Followers

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

MENU :: puding jagung

Assalamualaikum....
Semalam lepas je solat maghrib, aku dengan semangatnya buat puding jagung. Sebelum ni asyik terbantut je nak buat sebabnya sejak puasa ni, lepas je solat maghrib aku rasa jantung aku macam berdegup dengan laju. So, buat aku jadi penat je. Nak tak nak, kena la berehat dan lupakan projek membuat puding jagung. Akhirnya semalam aku berjaya jugak buat....

Nak buat puding jagung ni tersangat lah senang. Bahan-bahan pun tak banyak.

BAHAN-BAHAN::
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis (beli yang kat dalam tin je)
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air

CARA-CARA::
1. Campurkan tepung kastard, jagung, gula, susu cair & air ke dalam periuk di atas api yang sederhana.
2. Kacau sehingga sebati.
3. Pastikan sentiasa kacau untuk elak tepung kastard melekat pada periuk.
4. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berkilat.
5. Bila dah masak, masukkan ke dalam acuan. Sejukkan. Sedia untuk dihidang.
*** Lagi sedap kalau diletakkan dalam peti ais. Rasa sejuk je tekak bila makan. Nak-nak time berbuka puasa***


Rumah aku tak ada acuan cantik-cantik.
Ni je yang ada.
Loyang pon tak ada.
hikhikhikhik....

Selamat mencuba.
sekian.

Friday, June 8, 2012

cari yang lain jumpa yang lain.....


Assalamualaikum.....
di tengah-tengah malam ni, aku saja la dok golek-golek atas katil ni.nak tido, awal lagi, nak baca novel rasa macam malas. so, aku pun men-goggle la persoalan-persoalan yang yang macam-macam wujud dalam kepala otak aku ni. salah satunya pasal kepak ayam.sejak aku sampai kat Sabah ni, bersepah-sepah aku tengok orang jual kepak ayam panggang.tak kisah la kat mana-mana pun. kat kedai makan dah tentu la...tu, kat fun fair depan 1B tu pun da orang jual. ke memang makanan tradisi diorang ? ? ?.....



disebabkan nak tau sangat pasal apa banyak sangat kepak ayam panggang kat Sabah ni, aku pun goggle la. tanya en.husband die pun tak tau sebab apa. tapi lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.tapi pasal kepak ayam ni jugak la.

aku ni memang suka sangat la makan kepak ayam. dari dulu lagi. time student dulu, member aku pernah tegur, kalau orang tu suka makan kepak ayam, nanti die pergi jauh...huhhuhuhuhu...memang jauh pun aku pergi sekarang ni..masin mulut korang ek.... ! ! !

KEPAK AYAM BAHAYA UNTUK KAUM WANITA ! ! !

baru baca tajuk aku dah cuak dah...bahaya pasal apa pulak.aku makan selama ni elok je.sakit perut pun tak..laju je tangan click kat tajuk tu. dah abeh baca aku pun start mengira berapa banyak kepak ayam yang aku dah makan...makan kepsi berebut kepak ayam dengan mama, makan pizza mesti oder chicken wings, goreng ayam kat rumah pun, mesti amik kepak ayam cepat-cepat..takut orang lain amik....buruk kan perangai ! ! !

LELAKI ? ? ? boleh kot makan...kot la ! ! ! ! sharing is caring kan...jom baca ni.....


Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah benar, seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku lagi  beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. 

Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita  lebih cenderung untuk pertumbuhan sista(cyst) di dalam rahim. Oleh itu, dinasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

sumber:: fieda


so, mulai hari ni kena kurangkan makan kepak ayam..dan mulai hari ni juga aku kena bermurah hati masa makan kepsi..sape yang makan kepsi dengan aku, nak kepak ayam je aku boleh bagi... ;)





SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....



Thursday, January 26, 2012

boleh minum ke tak ? ? ? ? ?

Assalamualaikum....
sekarang ni Ieja tengah musykil....
baru-baru pregnant boleh tak minum air kelapa???
sebabnya semalam Ieja dah terminum...
bukan sikit tau...
1 biji kelapa....
tiba-tiba jadi risau sebabnya ada gak frend kat fb yang baru pregnant, post status pasal air kelapa ni...
ada kata boleh minum...
ada kata tak boleh minum....

aisssshhhhhh....
risau gak...
1 biji air kelapa selamat dah masuk dalam perut Ieja semalam....
bukan setakat air je...
dengan isi-isi die sekali Ieja makan....
sampai sengkang perut la jugak....

tadi dok goggle pun ramai yang kata start 7 bulan baru boleh minum air kelapa...
diorang kata, nanti bila baby keluar bersih je....

pas baca terus cite kat en.husband...
die kata lepas ni jangan minum dah air kelapa.... :(
padahal tu la peberet...
nak-nak minum waktu tengah ari...
nikmat tuuuuuuu........

so......
air kelapa ni boleh minum ke tak untuk yang baru pregnant ? ? ? ? ? ? ? ?




Sunday, May 1, 2011

kalau tak suka bagi kat saya........


Assalamualaikum...
Hye semua...
dah lunch???
saya baru je lepas masak.....
apa??
tak percaya...
ye ler...mentang-mentang kita jarang masuk dapur kan. 
tapi hari ni kena la masak sebab ayah dan mama tak ada. 
kereta pulak tak ada, kalau tak dah lama serbu McD.. 
pukul 12.00PM-3.00PM kan ada McValue Lunch, memang jimat la. 
harga dari RM 5.95
burger+french fries+minuman berkabonate. 
Isnin hingga Ahad


waaaahhhh...dah macam promoter McD dah ni. 
tadi saje saje bukak kotak simpanan barang-barang kesayangan. 
saya adalah salah seorang pengumpul koleksi barangan McD.
koleksi tahun lepas:



and now, McD ada keluarkan koleksi terbaru..
 jom ramai-ramai serbu McD kalau nak dapatkan koleksi terbaru ni. 
tapi, untuk promosi gelas coca cola kali ni bukan macam dulu. 
kalau dulu tiap-tiap hari ada warna yang berbeza, kali ni seminggu 1 gelas 1 warna.
sebab ini merupakan edisi terhad.
promosi dah start 28 April yang lepas.


sapa sapa yang dah dapatkan gelas pertama, jangan lupa dapatkan gelas yang kedua pulak. 
starting from 5th May 2011

huhuhuhu...bestnya...
erm...kalau nak suruh kumpulkan semua ni, memang tak jadi masalah. 
tapi masalah yang akan timbul ialah peningkatan berat badan. 
ni masalah paling bahaya.
so, jalan terbaik untuk dapatkan koleksi ni semua ialah dapat dari  
ngeeeeeeeeee~~~~~~~~~

marilah sama-sama kita menjaga berat badan kita.
hahahahaha....

SEKIAN 
ASSALAMUALAIKUM.