Followers

Monday, March 28, 2011

tubercle bacilli (TB)


Assalamulaikum.
agak lama juga tak post entry yang berkaitan dengan kesihatan ni. keadaan aku yang macam tak cukup masa 24 jam yang diperuntukkan sekarang ni membuatkan aku jarang untk blogwalking, post entry dan membalas jejak-jejak di shoutbox. maaf yer...keadaan akan pulih seperti biasa nanti. untuk hari ni aku nak bagi sedikit info mengenai penyakit yang disebabkan oleh kuman Tubercle Bacilli (TB). mesti pernah dengar kan yang orang dok sebut sakit TB....sakit TB tu...ni bukan sakit suka tengok tibi kat rumah tu.

Entry ni juga bersemperna dengan Hari TB Sedunia yang diraikan setiap 24 mac setiap tahun. kebanyakkan dari kita yang tidak terdedah dengan info kesihatan mesti anggap yang TB merupakan sejenis penyakit. ada setengah tu yang kata TB ialah batu kering. betul tak??? okey..ni ada nak perbetulkan sedikit info yang kurang tepat tu. TB atau pun nama penuhnya ialah TUBERCLE BACILLI ialah merupakan sejenis kuman yang merbahaya yang boleh berjangkit dan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan yang sempurna. point kat sini ialah TB ialah sejenis kuman, bukan penyakit.

Ia akan menjadi penyakit apabila kuman TB ni menyerang organ-organ badan yang lain seperti paru-paru, selaput otak (meningeal tuberculosis), tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit. Organ yang sering dijangkiti oleh kuman TB ni ialah paru-paru, dan ia dikenali sebagai PULMONARY TUBERCULOSIS (PTB) atau pun batuk kering. Ia juga boleh merebak ke organ-organ lain.  PTB akan berjangkit melalui udara iaitu apabila pembawa PTB batuk atau bersin. Individu yang menyedut udara yang telah tercemar ini akan terdedah kepada jangkitan kuman TB.



tanda-tanda:
  1. batuk berterusan selama 2 minggu
  2. sputum@kahak yang mengandungi darah
  3. demam dan berpeluh terutamanya pada waktu malam
  4. hilang selera makan dan berat badan menurun
  5. sakit dada apabila batuk@ menarik nafas panjang
  6. mudah letih

cara mengesan TB:
jika mempunyai tanda-tanda penyakit PTB, perlu dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan@ hospital yang berhampiran.
  • sputum examination
  • pemeriksaan x-ray terhadap paru-paru (chest x-ray)
  • tubercullin skin test@mantox test@
  •  thoracentesis
  • bronchoscopy 
rawatan:
DOTS ( DIRECTLY OBSEVED TREAMENT-SHORTCOUSE) atau pengawasan rawatan jangka pendek secara terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat TB. Prinsip DOTS:
  • pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan.
  • 2 bulan pertama pesakit diminta makan ubat setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih. Ini bermakna pesakit perlu datang ke klinik kesihatan yang berhampiran setiap hari atau di hospital jika pesakit dimasukkan ke hospital.
  • pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.
langkah pencegahan:
  • dapatkan suntikan imunisasi bagi bayi mengikut jadual immunisasi yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan.
  1. bayi yang baru lahir.
  2. murid sekolah darjah 1(7tahun) sekiranya tiada parut di lengan kiri.
  • dapatkan pemeriksaan segera jika mengalami batuk yang berlarutan.
  • kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang raat dengan pesakit yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan TB hendaklah tampil melakukan pemeriksaan.
  • mereka yang dijangkiti TB perlu memakai face mask ketika ke tempat terbuka bagi mengelakkan kuman TB tersebar.
  • individu yang disahkan positive menghidap PTB dinasihatkan supaya tidak meludah dimerata-rata tempat bagi mengelakkan risiko dijangkiti oleh individu lain.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s:malam ni tidur awal.esok mula sibuk untuk bershopping apa yang patut. happy blogging semua.......

2 comments:

  1. mangsa tag cintabunga seterusnya adalah kamo si powerpuff kental :)

    http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/you-are-my-lucky-follower.html

    ReplyDelete
  2. good info..:) thanks for sharing..

    meh ke rumah..
    ~Addina Dania sayangku~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete