz sharhan dulu kat K.L....tapi, da jugak soh tok yang urutkan aqil tolong tengok-tengokkan kenapa die asyik nangis + suka sangat tengok kat atas, pas tu nangis. semalam, okey la.cuma pukul 3pagi die bangun nak menyusu tapi lepas tu tak nak tido.die ajak bersembang. yang tu tak pe, aku sangup..jangan melalak sudah.


ni aku share sama pasal ummu sibyann. mungkin boleh jadikn panduan untuk mommy-mommy yang sudi baca entry aku ni.. :)

sekian....

Sunday, October 21, 2012

sebulan dah....

19.10.2012
yaeee...aqil dah sebulan. 
alhamdulillah. dah pi klinik dah untuk cek up sebulan punya. 
berat naik dari 4kg naik 500gram dalam masa seminggu.
berat mama die ni lak 59kg. hik3...
okey la kan dari dulu.

tapi kali ini kami cek-up kat KD kat kampung opah aku. 
banyak betul klinik aku dah pi.
kejap kat tanjung rambutan, kejap kat sabah, kejap kat batu gajah.
ni kat bota pulak.

kenapa ? ? ?
yang ni next entry yer.. panjang ceritanya.

bila dah sebulan ni aqil banyak akalnyer.tiap-tiap hari ada je perangai baru die. 
Alhamdulillah aku masih lagi mampu handle.
Semua atas dorongan en.husband walaupun jauh dimata.

baru-baru ni ada satu tragedi yang jadi. bila ingat balik aku rasa macam bersalah sangat dekat aqil.walaupun pada akhirnya semuanya selamat, tak ada pape yang jadi,
tapi aku selalu berfikir yang
K.A.L.A.U
........................................................
sampai mati aku tak dapat maafkan diri aku ni....





Thursday, October 11, 2012

21 hari aqil


Today Muhammad Wafiq Aqil already 21st days. Alhamdulillah Aqil sihat. Tak ada kena jaundice, menyusu pun elok, cuma ruam kat muka die je. Tapi dah kurang dah kalau nak dibandingkan dengan 2-3 hari yang lepas. Sejak papa Aqil balik Sabah ni, lagi kuat die nak menempek dengan aku. Tidur pon nak beriba. Mungkin die tau papa die dah balik, dengan aku je la die nak bermanja. 
"Owhhh...sungguh kesian anak mama ni. Sama-sama la kita sabar yer sayang. Bulan 12 ni papa balik amik kita balik Sabah k...."

Untuk hari ke-21 ni nurse ada datang rumah buat kali yang terakhir.-sepatotnya nurse datang semalam. .. Lepas ni, setiap bulan dah kena bawak Aqil pi klinik. Untuk kat semenanjung ni, mungkin sampai umur Aqil 2 bulan je follow-up dekat sini. Mungkin juga sampai umur 3 bulan. Tu semua bergantung pada cuti papa Aqil bulan 12 ni. Yang pastinya, start next year Aqil akan follow-up dekat KKIA kat Sabah.

Berat Aqil pada hari ke-21 ni dah 4 KG...okey..patot la terasa hantap bila aku dukung die. Mana tak nyer, menyusu sharp 2 jam sekali. Tak kisah la, janji Aqil kenyang dan sihat. 
"Tu je la harapan mama sayang. Papa Aqil jauh, so, mama takot mama tak kuat kalau Aqil sakit. + mama rasa bersyukur dengan kurniaan air susu yang banyak ni...kat sapa lagi kan mama nak bagi susu ni kalau bukan pada anak teruna mama yang nsem ni"

Aku pun setakat ni Alhamdulillah sihat. Harap tak ada pape masalah. Cuma rasa pedih sikit-sikit je kat tempat operate tu. Nurse yang datang rumah pon kata wound dah okey. Kalau nak start pakai barut ke bertungku ke or nak berurut dah boleh dah. Cuma jangan kuat sangat la compress kat bahagian operate tu. Owhhhhh...tidak.mungkin lagi seminggu dua lagi baru aku start bertungku & berbarut. Sakitnya hanya aku yang tau -& mereka-mereka yang senasib dengan aku ! ! !

Masa nurse datang pun die dah tanya pasal family planning. Aku memang wajib kena amik family planning. Biar wound tu betul-betul okey sebelum pregnant untuk kali ke 2. Mungkin jarak antara 3-4 tahun kot. Lagi pon aku macam fobia dengan sakit contraction ! ! !



21st day :)




ko tak pantang ke ieja ? ? ?

Dari hari pertama aku discaj sampai la sekarang ni dah 20 hari, aku tak pernah mis ber-pesbok. 
sampaikan ada member-menber aku tegur 
'wei..ieja.ko asyik online je. tak berpantang ke ? ? ?
----------------tetibe dengar bunyi burung je------------------

confius aku.
dalam pantang tak boleh online ek ? ? ?
okey ! ! !
ni bukan zaman mak-mak kita berpantang yer kawan-kawan..
jangan tak tau, dalam pantang ni aku siap pakai seluar, dengan tak berstokinnyer, + sweter pon aku tak pakai. pakai pun bila ada orang datang je. time tu baru la menggelabah cari kain batik segala bagai.

seperti yang sedia maklum, aku bersalin via LSCSS. so, tak ada la bertungku & berbengkung beria bagai. tapi akan dilakukan jugak bila wound dah okey.
masa aku banyak dihabiskan dengan tidur. bila aqil tidur, mama nyer ni pon akan tidur. sebab aqil akan bangun setiap 2 jam untuk menyusu. time tu jugak aku akan tukar pampers die if die membuang sisa kumbahannyer. so, aku kena dapatkan tidur yang cukup.kalau tak tersenguk-senguk la aku menyusukan die. 

waktu last die bangun pukul 6 pagi. dah susukan die- kadang-kadang dekat sejam baru die abeh menyusu. dalam sejam tu, die menung la, tenung muka aku yang belum mandi ni, sengeh-sengeh, last sekali pejam mata tapi puting nek tak lepas. last skali tidur balik. time ni la aku boleh mandi & sarapan. lepas tu aku akan makan ubat set bersalin. aku start makan since hari yang ke 14.

lepas dah rehat-rehat sekejap sambil tengok tv, aku sambung tidur balik. masa ni kadang-kadang dapat la 30minit tidur sebelum Aqil bangun untuk minum susu. selalu time-time cam ni die tak akan sambung tidur balik. die lebih suka orang dukung die bawak die jalan-jalan ke depan n ke belakang rumah. kadang-kadang tu penat jugak. Aqil dah hantap sekarang. Masa timbang hari ke 10 hari tu, berat die tak naik pun, sama je. 3.6kg.

