Followers

Wednesday, March 2, 2011

KEKANDA ADINDA: perigi cari timba:


Antara lelaki dan perempuan pada zaman sekarang ni tak banyak beza. Maksud tak banyak beza kat sini bukan la dari segi jantina, tapi dari segi kerjaya, pendidikan dan taraf hidup. Kadang-kadang tu, bila dikaji semula, perempuan sekarang ni lebih ramai yang berjaya dari lelaki.
Tapi bila sebut bab cinta, memang perempuan terpaksa beralah.
ye la…perempuan mana boleh suka-suka hati nak hai lelaki sana, hai lelaki sini hanya semata-mata untuk mengoda seorang lelaki yang mereka minat. kira kes terpaksa pendam rasa la..selagi si lelaki tak mulakan bicara, takut nanti dikatakan perigi cari timba si perempuan ni terpaksa la menanti dan terus menanti. Kalau bernasib baik lelaki tu akan mulakan, tapi kalau nasib tak baik…melepas laaaaaa.
Berani tak kalau kamu tepiskan stigma tu…????????
malu kan...
erm..sifat semulajadi bagi perempuan.
tapi jangan ingat tak ada perempuan yang tak berani buat macam tu.
budak-budak sekolah sekarang ramai yang berani luahkan rasa cinta diorang pada lelaki yang diorang suka. lelaki tu pulak yang malu.
tapi, perlu diingatkan yer...
risiko agak tinggi andai kata kamu di-reject.
malu dapat, kecewa pun dapat.
lagi kecewa kalau dia dah ada gadis idaman dia.
confirm melepas la ko.
Macam lelaki, diorang ada banyak cara nak berkenalan dengan cikaro yang diorang suka….
contohnya, mengaku kawan sekolah la, padahal cikaro tu sekolah Convent…dah sah-sah semua classmatenya perempuan. menipu kan???
tak pun, berjumpa di Facebook. 
Aisssshhhh...bagi yang semua pasal diri semua tulis kat FB, lagi senang la si lelaki tu nak mengayat kamu. apa yang dia kata pasal kamu mesti betu. bila dah macam tu senang la dia nak minta no fon kamu.
yang kamu pun percaya la sangat kat lelaki tu yang kamu ingat betul-betul kenal kamu. 
padahal haram....tak kenal pon.
Lagi satu ….buat-buat terlanggar masa beli bawang kat tesco. Padahal saje-saje je langgar.pastu berterabur la semua bawang-bawang yang harga tengah mahal sekarang ni..si lelaki ni pun tolong la kutip sambil pandang-pandang jeling-jeling kat cikoro tu.dah abeh kutip, ‘sorry yer…saya tak sengaja tadi. Saya Remy Ishak. Awak???’kata si lelaki sambil hulurkan tangan.
‘oh..tak ape.saya pun salah juga tadi.kelam sangat. Saya tiz zaqyah’ kata si cikaro tu sambil menyambut salam tangan lelaki tu.
Haaaa….nampak tak?
Apa kata kalau kamu suka kat seorang lelaki tu, kamu tak payah jadi penunggu.apa kata kamu yang mulakan dulu hubungan tersebut.jadilah perempuan yang agresif, tapi mesti kekalkan dengan imej ayu, sopan, elegan dan yang paling penting..JANGAN OVER!!!!!!!!!
lagi satu...jangan guna taktik klasik.tau taktik klasik tu apa?
buat-buat salah nombor...
aishhhhh...tak sesuai tau.dah basi. 
buatnya dia pun suka kat kamu dan siap save nombor kamu lagi, tak ke malu.
tapi kalau dah macam tu, ibaratnya kamu tak bertepuk sebelah tangan la.
tahniah!!!!!
hahahahahahaha....

SEKIAN 
ASSALAMUALAIKUM.


10 comments:

  1. hahahahaha silap nombor ? Alaaaaa x reti la nak mula dlu. Camne camne? ceciteee

    ReplyDelete
  2. byk perempuan dah berani sekarang:)

    ReplyDelete
  3. @SaYraH WonDerLanD
    nak tau yer...tgu next week ari rabu pnya entry.khas untuk sarah yer...

    ReplyDelete
  4. @faiz
    tau xpew...nk2 bdk2 sekolah skunk..
    dasyat la diorang...

    ReplyDelete
  5. perigi pun dah tak wujud dah skrg..

    ReplyDelete
  6. @A'IM
    ada la..
    perigi buruk..
    hahahaha...

    ReplyDelete
  7. salam...

    ramai gadis belum sanggup nak melanggar adat tuu..

    tapi kalau gadis mula dulu pun apa salahnya..ok juga kan..

    ReplyDelete
  8. BYK JE SKRG GAYONG CARI BALDI..

    ReplyDelete
  9. errr.. berlalu pergi jer..

    ReplyDelete