Followers

Wednesday, March 30, 2011

maafkan daku!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum

INI ENTRY MINTA MAAF.
MAAF KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
BUAT MASA SEKARANG, TUAN BLOG INI AGAK SIBUK DITAMBAH PULA DENGAN LINE BROADBAND YANG SEMAKIN SLOW AKIBAT TERLEBIH PENGGUNAAN 5GB YANG TELAH DIPERUNTUKKAN OLEH CELCOM.

KEADAAN AKAN PULIH SEPERTI SEDIA KALA.
BUAT MASA SEKARANG TERUSKAN MENGUNJUNGI BLOG INI DAN JANGAN LUPA  MENINGGALKAN JEJAK. TUAN BLOG INI AKAN BERKUNJUNG KE BLOG ANDA SEMUA SELEPAS SEMUANYA SELESAI.

ni la kerja aku sejak semalam sehingga ke hari ini....
ada 11 dulang weh....
waaaaa....sedih.tak ada sape nak tolong. 
mama tolong tengok.
ayah tolong snap pic je...
huhuhuhu...

HAPPY BLOGGING

p/s: entry tak leh bla..gaya macam ramai je datang blog buruk ni.hahahahah....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Monday, March 28, 2011

mata lelaki!!!!!!!!!!


Assalamualaikum.
pernah tak korang dengar statement ni dari mulut lelaki:

"perempuan mengandung nampak seksi la"

pernah tak??
 erm..aku pernah dengar. 
time praktikal dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Hutan Melintang, Teluk Intan, time aku praktikal tu ada la 5 orang student M.A posting dengan aku sekali. so, buat kerja pun sama-sama la. tapi diorang tak ada la cek lebih-lebih pregnant mother tu, just check BP, ambil timbang berat, ukur tinggi dan da yang kerja kat makmal. tengah dok tak ada client, aku pun sembang-sembang la dengan sorang student M.A ni..

student M.A: aku suka la posting kat KKIA ni. hari-hari tengok pempuan seksi.

aku: mana pempuan seksi??tak ada pun semua pakai tudung. baju besar...seksi apa.

student M.A: tu la ko, ko tau tak, mata lelaki ni lain. masa yang perempuan yang paling seksi dan cantik sekali time diorang tengah pregnant. pergggghhh...memang seksi derrr...tak caye try ko tanya pakwe ko. mesti dia cakap ya punya la.

aku: tang mana yang seksinya tu. cer cite kat aku?

student M.A: aku cakap ni ko jangan terkejut pulak ye. seksi tang punggung dia. lentik tu. pastu cara pregnant mother ni jalan. seksi tau. tu pasal time pregnant husband mesti sayang wife dia. sebab time pregnant ni la perempuan nampak cantik dan seksi. kalau dah wife tu jenis comel...alahai..lagi la weh.....

aku: eeeee.....tak senonoh la korang ni.berdosa tau korang tengok bini orang lebih-lebih.
 kalau macam ni la, time aku pregnant & follow up nanti aku akan make sure yang KKIA yang aku pergi tak ada student M.A lelaki. bahaya korang ni.

lepas je dari tu, aku pun dok la try tengok-tengok pregnant mother yang datang follow up, nak tengok betul ke seksi.
erm..seksi ke perempuan mengandung ni????
mata lelaki memang susah nak diduga. kadang-kadang perempuan yang pakai baju kurung pun dikatakan seksi. ada tu yang kata, perempuan pakai kain batik pun seksi.
ish..ish..ish...!!!!

jom tengok seksi ke tak ibu mengandung ni!!!!!!

erm...seksi ke??
erm...tak seksi pun...
erm..yang macam ni kot nampak seksi...
seksi ke???

erm...setiap pandangan orang adalah berbeza-beza.
so, tak salah rasanya kalau kita terima pendapat atau pandangan daripada orang lain sebab setiap pandangan@pendapat yang diberikan tu membuatkan kita berfikir. dan lagi satu, setiap pendapat @ pandangan sesorang tu tak boleh dikatakan sebagai 
SALAH.

SEKIAN
ASSALAMULAIKUM




tubercle bacilli (TB)


Assalamulaikum.
agak lama juga tak post entry yang berkaitan dengan kesihatan ni. keadaan aku yang macam tak cukup masa 24 jam yang diperuntukkan sekarang ni membuatkan aku jarang untk blogwalking, post entry dan membalas jejak-jejak di shoutbox. maaf yer...keadaan akan pulih seperti biasa nanti. untuk hari ni aku nak bagi sedikit info mengenai penyakit yang disebabkan oleh kuman Tubercle Bacilli (TB). mesti pernah dengar kan yang orang dok sebut sakit TB....sakit TB tu...ni bukan sakit suka tengok tibi kat rumah tu.

Entry ni juga bersemperna dengan Hari TB Sedunia yang diraikan setiap 24 mac setiap tahun. kebanyakkan dari kita yang tidak terdedah dengan info kesihatan mesti anggap yang TB merupakan sejenis penyakit. ada setengah tu yang kata TB ialah batu kering. betul tak??? okey..ni ada nak perbetulkan sedikit info yang kurang tepat tu. TB atau pun nama penuhnya ialah TUBERCLE BACILLI ialah merupakan sejenis kuman yang merbahaya yang boleh berjangkit dan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan yang sempurna. point kat sini ialah TB ialah sejenis kuman, bukan penyakit.

Ia akan menjadi penyakit apabila kuman TB ni menyerang organ-organ badan yang lain seperti paru-paru, selaput otak (meningeal tuberculosis), tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit. Organ yang sering dijangkiti oleh kuman TB ni ialah paru-paru, dan ia dikenali sebagai PULMONARY TUBERCULOSIS (PTB) atau pun batuk kering. Ia juga boleh merebak ke organ-organ lain.  PTB akan berjangkit melalui udara iaitu apabila pembawa PTB batuk atau bersin. Individu yang menyedut udara yang telah tercemar ini akan terdedah kepada jangkitan kuman TB.



tanda-tanda:
  1. batuk berterusan selama 2 minggu
  2. sputum@kahak yang mengandungi darah
  3. demam dan berpeluh terutamanya pada waktu malam
  4. hilang selera makan dan berat badan menurun
  5. sakit dada apabila batuk@ menarik nafas panjang
  6. mudah letih

cara mengesan TB:
jika mempunyai tanda-tanda penyakit PTB, perlu dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan@ hospital yang berhampiran.
  • sputum examination
  • pemeriksaan x-ray terhadap paru-paru (chest x-ray)
  • tubercullin skin test@mantox test@
  •  thoracentesis
  • bronchoscopy 
rawatan:
DOTS ( DIRECTLY OBSEVED TREAMENT-SHORTCOUSE) atau pengawasan rawatan jangka pendek secara terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat TB. Prinsip DOTS:
  • pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan.
  • 2 bulan pertama pesakit diminta makan ubat setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih. Ini bermakna pesakit perlu datang ke klinik kesihatan yang berhampiran setiap hari atau di hospital jika pesakit dimasukkan ke hospital.
  • pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.
langkah pencegahan:
  • dapatkan suntikan imunisasi bagi bayi mengikut jadual immunisasi yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan.
  1. bayi yang baru lahir.
  2. murid sekolah darjah 1(7tahun) sekiranya tiada parut di lengan kiri.
  • dapatkan pemeriksaan segera jika mengalami batuk yang berlarutan.
  • kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang raat dengan pesakit yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan TB hendaklah tampil melakukan pemeriksaan.
  • mereka yang dijangkiti TB perlu memakai face mask ketika ke tempat terbuka bagi mengelakkan kuman TB tersebar.
  • individu yang disahkan positive menghidap PTB dinasihatkan supaya tidak meludah dimerata-rata tempat bagi mengelakkan risiko dijangkiti oleh individu lain.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s:malam ni tidur awal.esok mula sibuk untuk bershopping apa yang patut. happy blogging semua.......

Sunday, March 27, 2011

tak kenal.....


Assalamualaikum
fuh..da habuk sikit kat blog aku ni..baru masuk 2 hari tak update blog dah berabuk ke blog buruk aku ni????erm..tu la istilah yang blogger lain selalu guna bila tak update blog sampai berhari-hari, berminggu-minggu@berbulan-bulan. Bukan tak ada story aku nak publish, tak buat masa sekarang aku agak kesibukan. sapa-sapa yang rajin boleh datang tolong aku buat apa yang patot. 

petang tadi, aku balik kampung bruas. mak cik aku buat doa selamat & kesyukuran sebab cucu lelaki pertama dia dapat 9A dalam SPM...tahniah to Raja Muhammad Saiful Azri B. Raja Razman.  

Sebelum sampai rumah mak cik aku, aku singgah rumah mak aku dulu. ajak datang kenduri majlis tunang aku bulan 4 ni....sampai-sampai je disambut oleh banyak ekor kucing. geram je...rasa nak curi bawak balik.hahahaha....bukan tu je, disambut dengan bau buah durian...ngeeeeee~~~~~~~
kat umah mak..yong ada.BTW...pape hal, sorry to say, aku memang tak kenal. tak pernah tengok pun. dan dia pun ngaku tak kenal aku...hahahahaha....nak buat macam mana kan, bukan penah jumpa pun. yang aku kenal kak lang, dan kak chick. kat umah mak singgah kejap je, sebab nak cepat pergi rumah mak cik aku tu. nak la tolong-tolong masak kan..<ayat je lebih ni...>tapi bila sampai je tengok-tengok semua dah siap!!!!! memang aku suka macam ni..hahahaha..aku kan malas masuk dapur. setakat buat air teh tu aku rajin la...ngeeeeeeeee~~~~~~~~~

macam biasa la bila aku balik rumah mak cik aku tu, abang sepupu aku start la gasak aku. kalau sebelum ni cakap bahasa perak memang pior, bila ada aku tiba-tiba cakap sabah...cissssssss...tak pew2...gasak la puas-puas....!!!!!!!!!cakap pun bunyi macam indon...
bweeeekkkk... :P
menu doa selamat tadi: pulut kuning, ayam masak merah, nasi putih, kari ikan, pecal, dan gulai lemak kacang buncis+udang!!!!!aku makan agak banyak malam ni...memang 100% aku punya diet malam ni out...dah la makan nasi, pastu makan lak pulut...erm...nasib la bukan musim cuti sekolah, kalau tak berlambak lagi kenduri!!!!!!

erm..balik dari rumah mak cik aku tadi pukul 10 malam. sampai rumah pukul 11...selalu 40 minit dah sampai. ni sebab aku drive kot tu yang lambat. ye la..ikut jalan Parit tu dah la bengkang bengkok, jalan kecik lak 2, dengan gelapnya. aku agak goyang jugak la walaupun ayah dan mama ada. 

ni la cerita budak-budak aku hari ni. nak tido dah. ngantok sangat sebab makan pulut tadi kot!!!!!!!!

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Thursday, March 24, 2011

1 MALAYSIA : POWERPUFF KENTAL!



NAMA KUMPULAN
1 MALAYSIA : POWERPUFF KENTAL!


KENAPA KAMI PILIH NAMA INI
POWERPUFF atas sebab kami semua gurl, so bajet POWERPUFFGURL ahh.. heheh
TAK GENTAR walaupown dah dikritik kejam tapi tetap join game dan segmen Abg Ben
 
Kitorang memang power POWER... SO what? heheh..
Badan Abg Ben pon tak sekental kitorang okeh ^^


KETUA KUMPULAN
(kene buli nieh, isk3...)


KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN
"sebab cik bunga berjiwa kental"


http://blogcikfza.blogspot.com 
"sebab cik bunga kental dlm melayan kerenah kami"



http://missfrog12.blogspot.com
"sebab yg kami TAK maw jd lead"

 

http://af-sal.blogspot.com
"sebab cik bunga MUDA"


"sebab cik bunga BERKALIBER"

(Sayannnnggg lah koranggg! heheheh.. idoppp powerpufff!!!)

SENARAI AHLI 

senarai penuh geng no 3 ada di sini

pendapat saya tentang 1TUBE.MY ialah:
positive: satu web yang best dan patot buat lebih promosi bior ramai org lain tau yg ada web yg tunjuk orang-orang malaysia boleh buat website yang lagi best dari website yg merepek-repek.

negative: ..xda kot...hik3.

SEKIAN

untuk bakal pengantin: makanan yang di larang minggu pertama perkahwinan

Assalamualaikum.
Entry kali ni untuk bakal-bakal pengantin. erm..yang dah jadi penganti pon boleh juga kalau nak baca. yang adik-adik baru dapat result SPM semalam pun boleh juga kalau nak baca. kira semua la boleh baca entry ni. entry ni di-copy & di-paste dari FB.
harap entry kali ni dapat dijadikan panduan untuk kita yang bakal mendirikan rumahtangga.

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu 
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..? 
Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak". 
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."
Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. 
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya. 

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

GAME ANTARA BLOGGER : 2




join segment Abang BA...
senag je, pe yang korang kena buat 
1. letak banner 
2. tajuk: GAME ANTARA BLOGGER: 2 dan link kan ke ke entry ni

cepatttttttttttt...
nak tutup dah tu...
11.30 AM ni.....

SEKIAN
ASSALAMULAIKUM.


Wednesday, March 23, 2011

Pra-Menstrual Syndrome (PMS)


Assalamulaikum.
malam ni punya entry nak cerita pasal PMS yang sering terjadi kepada golongan anak dara. mak anak dara ada ke PMS?? ada kot..tapi selalunya PMS ni sering menyerang mereka yang masih belum berkahwin/ tak ada anak.

PMS atau Pra-Menstrual Syndrome seperti keletihan, dysmenorrhoe, payu dara rasa sakit, emosi yang berteraburan merupakan antara perkara yang sering berlaku kepada gadis-gadis sebelum haid. rasa hari-hari yang kita lalui tu macam tak best je. ada je yang tak kena. pantang salah sikit, sapa yang cari pasal tu memang teruk la kena marah ditambah dengan rasa sakit akibat dysmenorrhoe, memang mood tengah berterabur.

ni ada satu kajian yang telah dilakukan mendapati PMS boleh diredakan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan kalsium. Perempuan yang mengambil 1000 ,iligram kalsium sehari selama 3 bulan, boleh terhindaar dari PMS kerana PMS adalah disebabkan oleh defisit kalsium. 

Kalsium sebanyak itu boleh diperolehi daripada 4 cawan susu rendah lemak atau 3 cawan susu soya. juga disarankan mengambil roti gandum, dan makanan tinggi serat untuk mengelakkan rasa ngilu di bahagian perut.

disamping itu juga, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi sodium(garam) dan kopi kerana makanan yang tinggi sodium akan meningkatkan lagi berlakunya PMS.

SEKIAN
ASSALAMULAIKUM


9A1 1A2.............



 congrats to missy farkyiew bebeh 
a.k.a zimah sebab dapat 9A1 1A2 dalam SPM 2010 yang diumumkan tadi
(23.03.2011)
sultan ibrahim girl school

Abang Ar Sen dah bagi hadian lom???
hik3...

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM



Tuesday, March 22, 2011

arrrrrrrrr...takut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum..
Ni ada sikit info mengenai istilah fobia yang aku nak kongsi dengan korang. sumber ni daripada nota subject mental health nursing time aku jadi student dulu. tiba-tiba pulak rajin pergi selak nota-nota lama. ada banyak sebenarnya. tapi kat sini aku kongsi 30 dulu. next time aku keluarkan lagi istilah-istilah ni untuk korang..cuba tengok, korang yang mana ye?????????

1. keraophobia 
    takut pada petir

2. gamaphobia
    takut pada perkahwinan

3. koniphobia
    takut pada debu

4. gynephobia
    takut pada perempuan

5. leukophobia
    takut pada warna putih

6. alliumphobia
    takut pada bawang putih

7. latrophobia
    takut berjumpa doktor

8. misophobia
    takut pada kotoran

9. pediculophobia
    takut pada kutu

10. peladhophobia
      takut pada orang botak

11. pentheraphobia
      takut pada ibu mertua

12. claustrophobia
      takut pada tempat tertutup

13. ailurophobia
      takut pada kucing

14. achluophobia
      takut pada tempat gelap

15. acrophobia
      takut pada tempat tinggi

 
16. bathonophobia
      takut pada kedalaman

17. anophobia
      takut pada segalanya

18. Ablutophobia
takut hendak mandi
19. carnophobia
takut pada daging

20. catoptrophobia
takut pada cermin

21. chiraptophobia
takut apabila disentuh

22. cyclophobia
takut pada basikal

23. tachophobia
takut pada kelajuan

24. xanthophobia
takut pada warna kuning

25. tryphanophobia
takut pada suntikan

26. thalassophobia
takut pada laut

27. tomophobia
takut pada pembedahan

28. equinophobia
takut pada kuda

29. hominophobia
takut pada lelaki

30. caligynephobia
takut pada perempuan cantik

kebanyakkan mereka yang menjadi phobia pada satu-satu perkara adalah disebabkan oleh mempunyai sejarah sesuatu kejadian trauma yang menyebabkan mereka menjadi terlalu takut pada sesuatu perkara sehingga menganggu kehidupan seharian mereka.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


aku ada iPad2..korang ada ke????


Assalamualaikum..
tajuk entry memang tak boleh bla..berangan!!!!!! entry kali ni  nak bercerita pasal gadjet yang baru dikeluarkan oleh apple. Sapa tak tau ni syarikat apa, click je kat link tu. bukan kuarkan buah apple ye adik-adik.. tapi satu company yang besar yang mengeluarkan gadjet-gadjet canggih yang boleh buatkan kita jadi sewel sebentar. sewel ke??? semalam aku agak sewel juga la melihat gadjet yang baru di keluarkan oleh company ni.

may be ada antara kita yang dah ada iPad1, tapi orang macam aku ni tak tau la time bila dapat merasa nak pegang iPad ni. petang semalam abang aku message:

:: oi...iPad2 dah kuar. g la usha2

aku pun melompat dari katil terus on lappy. dan aku memang jadi sewel time tu bila tengok gadjet ni. aku pun start buat ayat:

: weh..memang sempoi la..ko dah usha2 kat ne dh brg ni??

 :: kat lowyat aku dah jmpa dh...rege antara rm 1,199- rm 2, 199 pun da. tapi 2 depends pada warna, size GB, n aksesori. ko google la harga.

: laaa...tak la mahl.. macam best je kalo ada orang beli kat aku kan. ko tak nak beli ke???

:: tak nak la. tak puas..kalo lappy best gak main game. ko ni mesti nak ayat aku soh beli???

:: hihihihihihi.....

