Followers

Tuesday, July 31, 2012

MENU :: ASAM PEDAS EKSPRESSSS....

Assalamulaikum...
Ni bukan menu berbuka puasa, tapi menu bersahur kami 2 hari yang lepas. En.Husband kan tak makan nasi time berbuka, so..bila sahur tu yang masak beria tu. Kalau mak aku ni tak ada maknanyer die nak masak beria bagai ni. Cukup dengan ikan bilis goreng dan telur goreng + nasi panas. Tapi tu pun dah sedap dah kan. Kali ni tak ada la aku snap pic pagi-pagi buta tu.Kunk tak pasal-pasal kena bahan pulak dengan En.Husband...maluuuu laaaaa.....

Senang je nak masak asam pedas ni. Macam nak masak laksa. Kalau laksa kita masukkan isi ikan kan, tapi asam pedas ni tak perlu la masukkan isi ikan tu. Kunk jadi lain pulak.

**Untuk 2 orang makan**
Bahan-bahan::
4 ketul ayam <----BOLEH GANTI DENGAN IKAN PARI/IKAN PARANG
3 sudu cili kering yang telah dikisar
4 biji bawang merah*
belacan*
cili padi* - kalau nak pedas lagi
air asam jawa
bunga kantan
daun kesom
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula, dan serbuk perasa
air

cara-cara::
1. kisar bahan-bahan yang bertanda *
2. panaskan minyak.
3. tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. masukkan cili kering yang telah dikisar, tumiskan.
5. masukkan air asam jawa
6. Masukkan ayam dan gaul sebati.
7. Masukkan duan kesom dan bunga kantan. Masukkan air.
8. Masukkan garam ,gula dan serbuk perasa secukup rasa.


ihsan::  google


Sunday, July 29, 2012

barang baby...


Semalam pi la jalan-jalan kat City Mall, KK. 
Tujuan asal nak shopping baju raya. Last-last shopping barang baby pulak.
Mula-mula memang tak plan pun nak beli barang baby, sebabnya plan nak beli masa dah balik S'mnanjung nanti je. Tapi tengok-tengok ada pulak sale barang baby. Sale ke ? ? ? bukan sale pun tapi tengok macam murah je dari yang kami pernah tengok sebelum ni. Dah alang-alang murah kan, grab je la apa yang patot. Kalau dulu baget-baget takut terlebih berat bagasi, tapi bila waran dah lulus ni tak pikir dah. Ye lar 40kg free. hikhikhikhik....


pureen baby powder -rm19.40 (free Pureen liquid clenser for feeding bottle, nipples &)
pureen baby yogurt head to toe wash 750ml - rm 17.65
pureen travel pack (baby powder, baby lotion, syampoo & body wash) - rm 17.90
pureen cotton buds - rm 2.80


pureen disposible nursing pad - rm 44.60
pureen maternity panties - rm9.45/pckt - aku amik 2 paket. sebelum ni dah beli 1 paket.


yang ni tak ingat harga die brape.

beli barang baby ni semua dapat free gift. Untuk Rm30 keatas akan dapat  2pckt pureen wt tissue & rm 80.00 keatas akan dapat 1 paper bag atau cap. So, kena pilih la nak cap atau paper bag. Kalau ikot aku, memang nak cap, tapi aku tengok en.husband lebih minat pada paper bag ni, so kami amik je la paper bag.


kat sabah ni tak ada pureen w/s yang selalu korang dok canang dalam blog korang tu. Nak tak nak beli je la even benda tu mahal. Tapi tak kisah la. Untuk anak sendiri jugak, bukan untuk anak orang lain..

Saturday, July 28, 2012

Baju Raya


Assalamualaikum...
Bila bercerita bab baju raya ni, sejak dari zaman bercinta lagi kami ada masalah. Sebelum pi shopping kemain lagi kami decide nak tema kaler apa. 
Bila dah sampai kat shopping complex mula la, yang dirancang jadi lain pulak.
Masalahnya bila baju aku dah jumpa, baju yang laki tak jumpa-jumpa lagi. 
Last-last kat situ jugak tukar pi plan B.
Adehhhhhh.....

Macam baru-baru ni la. 
Konon tahun ni kami nak pakai kaler biru. 
Tetiba je En.Husband teringatkan baju melayu die yang pakai time nikah haritu. Baru je pakai sekali.
Membazir je katanya beli baru. Dah la jarang pakai baju melayu ni. 
Pi sembahyang jumaat pon kadang-kadang je pakai baju melayu.
Ye lar...kalau dok office, dah sah-sah pakai uniform je pi masjid.
Kalau belayar pulak, paham-paham sendiri la. Samada pi atau tidak bergantung pada tempat. 
Kat tengah laut mana ada masjid ! ! ! 

So, kami decide pakai baju nikah je.
 Tapi aku tak la pakai baju nikah aku. Muat ke pon ? ? ?
hahahahhahaha....

Tapi, en.husband kata, 
'andai kata tetiba time jalan-jalan shopping kat KL nanti da kaler yang cam cantik je,kita tukar la...'
bagus gak cadangan laki aku ni. Sebabnya aku pon ingat nak cari lagi sepasang baju raya. 
Time tengah memboyot ni tak leh sangat beli baju. 
Nanti ntah tahun bila pulak aku nak pakai baju besar-besar ni. 
Last-last nanti tersimpan je dalam almari.


Raya haji nanti pon aku dah decide, pakai baju time tunang haritu je.
Jimat. Lagi pun raya haji nanti, Insyallah aku raya 2 beranak je. 
En.Husband tak balik kot.
Bagi peluang kat mereka-mereka yang tak balik raya puasa ni katanya.





Friday, July 27, 2012

bila ada yang baru, yang lama dilupa jangan ! ! !


Assalamualaikum...
Sedih aku tengok nset aku ni...
eh3...silap-silap. 
Ni enset en.husband. Tapi aku yang guna sebab time bercinta dulu tukar-tukar nset.
 Ni la nset yang pertama die beli guna duit sendiri. 
Tu pon sebab duit die tengah banyak time rekrut maritim dulu.
Lagi pun time tu baru start bercinta. Hari-hari asyik 3g je. Kalau 3g guna nset sendiri tak pe la. Ni die pinjam nset kawan die. 
Si ZAKI ngek ! ! ! ! 



Alkisahnya, sebelum ni keypad nyer je yang ilang. Cara ilang nyer tu pulak penuh tragis. 1 hari ilang 1 nombor.  Kalau selang sehari ke ilang nyer tak pe lajugak. Ni tak, berturut-turut hari ilang.
adehhhhh.....
Yang housing bawak tu pulak, tak tau la macam mana boleh ilang semalam.
Balik-balik dari buka puasa kat luar semalam, tengok-tengok dah sompeh orang perak kata.
hahahahaha...
Aku rasa may be jatuh kat mana-mana la tu.

Sayang giler weh aku kat nset ni. Memang la dulu die da buat hal, tapi banyak kenangan tu.
Dari zaman bercinta, sampai la dah nak ada anak.
Adik ipar aku dok la mengayat nak nset ni, tapi En.Husband memang tak bagi.
Die kata ada sentimental value pada nset ni. 
Kalau bagi kat adik die pakai, ntah apa la jadi. Silap-silap boleh hilang.
walaupun skunk ni masing-masing dah guna nset touch-touch je, tapi kalau nak bagi nset ni kat orang, memang tak la jawabnya. 
Mana la tau tetiba satu hari nanti, nset yang sedia ada ni rosak ke hilang ke, sekuang-kuangnya ada la jugak nset yang boleh digunakan buat sementara sebelum beli nset baru ke hape ke kannnn..... ! ! !

Skunk ni nset ni ada je aku simpan dalam laci. aku pakai nset murah je sekarang ni.
Samsung Galaxy sII ! ! ! hik3...

Sebelum ni, sII ni kami laki bini guna untuk main internet je. 
Kalau kat rumah guna laptop. 
Bila kuar pi mana-mana, masukkan sim kad internet kat nset sII ni.



SEDIA UNTUK BERLEPAS PULANG ;)

Assalamualaikum....


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................
yesssss....
waran untuk aku & en.husband balik beraya dah siap. 
Hari Rabu aritu en.husband amik kat office.

AK5101
Departing:: KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT  (T2)
FRIDAY 10 AUGUST 2012, 0930HRS

Arriving:: LOW COAST CARRIER TERMINAL (LCCT) KUALA LUMPUR
FRIDAY 10 AUGUST 2012, 1200HRS


kalau ikotkan tarikh kami balik Sabah, 2 Sept.2012. 
Tapi balik ke Sabah En.Husband balik sorang. So, die akan balik guna tiket sendiri dari KL-KK. 
Waran untuk KL-KK akan kami guna time aku balik ke Sabah semula bulan 12 nanti.


  

Thursday, July 26, 2012

raya kat mana ? ? ? :: kg ara payung @ taman indah ? ? ?

Assalamualaikum....
Tahun ni fes time beraya sebagai isteri. Bermakna fes time jugak beraya dengan FIL. En.Husband dah tanya kat aku nak raya kat mana dulu ? ? ? Kg Ara Payung ke Taman Indah ? ? ? Kg Ara Payung tu rumah aku, Taman Indah tu rumah die la..hikhikhik....

Pada aku memang la aku nak beraya rumah mak bapak aku, tapi bila dah ada FIL ni aku tak boleh nak pentingkan diri. Kesian jugak kat mak mertua aku. Anak lelaki dah la 2 orang je. Bukan la aku nak mengata, tapi adik ipar lelaki aku tu tak boleh harap sangat. Mak mertua n adik-adik ipar aku semua bergantung kat En.Husband aku. Buatnya anak dara mak mertua aku semua tak balik, beraya la mak mertua aku dengan 2 orang adik ipar aku kat rumah tu. Kesian tak kesian ? ? ? kesian kan.... :(

Tapi kesian lagi dekat mak bapak aku. Ayah dah la tak sihat. Anak diorang 2 orang ni je la. Aku dengan abang aku. Buatnya abang aku tak balik, aku lak beraya kat rumah FIL...beraya 2 orang je mama n ayah. adeeeehhhh...rasa nak menitis je air mata aku bila aku bayangkan benda ni. Nanti apa pulak la kata orang yang tak tahu apa situasi yang sebenar anggap kan..ada la mulut-mulut laser yang memang nak kena cili dengan aku mengata...'anak tak kenang mak bapak la' 'baru kawin dah lupa diri la'....

So, bila kami laki bini fikirkan balik, aku & en.husband dah decide. Semua bergantung pada keadaan. Andai kata abang aku tak balik beraya, means malam raya, lepas je siap tolong mak mertua aku kemas-kemas rumah ke, bakar lemang ke, kami akan balik rumah mak bapak aku ! ! ! 1st day raya kat kg ara payung. Boleh lah ayah & mama beraya kat kampung.Tak kisah la nak beraya kat Bruas @ Bota.

Then, maybe malam tu kami balik Taman Indah. Kalau tak sempat raya kedua baru balik. Nasib la kampung dekat-dekat. Buatnya soang Perlis, soang Johor tak ke masalah... ! ! !

So, sapa yang nak kawin dengan orang jauh-jauh tu pikir-pikirkan la...hikhikhikhik....

Sekian.....


MENU :: puding jagung

Assalamualaikum....
Semalam lepas je solat maghrib, aku dengan semangatnya buat puding jagung. Sebelum ni asyik terbantut je nak buat sebabnya sejak puasa ni, lepas je solat maghrib aku rasa jantung aku macam berdegup dengan laju. So, buat aku jadi penat je. Nak tak nak, kena la berehat dan lupakan projek membuat puding jagung. Akhirnya semalam aku berjaya jugak buat....

Nak buat puding jagung ni tersangat lah senang. Bahan-bahan pun tak banyak.

BAHAN-BAHAN::
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis (beli yang kat dalam tin je)
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air

CARA-CARA::
1. Campurkan tepung kastard, jagung, gula, susu cair & air ke dalam periuk di atas api yang sederhana.
2. Kacau sehingga sebati.
3. Pastikan sentiasa kacau untuk elak tepung kastard melekat pada periuk.
4. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berkilat.
5. Bila dah masak, masukkan ke dalam acuan. Sejukkan. Sedia untuk dihidang.
*** Lagi sedap kalau diletakkan dalam peti ais. Rasa sejuk je tekak bila makan. Nak-nak time berbuka puasa***


Rumah aku tak ada acuan cantik-cantik.
Ni je yang ada.
Loyang pon tak ada.
hikhikhikhik....

Selamat mencuba.
sekian.

Wednesday, July 25, 2012

CHECK-UP @ 32 WEEKS


Petang semalam aku pi check-up kat KKIA setelah kes terlanjur hari tu..hik3. Pagi sebelum tu, cik misi dah call aku sebab ter-miss appoinment..huhuhuhuhu...
mintak maaf la yer cik misi. saya terlajak tidur. 
Tapi tak ada la aku cakap aku terlajak tidur. 
Malu laaaa....
aku kata aku tak sihat je...hihihihi....

Semalam pi check, so far semua okey::

berat badan : 67.5 kg (naik 0.5 kg je)
tekanan darah : 110/80 mm/Hg
jangka masa /tinggi rahim : 32+2 /7  @ 32 cm
kedudukan janin : cephalic
jantung janin / gerak janin : + /+
kaki bengkak : nil
urine : albumin & gula : neg
hb : 11.1 g/dL




hB terbaru 11.1 g/dL. 
harap-harap naik lagi la bulan depan.

Kali ni cik misi dah suruh aku start kira movement baby. 
So, dah kena tick kat chart.


Bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam, kena kira pergerakan baby cukup tak 10 kali. Kalau lebih 10 kali lagi bagus. Kalau kurang, cepat-cepat pi hospital.


