Followers

Saturday, March 19, 2011

ellllleh...20 hengget je...!!!!!!!


Assalamualaikum.
Huh..baru je balik dari pekan batu gajah yang sekangkang semut ni. Lepas hanta mama pergi masjid aku pun start meronda kat pekan batu gajah ni. banyak juga ye dah berubah batu gajah ni. maju sikit je la dari time aku sekolah dulu. jangan terkejut kalau aku kata, ni baru kali ke2 aku berjalan meronda pekan kecik ni sejak aku abeh study. bukan ada pape pon kat batu gajah ni. aku lebih suka cari barang kat ipoh. jangan terkejut kalau ayah & mama ajak beli barang kat batu gajah ni aku kata

tak nak la. bukan ada apa pun kat batu gajah ni. nak beli jom pergi ipoh, banyak pilihan. 

lagi pun aku dah biasa kat ipoh. walaupun tak sehebat kL, tapi aku suka. sebab tak sibuk sangat. kalo drive tak ada la aku tension sangat & tak da la aku buat dosa maki-maki driver lain.

Destinasi pertama, pergi kedai jahit. pergi ambil baju e-day yang aku anta kedai untuk orter. aku lebih suka tempah baju dekat kedai jahit cina berbanding kedai jahit melayu. 
Bukan nak mengagungkan bangsa lain, tapi hakikatnya kebanyakkan kedai jahit yang diusahakan oleh orang melayu ni kadang-kadang buat aku sakit hati. 
diorang tak profesional dalam bekerja. layanan pun lebih kurang je. 
sambil layan pelanggan sambil buat kerja lain. 
lepas tu bila hari datang ambil baju ada je yang tak kena. 
padahal masa hari kita anta tempah diorang yang tak fokus pada apa yang kita cakap. lepas tu mula la salahkan kita yang tak cakap.
nak je aku hempuk kepala diorang tu!!!
berlagak betul.
mentang-mentang kita tak pandai jahit baju.
macam mana la melayu ni nak maju. 
aissshhh..

lagi satu, kata 2 minggu boleh siap. padahal sebelum tu kita dah tanya dah boleh tak siap dalam masa 2 minggu. ye2 je kata boleh. dah 2 minggu kita pun pergi la kedai dia kononnya nak ambil baju. tapi boleh la pulak dia kata tak siap lagi. aku tengok pekerja sampai 5 orang. ntah apa yang dibuat pun tak tau la.
ni la janji melayu. 

ni betul-betul terjadi masa aku pergi tempah baju untuk pakai masa sambutan Hari Jururawat. Last-lastnya aku terpaksa beli baju ready-made. baju yang aku tempah tu aku tak pergi ambil pun. ala..deposit 20 hengget tu kira aku sedekah je la dekat orang yang cakap besar tu!!!!

baju ready made aku. tak plan pun nak pakai kebaya.
tapi ramai puji cantik.hahahahah

tak macam kat kedai cina yang aku anta ni. auntie tu kata 3 hari boleh siap. terkejut gak aku. masa aku datang die tengah sibuk menjahit baju. siap boleh tinggalkan dulu keje dia dan fokus pada apa yang aku nak dia buat pada baju aku tu. tak mahal pun. aku oter jubah tu pastu tambah kain. RM 25.00. kalau auntie tu nak cas mahal-mahal pun aku tak kisah sebab aku memang puas ati dengan keje dia.

aiya..nyonya manyak cepat lo. betui u bole buat?

ye la aku tengok kat kedai auntie tu bertimbun-timbun lagi kain yang tak berjahit.

nanti lagi 3 ari u datang angkat balik ini baju ya amoi.

dan sekaramg baju yang 3 hari lepas aku anta oter tu dah siap. anta awal-awal tak ada la kelam kabut aku. otw balik aku singgah dekat kedai paper sebab ayah pesan soh beli paper. sesambil tu aku pun dok selak-selak majalah. dan beli la majalah yang jadi kewajipan aku beli sejak awal tahun ni.

pesona pengantin edisi april 2011
RM 14.90
muka depan: Fouziah Gaus
sila dapatkan di pasaran sekrang!!!!!

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s: baju tunang tak boleh up load sekarang. kena tunggu selepas 16.04.2011 baru boleh expose kat semua ye....hihihihi..


8 comments:

  1. cantik bju kbaya tuh :)

    ReplyDelete
  2. ahh org melayu mmg cmtu , dh laa jhitan xkemas , lmbt lak 2 . huhu skong sgt laa ape yg awk ckp tu .

    psssttt : nk tunang dh ke ??? jgn lupe jmput :)

    ReplyDelete
  3. kedai melayu byk camtu..
    samala dgn yg depan umah sy..
    tempah dkat setahun tp tak siap2..
    bila mintak kain balik, dia ckp tgh buat..
    sbulan lpas tu, x jugak siap.. tiba2 dia kata dia dh bg balik kain tu..
    huh.. mengamuk trus..

    ReplyDelete
  4. @diana
    bkn cerewet la..mempertahankan hak sbg pengguna....

    ReplyDelete
  5. @Solihin Zubir
    mak ai..setahun..wt pe la die smpan kain 2...hahahaha...
    bg myk pengasih kat kain tu kot.biar kamu syg die...
    hahahaha....

    ReplyDelete
  6. kat mane yer kedai jahit tu?? saya nak cari tukang jahit yang boleh siapkan baju cepat..

    ReplyDelete