dalam pukul 12 baru aqil akan mandi. ni kerja mak aku la. aku tengok je. kerja aku siapkan pakai baju aqil  je.dah die siap mandi, masa untuk die menyusu semula. tu je la kerja Si Aqil ni.
menyusu----> tidur----> berak ----> menyusu ----> tidur balik.
tapi aku happy dengan die. normal la kan baby yang umur baya-baya Aqil ni. masa banyak habis dengan tidur. orang kata biar banyak tidur. biar die cepat besar.
orang tua-tua la cakap.
aku iya kan aje.

bila aqil dah tidur ni, aku amik kesempatan untuk on9 jap. jangan ingat aku online lama-lama. nampak je aku ada online. tapi pada hakikatnya, aku dah bermimpi sampai kemana dah. aku perlukan tidur yang cukup sebab malam nanti aqil akan bangun unutk menyusu. ada la 2-3 kali die akan bangun.
sekarang ni aku perlu lebih alert dengar bunyi aqil nangis. kalau dulu, en.husband ada sedarkan aku kalau tidur mati, tapi sekarang ni aku kena berjaga-jaga. kesia lak kat aqil nanti nangis lama-lama.

petang pukul 5, aqil dah bangun. time ni die akan duduk dengan atuk n opah die.
kadang-kadang aku akan call 3g en.husband bagi Aqil tengok papa die.
so, nanti tak ada la die lupa kat papa die.
dah la bln 12 t baru dapat jumpa balik.
kesian anak mama ni.... :(
bila Aqil duduk dengan opah & atuk die,
masa ni la aku gunakan untuk ber-online semula.hikhikhikhik...
tu pun kadang-kadang je. tapi banyk masa aku guna untuk tengok tv sambil tunggu drama tv3 pukul 7 tu.

pukul 8, aqil dah start enhhh..enhhh die nak tidur.
macam tau tau je peberet story aku dah abeh...
dah tidurkan die, baru aku dapat makan malam.selalunya makan roti or biskut je sambil cicah dengan air kopi @ milo. biasa la makanan orang dalam pantang. lepas bersalin ni selera makan aku kurang. makan nasi sekali sehari je, makan tengah hari. tapi aku lebih kerap minum air. cepat rasa dahaga.
may be sebab aku menyusukan aqil.

aku tidur pukul 12. tu pun lepas dapat 'bercinta' dengan en.husband :)
tapi kena sembang macam dalam kelambu.
dah tak macam dulu dah. tak leh gelak kuat-kuat. nanti Si Aqil ni terjaga. telinga die betul-betul tajam. bunyi sikit je terkejut, bunyi sikit je bukak mata.
tapi buk buk buk sikit bontot die, die akan tidur balik....

ermmmmmm...
tu la rutin aku dalam berpantang ni.
dulu mana la ada pesbook ke blog ke..
tu pasal la orang dulu-dulu pantang nampak macam sibuk je. sekarang dah lain. time berpantang ni banyak masa terluang. tambah-tambah yang bersalin cara ikut tingkap macam aku ni.
mana la nak bertungku bagai kannnn..........





Monday, October 8, 2012

ruam susu

kesian handsome boy mama ni. 
muka aqil kena ruam susu.
abeh pipi kanan & kiri naik ruam-ruam merah.
rasa bersalah pun ada sebab aku tak prevent dari awal.
may be sebab anak 1st aku tak tau.
tak sangka boleh teruk sampai macam ni.
mula-mula dulu ingat aqil alah pada syampu mandi je.
sebelum ni guna johnson baby.
bila guna johnson baby, pipi & badan aqil naik merah-merah.
sekarang ni pakai pureen je.
Alhamdulillah kulit aqil boleh adapt dengaan brand pureen ni.
untung la mama & papa aqil sebab tak payah beli brand mahal-mahal.

sekarang ni alah pada susu pulak.
padahal bukan bagi susu formula pun.
susu dari badan aku sendiri.

dah disebabkan aku tak tau, aku pun google la
'ruam susu'

mengikut dari pembacaan aku,
''ruam susu ni berlaku apabila bayi minum susu smpai meleleh ke pipi dan tidak dibersihkan dengan cepat. Jika dibiarkan pada kulit terlalu lama akan berlaku tindak balas banteria dan fungus akan mudah membiak di bahagian yang tidak dobersihkan. So, untuk mengatasinya, bersihkan segala baki susu yang terdapat pada pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini'' -sumber

memang aku akui yang kdang-kadang tengah sedp menyusu aqil akan kelurkan puting dari mulut die. mungkin dari situ susu terkena pipi die.

aku takut keadaan lagi teruk, terus call member yang still lagi kerja kat klinik kulit tempat kerja lama aku dulu. Ada elomet cream & glycerin cream. harap-harap berkesan la. tapi aku sekarang dah mul cuci mulut die dengan sapu tangan yang lembab tiap kali lepas aqil menyusu. walaupun kadang-kadang tu mata die dah terlelap sebab tidur. kadang-kadang die terjaga juga. tepuk-tepuk sikit nasib la die tidur balik.

cream tu aku sapu time malam.time die nak tidur. tak ada la die usik-usik pipi die dengan tangan. takut jugak aku kalau die dok garu-garu muka die, pastu masuk dalam mulut.mintak jauhkan la. nak bedung boleh je, tapi tak sampai 5 minit, die dah bersilat kelurkan tangan die. senyap-senyap tak pe jugak. ni siap dengan menjerit lagi.

Aqil...
jadi anak yang baik dan berguna dan bijak.
hormat mama dan papa dan orang sekeliling.
amalkan perintah Allah dan jauhkan larangan-NYA

Saturday, October 6, 2012

thanks abang . . .

Dari hari khamis lagi mood aku ibarat hari yang mendung. tunggu masa je air hujan nak turun.
Ahad 07.10.2012- en.husband dah kena balik Sabah. 
Tiap kali en.husband nak balik Sabah je mood aku tetiba berubah. sedey okey..sapa yang dah kawin & terpaksa berpisah dengan en.husband mesti paham kan perasaan aku. 

Berpisah kali ni buat aku lagi sayu. 
Aku kena handle Aqil sorang-sorang. 

Tak ada EN.HUSBAND yang teman aku time Aqil nak menyusu tengah-tengah malam.
Tak ada EN.HUSBAND yang akan tolong masakkan air untuk mandikan Aqil.
Tak ada EN.HUSBAND yang akan basuhkan kain.
Tak ada EN.HUSBAND yang akan panaskan batu tungku untuk aku.
Tak ada EN.HUSBAND yang akan tolong aku mandikan Aqil...
dan...
Tak ada EN.HUSBAND yang akan tenangkan aku time aku tak dapat nak adapt dengan satu-satu benda yang baru.