Next appointment 08.08.2012. Time ni aku kena mintak surat kebenaran naik flight dari doc & ini check-up aku terakhir kat KK Menggatal, Sabah ni.
 Lepas ni, aku check-up kat Semenanjung pulak sampai la aku bersalin.
Next review aku dengan MO pon kat klinik kat semenanjung 28.08.2012.
Makin dah dekat nak balik Semenanjung ni, makin takut pulak.
Sebabnya makin dekat nak balik Semenanjung, makin dekat la due aku nak bersalin.

Harap dipermudahkan segala-galanya. 


Sekian.




ww :: yu yee oil







Monday, July 23, 2012

MENU HARI INI :: LAKSA

Assalamualaikum.....
Menu berbuka kami hari ni laksa. En.Husband jenis tak makan nasi time berbuka. Time bersahur je die makan nasi. Alasannya, kalau berbuka makan nasi, apa kerja pun tak menjadi. Yang menjadinya tidur di atas katil. So, semalam kami pi pasar filipin, beli la barang-barang nak buat laksa.

Sampai-sampai rumah je, rehat jap, kami pun mulakan la operasi memasak kuah laksa. Kuah laksa ni kami buat awal-awal sebab, nanti time siang dah tak boleh nak rasa tawar ke masin. Kita kan semua tengah puasa. Jangan buat-buat lupa pulak yer kawan-kawan :) Lagi satu, En.Husband aku kata, lagi lama kuah laksa ni lagi sedap sebab asam dan ikan tu dah sebati.

Even dah ramai tau masak laksa, aku nak jugak share resepi kat sini. Ye lar..orang lain kat blog die da resepi masakan, aku pun nak jugak...ngeeeeeeeee...bole ka begitu ? ? ?

Bahan-bahan ::
1 paket laksa - direndam dahulu sebelum dicelur dalam air panas.
1 kilo ikan (kami guna ikan kembung ) -direbus dengan asam keping dan dibuang tulang.
Cili kering yang telah dikisar
2-3 tangaki Daun kesom
1 tangkai Bunga kantan
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
9-10 keping asam gelugur

Bahan-bahan (dikisar) ::
4-5 ulas bawang merah
sedikit belacan
cili padi (untuk yang nak pedas)

Bahan Sampingan ::
Timun
Telur rebus
Limau kasturi
Bawang besar dihiris halus
Cili merah (kalau nak lagi pedas, cili padi @ cili burung)

PENYEDIAAN IKAN
1. Rebus ikan dengan beberapa keping asam gelugur.
2. rebus sehingga empuk.
3. angkat dan asingkan tulang denga isi.
4. blander isi dan tulang ikan secara berasingan.kemudian ditapis.
***sisa tulang ikan yang tidak boleh digunakan lagi boleh dibuang***
5. Lebihan isi ikan dimasukkan kedalam periuk.
6. Air rebusan ikan digunakan semasa blander isi ikan dan tulang ikan. Jika masih ada lebihan, masukkan kedalam periuk.

CARA-CARA (kuah laksa)
1. tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau sehingga masak pecah minyak.
3. masukkan bungan kantan dan daun kesom.
4. masukkan ikan yang telah direbus dan diasingkan tulang serta diblander tadi.
5. masukkan air rebusan ikan jika masih ada berbaki. Masukkan air biasa jika kelihatan masih pekat. (tapi kalau kuah cair sangat pun tak sedap jugak... :)
6. Masak diatas api yang sederhana perlahan.
7. Maukkan sedikit garam dan serbuk perasa (jika perlu)
8. Rasa kesimbangan antara rasa pedas dan masam. Jika kurang masam masukkan beberapa lagi keping asam gelugur. Jika kurang pedas, tambah sedikit lagi cili kisar. Masak dalam api yang sederhana kecil.
9. Agak-agak dah masak boleh dah tutup api.

nak jugak tempek gambar laksa ni.

made by en.husband.
jus tembikai 

Selamat mencuba ;)

Sekian...


aku terlanjur.....

Assalamaualaikum...
Tajuk kemain ko....
Al-kisahnya bukan la aku terlanjur apa pun, terlanjur tidur je.
Ikutkan hari ni aku ada appoinment dengan KKIA pukul 8 pagi.
Tapi nak dijadikan cerita....

Lepas je bersahur tadi aku tak tidur pun. 
Dah alang-alangkan, terus lah berjaga nak tunggu masuk subuh. Lagi pun time sahur tadi aku gunakan waktu sepenuhnya untuk minum air ;)

Sambil-sambil nak tunggu azan tu, aku baca novel. 
TAKDIR ITU MILIK AKU by SITI ROSMIZAH.
best betul jalan cerita dia. 
(orang baca quran,aku baca novel...tak bagus betul amalan aku ni..macam mana nak dapat pahala???)

Setakat ni aku dah ada ke 5-5 novel tulisan Siti Rosmizah. 
cara penulisan die memang terbaik la. 
Ada antara novel die yang aku baca buat aku menitiskan air mata....
cewwwwwaaaahhh....
baca dek laki aku ni memang kena bahan la...



Nak dijadikan cerita, lepas Solat Subuh, aku cadang nak tidur. 
Ye lar, awal lagi pun. 
Tak kan dah nak siap nak pi klinik kannn...

Tapi mata ni tak nak jugak pejam. 
Baby pon dok berjoget kat dalam perut ni. 
so, aku pun dok golek-golek atas katil sambil baca novel ni lagi. 

Ntah macam mana aku boleh tertidur. Bila aku sedar-sedar je dah pukul 10.00 pagi.
OMG....
baru la aku teringatkan pasal appoinment aku.
adeeeeehhhhhhhh....
ni kalau aku pi klinik ni dah sah-sah kena menunggu lama. 
Sedangkan aku pi awal pun kena tunggu lama.


Aku tengok sebelah, laki aku sedap je tidur.
Adeeeehhhhh....nasib la En. Husband duty kat bot hari ni, tak payah pi office. 
Kalau pi office masak la die sebab kena thumb print.
hahahahahahaha....

Cepat-cepat aku kejut en.husband. 
Tapi die wat dont no je...
tengok jam, pastu sambung tidur balik.
Bila aku kata, tak pi duty ke ? ? ?
baru la kelam kabut die bangun masuk bilik air...
adehhhhhh....

Asyik terlanjur je kami laki bini...
Harap-harap nanti bila baby dah ada die leh jadi jam loceng kami...
hikhikhikhikhik...

SEKIAN.

**esok la aku pi klinik. lagi pun esok en.husband off . tak payah aku nak mintak time slip kat cik misi ;)

Sunday, July 22, 2012

2nd day dah terlajak


Assalamualaikum....
Haaaa...hari ni aku tak bersahur pon..kes apa lagi kalau bukan kes terlajak tidur. yo- yo o je kami laki bini set alarm sampai 3 biji handphone. Konon-kononnya nak bangun 3 setegah nak masak nasi & goreng daging kijang. Sedar-sedar dah pukul 5 kau..Nak sahur apanya kalau dah pukul 5 kat Sabah ni.