Abang aku ni memang dah tau dah taktik aku kalo nak mintak satu-satu barang. lappy yang aku tengah dok guna taip entry ni pun dia yang bagi. lepas tu aku pun meng-google harga iPad2 ni...ekceli benda ni dah ada kat malaysia sejak 2-3 minggu yang lepas. aku je lambat. masa aku gogle semalam,harga sebelum sekarang ni ialah rm 6000!!!!!! gila ah.. dan harga yang terbaru selepas di kaji oleh apple untuk pasaran kat Malaysia ni memang harga cun la. mampu dimiliki semua orang.


tapi, walaupun iPad2 dah keluar, edisi yang terdahulu masih lagi sesuai digunakan. cuma iPad2 ni apple ada buat sedikit penambahbaikkan. antaranya unit pemprosesan yang lebih laju, fungsi kamera yang boleh merakam video HD, saiz yang lagi nipis, dan yang paling best ada smart cover yang membolehkan iPad2 dihidupkan sebaik sahaja smart cover di buka.



iPad 2 with Wi-Fi
• $499: 16GB (RM 1,199)
• $599: 32GB (RM 1,499)
• $699: 64GB (RM 1,799)

iPad 2 with Wi-Fi + 3G
• $629: 16GB (RM 1,599)
• $729: 32GB (RM 1,899)
• $829: 64GB (RM 2,199)

for more details pasal iPad2: http://www.apple.com/ipad/

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Monday, March 21, 2011

adenovirus


Assalamualaikum.
baru-baru ni Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai kejadian jangkitan Adenovirus yang di lapurkan berlaku di PULAPOR KL. setakat jam 8 pagi tadi, pelatih Inspektor dan Konstabel yang ditempatkan di wad biasa HKL berjumlah 38 orang termasuk seorang warga kerja PULAPOL KL manakala 2 pelatih lelaki, masing-masing Inspektor dan Konstabel sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. Jumlah pelatih yang menjalani pengasingan pula adalah seramai 639 orang.

sedikit info mengenai Adenovirus:
  • Adenovirus merupakan salah satu kumpulan virus yang mengandungi DNA yang menyebabkan infeksi pada upper respiratory tract infection(URTI) dan menyebabkan berlauku gejala-gejala seperti selsema.
  • Adenovirus merupakan virus yang berasal daripada kelenjar adenoid yang terdapat berhampiran dengan rongga hidung yang berfungsi dalam melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus, dan salur kencing.

  •  melibatkan sistem pernafasan, dan boleh menyebabkan diarrhea(cirit birit), conjunctiva infection (jangkitan selaput mata), jangkitan usus, dan ruam serta mengalami masalah pernafasan akut (ARD-Acute Respiratory Disease) 
  • Tersebar melalui rembesan @ titisan yang keluar melalui saluran pernafasan seperti bersin@batuk dan memerlukan rawatan dan penjagaan rapi (kuarantin) bagi mengelakkan  berlakunya jangkitan.
  • virus mula bertindak agresif apabila sistem pertahanan badan @ antibody menjadi lemah. Ianya tidak dapat diatasi dengan pengambilan antibiotik kecuali terdapat gabungan antara virus dan bakteria.
  • symptom awal seperti demam panas, batuk, diarrhea, hilang selera makan. gejala-gejala awal ini jika tidak mendapat rawatan awal boleh menyebabkan keadaan bertambah serius sehingga boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah Chronic Respiratory Disease dan radang paru-paru.
sebagai rakyat malaysia, harap kita sama-sama mendoakan mereka yang masih ditempatkan di hospital supaya cepat sembuh. sebagai langkah pencegahan juga kita tak sepatotnya menyerahkan 100% tugas pada kerajaan. kita ni pun boleh je ambil langkah berjaga-jaga macam menjaga kebersihan. kanak-kanak atau bayi, ibu mengandung, orang tua, dan mereka yang telah sedia ada menghidapi penyakit dalam sistem pernafasan tidak terlalu terdedah pada persekitaran. dengan keadaan persekitaran yang tidak menentu sekrang ni, penyakit mudah didapati. pada yang rasa cam badan tak sihat je tu cepat-cepat la dapatkan rawatan di hospital. tak salah rasanya menunggu 90 minit (paling lama)  daripada menderita sakit yang belum tahu bila akan sembuh.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Saturday, March 19, 2011

biar buat kerana ALLAH bukan buat kerana terpaksa!!!!!!!!!!


Assalamualaikum
Ada sapa-sapa tak yang tak setuju dengan tajuk entry aku ni. kalau ada yang tak setuju sila lapurkan di komen dengan segera. Ekceli aku baru je terjah satu blog ni. tak payah tanya blog mana. kunk aku kena marah pulak dengan follower dia.

glamer ke blog tu?

entah la. tak tau la glamer ke tak.biasa-biasa je kot. tengok follower lebih kurang aku je. komen pun tak banyak. aku pun baru lagi dalam dunia blog ni. nak cakap lebih-lebih pun tak berani.
<ceh, macam la komen yang aku dapat banyak sangat>

bukan nak cerita pasal blog tu glamer ke, cantik ke, tapi nak cerita pasal entry yang dia tulis. mengata wanita-wanita yang tidak bertudung. bab-bab macam ni aku agak sensitap sikit. sebenarnya setiap perkaara yang dilakukan kena ada keihklasan hati yang dibuat kerana ALLAH. bukan kerana desakan atau paksaan orang sekeliling. memang la harga tudung sekarang ni 5 hengget pun boleh dapat.tapi kalau tudung 5 hengget yang dipakai oleh mereka yang ikhlas memakainya berbanding mereka yang pakai tudung harga 250 hengget tapi tanpa rasa ikhlas di hati buat apa!!!!!!!!

setiap perbuatan kita sebagai umat Islam biar lah dilakukan kerana ALLAH. bukan kerana terpaksa. bila kita lakukan sesuatu benda tu kerana terpaksa ibarat perbuatan yang kita buat tu tak ikhlas, macam perbuatan yang sia-sia je. betul ke tak pe yang aku kata ni??? kunk ada pulak yang kata opinion yang sangat salah. sapa yang tak setuju atau rasa apa yang aku aku tulis ni salah sila tinggalkan pandangan korang tu di ruang komen.

selalunya mereka yang tidak bertudung akan ditanya:

kenapa tak pakai tudung?

merka pun akan menjawab:

seru tak sampai lagi la.