Walaupun ada ayah,mama dan opah, tapi tak sama dengan adanya seorang suami di sisi seorang isteri. Bagi aku, bila suami aku ada, aku jadi lebih kuat untuk tempuh satu-satu perkara tu.

Walaupun sebelum ni kami pernah berjauhan tapi kali ni lain sangat. Bagi aku tempoh 3 bulan yang akan aku tempuh nanti sebelum aku dan Aqil balik Sabah adalah satu jangka masa yang panjang. 

Aqil..
tolong la jangan buat perangai time papa tak ada yer. jadi anak yang baik. mama bukan la manusia yang kuat. 

Abang..
terima kasih sebab dah banyak bekorban untuk honey..



Friday, October 5, 2012

staff nurse pun manusia biasa yang ada rasa sakit ! ! !

Sebelum ni dalam entry kisah aku bersalin part 2 , aku ada tersebut kisah sorang JM kat labor room yang tolak aku pi operation theater. 

Sampai hari ini aku ingat lagi apa JM !@#$%^&*()_+ tu cakap. 
Ko ingat aku tak tau yang ko mengata aku.
Macam ni ke ko attend patient yang sakit macam nak mati ? ? ?
ke ko tu bodoh ? ? ?

'Ni ha kak..patient ni staff nurse. Ex-staff Dr. Agnes...
Staff nurse tapi mengada-ngada lebih.
macam tak belajar time student dulu. 
tak kan tak belajar contraction tu sakit macam mana. 
mentang-mentang la staff nurse. pandai-pandai die je nak oder itu ini.
dah bagi pethedine cukup la...

Ni la ayat JURURAWAT MASYARAKAT yang !@#$%^&*()_+ tu....
Kalau aku buat komplen pasal ko, tak ke naya.
Ko jangan ingat aku tak ingat nama ko.
Jangan ingat time aku tengah sakit macam nak mati tu, aku tak tengok name tag ko, jangan ingat aku tak dengar apa yang ko cakap.

Aku nak tanya korang la, belajar secara teori dengan  merasai sendiri sesuatu perkara tu sama atau berbeza ? ? ?

Time bersalin hari tu, baru segala-galanya aku rasa.
Kalau sebelum ni, aku insert kateter kencing pada patient, 
tapi time bersalin hari tu, aku sendiri dah rasa macam mana rasanya...

Kalau sebelum ini, aku insert iv line untuk patient,
tapi time bersalin hari tu, aku sendiri dah rasa macam mana sakitnya...

Kalau sebelum ni, aku hanya dengar, hanya baca, hanya tengok..
orang yang merasa sakit contraction, 
tapi time bersalin hari tu, aku sendiri  dah rasa macam mana  siksanya sakit contraction tu...

Kerja sebagai seorang jururawat memang mulia. 
Sebab meringankan sakit seseorang. tu belum masuk lagi menenangkan ahli keluarga pesakit.
tapi kadang-kadang kerja jururawat ni mengundang dosa bertimbun-timbun...

pada jururawat yang membaca entry ni...
cer kawan-kawan sejawatan dengan saya fikirkan bersama...

pernah tak korang merungut ? ? ?
pernah tak korang mengata ? ? ?
pernah tak korang marah ? ? ?
pada patient yang korang jaga tu ? ? ? 

 aku faham keadaan kerja sebagai jururawat. tapi jangan la kurang ajar sangat sampai kata depan-depan patient. ko tak belajar ke jadi jururawat yang ber-etika ? ? ?

 staff nurse pon manusia biasa yang ada rasa sakit...
jangan ingat nurse boleh jadi superwoman yang time sakit boleh lagi tersenyum...

Wednesday, October 3, 2012

kisah breast feeding aku...

Dah 5 hari aku berpantang kat rumah mak mertua.
 Memang kena banyak bersabar. Ada je yang tak kena.

Baju aqil terselak nampak perut sikit dah kena tegur..
'nanti kembung perut anak tu'

Kaki aqil tak pakai stokin dah kena tegur...
'sejuk kaki anak tu. nanti kena angin pasang'

aqil ayik nak menyusu, dah kena tegur...
'isi air masak dalam botol. senang sikit...'

okeyhhhhhhh.........
yang ketiga ni memang aku rasa hangin sikit.
aqil baru 15 hari, dah nak bagi air masak.
nasib la aku tak angkut sekali botol susu balik rumah mak mertua aku ni.

aku nak anak aku minum air susu dari badan aku sendiri.
walaupun aku dah kerja nanti, aku sanggup perah susu untuk bagi anak aku minum. 
tapi bukan dengan air masak.
susu formula aku boleh terima lagi, tapi tu mungkin pilihan terakhir. 
mungkin juga bila aqil dah start dengan solid food.

tapi bukan sekarang.
setakat hari ni aku rasa syukur alhamdulillah sebab Allah kurniakan air susu yang banyak untuk aku bagi anak aku kenyang.

aqil kuat menyusu, kadang-kadang setiap jam, aku sanggup bangun sambil tunggu die menyusu sampai die kenyang, biarpun kadang-kadang aku sampai tersenguk-senguk menahan mengantok.
ye..aku mengaku yang kadang-kdang aku ada jugak merunggut. 
may be sebab aku penat ditambah dengan keadaan aku yang lahirkan aqil secara operation. ada jugak rasa sengal-sengal sikit walaupun dah 2 minggu berlalu.

biarlah apa pun, aku tetap nak susukan anak aku dengan air susu dari badan aku.
bukan dengan air masak yang diisi dalam botol.

aku dengan en.husband malas nak membantah, sebab kami tau lain orang lin caranya.
zaman dulu dengan zaman sekarang lain.
nak tak aku kena bersabar.



Thursday, September 27, 2012

kronologi muhammad wafiq aqil - part 2

LABOR ROOM HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH
19.09.2012

9.30 AM-
Sampai je dekat labor room HRPB aku terus dihantar ke kaunter triage. Kat sini, tekanan darah, nadi dan CTG dilakukan. doktor pun sibuk tanya itu ini...Kat sini jugak dekat 3x aku kena buat VE. yang buat VE kat aku tu, doktor perempuan India. Mak aiiiiiiiiiiiiii..........sakit giler weh diE buat. Ganas pulak tu. Rasa nak je aku tendang die. Keluar masuk jugak la aku dari tempat menunggu ke bilik VE. Sementara nak menunggu tu aku tengok ramai jugak yang tengah menunggu nak masuk dalam. memek muka masing-masing berkerut-kerut menahan sakit. Contraction aku makin kerap aku rasa. 45 minit sekali. Sambil tu mata dok terintai-intai kat luar. Serius aku nak jumpa suami aku.