Sebelum tidur dah siap dah masak sambal tumis ikan bilis + ubi kentang & tempe. En.Husband time sahur kena makan nasi. Time berbuka makan karipap 3 ketul pon die dah kata kenyang. So, semalam time berbuka makanan kami beli dekat bazar je.

Makanan kat sini memang tak sama dengan kat semenanjung. Kat sini, pusing-pusing bazar, kepak ayam. Tu je la yang banyak. Kuih-kuih lebih kuang je sama dengan kat semenanjung, tapi En.Husband aku kata jangan expect yang rasa dia akan sama macam yang kita makan kat semenanjung. So, kesimpulannya En.Husband kata, duduk kat Sabah ni kena rajin memasak ! ! ! hua..hua..hua....

Semalam, lepas je berbuka & solat maghrib, siap-siap pi beli barang. Plan nak buat puding jagung. Tiba-tiba lak tekak ni rasa nak sangat makan puding jagung. Tapi ntah bila nak buatnya tak tau la ;)

Sekian...

***Lepas solat Zohor ni plan nak pi beli barang baby sikit..pastu lanjut terus berbuka kat luar... ;)





Thursday, July 19, 2012

pregnant :: pantang larang ketika mengandung. korang percaya tak ? ? ?

Jawapan aku :: tak percaya sangat. tapi sekadar menghormati dan menjaga hati dan perasaan mereka yang lebih tua. Ada yang aku boleh terima dan ada yang tidak. Sebelum aku nak percaya tu aku fikir dulu, logik ke tak. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bagi aku, setiap yang kita percaya tu boleh jadi 1 doa. Ambil sekadar untuk peringatan dan bukan sebagai amalan dan kepercayaan.

Pagi tadi aku call mak cik aku kat kampung. Dapat la peluang bercakap dengan opah. Abeh diturunkan segala bagai pantang larang. Macam yang aku kata la, jangan membantah. Dengar je apa yang mereka kata. Ni aku nak share sikit pantang larang yang opah aku sampaikan. Jauh ni..dari Perak ke Sabah...

1. Jangan lilit tuala dekat tengkuk. Tudung tu pun tak payah la nak berlilit berpesyen2 katannya. sebabnya takut tali pusat terlilit dekat tengkuk baby. - Bagi aku memang tak elok pon lilit tuala tu kat tengkuk. Apa kes lak nak lilit tuala kat tengkuk ? ? ? Lagi pun bukan masa pregnant je tak elok lilit tuala kat tengkuk. Time tak pregnant pon tak elok jugak kan. Sebabnya bukan ke tuala tu lembab, nanti berpanau lak leher tu..

2. Tak boleh mandi lewat malam sebabnya nanti air ketunban berdarah dan sakit. - Tak pregnant pun orang kata tak elok mandi lewat-lewat. Tapi macam mana pulak dengan ibu-ibu mengandung yang balik kerja dan sampai lewat dekat rumah. Tak payah mandi ke ? ? ?

3. Tak boleh pakai cekak kepala. Nanti kepala baby ada bentuk cekak yang kita pakai tu. - Yang ni pening kepala aku memikirnya. Pasal apa la effectnya sampai kat kepala baby pulak....

4. Tak boleh potong rambut. Nanti masa bersalin kena bedah. - Tak kan semata-mata sebab potong rambut, kena ceaser ? ? ? A few article yang aku baca, yang tak potong rambut pon kena bedah jugak. Ada yang potong rambut, elok je bersalin normal. Lagi pun, time pregnant kan suhu badan kita meningkat. Time tu mesti la panas dan rimas. Jalan terbaik ialah potong rambut. Betul tak ? ? ?

5. Suami tak boleh memancing atau menjala ikan. - Sebabkan en.husband keje maritim, bergelumang dengan laut, opah soh aku pesan kat en.husband jangan nak memancing. Yang laki aku kerja maritim ni aku tak pikir pon pasal memancing, menjala bagai ni. Yang aku fikirkan nelayan. Bini tengah mengandung, tak payah ke pi ke laut ? ? ? Nak bagi anak bini makan apa kalau tak kerja ? ? ?

6. Tak boleh memaku, memahat atau menggali lubang. Takut anak cacat. - Macam mana pulak dengan cikgu kemahiran hidup kat sekolah yang mengajar pertukangan ? ? ? Ke diorang rehat untuk 9 bulan tu... ? ? ?

7. Jangan makan pisang. Takut rambut bayi lebat sangat. - Yang ni aku rasa nak gelak guling-guling. Aku rasa time mak aku pregnant kan aku dulu, die suka makan pisang kot. Sebabnya, rambut aku sangat lebat.

8. Tak boleh keluar rumah waktu senja / malam. Takut kena usik dengan hantu. - Yang kerja malam macam mana pulak ? ? ?  Kalau macam ni untung la misi-misi. Sepanjang 9 bulan mengandung tak payah kerja malam. Kalau cam gini kan, nanti bila dah kerja, malas kerja malam je aku bagi alasan aku pregnant. boleh kan ? ? ?

9. Jangan siang ikan. Nanti anak sumbing. - Jalan penyelesaiannya, beli ikan yang dah siap siang kat pasar. Tak pun suruh en.suami yang siang ikan tu. Memang terbaik la.

10. Jaga tingkah laku, percakapan dan pergaulan. Nanti pengaruhi anak. - Yang ni aku percaya. Tu sebab sekarang ni, setiap perbuatan yang aku buat sentiasa terbatas. Sebab ada insan comel kat dalam perut aku ni. Aku nak yang terbaik untuk anak aku bila dia dah besar nanti.

Kalau nak bercerita pasal pantang larang masa pregnant ni memang macam-macam. Agak-agaknya sampai due date aku pun tak abeh-abeh lagi. Sebagai seorang Islam, kita kena percaya yang setiap kejadian adalah ketentuan ALLAH. Bukan lah disebabkan orang pantang larang ni semua. Kalau ia berlaku, mungkin adalah satu ketentuan yang dah tertulis sejak azali lagi. Apa yang penting sewaktu hamil ni, hendak lah kita sentiasa berzikir dan berdoa semoga diri kita dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat serta dipermudahkan urusan sewaktu bersalin nanti.... aminnnn.....

Sekian....

Wednesday, July 18, 2012

bawa handphone & gajet pi sekolah :: kebaikkan atau keburukkan ? ? ?

Baru-baru ni ada diumumkan mulai tahun depan budak-budak dah boleh bawak nset pi sekolah. Reaksi aku laki bini memang tak setuju dengan pengumuman ni. Bukan lah kami laki bini jelez sebab time kami dulu tak boleh bawak nset pi sekolah, tapi benda ni aku tengok banyak keburukannya. Kebaikkannya memang la ada, tapi banyak buruk dari baik. 

HARAP MAKLUM YER..ENTRY NI PANJANG BERJELA

Yang baiknya ::
1. senang nak inform parents if balik lambat. - yang ni memang aku setuju la. sebabnya, walaupun ada disediakan public phone kat sekolah pon kadang-kadang tak boleh guna. hanya boleh panggilan kecemasan je. Kalau boleh call 999 terus direct pi kat mak bapak tak pe la.

2. Mudahkan komunikasi antara pelajar dan guru. - kalau cikgu masuk lambat student boleh msg tanya cikgu kat mana. tak payah la student tu nak menapak dari blok G ke bilik guru yang letaknya kat Blok A hanya semata-mata nak mencari cikgu yang tak masuk kelas tu.

3. Boleh rekod pembelajaran yang cikgu sampaikan - proses pembelajaran bukan fokus pada membaca dan meghafal je, tapi dari segi lihat dan dengar juga penting. So, student boleh merekod segala formula dan fakta yang disampaikan oleh guru.

3 ni je kebaikkan yang betul-betul kebaikkan. ada kebaikkan yang dikategorikan mengarut dan ntah pape pon ada. tapi ingat yer, baiknyer pun ada kesan buruk...

Yang baiknya tapi mengarut ::
1. student malu nak bagi jawapan kat cikgu, ye lar..takut salah kan. malu kat kawan-kawan, sms je cikgu. Tak pun MMS je jawapan yang student tulis dalam buku tu. Kalau salah cikgu boleh betulkan. - kesannya :: tak ada komunikasi antara guru dan murid. komunikasi secara lisan dan bertulis ni lain, tak sama. ibarat mereka yang bercinta melalui FB. Sebelum jumpa mesti chat dulu kan kat FB. masa chat tu laju je membalas, tapi bila berjumpa, nak bercakap pon macam segan. betul tak ? ? ? samala situasi nya antara guru dan murid.

2. cikgu malas nak masuk kelas relief. nanti kalau ada pengetua lalu suruh ketua kelas tu call cikgu. nanti cikgu tu akan masuk cepat-cepat. Sementara tu, soh student bagitau kat pengetua yang cikgu pi toilet. kena diarrhea. - cikgu yang mengajar anak murid jadi penipu. bagus ke simpan cikgu perangai macam ni ? ? ?

3. senang student nak google mencari maklumat pasal kerja rumah. isi yang bagus mesti dapat pujian dari cikgu. - rasanya tak perlu kot beria bagai nak cari isi karangan dekat internet. benda boleh fikirkan. bukan susah pun. buatnya student tu malas nak mengarang ayat sendiri, copy n paste kan senang. sapa yang rugi ? ? ? bukan student tu jugak ke ? ? ? nanti time exzam betul-betul baru la terkial-kial nak menjawab. Tengok kiri tak kena, tengok kanan tak kena.

4. tak payah dah nak guna buku. semua homework yang nak kena hantar kat cikgu, via email. untuk soal jawab pulak boleh post kat group subject kat FB yang cikgu tu buat. Cikgu pun dah tak payah nak asyik beli pen merah je. Dan tak perlu susah-susah nak mengangkut buku latihan murid-murid.

5. Kalau student tu sakit, tak payah nak tunggu cikgu yang bertugas untuk bawa pi hospital. Student boleh terus call ambulans. - Amboi...melampau kau. Kalau setakat kes sakit perut, nak ke ambulas datang. Berlambak lagi kes yang lagi penting. Nak tak nak kau tunggu je la cikgu yang bertugas tu bawak ko pi hospital. Lain la kalau sakit nak bersalin, boleh terima lagi la nak call ambulan.

Yang buruk ::
1. Setiap masa akan update status FB. - kena marah dengan cikgu, nak bagitau, banyak homework nak bagitau, dapat surat dari secret admire pun nak post kat FB. Kalau dah asyik update status je, bilanya nak buat homework ? ? ? bilanya nak fokus pada study ? ? ?

2. Asyik ber-sms dengan pakwe / makwe. - Dik, ko datang sekolah nak belajar ke nak bercinta ? ? ? Sebelum rehat, msg kekasih hati soh tunggu depan tangga blok B, sebelum balik pun msg lagi, soh tunggu depan gate nak balik sama-sama.

3. Malas nak dengar cikgu membebel kat depan, student kat belakang sumbat telinga dengan earphone dengan lagu. - Yang ni student laki susah sikit la nak buat, yang student pempuan la untung. Nak-nak yang pakai tudung. Bukan cikgu nampak pon. Yang ni aku selalu buat dulu time kat kolej ! ! !

4. Kes kecurian handphone selalu berlaku. - Beban tugas guru disiplin bertambah. Setiap bulan cikgu disiplin kena buat statistik kes kecurian handphone. Kes kecurian ni dah tentu akan berlaku. Nak-nak ada student yang ada rasa dengki, tengok nset orang tu canggih sikit, panjang la tangan die.

5. Ibu bapa kena bagi duit lebih untuk anak-anak beli topup - Kalau sebelum boleh bawa handphone belanja sekolah 3hengget sehari, bila dah boleh bawa nset, duit belanja sekolah dah kena up 10hengget pula. Yang berkemampuan tu tak kisah la sebab banyak duit. Yang golongan kurang berkemapuan ni pula macam mana ? ? ? ke kerajaan ada nak sediakan voucher topup untuk student 5 hengget seminggu ? ? ?

6. Kena beli handphone untuk anak-anak. - Dah bagi kebenaran boleh bawa handphone, dah tentu la anak-anak akan minta mak bapaknya belikan handphone untuk die. Kalau setakat nset biasa-biasa tu tak pe la lagi, boleh gagahkan nak belikan. Ni buat yang tak reti bahasa nak iPhone 4s, Samsung Galaxy Siii ke segala bagai tu macam mana pulak ? ? ? Mak bapak nak beli nset yang biasa-biasa die taknak, susah katanya nak cari maklumat dekat internet. Tak pasal-pasal, diorang akan kata 'Cikgu suruh beli nset yang ada 3G and Android, senang untuk buat revision ! ! ! Budak-budak sekarang dah pandai yer..bukan macam dulu lagi. Ke kerajaan ada sediakan voucher handphone untuk budak-budak sekolah ni? ? ?

Kalau nak suruh aku list kan lagi keburukannya meamng tersangat banyak. Takut korang je yang malas nak membacanya. Ni kalau kat sekolah cikgu suruh adik-adik buat karangan, amik la isi entry akak ni yer dik ! ! ! Memang la ada disediakan garis panduan tentang kegunaan handphone ni kat sekolah, tapi mampu ke cikgu nak memantaunyer ? ? ? sedangkan mak bapaknyer sendiri pun tak dapat nak kawal anak die yang sorang tu, ni kan pulak cikgu kat sekolah tu nak megawal beratus-ratus orang murid. Fikir-fikirkan la....

Sekian....

Jadual Berbuka Puasa Zon 7 Sabah





*** sila click untuk proses tumbesaran yang terbantut ***
*** sumber :: sini ------> untuk seluruh negeri Sabah pun ada


Tuesday, July 17, 2012

Perasaan....

Assalamualaikum....
Lagi beberapa hari kita dah nak puasa kan. rasa cepat je masa ni berlalu. macam tu jugak la baby kat dalam perut ni. rasa macam baru lagi aku buat pregnancy test, rasa macam baru je lagi pi buat booking kat klinik. sedar-sedar je sekarang dah 31 weeks.

SYUKUR
Syukur Alhamdulillah aku dan en.husband dikurniakan rezeki seawal ini. Mula-mula kawin dulu, ada juga merancang untuk hold-on dulu pasal anak ni. Kononnya biar ekonomi kukuh dulu baru nak ada anak. Kononnya tak anak tu nanti terasa kekeurangan. Disebabkan itu semua 'kononnya', kami laki bini ubah fikiran. Tak ada gunanya kami merancang. Duit bukan lah segala-galanya. Duit boleh dicari, boleh diusahakan. Bila dah sampai masa rezeki terbesar yang Allah anugerahkan ni, kami terima dengan penuh kesyukuran. Bersyukur sebab kami dianugerahkan anak seawal ini, tidak seperti orang-orang lain yang dah berkahwin bertahun-tahun tapi masih belum dikurniakan anak. Kawan aku bagitau, untuk mula-mula ni tak payah la nak merancang. Nanti time betul-betul dah ready nak ada anak, tiba-tiba time tu memang Allah tak kurniakan. Tak ke dah susah time tu.

GEMBIRA
Hari ni juga ada khabar gembira yang aku terima dari en.husband. Tahniah atas kenaikkan pangkat. Laki aku ada SPM je, tak ada diploma apatah lagi ijazah. Tapi tu semua bukan ukuran dalam aku memilih dia sebagai seorang suami. Ada diploma macam aku pun tak guna juga. Tak ada kerja. Dengan SPM je dah boleh dapat kerja tetap. Tak ke untungnyer tu. So, pada korang-korang yang tak kawin-kawin lagi tu, yang memilih sangat, awak tak ada ijazah, parents saya mesti tak setuju. mintak maaf yer...sampai sini saja persahabatan kita. ubah la persepsi kolot korang tu. memang la gaji tak besar mana, tapi Alhamdulillah..syukur sangat. Aku laki bini masih lagi boleh bernafas.

SAKIT HATI
Orang yang penuh dengan sifat tamak, mesti ada perasaan busuk hati dan dengki dengan orang lain
Ada tak yang setuju @ ada tak yang tak setuju dengan statement aku kat atas ni ? ? ? 
Kadang-kadang aku rasa pelik dengan orang yang ada sifat macam ni dalam diri sendiri. Kalau kearah kebaikkan tak apa la, ni tak. Dah la menyusahkan orang, lepas tu siap buruk-burukkan nama orang lain untuk menutup sifat keji diri tu sendiri. Risau jugak aku kalau hidup dikelilingi dengan orang yang ada sifat keji tu. Silap-silap nama aku laki bini yang dapat busuk. Kalau nak buat jahat sekali pun jangan nak busukkan nama laki aku. Ko nak makan duit haram ke nak amik makanan setan tu sekali pun, aku dengan laki aku tak heran la. Ko yang tanggung dosa. Duit tu yang ko bagi anak bini ko makan. Dosa masing-masing tanggung, kubur pon lain-lain kan. Tapi jangan nak busukkan nama laki aku. Aku tak heran pon ko nak cakap belakang-belakang, tapi jangan sampai aku dengar dengan telinga aku sendiri. Time tu, baru ko kenal aku sapa ! ! !

SEDIH
Semalam aku terima berita pemergian nenek aku dari kak lang a.k.a DIANA RASHID. Yup, yang meninggal ni nenek kandung aku. Walaupun aku tak la berapa kenal dengan opah, tak rapat pun dengan opah, tapi sedih juga la. Aku tak dapat pun balik. Yelar..dengan faktor jauhnya, dengan keadaan aku yang tengah pregnat ni n husband pon tengah belayar sekarang. Dari jauh ni, hanya AL-FATIHAH & BACAAN YASSIN je yang dapat aku berikan.

SAYU
Sekarang ni dah hampir sebulan en.husband outstation. Balik pon seminggu sekali je. Rasa kosong je rumah ni. Bosan sangat-sangat. Tak ada sapa yang boleh aku buat untuk bersembang, bergaduh, mengusik dll. Pernah sekali aku bangun tidur, rasa sayu je hati aku. Tak dapat aku bayangkan kalau dia tak ada. Macam mana la aku nak tempuh hidup ni. I cant live without him. Selama ni, die kekuatan aku untuk hidup. Pada die la aku berkongsi segala-galanya tentang perasaan aku. Suka duka aku. Dia ada ketika aku susah, ketika aku sedih, dia ada ketika aku gagal. Dan aku tak pernah lupakan die ketika aku gembira. Aku bahagia hidup sebagai isteri die.

sekian...






Thursday, July 12, 2012

nak bersalin kat mana ? ? ?


Assalamualaikum....
Semua mommy yang tengah pregnant sekarang mesti terpikir-pikir nak bersalin kat mana kan...
samada kat private hospital @hospital government je. aku lebih prefer pi gov hospital je. 
en.husband ada jugak kata ::
kalau nak bersalin kat private hospital boleh je..
lagi selesa. 
pastu boleh request nak doctor pempuan..tak ada la malu sangat..

Ermmm...
memang betul apa yang husband aku kata tu.
sebelum pindah Sabah ni dah survey dah a few private hospital kat Ipoh.
salah satunyer Hospital Ar-Ridzuan. Hospital ni bagus sebab lebih pada Islamic. Harga pon tak ada la mahal sangat. dalam RM 2K ++

Tapi pendapat aku, swasta ke kerajaan ke sama je.
Nak kata sakit bersalin kat hospital swasta lagi kurang berbanding hospital gov tak jugak. Aku baca kat blog-blog mommys yang dah bersalin, yang bersalin kat hospital swasta dan gov, semua kata sakit. Cuma yang membezakan adalah layanan, dan kemudahan yang lebih selesa. Nak kata nurse kat hospital gov garang, tak jugak. Ramai yang puji.

'Nurse-nurse semua baik-baik. Tak ada la garang mana pun.'

Ni bukan zaman mak-mak kita dulu. 
Zaman sekarang ni, nurse muka masam je, cakap tengkin-tengking je confirm esok pagi keluar la aduan dekat paper. 
Tak pasal-pasal la semua staff ward tu kena mengadap pengarah hospital. 
Lagi pun sekarang ni gov hospital dah sama taraf dengan hospital swasta.
Semua prosedur sama je. Tak ada beza pun.

Lagi satu, RM2K ++ tu boleh buat simpanan untuk anak. tak pun boleh juga untuk beli barang-barang baby. silap-silap anak baru lahir dah leh pakai baju brand GUESS ! ! !

doctor kat klinik lama aku kerja dulu pun kata gov hospital is the best. die cerita kat aku, 4-4 orang anak die semua lahir dekat hospital gov. everything is okey....
sedangkan specialist doctor pun pi bersalin kat hospital gov, ni kan kita yang biasa-biasa ni.
husband aku pon kerja gov. kat situ dah ada kelebihan
bersalin kat gov hospital, koman-koman pon aku dok kat 2nd class.
nak 1st class pon boleh tambah je $$$$$ sikit..

tapi bagi sape-sape yang berkemampuan lebih tu, boleh je kalau nak merasa bersalin dekat private hospital.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....



Wednesday, July 11, 2012

set berpantang ! ! !


Assalamualaikum....
Hye semua...aku tengah confius ni nak membeli set berpantang. ada la 4-5 brand yang dah dok survey-survey, tapi still lagi blur-blur dan confius. dah baca testimoni setiap brand-brand tu, semua kata produk tu bagus...baca produk yang ni pon kata bagus. macam mana nak pilih kalau semua kata bagus ! ? ? !










Saturday, July 7, 2012

pregnant :: MGTT

Assalamualaikum....
Khamis hari tu dah selamat dah buat ujian MGTT orang panggil minum air gula. ni bukan ujian bertulis, bukan ujian lisan, bukan juga ujian memandu..ujian ni lain dari yang lain. selalunya bila ada ujian semua orang nak markah yang tertinggi kan..tp untuk ujian ni, sapa yang amik mesti nak ujian yang terendah. ujian ni untuk memastikan kandungan gula dalam darah adalah tidak lebih dari paras normal iaitu untuk pastikan ibu hamil tak ada kencing manis.


event gula penting sebagai pembekal tenaga, tapi bila dah tinggi dari paras normal, boleh mendatangkan masalah gak pada kesihatan terutamanya pada ibu mengandung. kencing manis semasa pregnant dikenali sebagai gestational diabetic.


rasa air gula tu sangat lah tidak sedap okeyhhhh....biasa la pi kat klinik kesihatan mana la ada perisa-perisa segala bagai tu.kalau pi private klinik ada perisa oren n blackcurrant.so, kat situ boleh la pilih-pilih nak perisa yang mana.tapi bila dah pi KK ni amik je la perisa asli tu. 


Seawal jam 7.15 pagi aku dah sampai klinik. pi dengan en.husband. tapi die tunggu dalam kereta sebab aku yang suruh. kunk kalo die ikot skali kunk aku suruh die tolong aku habiskan air gula tu. Terus pergi kat makmal bawak sekali dengan form yang nurse bagi time last follow-up hari tu. Sampai-sampai terus bagi form..untuk kes yang kena minum air gula ni, tak perlu amik no..on the spot diorang akan panggil. Aku tunggu pun tak sampai 3 minit dah diorang dah pnggil.. walaupun dah berderet ramai orang menunggu. Masa tunggu tu, aku tengok ada la sorang mommy ni tengah minum air gula. Mula-mula dia minum berkerut-kerut muka dia menahan 'kesedapan' air gula tu.


Masuk je kat dalam lab tu, aku disuruh duduk untuk ambil sampel darah pertama sebelum minum air glucose. untuk sample darah pertama ni aku korbankan tangan kanan aku. sekali inject je darah aku dah masuk dalam syringe. dah siap amik darah, kat sebelah tempat amik darah tu, da meja yang kat atasnya dh siap terhidang air gula. 70mg gula dilute dengan 300 ml air. sisipan pertama, aku rasa okey je..masuk kali ke 5 aku dah start berkerut-kerut muka. rasa loya pun datang dengan tiba-tiba. time tu aku doa sangat-sangat tak nak muntah. bila muntah dah kena buat test lain..tak sanggup la ! ! ! 


amik masa kat 5 minit jugak la aku nak abeh kan 1 gelas air gula tu. dah abeh cepat-cepat aku keluar pi lari kat en.husband yang tunggu dalam kereta. terus minum air masak yang aku bawak. time tu rasa loya memang dah tahap kritikal dah. apa lagi...cari cik minyak cap kapak la. ada la lega sikit.en.husband pon tolong la urutkan belakang aku. dah okey sikit, en.husband kata nak pi jalan-jalan..aku pun okey je. lagipun tak kan nak tunggu kat situ 2 jam kot. nak balik rumah mungkin la tidak sebabnya kena naik tangga tingkat 3..tak pasal-pasl belum sampai level 3 aku dah weeekkkkkk.....


kami jalan-jalan sampai kat bandar KK. tapi tak sampai 2 jam dah abeh round dah.nak tak nak pi balik klinik n cari tempat yang redup sikit..kami pun ZzZzZZzZzZzzZzZzZZzZz....tapi aku tidur-tidur ayam je. En.husband je tidur lena sampai siap berdengkur lagi...adehhh....tak tau la orang yang lalu lalang tu leh dengar ke tak die berdengkur.


9.40 am, aku gerak en.husband. dah mengeliat semua, kami pun pi masuk pi kat lab. sampai-sampai terus nama aku kena panggil. masuk & duduk kat tempat mula-mula aku amik darah pagi tadi. sebelum tu die ada tanya aku 'kau ada muntah ndak' aku just geleng je kepala. kali ni orang lain lak amik darah aku. kali ni sangat sakit okeyhhhh..dah la siap pusing kiri kanan jarum tu kat dalam vein aku..adehhhh..sebelum ni senang je darah aku nak kuar, awat la kali ni payah..ke orang tu yang tak reti? ? ? ? no komen... ! ! ! 


dah siap semua, dia pesan kat aku pukul 2 nanti datang balik amik result. 'okey'
pastu kami laki bini pun pi makan. perut memang tersangat lapar time tu.aku oder roti nan cheese, siap dengan ayam tandoori, kuah dhal..sama dengan en.husband.air lak kami oder limau ais & nescafe ais. oder bagai nak giler. tapi makan sikit je..sebab tekak loya. aku habiskan jugak makan roti nan tu..tak habis rugi je. dah la mahal. 1 set tu je dah dekat 10hengget..tu tak termasuk dengan air...total semua untuk breakfast hari tu rm 19.00 ! ! ! aku makan roti nan chesse kat kedai mamak area sunway lagoon pun lagi murah..kuah pun sedap..ayam pun banyak isi...tapi tu la harga kat Sabah ni..& tu la kedai yang aku rasa macam okey dari kedai-kedai yang ada....


dah siap makan semua, balik rumah. n tidur...


pukul 1.30 pm, siap-siap dan pi klinik balik. sampai-sampai je dah berderet dah orang menunggu. parking kereta pun dah penuh. so, terpaksa la en.husband tunggu kat dalam kereta je. tunggu kat 3 minit je, then orang lab tu suruh cari sendiri result masing-masing kat atas kaunter tu. dan ini lah hasil result aku ::

1st reading
FASTING BLOOD SUGAR (FBS) :: 4.73 mmol/ L 


2nd reading :: 
7.56 mmol/L

NORMAL RANGE:: 3.90 - 6.10 mmol/L

agak tinggi disitu.terus dup dap dup dap jantung aku.macam kena buat BSP je ni...adehhhh.aku pun call akak JM yang husband die 1 kerja dengan en.husband aku. die suruh aku terus masuk bilik die. aku pun tunjuk la result tu kat die. die kata, okey la ni...tak tinggi sangat'..... aku tiba-tiba blur, bukan dah lebih dari normal range ke ? ? ? pastu akak tu kata, tak apa..biar akak tunjuk dulu result ni dekat doctor. aku pun tunggu je la kat dalam bilik tu sambil tengok cik misi buat kerja. lepas tu, akak tu bawak keluar result aku pi tunjuk kat doctor. dekat 5 minit lepas tu, dia masuk balik bilik tu n terus je bagi buku pink n result aku balik. die kata isnin ni datang untuk review dengan doctor..tu memang dah aku tau pun.sebab dah masuk 30 weeks isnin ni n time tu doctor akan cek plasenta. tapi ape jadi dengan result aku tu ? ? ?kena buat BSP ke tak ? ? ? 

tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! ! ! !

Monday, July 2, 2012

pregnant :: puasa

Assalamualaikum....
Sekarang ni dah bulan Syaban, bermakna bulan hadapan kita semua akan menghadapi bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Tiba-tiba rasa sayu je hati ni, 1st time nak sambut puasa jauh dari ayah dan mama ;( teringat time sahur dan berbuka. sebelum ni sahur dah tentu mama yang kejut, siapkan makan semua. aku just bangun tidur, gosok gigi, cuci muka dan duduk kat meja makan, dan makan je..time berbuka pulak, mama yang siapkan hidangan berbuka. aku ??? krohhhh...krohhhh...krohhhh...ZzZzZzZzzZz.....kat dalam bilik..penat la puasa... ;)

tapi keadaan dah berubah.lepas ni aku la yang kena bangun awal untuk sediakan makan sahur. status dah berubah kan ! ! ! nak-nak kali ni puasa sambut kat Sabah.waktu imsak dah tentu awal, maknanya kena bangun awal la untuk bersahur.


Alhamdulillah rasa happy sangat sebab aku akan sambut puasa dengan en.husband buat kali pertamanya dan bersama dengan baby yang semakin aktif kat dalam perut ni.aku harapkan ia melatih anak aku ni nanti dah besar boleh la die pun berpuasa dengan penuh dan jayanya tanpa banyak alasan n perangai curi-curi makan. (jangan jadi macam mommy k...selalu curi-curi makan ;P )


en.husband ada tanya:: 
time pregnant bole puasa ke ? ? ? 

aku jawab:: 
boleh je.asalkan tak ada penyakit2 serius. kena dapat advice n cek doktor dulu.

confident je aku jawab, padahal aku pun tak tau :P
lepas je soalan en.husband tu, aku pon cepat-cepat la menghadap en.goggle. nasib la 'die' ada :) thanks en.goggle kerana dirimu begitu berharga ^_^

menurut dari beberapa artikel yang aku baca, sebenarnya tak salah dan tidak merbahaya jika seseorang pregnant mother tu nak berpuasa. lagi pun rugi sebenarnya kalau kita ni golongan ibu2 yang mengandung ni terlepas untuk berpuasa. time tak pregnant, bila bendara merah je dah tentu tak boleh puasa penuh kan. mesti ada ter-mis seminggu.so, sekarang ni la peluang kita untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan. tu satu..lagi satu, time ni la dapat merehatkan sistem pencernaan dan menstabilkan sistem hormon badan kita. ye lar..sebelum ni macam-macam kita makan, macam-macam kita sumbat dalam perut kita sampaikan tak berehat sistem pencernaan kita, ni lah masanya kita bagi die rehat sekejap ! ! !

untuk pregnant mother ada a few things yang kena amik perhatian. 

1st:: anemia ( kekurangan darah dalam badan)
m2b yang mengalami anemia boleh membahayakan kesihatan jika die berpuasa. kurang hemoglobin (hb) boleh menyebabkan pregnant mother kelihatan pucat, lemah dan sukar bernafas (kandungan haemoglobin dalam darah mengandungi oksigen) dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan pitam.so, pada m2b yang mengalami anemic tu sila dapatkan nasihat doktor dahulu yer.


NORMAL RANGE HEMOGLOBIN MENGIKUT PERINGKAT USIA 


newborn:: 17-22 gm/dL
one (1) week of age:: 15-20 gm/dL
one (1) month of age:: 11-15 gm/dL
children:: 11-13 gm/gL
Adult(males):: 14-18 gm/dL
Adult (female):: 12-16 gm/dL
Men after middle age:: 12.4-14.9 gm/dL
Women after middle age:: 11.7-13.8 gm/dL


2nd:: diabetes (kencing manis)
M2B yang ada kencing manis juga ada masalah jika mereka berpuasa.tempoh berpuasa selama 12 jam boleh sebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tidak stabil. M2B perlukan insulin supaya kandungan gula menjadi stabil.tapi suntikan insulin ni boleh menjadikan ibu mengalami HYPOGLYSEMIA (kurang gula dalam darah). M2B akan mengalami symptom-symptom seperti mengeletar, berpeluh, berdebar-debar, dan terasa lapar yang amat sangat. M2B yang mengalami simptom-simptom yang dinyatakan perlu berbuka puasa kerana ia boleh memudaratkan kesihatan samada ibu dan baby.


3rd:: dehidrasi 
Pengambilan air yang mencukupi sangat penting terutamanya untuk M2B. kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan 

  • berasa hendak pitam
  • sakit kepala dan seperti hendak demam
  • air kencing menjadi pekat dan berbau
  • terasa loya dan ingin muntah
  • rasa menggigil
  • berasa lemah dan sakit otot
  • pergerakan bayi menjadi tidak normal
  • berlakunya kontraksi
untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi, M2B perlu pastikan pengambilan cecair yang cukup.sekurang-kurangnya 2 liter sehari. untuk megelakkan dehidrasi::
  • banyakkan pengambilan cecair
  • banyakkan makan buah, sup, makanan berkuah dan mengandungi air.
  • kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • berehat secukupnya
  • pengambilan vitamin c
tips ibu mengandung ketika berpuasa::

  • jangan miss sahur
  • banyakkan makan yang bernutrien dan tinggi searat masa bersahur dan berbuka cth: jagung, brokoli, pisang, soya, n macam-macam lagi la.korang goggle la sendirik ek...
  • banyakkan berehat,jangan buat banyak kerja.... :)
  • kalau rasa lain macam je cepat-cepat berbuka n kalau tak okey gak pi klinik.
  • jangan minum minuman yang mengandungi kafein.
  • banyakkan berehat dan berdoa kepada ALLAH ;)

SEKIAN ;)