memang ada yang tak boleh terima ayat seru tak sampai lagi la sebagai alasan kenapa tidak bertudung. macam yang aku katakan tadi la, setiap perbuatan kita biarlah dengan ikhlas dan kerana ALLAH. 

aku bukan nak menyokong amalan tidak memakai tudung, tapi bila aku baca entry kat blog tu rasa macam terkejut dengan kenyataan yang diberikan. lepas tu siap mengata cara pemakaian tudung seorang artis ni. aku mengaku memang peminat artis ni. tapi tak la fanatik. setakat suka-suka lagu dia je. bagi aku biar la dia pakai tudung terjembul rambut pun. memang akan ada yang kata dia memperlekehkan perkara yang baik. mungkin itu langkah pertama dia untuk berubah.

lebih baik kita fikir cara yang terbaik untuk mempertingkatkan amal ibadat kita pada ALLAH dari memikirkan hal dosa pahala orang lain. dia nak pakai tudung ke, nak pakai bikini ke, itu hak masing-masing. kita yang sebagai orang ISLAM ni sama-sama la berdoa semoga terbuka pintu hati orang yang tidak bertudung tu untuk berubah.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s: mentality orang malaysia: buat baik kena kata, buat jahat apatah lagi.

ellllleh...20 hengget je...!!!!!!!


Assalamualaikum.
Huh..baru je balik dari pekan batu gajah yang sekangkang semut ni. Lepas hanta mama pergi masjid aku pun start meronda kat pekan batu gajah ni. banyak juga ye dah berubah batu gajah ni. maju sikit je la dari time aku sekolah dulu. jangan terkejut kalau aku kata, ni baru kali ke2 aku berjalan meronda pekan kecik ni sejak aku abeh study. bukan ada pape pon kat batu gajah ni. aku lebih suka cari barang kat ipoh. jangan terkejut kalau ayah & mama ajak beli barang kat batu gajah ni aku kata

tak nak la. bukan ada apa pun kat batu gajah ni. nak beli jom pergi ipoh, banyak pilihan. 

lagi pun aku dah biasa kat ipoh. walaupun tak sehebat kL, tapi aku suka. sebab tak sibuk sangat. kalo drive tak ada la aku tension sangat & tak da la aku buat dosa maki-maki driver lain.

Destinasi pertama, pergi kedai jahit. pergi ambil baju e-day yang aku anta kedai untuk orter. aku lebih suka tempah baju dekat kedai jahit cina berbanding kedai jahit melayu. 
Bukan nak mengagungkan bangsa lain, tapi hakikatnya kebanyakkan kedai jahit yang diusahakan oleh orang melayu ni kadang-kadang buat aku sakit hati. 
diorang tak profesional dalam bekerja. layanan pun lebih kurang je. 
sambil layan pelanggan sambil buat kerja lain. 
lepas tu bila hari datang ambil baju ada je yang tak kena. 
padahal masa hari kita anta tempah diorang yang tak fokus pada apa yang kita cakap. lepas tu mula la salahkan kita yang tak cakap.
nak je aku hempuk kepala diorang tu!!!
berlagak betul.
mentang-mentang kita tak pandai jahit baju.
macam mana la melayu ni nak maju. 
aissshhh..

lagi satu, kata 2 minggu boleh siap. padahal sebelum tu kita dah tanya dah boleh tak siap dalam masa 2 minggu. ye2 je kata boleh. dah 2 minggu kita pun pergi la kedai dia kononnya nak ambil baju. tapi boleh la pulak dia kata tak siap lagi. aku tengok pekerja sampai 5 orang. ntah apa yang dibuat pun tak tau la.
ni la janji melayu. 

ni betul-betul terjadi masa aku pergi tempah baju untuk pakai masa sambutan Hari Jururawat. Last-lastnya aku terpaksa beli baju ready-made. baju yang aku tempah tu aku tak pergi ambil pun. ala..deposit 20 hengget tu kira aku sedekah je la dekat orang yang cakap besar tu!!!!

baju ready made aku. tak plan pun nak pakai kebaya.
tapi ramai puji cantik.hahahahah

tak macam kat kedai cina yang aku anta ni. auntie tu kata 3 hari boleh siap. terkejut gak aku. masa aku datang die tengah sibuk menjahit baju. siap boleh tinggalkan dulu keje dia dan fokus pada apa yang aku nak dia buat pada baju aku tu. tak mahal pun. aku oter jubah tu pastu tambah kain. RM 25.00. kalau auntie tu nak cas mahal-mahal pun aku tak kisah sebab aku memang puas ati dengan keje dia.

aiya..nyonya manyak cepat lo. betui u bole buat?

ye la aku tengok kat kedai auntie tu bertimbun-timbun lagi kain yang tak berjahit.

nanti lagi 3 ari u datang angkat balik ini baju ya amoi.

dan sekaramg baju yang 3 hari lepas aku anta oter tu dah siap. anta awal-awal tak ada la kelam kabut aku. otw balik aku singgah dekat kedai paper sebab ayah pesan soh beli paper. sesambil tu aku pun dok selak-selak majalah. dan beli la majalah yang jadi kewajipan aku beli sejak awal tahun ni.

pesona pengantin edisi april 2011
RM 14.90
muka depan: Fouziah Gaus
sila dapatkan di pasaran sekrang!!!!!

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s: baju tunang tak boleh up load sekarang. kena tunggu selepas 16.04.2011 baru boleh expose kat semua ye....hihihihi..


