Followers

Saturday, July 20, 2013

KISAH PUASA KALI INI ;)


tahun pertama berpuasa sebagai ibu, tahun ke-2 sebagai isteri...

azam tahun lepas nak puasa penuh tahun ni,
konon-konon bila BF tak datang period sampai anak umur 2 tahun.
tapi, impian tinggal impian.
Aqil 5 bulan, miss P dah datang ;(
1st ramadhan aku dah tak puasa dah.
5th ramadhan baru aku start puasa.

dari 1st Ramadhan sampai ke hari ni dh 
baru sekali terbabas tak bersahur.
semalam la...
Aqil tak tidur-tidur.
asyik main je.
last-last aku yang terlena sama dengan die jam 3.
sedar-sedar dah 4.45 am.
dah sah-sah tak sempat nak makan.
sini imsak awal.

cabaran disiang harinya tak payah nak cakap la.
dengan BF aqil,
aqil yang sekarang ni suka pungah-pungah barang,
dengan kerja aku lagi.
adehhhh.....
mencabar betul kali ni.

tapi alhamdulillah,
dapat jugak puasa sampai waktu berbuka.
aku rasa kat sini okey lagi kot puasa
sebab berbuka awal.
kalau time aku balik semenjung nanti tak tau la cam ne.
dah la berbuka lambat.
makcik aku cakap kat semenanjung sekarang panas ek ???
tak hujan ???

kat sini kalau tak hujan pun mendung je...
cuma lately ni 3-4 hari angin kuat, hujan lebat.
kalau hujan waktu malam,
memang best la dapat tidur.
tapi kalau dapat tidur awal tu dah kira beruntung sangat dah.

ye la..
selagi anak teruna aku tak tidur, jangan harap la aku boleh tidur.

pada yang belum ada anak tu,
hargailah waktu tidur anda...

hihihihihih...
okey la...
bye..
assalamualaikum


Tuesday, July 16, 2013

asyik terbiar je ko ....



Assalamualaikum....
Lama tak update blog.
Berbulan-bulan blog ni tersadai.
huhuhuhuhu..

mood nak update blog tu bukan tak ada,
sentiasa ada sebab banyak benda aku nak tulis & simpan dalam blog ni buat tatapan anak cucu aku nanti.
<anak baru sorang, dah berangan sampai ke cucu>

Alhamdulillah,
bisnes sambilan yang aku buat tu makin okey.
rezeki makin bertambah.

Qaseh Orked Beauty House



Syukur, rezeki Aqil.
Boleh la setakat nak beli baju sepasang sebulan untuk Aqil tu mampu la...

Oppppsssss...
and sekarang ni aku tambah lagi 1 bisnes,
jual baju untuk baby & kanak-kanak.
leh la jengok-jengok kat ;)

Qaseh Mama Aqil Collection House



terlupa pulak...
SELAMAT BERPUASA
hihihihihihi....