12.30 PM-
Cek bukaan. Dah 4 cm. Staff nurse suruh aku jumpa suami, minta maaf + minta baju, towel & selimut baby sebab dah boleh masuk bilik bersalin. Time ni aku dah mula rasa takut. Rasa nak nangis sangat. Terus pinjam  telifon kat kaunter jururawat nak call en.husband. baru tekan no en.husband muncul kat depan pintu. Aku bagitau yang dah nak masuk dalam bilik bersalin. Air mata ni aku tahan je. Aku tak nak die nampak aku nangis. Sempat salam dan cium tangan En.Husband. En.Husband pesan,
istighfar banyak-banyak. abang ada  je dekat luar ni tunggu honey. 
Kalau ada pape mintak tolong nurse panggil abang k...
+ 1 ciuman kat dahi aku. Cepat-cepat aku pusing tak bagi nampak yang air mata dah bergenang kat mata aku ni. Tunggu masa je nak melimpah.

SUITE 8 LABOR ROOM HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH
Masuk-masuk je dapat bilik yang 1 katil. Alhamdulillah..kalau nak mintak en.husband teman pun boleh je ni. Contraction makin kerap. 30 minit sekali. Nurse pulak lepas sorang-sorang masuk. Sediakan set la, masukkan air la, pasang CTG, cek b/p ++++ macam-macam la. Tiap kali contraction datang mulut tak henti-henti beristghfar. Time tu baru la aku rasa betul-betul sakit contraction. Teringat dekat mak ! ! !....tangan aku tak payah cakap la, apa yang sempat aku capai, tu la yang aku pegang untuk tahan sakit. 

2.00 PM-
sorang doktor cina lelaki datang untuk cek VE. Os dah bukak 5cm. Doktor kata die nak pecahkan air ketumban untuk cepatkan bukaan laluan. Seriusssssssssss............yang ni pun sakit. Aku terasa amniotik hook tu masuk kat Miss V aku.  Terpandang glove kat tangan doktor tu yang penuh dengan darah. Time ni aku boleh lagi bersembang dengan staff nurse yang jaga aku kat dalam bilik tu.

4.00 PM-
contraction makin kerap. setiap 15 minit. cek ve still 5 cm. Heart beat baby still laju. Terpaksa tunggu sampai stabil baru boleh bagi ubat tahan sakit - pethedine. Aku mintak tolong nurse untuk panggil en.husband temankan aku. Time ni aku betul-betul rasa dah tak terdaya nak tanggung sakit tu. Kadang-kadang rasa nak menjerit je. Tapi tahan je takut kena kata dengan nurse-nurse kat labor room ni. mulut nurse-nurse sebenarnya kadang-kadang kuang jar sikit. buat je pahala sebab tolong orang tapi dalam masa yang sama buat dosa jugak sebab mengata orang + sikap kurang ajar diorang tu ! ! ! ! 

Aku diberi ubat tahan sakit lepas heart beat baby stabil. Time tu jugak en.husband datang. Bagi ubat tahan sakit pun tak guna jugak sebab die berkesan time contraction tak ada. bila ada contraction sakit sangat-sangat. En.Husband pegang je tangan aku. Tiap kali contraction aku genggam tangan die kuat-kuat. Aku tengok muka die, air mata macam nak menitik. Betul-betul buat aku hiba. Sempat lagi en.husband bagi aku minum air zam-zam sambil istighfar dan selawat kat telinga aku. Time ni en.husband banyak bagi kata semangat kat aku. Mak mertua & kakak ipar aku pun ada tunggu aku kat luar. Terharu sangat..+ bersalah sebab menyusahkan diorang...datang naik motor je...... ! ! ! !

7.00 PM-
contraction 5 minit sekali. time ni aku dah rasa macam nak meneran je. doktor cek ve, die kata dah 7cm. Okey..aku budget aku boleh bersalin normal. lepas je 15 minit, boss besar, kira cam die pakar la datang cek ve, tetiba jadi 5 cm balik. aku confius.....mana 1 yang betul ni ? ? ? time ni aku sakit dah menggila dah.kadang-kadang menggerang jugak la. sampaikan aku boleh cakap yang aku sanggup cezer. aku dah tak tahan sangat dah.

8.00 PM-
doktor decide if OS still sama je sampai pukul 10 PM, nak tak nak kena terima jugak sebab baby dah lama kat dalam perut. takut kalau-kalau die dah berak kat dalam perut. lagi la masalah. OS still lagi 5 cm.....

9.30 PM-
doktor terangkan dekat husband aku yang aku kena buat operation. siap sain dokumen semua. nurse semua siap-siap prepair apa yang patot. tukar baju, set iv line yang baru, insert urine catheter... Tapi nak menunggu aku dihantar pi dewan bedah  tu sangat siksa. Sakit contraction dah macam 10 cm...setiap minit. Rasa nak meneran je. Tapi aku tahan je..takut la nak teran-teran. karang tak pasal-pasal rupture Miss V aku..benda dah la nak pakai lama lagi !!!!!.........

10.05 PM-
OPERATION THEATER LABOR ROOM HRPB....
on the way ke dewan bedah en.husband teman aku sampai kat pintu je. bila dah sampai dalam, sementara nak menunggu staff OT, ada la suara sumbang sorang JM ni..memang kurang ajar. macam ni ke ko attend patient yang tengah sakit setengah mati. <-----yang ni aku cerita next entry !  ! !

Masuk je bilik bedah, aku dah ada kat atas table. ngeri kot...1st time.sebelum ni asyik dok tengok je. Kali ni rasakan betul-betul...
Memula sekali aku kena duduk sambil peluk bantal dengan badan aku dibongkokkan sikit untuk pemberian local anesthesia. Dalam masa beberapa saat je aku dah tak rasa langsung sakit contraction. separuh badan aku pun tak boleh gerak start dari pinggang sampai hujung kaki. Dan mata pun jadi mengantok.

Dalam dok mengantok tu aku still lagi boleh sedar. Aku boleh dengan apa yang doktor tu cakap, apa yang doktor tu buat kat aku pun aku boleh sedar. Masa doktor start operate perut aku pun aku sedar sebabnya aku tercium bau macam benda hangus...aku pun dah lupa dah nama alat yang doktor tu guna.tapi bau die macam bau nyamuk yang mati kat raket pemukul nyamuk mak mertua aku punya.... ! ! !

baby selamat keluar jam 10.42 PM. aku sedar bila dengan bunyi suction + baby nangis. Yang mampu terlintas dari mulut dan hati aku waktu ni...ALHAMDULILLAH ! ! ! pastu aku tak sedar apa dah.sedar pun bila ada staff nurse kejut aku suruh tengok baby. Ada angry bird kat situ.. ! ! !

Aku ditolak keluar dari dewan bedah pun aku tak tau pukul berapa. aku kena stay dekat recovery room. tak tau la berapa lama. sebab time tu aku under LA lagi..memang lalak la. bila b/p aku dah stabil, aku ditolak balik ke wad. OTW tu, nurse panggil en.husband untuk follow balik wad. 1st time tengok baby..muka teruja. + terkejut kot. sebab baby kami semangat tau..3.68kg ! ! !

Sampai wad, en.husband azankan baby. terharu la waktu ni..sayu ++++ ..........besar sungguh kurnian ALLAH  bagi pada kami. syukur kami dikurniakan baby seawal ni berbanding mereka yang dah kawin bertahun-tahun tapi still lagi tak ada rezeki.

Untuk 6 jam pertama selepas pembedahan ni, aku kena complete rest in bed..maknanya tak boleh langsung turun dari katil + tak boleh lagi makan. Dan aku masih lagi under observation.setiap 30 minit nurse akan datang cek b/p aku.

Lepas je 6jam, aku dah ditukar ke wad biasa.

21.09.2012-
Aku dah boleh discaharge......yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy.............bestnya bestnya.............! ! !









Wednesday, September 26, 2012

Dia pun nak jugak baby boy ! ! ! !



Tahniah pada my siter bam bam @ kak lang a.k.a diana rashid sebab dah bersalin pada 21.09.2012 yang lepas.
via SVD.
3.22 kg

Die pun dapat baby boy jugak.

TAHNIAH
:)

Tuesday, September 25, 2012

kronologi muhammad wafiq aqil - PART 1

SELASA 18.09.2012
9.00 AM -
check up antenatal seperti biasa di KD Sg Trap. hari ni dah 2day post due date. Berat badan aku naik 1 kilo lagi dalam masa 1 minggu. JM bagi tarikh & masa untuk pergi jumpa doktor. diorang suruh pergi petang tu jugak dekat KKIA Batu Gajah. Sejak 2-3 hari ni memang ada rasa contraction tapi tak kerap. sehari sekali je dan tak sakit sangat. dah siap semua, balik rumah dan releks-releks je. sempat lagi tidur ! ! ! !

2.00 PM-
KKIA Batu Gajah. Alhamdulillah orang tak ada lagi time aku sampai, Dapat no 1. Hari ini dalam sejarah. Tunggu 5 minit dah nama kena panggil. Doktor suruh aku datang selang sehari untuk cek tekanan darah sebab berat badan aku naik dalam masa seminggu. Risau ada darah tinggi. Doktor bagi sekali referral letter kalau tak bersalain jugak sampai 26.09, 25.09 kena pi Hospital Ipoh untuk admit ward. then 26.09 tu akan induce. Aku dah cuak dah bila dengar perkataan induce tu. Sakitttttttt wooooooooooooo..........

Dah siap semua, aku & en.husband pi makan mee karI + air kelapa. Orang kata minum air kelapa dekat-dekat nak bersalin ni bagus. Nanti anak keluar bersih  je.

8.00 PM-
Siap-siap nak pi pasar malam. Sebelum tu, en.husband dok cakap-cakap kat baby bila nak keluar. Hik3..lagi pun risau dengan cuti. En.Husband dah start amik cuti sejak 10.ribulan lagi.

Jalan-jalan kat pasar malam, bukan nak beli apa pun. Saje jalan-jalan + en.husband tak pernah lagi pi pasar malam kat Batu Gajah ni. Time jalan aku ada rasa ngilu-ngilu kat miss v. Jalan pun slow. En.Husband banyak kali tanya bole jalan ke tak. Aku dengan confident kata boleh bah ! ! !

Sampai kat rumah, aku rasa sakit perut memulas macam nak buang air besar. Pi toilet & prekkkkk...aku berak ! ! ! Dah siap semua tiba-tiba rasa sejuk macam nak demam. Tiba-tiba rasa loya. Aku baring-baring sambil sembang-sembang dengan en.husband yang tengah main facebook. Rasa ngantok sangat & aku pun tidur. Tiba-tiba rasa tekak tak selesa. En.Husband urut-urut belakang aku. 3x urut je aku dengan tak sempat pi toilet bweeeeekkkkkkk. Selambak aku muntah. Nasib en.husband cepat-cepat papah aku pi toilet. Apa yang aku makan semua keluar balik. Dalam dok muntah tu, aku rasa bersalah sangat sebab en.husband kena cuci muntah aku tu. Aku tau die yekyek bab-bab muntah berak ni. Malam tu saje 3x kali diarrhea + 2x vomitting. daalam masa yang sama perut asyik menggeras +sakit setiap 2 jam. Tapi tak ada air ketumban or darah turun.

RABU 19.09.2012
4.00 AM -
Kejut en.husband sebab dah tak tahan sangat dengan sejuk + sakit contraction. En.husband bangun and cepat-ccepat siap. Lagi sekali timbul rasa bersalah. Aku tau die tidur lewat sebab risau dengan keadaan aku. Siap-siap dan ketuk pintu bilik tidur ayah dan mama kata nak pi hospital. Diorang lagi kelam kabut. Kelam kabut cari kain batik. Hahahahahaha.....Nasib barang-barang semua dah sumbat masuk awal-awal lagi dalam kereta. Aku dan en.husband gerak dulu, then ayah dan mama follow kendian dari belakang.

On the way pi sepital, aku rasa nak nangis sangat.. Cakap kat en.husband yang aku takut. 'Honey jangan risau...abang ada je teman honey'...Lagi lebat weh air mata aku turun. Time tu timbul rasa bersyukur sangat sebab aku ada suami yang sangat sangat sangat sangat memahami, menyayangi dan mencintai aku......

Sampai hospital, terus pi kat kaunter pendaftaran. Diorang amik history aku. Kat sini macam-macam diorang tanya aku. Dah siap tanya, diorang kata kena tahan wad yer...aikkkkk...senang pulak kan. Aku baca cerita orang lain, dah buat VE baru diorang tentukan kena tahan wad ke tidak. Ye lar kan..lain orang lain kisahnya. Dah tu kena pakai baju pink. Hik3..beso gedabak kau..Dah macam jubah je. Then diorang suruh kencing. Pastu aku kena baring betul-betul dalam labor room. Aku tetiba pelik, aku ni dah bukak sampai 10cm ke ? ? ?

Kat hospital Batu Gajah ni tak buzzy mana pun. Serius labor room tu kosong tak ada orang yang nak bersalin pun. Dah baring, nurse pun amik observation kat aku...cek b/p, suhu dan nadi. Yup..aku demam. So, diorang bagi aku PCM @ Panadol 2 biji untuk makan. Time tu nurse dan pasanag CTG kat eprut aku. Heart beat baby sangat lagu..178 /min. Ni disebut sebagai fetal tachycardia. So, aku dipantau dengan begitu teliti. Setiap 5 minit je ada je nurse yang masuk. Time tu jugak doktor daang untuk insert iv line kat tangan aku...fuhhhhhh......baru aku tau yang sangat sakit... darah aku pun diorang ambil untuk test.

6.00 AM -
sorang doktor pempuan datang. Time tu jugak aku nampak staff nurse tengah prepair satu bungkus balutan paper hijau. Aku cuak tetiba. Macam set VE je...tetiba teringat semua cerita mommy-mommy yang dah bersalin bercerita pengalaman time kena VE...yupppppppp...serius sakit dan buat aku tersentap. Sakit okeyhhhhh.........cek-cek OS baru bukak 1 cm...Tapi diorang still pantau CTG. ye lar..jantung baby aku abnormal....

7.00 AM-
Nurse dan doktor datang bagitau yang aku akan di transfer ke hospital Raja Permaisuri Bainun , Ipoh. Owhhhhh TUHAN.....aku perlu kuat. Aku tau untukkes-kes macam ni hospital daerah memang tak mampu nak attend. Aku redha..time tu juggak husband aku call. Terus cerita sambil nangis-nangis. En.Husband memang nyawa aku..kalau die tak ada aku tak tau boleh ke tak aku hadapi semua ni.

Die kata,
 'jangan taakut, abang sentiasa doakan honey dan baby selamat. 
Honey kena kuat k...
tak mau nangis-nangis.
 Abang akan teman honey....

Dari pukul 6 sampai pukul 7 pagi tu ada sekali contraction. Tapi serius tak sakit sangat. Sebab aku still lagi boleh berjalan pi toilet dan bersembang dengan nurse-nurse yang datang cek aku tu.

9.00 AM-
Bermula perjalanan aku dari hospital Batu Gajah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Time nak naik ambulans tu aku nampak En.Husband. Rasa nak menitik air mata aku tengok die. Ntah kenapa hati aku jadi sayu sangat time tu. Dalam perjalanan tu, aku tengok je kat belakang kot-kot nampak kereta laki aku. Aku takut nanti dah sampai kat labor room HRPB aku tak dapat jumpa husband aku. Paling tidak pun biar la aku sempat cium tangan die. Time ni hati aku rasa sayu sangat. Air mata ni berlumba-lumba nak menitis..............


-----------------------------------TAMAT EPISOD PERTAMA-----------------------------------------


Monday, September 24, 2012

watak baru hidup kami



a few hour after delivered

MUHAMMAD WAFIQ AQIL BIN MOHD WAZIR.
19.09.2012 @ 10.42 PM
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH, PERAK.
via EMLSCS due to POOR PROGRESS & FETAL TAHYCARDIA.
with body weight 3.68KG.

next entry baru cerita bagai semua. 

bye :)

Saturday, September 15, 2012

pregnant :: kebas jari jemari ku....

39 weeks + 5 days- 
makin hari makin berdebar. 
Alhamdulillah en.husband pun dah balik Semenanjung, sama-sama menunggu saat handsome boy keluar. 
Sejak 2-3 hari ni ibu jari, jari telunjuk & jari hantu tangan kiri asyik kebas je. 
Bangun pagi memang sakit sangat nak gerak. 
Risau jugak kot-kot ada pape yang pelik. Nak-nak baru 1st time pregnant ni. Banyak ilmu dan pengalaman baru yang diperolehi yang boleh dijadikan sebagai panduan.
Sepanjang 2-3 hari mula-mula rasa kebas tangan ni tak terfikir pun nak guna bantuan en.google, entah macam mana hari ni pulak baru nak menggerakkan jari ni pi mintak tolong en.google. 
May be sebab dah tak tahan sangat dah kot.
 Ye la, nak korek idung pun rsa tak best...hahahahahaha....

 Ingatkan dah ujung-ujung memboyot ni tak ada la simptom-simptom baru pregnant muncul, rupanya ada jugak. dengan bantuan en.google, akhirnya terjumpa la pasal sindrom carpal tunnel.
daripada pembacaan aku, keadaan ni adalah normal dikalangan ibu hamil terutamanya yang di peringkat akhir kehamilan. dan akan pulih apabila bersalin.

keadaan ini berpunca daripada tekanan pada saraf median pergelangan tangan. punca tekanan pada saraf median ni ada kemungkinan disebabkan oleh takungan cecair dalam badan yang dialami oleh ibu hamil yang dikaitkan dengan adema.

Huhhhh...lega hati bila keadaan ni hanyalah sementara. tapi jika berlarutan sampai anak dah 3 bulan, better pi jumpa doktor. may be ada masalah lain.

thanks yer en.google yang banyak membantu.
ilmu dihujung goggle :)

Friday, September 14, 2012

untukmu en.husband....

Memandangkan due date makin hari makin hampir..
sekadar sebagai penghargaan kepada nyawa dan nadi aku dalam kehidupan ini...

cinta hati saya ::
MOHD WAZIR BIN MOHD BAKHARI

Abang,
terima kasih kerana selama ni ....
sangat-sangat-sangat bersabar dengan kerenah honey yang kadang-kadang banyak songeh.- nak tu la, nak ni la.tapi semuanya abang turutkan. Kadang-kadang rasa bersalah sangat + kesian sangat kat abang sebab sanggup bersusah payah sebab honey.

terima kasih dengan kasih sayang yang abang beri sepanjang honey bersama dengan abang. Tak ada kurang sikit pun. Cukup segala-gala dari segi kasih sayang dari abang. Honey bangga honey ada abang sebagai en.husband honey. Love you forever. Kasih sayang honey hanya untuk abang sahaja.

Abang tak pernah pun mengeluh atau bising-bising sebab rumah tak sapu, pinggan tak basuh, baju bertimbun-timbun dalam raga tak berbasuh, kadang-kadang tak sempat buat breakfast untuk abang, sebab abang tau honey tak larat. 

Bangun tengah-tengah malam untuk urut kaki honey sebab tiba-tiba kaki honey terkena 'lipat mengkarung'...
sorry sangat-sangat walaupun honey tau time tu abang baru je balik dari operasi pukul 3-4 pagi. 
thanks sayang.

Walaupun untuk 4 bulan pertama honey pregnant abang tak ada disisi honey, honey paham dengan keadaan kita yang cinta jarak jauh. Walaupun kadang-kadang rasa sedih je hati sebab time pi kerja pagi-pagi dengan pening + loya, tak ada suami yang hantar, tapi tak pe. Honey bangga sebab honey boleh berdikari ! ! !

Banyak lagi benda yang honey nak tulis kat sini, tapi malu la. Sebab nanti orang kata apa je kan..macam honey sorang je ada 'abang'...hikhikhik...

Rasanya honey tak tau macam mana nak balas segala kebaikkan dan kesabaran abang melayan kerenah honey. Apa yang honey boleh berikan hanyalah kasih sayang, kesetiaan dan insyallah honey sanggup berkorban untuk abang selagi honey terdaya.
Honey doakan semoga kasih sayang antara kita terus kekal hingga ke syurga. Semoga abang dilimpahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.
dan honey doakan semoga abang dapat draft balik semenanjung.
tak payah kita dok Sabah dah..
hikhikhikhik.....

Abang...
maafkan honey kalau ada salah dan silap hoeny sepanjang perkahwinan kita. 
halalkan makan minum honey selama ni.
doakan honey selamat...
honey sayang abang :)


elak suami kawin lain...





SURAH TAHA : AYAT 39

Maksudnya ::
LETAKKANLAH ANAKMU DI DALAM PETI, KEMUDIAN LEPASKANLAH PETI ITU KE LAUT, MAKA BIARLAH LAUT ITU MEMBAWANYA TERDAMPAR KE PANTAU, SUPAYA DIPUNGUT OLEH MUSUHKU DAN MUSUHNYA; DAN AKU TELAH TANAMKAN DARI KEMURAHANKU PERASAAN KASIH SAYANG ORANG TERHADAPMU; DAN SUPAYA ENGKAU DIBELA DAN DIPELIHARA DENGAN PENGAWASANKU.

ayat ni juga sebagai pengerat kasih sayang. janji niat dalam hati kita kerana Allah, bukanlah semata-mata tak nak husband kita pi kawin lagi. ~~~~~~

Monday, September 10, 2012

check up @ 39 weeks

STATUS :: 
belum bersalin lagi.
handsome boy tunggu papa die balik & tunggu Hari Malaysia kot baru nak keluar.
GOOD BOY ! ! !

Pagi tadi pi check up kat Klinik Desa (KD). Rutin seperti biasa la. 
Semua okey. Cuma kaki je bengkak.

Baby sangat aktif pagi tadi sampai Cik Misi pun susah nak cari heart beat baby.
Cik Misi kata ::
meriahnyer die kat dalam tu. apa di buatnya la.... 

Kalau aku still tak bersalin lagi sampai due date, kena datang KD 18ribulan ni. 
Time dah post 2days of due date, diorang akan refer aku pada doktor pakar.
Apa yang aku tau, dalam masa tu kalau tak bersalin jugak, day 9 of post due date akan admit ward & day 10 of post due date baru akan induce.

Ada member aku baru ni, day 9 of post due date admit ward, doktor plan untuk induce. tapi bila dah day 10 tiba-tiba ada rasa contraction. 
Sakit kat 14 jam. 
Last2nya, ELSCS (emergency lower segment cesarian section). 
Bahasa senang paham, kena operate. 
Untuk elak dari fetal distress.

Aku harap sangat perjalanan aku & baby dipermudahkan.
aminnnnn............






Thursday, September 6, 2012

review MO at Klinik Kesihatan Ibu & Anak Batu Gajah - 38 weeks +

Alkisahnya..
Selepas check-up @ klinik desa hari tu, esoknya aku kena pi pulak KKIA Batu Gajah untuk review dengan doktor pulak. kak lang aku a.k.a diana rashid - yer ni kakak aku. yang ada nama anak maisara tu. see nama bapak pun sama kan... tanya kat aku, 'kat klinik desa tak ada doktor ke ? ? ? ermmm...wahai kakak ku...kat klinik desa (KD) memang tak ada doktor. kalau ada pun die akan datang 2x sebulan je. tu pun depands pada klinik desa tu. kalau ramai ibu-ibu mengandung yang refer kat KD tu baru la die rajin datang. kalau sikit, jarang-jarang la doktor tu datang - yang ni aku tanya sendiri kat JM tu...

Okey..cerita pasal jumpa doktor....
adehhhh...bukan nak mengata la. Betul-betul menguji kesabaran dan kewibawaan aku. Hampir-hampir 2jam aku kena tunggu. Sampai klinik pukul 8 pagi. Pi daftar sebab aku kan baru pestime datang follow up kat sini.  Cek b/p, timbang berat, pastu kena cek urine. Aikkk...tetiba aku pelik. Selalu kalau jumpa doktor, tak payah timbang berat & tak payah cek urine. Lagi pun semalam tu kan baru cek. Ermmm..tapi tak pe la. May be lain klinik lain caranya. Aku ikut je la. Dah siap semua tu mula la sesi menunggu. Ikut pada no aku nombor 12. Adehhhhh....memang berjanggut la nak menunggu. Dah la klinik ni cover banyak kawasan, lagi ramai orang lagi lama la nak menunggu. Doktor pulak sorang tu je, memang masak la. Dekat 2 jam jugak aku menunggu. Nasib la KKIA ni canggih, ada wifi. tapi tak ada tv. Kesian je aku tengok orang lain. Ada yang sampai tersenguk-senguk menunggu.

Dalam dok menunggu tu, datang la sorang india ni duduk sebelah aku. Adehhhhh...bau die melantun tau. Pening kepala aku. Dah tu pulak siap angkat-angkat tangan lak betulkan rambut die. Aku dengan selambanya keluarkan tiger balm. Sapu kat kepala, sapu kat hidung.  Peduli apa aku. Daripada aku pengsan kat situ...kannnnn.... -tak tau la ada ke yang perasan dengan tindakan aku tu.. 

Tunggu punya tunggu, sampai la turn aku. Doktor cina, pempuan. Nasib baik. Kalau lelaki segan aku. Ermm..terus doktor soh aku bring untuk scan.

'kepala baby dah ada kat bawah yer..anytime you dah boleh bersalin. Ada rasa sakit-sakit tak?'

'rasa sakit ada la sikit-sikit. tapi tak lama, lepas tu hilang.'

'you rajin-rajin la jalan pi jusco ke...bagi laluan bukak cepat....'

hahahahaha...aku gelak je bila doktor suggest kat aku soh jalan pi jusco. memang terbaik la doktor ni....

'doktor, EFW (estimated fetal weight ) berapa yer ? ? ?'

'ermmmm....lebih kurang 3.28kg....'

hohohohhoho...semangat jugak...isau lak aku nak meneran nanti.

Time tengah dok scan tu, nsem boy menonjolkan punggung die kat belah kanan perut aku ni. terjongjol je.belah kiri lak leper je...doktor siap tegur lagi. 'aiyakkk...die tunjuk bontot die maaaaa... ' 
owhhh..anak ku. dah pandai buat perangai yer....hikhikhik

Dah siap scan, sementara doktor clerking case, cik misi kat dalam tu dok tanya kat aku pasal life kat Sabah. Errrmmm...aku dah agak dah diorang akan tanya. So, layan je la.hikhikhikhik....

Wednesday, September 5, 2012

tiada rendang ibu di pagi syawal....




terjumpa dalam fb en.husband time raya hari tu.
dah sampai tahap kritikal budak-budak ni sebab tak dapat balik beraya di kampung.
rendang mak tak dapat makan, sampai mintak taik idung member  ! ! ! !


Tuesday, September 4, 2012

benda dah jadi..nak buat macam mana lagi ! ! !

Apa perasaan korang bila kereta ko, yang ko bagi orang lain pakai tiba-tiba excident ? ? ? 
ermmmm...teruk tak teruk la. 
Tak ada la sampai totally loss. Tapi kalau repair boleh buat down payment kereta baru ! ! !

Ceritanya macam ni ::
Baru-baru ni kan, aku & en.husband balik kampung. Ye lah, raya kan. Semua orang tau. apa daaaa....
Kereta aku yang kat Sabah tu en.husband tinggalkan dekat member die yang tak balik kampung. Aku pun tak kisah lah sebabnya, ada jugak la insan yang boleh tengok-tengokkan kereta tu. Tak ada la terbiar je. Bukan apa, takut betri kong. Time pos kereta dari semenanjung hari tu pun betri dah problem sebab 2 minggu tak start. Alih-alih terpaksa la tukar betri baru. Kena 150hengget. 
Lagi pun kesian pulak dekat budak-budak yang tak balik beraya ni. Kebanyakkan yang bujang kat Sabah tu  tak ada kereta. Mengharapkan motor je la. Jadi, aku pun tak kisah lah -baikkan hati aku ! ! ! 

Musim-musim raya ni ramai pulakkan orang yang nak mendirikan masjid. Dah cuti raya, dah tentu adik beradik, sedara mara semua berkumpul. Ada sorang member En. Husband ni, ada buat part-time photographer kat Sabah nu. Raya ke 6 tak silap aku la, die kena photoshoot 1 pasangan pengantin ni.
Jadi, die pun ajak la budak yang kami dok tinggalkan kereta tu pergi sekali. May be sebab die tak ada transport kot, so diorang pun pi la naik kereta aku tu. Kereta kancil je pun - yang ni pun aku tak amik kisah sangat. benda buat kerja halalkan.

Aku tak sure yang diorang dah siap photoshoot @ baru nak pergi, tetiba diorang excident. Dari apa yang member en.husband tu cerita, kat jalan yang diorang lalu tu, - kawasan berbukit kot 
ada orang tengah main drift kereta. Tau kan, ala race kereta yang kereta tak jalan menegak tu. Yang jalan menyenget tu...tau kan..hikhikhik..
Haaaaa....diorang excident dengan kereta tu la. Kereta drift tu langgar sang kancil aku ! ! ! - kuang ajar

Dah tu, dah buat salah bukan la reti nak berhenti ke apa, terus blah macam tu jek. 
Memang !@#$%^&*()_+

Masa en.husband terima call dari diorang ni, diorang just kata kereta excident. Kena langgar dengan orang & tak sempat nak kejar kereta tu. Aku rileks sikit lagi la time tu. Aku budget bontot kereta kena langgar cam tu je la. Time tu, aku, en.husband & FIL pi jalan beraya kat Grik + ada kenduri kawin sepupu en.husband. Time berenti kat tol Kuala Kangsar, En.Husband call member die ni. Time tu aku tau lagi kes kereta ni kenan langgar dengan kereta drift. Dah en.husband cerita pun aku budget tak teruk sangat.
En.Husband pun suruh la budak tu email pic kereta. Mesti la kita nak tau kan keadaan kereta tu macam mana kan. Even mama aku yang belikan kereta tu, serius aku tak kelauarkan duit 1 sen pun, dah la beli by cash. 1sen pun tak ada utang dengan bank or dengan sape-sape pun, tapi aku sayang giler kat kereta tu. Tu je la harta yang aku ada.

I









I








I









I








I








I








teruk kannnnn ???????
1st time aku tengok pic ni rasa nak nangis je.
Tapi nak buat macam mana kan. Benda dah nak jadi. Nasib la tak hancur terus. 
Mangsa ? ? ? 
2-2 selamat. tak ada cedera pape. Alhamdulillah. 
Dak tu pun dah mintak maaf kat aku. 
Nak kata apa lagi, benda dah nak jadi. Malang tak berbau.
Nak marah pun tak boleh, sebab bukan salah budak tu.
So, terima je la.

 Hal kereta ni excident memang aku tak cerita pun dekat parents aku. Bukan nak membelakangkan diorang. Tapi, aku tak nak diorang risau. Diorang ni jenis kelam kabut sikit. Lagi pulak, silap-silap aku dengan en.husband nanti kena marah. Tak best la macam tu kannnn....

Ermmm..nak tak nak claim insurans je la. Nak suruh member en.husband tu ganti guna duit die, nampak macam kejam pulak kan. Lagi pun aku dengar dak tu nak kawin. - kesian pulak burn 6k duit hantaran kawin.
Tapi walau macam mana pun, roadtax kereta yang nak mati bulan 10 ni, kami cadang mintak sikit kot kat budak tu. Dah la time tu baby baru je lahir, banyak duit nak pakai. Roadtax dah tentu akan jadi mahal sebab kita dah claim insurans.

Yang kesian kat En.Husband la nak pi kerja tak ada transport. Nak tak terpaksa la die gigih repair motor die yang rosak tu. Nasib la die tau buat sendiri. Barang-barang moto pun dah lama beli. Tapi tak ada masa je nak buat. Kalau kena pi hantar buat kat kedai memang garu kepala la. Duit banyak nak pakai ni.

Pengajaran::
Berhati-hati di jalan raya
Malang tidak berbau.

Tu je la yang aku boleh katakan.

SEKIAN

P/S :: kak lang...jangan cerita kat sape-sape yer pasal excident ni. kat mak pun jangan.... ! ! ! ;)