Friday, March 18, 2011

mood: sedey :(


huhuhu...
nape tiba-tiba datang mood sedey ni???
saya tak suka la sedey-sedey macam ni. kalau saya sedey saya akan nangis dan mata saya jadi bengkak...
huhuhu...
nape tiba-tiba datang mood sedey ni???
nak ingat balik apa yang saya buat hari ni sampai jam 6.10 PM yang buatkan tiba-tiba sedey ni.

erm...bagun pagi pukul 9. take a bath, then get my big breakfast..ari ni mama tak masak breakfast. pagi-pagi mama kuar pergi beli barang dekat tesco. Owhhh..lupa station 18 pengkalan kan dah ada McD. ermmm..may be mama beli kat situ kot. sambil layan McD tengok blog buruk ni. sambil-sambil melawat blog-blog lain. 
Tiba-tiba kawan message. 
nama anwar. seorang M.A di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. 

wei, aku dapat HKL la. 

aku: 
bila ko nak blah???bagus la..kurang sikit kes maksiat kat ipoh ni...hahahaha

anwar:
hotak la lu der.

erm...may be start dari situ kot aku rasa sedey. well jangan gosip-gosip yer..anwar ni pangkat adik je dengan aku. tapi dia okey. banyak tolong aku, tunjuk ajar aku. ye la..dia abeh study dulu daripada aku dan start keje dulu dari aku. so dia dah banyak pengalaman. aku pun banyak belajar dari die. erm...kalau diingatkan balik banyak jasa dia kat aku. 
tolong aku dapatkan injection piriton 
<aku allergic ketam, stok ubat dapat dari dia la>, 
dia jadi delivery makanan aku, 
dia jadi orang yang banyak sain buku cross aku time posting kat A+E, 
dia jadi driver aku time aku dengan member-member aku nak pergi hang out. 
kereta dia aku buat macam kereta aku sendiri. senang aku nak keluar jenjalan dangan kawan-kawan aku. 
erm..kalau disenaraikan memang tak habis.
tapi serius...dia tak pernah cakap dia suka kat aku. dia cakap suka kawan dengan aku je. lagi pun katanya, dia tak tahan dengan mulut aku yang dikatakan sebagai laser.
huh..dia tak tau lagi kot mulut kak lang aku lagi laser. 

kepada anwar, ko dok kL tu jangan noty-noty yer. ingatlah aku di sini..hahaha...
thx yer utk semua yang ko dah buat untuk aku. aku dah bagitau ain dah ko dah nak blah. malam kunk dia message ko yer. lagi satu, nanti kot-kot la aku dapat kerja kat sana, tolong cari rumah sewa untuk aku yer..kalau boleh aku tak nak dekat dengan rumah ko. nanti ko suruh aku masak. ko kan muka tak malu. opssss...jangan lupa tau datang e-day aku 16.04.2011 ni..bawak hadiah sebab 15.04 bufday aku...hahahahaha.
kim salam pada tasya yer. 
say sorry sebab aku mempergunakan pakwe dia yang bernama anwar. 
hahahahaha...

Sekian
Assalamualaikum

m.a anwar attend patient mangsa xcident bus pelancong dari thailand terbalik 
jalan cameron highland-simpang pulai.
good job en.anwar. keep it up.
-ehsan dr FB anwar-

pasangan pilihan keluarga@pilihan sendiri????



Assalamualaikum.
amboi cantik header. header baru ke?opssss..bukan la.ni header cik misi tika. saya join segment yang dia buat. pasangan pilihan keluarga atau pilihan sendiri.

1. tajuk macam tajuk entry ni la.
2. letak header blog mici tika
3. link kan pada entry ni
4. jawab soalan:

>>pasangan pilihan: sendiri @ keluarga?
pasangan pilihan saya ofkoz la pilihan sendiri.

>>kenapa?
sebab saya dah pilih sendiri. hahahaha...tu salah satu jawapan. lagi pun saya yang akan tinggal serumah sebumbung, tidur sekatil, baring sebantal adalah saya. bukan parents saya. lagi pun saya yang akan menghadapi hari-hari tu dengan pasangan saya tu. biarlah saya yang menentukan pasangan saya.

>>pandangan tentang pilihan keluarga?
tak salah ikut pilihan keluarga. orang kata lagi berkat. direstui keluarga. tak kan la ibu bapa pilih bakal menantu diorang kaki dadah. betul tak?mereka lagi tau apa yang terbaik untuk anak mereka. tapi bagi saya tetap tak setuju andai saya kena ikut pilihan keluarga. saya tak suka ada orang yang tentukan hala tuju kehidupan masa depan saya.

>>pandangan tentang pilihan sendiri?
bagi saya, pilihan sendiri lagi berpuas hati kerana dah kenal hati budi, dah tau apa yang dia tak suka. mungkin ada yang kata, masa bercinta pasangan bersifat lain, dah kawin nanti lain. tapi macam mana pulak kalau ikut pilihan keluarga, masa depan ibu bapa kita pijak gajah pun tak mati, tapi bila kat belakang keluarga kita macam-macam dia buat kat kita. yang tu sapa nak jawab???

>>ada tak ahli keluarga yang berkahwin atas pilihan keluarga?
ahli keluarga tu tak ada la tu sebab saya ikut jejak-jejak diorang yang kawin ikut pilihan sendiri.hahahaha...tapi ada kawan yang kawin ikut pilihan keluarga dia. setakat ni Alhamdulillah diorang bahagia, anak dah nak masuk 3 orang dan dia kata, nikmat bercinta selepas kawin satu benda yang terindah.

okey..dah siap.tuan blog pesan kalo boleh tag seorang kawan. saya tak nak tag sorang...semua yang datang blog saya dan pembaca entry ni di-tag.


  saya dan pilihan saya.
hahahahahaha....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


Lelaki Tak suka Lelaki...


Assalamualaikum..
Selalunya kita selalu tanya apa yang perempuan tak suka pada lelaki. tak pun, apa yang lelaki tak suka pada perempuan. macam-macam jawapan yang korang bagi. tak suka perempuan kuat membebel la, tak suka perempuan bersiap lambat la.kalau tanya kat perempuan lak, tak suka lelaki yang tak tepat janji, tak suka lelaki tak nsem. yang ni aku sokong...hikhikhik .macam-macam kan. kalau jawab depan-depan boleh jadi pertandingan berdebat. sesekali apa kata kita tukar sikit je soalan tu...apa yang lelaki tak suka pada lelaki???? haaaa...jawab la...jawab..jawab..jawab...kata orang lelaki lebih tahu dan lebiih memahami diri mereka. so, bila ditanya soalan macam ni, jawapan mesti lebih tulus, jujur, tiada penipuan dll...betul tak???? jom tengok apa yang lelaki tak suka pada seorang lelaki..yang perempuan pulak, tengok...sama tak dengan apa yang kita tak suka.

tak suka lelaki yang tak tahu jaga kebersihan. kebanyakkan lelaki ni jenis ambik mudah je dengan kebersihan. nak tanya ni...seluar jeans korang basuh berapa kali? setiap kali selepas penggunaan? seminggu sekali? sebulan sekali? lagi parah...setahun sekali. ni salah satu la yang selalu aku nampak. da yang kata, tak kan nak basuh selalu, rosak la seluar..sebenarnya malas nak basuh. nak-nak yang tinggal bujang..aku selalu kuar dengan ramai kawan-kawan. kalau terjumpa dengan lelaki yang muka nsem, memang kitorang akan usha..muka dah okey..body taf, lengan sasa...sekali aku tengok kaki seluar....alamakkkk...reject der..tak boleh bla...dah itam.ko jadi pe? MBI???? ada yang aku paling takboleh terima time kuar ikot member aku sambur bufday BF die. bulu idong BF terkeluar...aduyaiii...yang tu pun boleh terpikat ke..bukan hari tu je. aku pernah tengok pic BF member aku yang merangkap roomate aku tu. ari-ari la aku terpaksa pandang sebab die buat poster letak kat almari die. spoil mood aku nak study dalam bilik tu..hahahaha... sepatotnya lelaki sekarang ni dah tahu dalam penampilan imej. kepada kaum perempuan, sila perhatikan kaki seluar pasangan masing-masing dan bulu idong diorang!!!!!!!!!!!

tak suka lelaki yang tidak ada tanggungjawab. contohnya lelaki yang tidak bekerja. pemalas. mengharapkan orang lain. lelaki macam ni selalunya hanya tahu mengambil kesempatan keatas kesenangan orang lain. nak-nak perampuan yang boleh di ayat...woiiii..tak malu ke makan duit perempuan??? kalau setakat belanja sekali dua tu tak apa lagi. sebab dalam sesebuah perhubungan tak kira la percintaan ke, persahabatan ke, kena ada give and take..ni kalau dah selalu buat malu kaum je broooo... selalunya adalah dari golongan lelaki-lelaki yang perasan diri dia tu nsem. kaum perempuan semua, jangan terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki kalo da yang nak pinjam duit...ayat nanti abang bayar la duit sayang memang tak boleh pakai. percaya la. nak try??? try la...jangan menyesal sudah la der....lagi satu bila

biar papa asal bergaya!!!! ni lah dia. gaji lebih kurang je tapi tinggi angin..gaji cukup-cukup tok makan sendiri, nak bagi mak bapak kat kampung pun tak lepas, tapi nak pakai kereta mahal-mahal. sudahnya ko ikat perut..padan muka. lagi satu, bila kat depan awek...aduyaiii...apa perempuan tu nak semua ikot jew...alasan sayang.wei..agak-agak la pun sayang. jangan jadi bodoh bro..sekarag ni perempuan pun nak amik kesempatan pada diri ko tau tak..nak tau sebab apa???sebab ko amalkan sikap biar papa asal bergaya. memang nak bagi ko tu papa pun...

sukar setia pada yang satu. huh..nampaknya terbukti. kalau dulu perempuan cakap lelaki kta mana ada. sekarang ni kaum ko sendiri kata bro...ko nak kata apa lagi. tak cukup dengan yang satu. memang kenyataan yang harus diterima okey. % lelaki yang setia pada satu memang dah kurang. nak cari sekarang ni memang payah. bagi yang bernasib baik tu dikira Alhamdulillah la dapat seorang lelaki yang setia. tahniah. kekalkan prestasi anda yer wahai lelaki-lelaki setia.

ego. ermmm..yang ni pun memang tak dinafikan. semua lelaki mesti ada rasa ego dalam diri masing-masing. selalu dengar perempuan mengeluh pasal sikap lelaki yang ego ni...
pe yang korang dapat dengan sikap idung tinggi korang ni..jangan kan kata perempuan menyampah, lelaki pun tak suka. hebat tak mentare mana, gebang besar..tapi habuk pun tak ada,

ni bukan sahaja sikap yang lelaki tak suka pada lelaki, perempuan pun tak suka. tak tau la pulak da perempuan yang suka couple dia pakai seluar jeans sampai setahun tak basuh..iyeeeeekkkk @ bulu idong terkelur nampak lagi nsem...bweeeekkk..nak termuntah aku. kepada kaum-kaum lelaki harap entry ni dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. bukan nak mengaibkan sapa-sapa tapi untuk diri sendiri juga kan....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM



Thursday, March 17, 2011

"sila panggil saya STAFF NURSE!!!!!!!!!!!"


Assalamualaikum..
memang tak boleh bla la dengan tajuk entry hari ni. tapi ini kenyataan, aku seorang staff nurse yang belum lagi bekerja. erm..macam mana la agaknya aku dah kerja nanti. dah biasa sangat guna JP (JURURAWAT PELATIH), nak tukar jadi JT/SN (JURURAWAT TERLATIH/STAFF NURSE) agak besar tanggungjawab yang bakal aku galas. kalau sebelum ni, tak tau je leh panggil staff nurse, lepas ni student-student lak cari aku...adoyaiiii...besar tau tanggungjawab nurse sekarang. selain jaga pesakit, kena jadi pendidik kepada student-student nurse. Tu belum masuk lagi student-student M.A yang posting kat wad. student M.A???? erm....ada cerita disebalik  student M.A ni !!!!

SN NOR SUHAIZA akan sedaya upaya membantu adik-adik yer.hahahahahaha....

ermmmm....ekceli, aku baru je balik dari kolej. ambil sijil LJM...macam tak percaya aku dah ada sijil ni. ini bermakna aku dah boleh melakukan kerja-kerja merawat orang. ye kew....?????yup..dan aku telah terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh LJM. 

tajuk entry diambil kerana tiba-tiba aku teringatkan seorang Staff Nurse di sebuah hospital kerajaan di Hilir Perak. Aduyaaiiii...berlagak betul. 1st time orentasi kat wad time sem 1, macam die lak sister kat wad tu

jangan paggil saya kakak.saya bukan kawin dengan abang kamu. tak nampak pula muka adik ipar saya kat sini.
sila panggil saya staff nurse.

eleh..macam la kitorang nak sangat panggil dia kakak. sebelum start posting kami dah dilatih untuk menghormati staff-staff di wad dengan panggilan Staff Nurse. nak je aku hempuk dia. but, don't judge the book by it's cover @ lebih tepat lagi jangan menilai seseorang melalui perkenalan pertama@ luaran sahaja. bila dah 1st time dia sound kitorang macam tu rasa cam tak semangat je nak posting kat wad tu..1st day pergi kerja kat wad tu semua buat muka tayar buruk...huuhuhu....time pagi dia tunjuk bengkeng dia..tak pe la.disebabkan hari tu hari jumaat, kitorang buat andaian kotor... 

staff nurse ni tak dapat kot malam tadi. tu yang dia angin je tu.

hahahaha...tak senonoh kan student nurse ni..tapi bila dah masuk tengah hari dia okey pulak....

owh..may be sebab dah nak balik kot...

masuk hari kedua, dia okey..sekali lagi kami buat andaian kotor..

dia dah dapat la tu malam tadi...
hahahahaha...

dan masuk hari ketiga dan seterusnya, bila dah kenal dengan staff nurse tu, dia sangat best dan sangat baik. tak kedekot ilmu...aku banyak menuntut dengan dia la sehingga aku berjaya memegang sijil LJM ni...TERIMA KASIH STAFF NURSE!!!!!!! 

 LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s: terima kasih juga pada family, ayah & mama yang banyak support aku masuk nursing ni. cita-cita aku masa kecik-kecik dulu nak jadi pramugari. tapi ayah tak bagi. dia kata seksi.....

ketahanan perut di malam hari....



bila on9 sampai lewat malam, perut mula la bernyanyi minta di sini. ah....pedulikan. biarpun ko menyanyikan lagu yang sedap-sedap aku tidak akan terpengaruh dengan pujukan ko itu. tapi...disebabkan aku kasihan mendengar rintihan ko itu, tengok je la makanan-makanan ni. anggapkan ko dah kenyang yer perut...
kek chocolate yang aku import dari google bakery.
 satay google
lamb chops
 
asam laksa from oldtown white coffee
pak cik google belanja.

 pilih la nak yang mana. amik semua pun tak apa.


ice cream.makan sampai rosak gigi.
 kita singgah McD pula sebelum kembali ke pangkal jalan.

dah kenyang kan...sekarang ni time to gosok gigi & sleep. good nite semua. credit to pakcik google sebab belanja. bye....
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM



Wednesday, March 16, 2011

KEKANDA ADINDA: si montel mencari cinta.


Assalamualaikum...
agak lama juga kan aku tak menulis entry slot. lebih kuang hampir 2 minggu betul tak. bukan tak ada idea yer..sekarang ni agak buzzy la.blogwalking pun dah jarang.hanya terjah blog-blog yang tinggal jejak kat shoutbox, bloglist dan mereka-mereka yang baru follow blog ni.hik3..maaf yer..dah settle semua keadaan kembali pulih seperti dulu. 

hari rabu slot cinta: kekanda adinda....kali ni entry khas untuk mereka yang chubby dan bersaiz XXL dalam mencari cinta sejati. ada tak kawan-kawan korang yang bersaiz XXL ni macam putus asa dalam mencari cinta? aku ada kawan macam tu.umur sebaya aku..sampai sekarang tak ada berteman. bila jumpa aku je:


ieja, ko tak ada ke kawan untuk aku..ko kan ramai kawan. kenalkan la kat aku sorang.

Adoiiii..kadang-kadang aku rasa serba salah pulak. bukan tak nak kenalkan dia dengan kawan-kawan aku yang nsem tu, tapi aku takut dia kecewa. kawan-kawan aku tu high taste semuanya. kawan-kawan aku tu, suka kat aku sebenarnya...hahahahaha...


okey..ni ada tips untuk mereka-mereka yang bersaiz XXL dalam mencari cinta. jom tengok.

teman sms: pernah tak tertengok dekat tv ada iklan perempuan gambar kusut masai sebab bosan tak ada kawan.???

"bosan tiada teman??? SMS ON KAWAN ke 33433"

lebih kuang cam gini la ayat dalam iklan tu. apa kata korang cuba join. cuma daftar je kat nombor tu, operator akan bagi senarai nama,pastu korang pilih la yang mana nama best-best ke. TERUNA KESEPIAN. DARA PUJAAN. SUHAIZA CANTIK...hikhikhik...
dah ber-sms, lepas tu boleh la set nak jumpa. tapi jangan terlalu cepat mengharap dan percaya pada orang yang korang kenal tu. ambil masa untuk saling kenal mengenali.
**jangan korang pergi sms nombor kat atas tu, contoh je tu**

buka buku tahunan: tau buku tahunan??majalah sekolah korang la..cuba korang buka balik buku tu.kot-kot la ada wajah-wajah kekasih korang yang lama ke..yang pernah korang reject ke.padan muka dulu reject orang, sekarang baru terhegeh-hegeh. 
ni bagi yang sekolah campur ye..sape yang sekolah convent @ st Micheal  tu, tak payah beranggan. muka cikgu matematik korang yang dah ada anak 5 ada la dalam tu. erm..mana la tau kan, time ni orang yang pernah ko reject dulu tu tengah mencari cinta juga. boleh la korang usha-usha line...kot-kot clear ke...kan???betul tak??? tapi ingat..ko pernah reject dia dulu.jangan terlalu gelojoh sangat @ nampak sangat yang ko tengah mencari cinta. lagi satu jangan terkejut, dulu dengan sekarang lain yer. kot-kot dia dah sama saiz dengan ko...lagi sesuai....hihihih....
**cara canggih: Facebook**

reunion: melalui FB sekarang ni lagi mudah. aku tengok ramai betul yang berjumpa dekat FB, pastu create group then buat reunion. ha...join reunion juga antara salah satu event untuk mencari cinta. tapi lebih kepada cinta lama bertemu kembali.reunion tempat korang untuk jumpa semua rakan-rakan baik, musuh, bekas kekasih, bekas madu pun boleh jumpa. apa kata time join reunion ni korang bergaya sakan. biar terbeliak mata orang yang pernah reject ko dulu tu..sampai tak berkedip mata orang tu ye la..time sekolah, hinggus meleleh lagi...yekkkk...




dunia blog: boleh ke???erm..tak tau la.tak pernah jumpa.aku kan baru lagi dalam dunia blog ni.. tapi bagi aku keadaan ni boleh terjadi. dan bagi aku cara ni sangat sweet sebab, jatuh cinta melalui penulisan. ayat-ayat yang korang karangkan tu may be boleh buat ada sesetengah orang yang boleh jatuh cinta..huhuhuhu...kalau sapa-sapa yang ada cerita cinta berputik di blog boleh la kongsi yer...


p/s: ada orang kata, mereka yang bersaiz XXL ni seksi....

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM.