Followers

Thursday, October 24, 2013

REVIEW :: baby steps activity walker by chicco

Aku kan suka menunjuk-nunjuk kat instagram, tak kisah la apa-apa pun. Baik makanan, barang mainan anak aku, baju anak aku, aku pi tempat-tempat best pun aku menunjuk-nunjuk kat instagram..siap share kat FB lagi..bukan tu je aku suka menunjuk-nunjuk macam-macam la benda yang aku suka menunjuk, sampai ada orang-orang yang tak puas hati dengan aku. Dia kata aku suka menunjuk-nunjuk..ermmm..tak heran la. ko nak kata apa pun.ke ko dengki aku ada semua tu ko tak ada ? ? ?tak suka ko boleh block je aku kat instagram tu kan..habis cerita.ko pon tak rasa dengki dengan aku. settle masalah  ! ! !
ni tak tuju kat sape pon, kalo terasa tu maaf lar yer...


haaaa...ni la bendanya yang aku nak cerita ni. ni baby steps activity walker. ye ke pon itu nama nyer ??? tak sure la..tapi kalo aku google lebih kurang ini la yang keluor nyer...sebenarnya aku target nak beli brand Fisher Price tu, tapi mengenangkan harganyer yang mahal tu, terus terbantut hasrat aku. Bukan tak mampu (cewah..) tapi rasa cam boleh dapat yang lagi murah. Nak dijadikan cerita, hari tu saje-saje jalan pi Suria Sabah. Konon en.husband nak tengok clutch untuk lelaki kat butik Coach... (ermm..ayat tak nak kalah, tetap nak menunjuk...hihihihihi...) bukan nak beli pun saje jenjalan...nak target barang..bila dah target baru semangat kerja kuat...so, lepas tu boleh menunjuk lagi !!!! last-last aqil yang dapat barang..



masa baru-baru beli, aqil tak reti pon cam ne nak guna..dah ajar pon still tak berjalan.statik je berdiri. dah sehari dua baru die reti.laju kemain lagi die.siap tau belok kiri kanan lagi. hamboiii..mama tak ajar pon yang tu...hihihihihi...

ni la rupernyer kalau tengok depan-depan..lagi clear yer dak pic dari pakcik google ni. kat bahagian depan ni boleh belajar untuk kenal bentuk.setakat ni aqil reti la masukkan bola dalam lubang biru atas tu.yang bentuk bintang, 3 segi dengan bunga tu die tak reti lagi..steps walker ni ada music..so, bila kita tolak je die keluar la lagunyer.aqil kalo dengar siap tersengeh-sengeh sambil menolak...

ni aku tak jual ek...sampai aqil dapat adik 3-4 orang pon aku tak jual...melainkan fisher price die turunkan harga untuk steps walker ni. Normal price RM 199.00...member card holder dapat la less...kalo kat semenanjung lagi murah kot...

dah tu je la.lagi pon aku malas nak menaip pepanjang. nanti orang kata aku ni menunjuk rajin pulak...
boleh gitu ???

sekian, assalamualaikum...



Wednesday, October 23, 2013

AidilAdha Kami

Untuk pertama kalinya aku beraya jauh dari keluarga, jauh dari sedara-mara, jauh dari kawan-kawan.sedih giler.kat sini langsung tak da rasa raya.tak nampak orang jual lemang sepanjang jalan, tak ada nampak pun lembu dok lepak bawah pokok sambil terikat ;(

Kalau kat semenanjung, seminggu sebelum raya semua dah sibuk kemas rumah, beli kuih raya, or maybe ada yang beli baju raya walaupun raya korban je..kan. Kat sini aku langsung tak pikir pon pasal raya. Malam raya, dah dengar takbir baru rasa sedih..baru teringat orang-orang yang aku sayang kat Semenanjung tu.

2 hari sebelum raya, kami & kawan en.husband sempat lagi pi jalan ke Kundasang. kami stay kat sana 2 hari 1 malam. member en.husband ni dah kawin, tapi wife tinggal kat semenanjung. keje dengan swasta ni payah sikit la nak dok sekali..terpaksa la berjauhan. member en.husband ni pon pelik.dah dekat 5 tahun dok Sabah, ni baru 1st time jejak Kundasang..ha3..rasa nak gelak pon ada.Aku yang baru setahun lebih ni pon dah merata berjalan.

Kami gerak pagi. Dari KK--Kundasang, 2 jam setengah je. Tak jauh pun.Cuma yang jadi lambat sampai bila terpaksa ikut bontot lori atau bas. Nak potong memang payah la.bukan jalan hiway yang sampai ada 2-3 link.jalan pulak bersimpang siur...dengan bukit kiri kanan.

eh..ni nak cerita pasal raya ke pasal pi Kundasang ni...
okey2...cerita pasal raya yer...

Balik je dari Kundasang, kami rehat jap.lepas maghrib dalam pukul 7 setengah, kami gerak pi Pasar Filipin untuk beli barang. nak masak untuk juadah hari raya. Sebelum ni pun en.husband dah plan nak buat makan-makan. ye lar, sejak kami masuk rumah, bufday aqil, kami tak pernah jemput orang datang rumah. padahal member-member en.husband dah banyak tolong kami.especially ambil n hantar kami pi airport..hihihihihi...

Dah siap beli barang semua, bermula la seisi masak memasak dan mengemas rumah. Fuhhh...1st time masak dalam kuantiti yang banyak dan berbagai-bagai jenis memang memenatkan. Dah la buat kerja dalam satu masa...eh..3 kerja...MASAK + KEMAS RUMAH + JAGA AQIL. tapi Alhamdulillah.. aku tak buat sorang-sorang.Untung i tau uollllsss, dapat en.husband yang rajin..kih3...

Untuk raya ni kami sediakan laksa yang wajib ada sebab fav en.husband. Lodeh + Nasi impit + sambal tumis ikan bilis, Rendang ayam + ketupat daun palas. Ketupat tu kami tak buat yer. Tempah kat incas lama en.husband....dulu en.husband bhgian cooking ;) so,dia agak expert didapur berbanding aku.cuma ada part-part yang die agak fail... ! ! !hahahahahaha...



sempat snap pic makanan je.nak snap bape ramai datang, sape yang datang memang tak dan la.
fuhhh..penat gak la.dalam pukul 4 cam tu Aqil dah merengek nak tidur. Time tu semua orang dah balik. Tapi da juga member en.husband nak datang. E.husband I kata 'tak pe la...pi la bagi Aqil tido...' sebab yang nak datang tu semuanya bujang-bujang + geng-geng Vaperz...geng-geng ni aku tak kenal sangat...eh..bukan tak kenal sangat, tapi tak kenal langsung. Lagi pun bab-bab Vaperz & rokok elektronik ni aku tak amik tau sangat. Yang aku tau duit masuk ! ! !




itu lah cerita dan juadah raya kami yang jauh di perantau ni..cewwaahh..gaya cam dok oversee je kan..padahal sabah je pon..KK-KL 2 jam je pun...! ! !

Basi dah kot cerita pasal raya haji ni. tapi tak kisah la.nak juga cerita. sebab ni 1st time raya sendiri-sendiri. 1st time juga arrange open house sendiri-sendiri...so, bagi aku aku berjaya buat..ko ada???


Monday, September 2, 2013

MAB sebagai pil perancang



Assalamualaikum...
masa balik kampung raya lepas, ramai yang tanya aku..
'makan perancang ape???'

aku tak makan ubat-ubat kat klinik tu.
sebabnya kat klinik  kesihatan yang selalu aku pi kat Sabah ni hanya ada injection je.
kalo pil selalu je tak ada.
masa mula-mula nak start dulu, pening jugak memikir nak makan yang mana 1.
antara kaedah moden dan tradisional.
jadinya, aku pun start la mengkaji mana 1 pil yang okey.

kebanyakkan pil perancang ni boleh sebabkan 
berat badan meningkat.
muka naik jerawat.
period tak teratur.
senang cerita
hormon berterabur !!!!!

google punya google last-last terjatuh cinta dengan MAB
Maajun Anggun Bestari.
ni kaedah tradisional la...

untuk permulaan aku oder 2 botol dulu.
sebab time tu tengah ada promosi.
Normal price RM 15.00
dengan harga promosi aku dapat RM 13.00
siap free pos lagi.
hihihihihihi...

1 botol ada 21 biji.
makan 1 biji sehari waktu malam.
habis 21 biji tu rehat selama 7 hari
dan makan semula dengan pack yang baru pada hari ke-7.

tapi sebelum mula makan tu ada consultation dengan penjual.
so, diorang yang ajar makan macam mana etc.
setiap tujuan makan mab ni cara die berbeza-beza.
macam aku makan mab untuk family planning & kesihatan dalaman.

sepanjang tempoh 21 haari aku makan tu, 
tak ada apa masalah.
rasa serasi je dengan badan aku.
cuma period je jadi berterabur.
dalam masa 1 bulan 2x aku period.
so, aku pun refer pada penjual tu.
die kata normal bila period jadi tak menentu.
dan die kata tu bukan je darah period, tapi may be juga darah nifas yang keluar tak habis !!!!

masuk je botol ke 3, period aku dah jadi teratur.
bila rehat  7 hari je, period akan datang.
badan pun rasa cam bertenaga je berbanding dulu.
sekarang dah masuk botol ke 5 dah aku makan MAB.

untuk elak aku terlupa makan MAB ni,
aku dah set siap-siap alarm..
pukul 10 malam je mesti alarm nset aku berbunyi...
hihihihihihihi...

alhamdulillah berat badan aku maitain around 54-55 kg.
tak naik tak turun.
;)
pada yang rasa pil perancang yang dok ambil kat klinik tu rasa macam tak best, 
atau rasa nak tukar angin ikut cara tradisional,
boleh la cuba MAB ni..
Insyallah dijamin keberkesanannya.















Friday, August 30, 2013

cerita raya aku pulak



Pi mana-mana blog semua cerita pasal raya,
pasal open house
pasal makanan
pasal jumpa kawan-kawan.
semuanya sebab raya.
aku pon nak jugak cerita pasal raya aku...
tak kira...
nak jugak...
tak nak baca tak pe la.
aku tak kisah pon.
sebab blog aku tak femes macam blog-blog lain...

Tahun ni turn beraya rumah en.husband.
owhhh...aku balik kampung seminggu sebelum raya.
stay kat KL 2-3 hari untuk shoppig !!!!
flight aku kali ni awal giler..
7.10 am.
so, seawal 5.40 am aku dah gerak dari rumah.
kat sini, time tu dah nak dekat-dekat cerah dah.
aqil pon okey je dalam flight.
tido je sepanjang fly.
may be sebab tak mandi kot, so die malu nak buat bising :P

1st raya, kat rumah mak mertua.
lepas sembahyang raya, 
seisi mintak ampun maaf lah kan...
laga-laga pipi
cium-cium dahi...
cium-cium mulut...
opppsss..
yang tu xda.
dalam bilik je ada.
huahuahuahuahua..
dah siap semua, rumah mak mertua aku kena serbu dengan kawan-kawan en.husband.
okey fine..
terbantut plan kami nak pi sepital nak melawat sedara mak mertua aku.
(dah meniggal masa raya ke-3)

aqil seronok la sebab 10 orang kawan en.husband yang datang 10 anpau la die dapat.
yang tu je die dah dapat rm 100.00
seronok kan jadi budak-budak.
senang je nak dapat duit.. ;)

pukul 12 kami gerak pi sepital.
owhh..
bila time-time cam gini pi sepital,
rasa respect kat staff hospital yang kerja masa orang tengah seronok berkumpul dengan sedara-mara.
tak ramai sebenarnya yang sanggup tau.
sebab ada member aku 1st time kerja pagi raya,
menitik air mata die cerita kat aku.
dok pulak kat sabah.
mak dah tak ada.
adehhhh...
kecian kannn....
tapi nak buat macam mana.dah nama pon kerja.
tapi tu la, tak ramai yang sedar pegorbanan staff-staff kesihatan ni.
lagi dikata, lagi dikeji lagi ada la...
ermmmmm...........

lepas beraya di hospital,
bermula la seisi mengunjungi rumah saudara-mara.
perut tak payah cakap la,
macam-macam jenis makanan dah masuk dalam perut ni.
semua makanan tu aku makan.
nama pun raya kan...
hihihihihihi...

sampai ke malam kami beraya.
sakan tak sakan.
sampai-sampai rumah,
da jiran lama mak mertua call ajak makan laksa kat rumah die.
tengok jam masih awal lagi.
redah jugak, sebab dengarkan laksa tu.
tak kan nak tolak kannn...

dah makan sampai kenyang kami pun balik.
mandi, solat
dan tidur.
sepanjang raya,
aqil happy je.
tak meragam.
kecuali rumah orang yang kami pergi tu panas...
tapi, masuk kereta je die mesti tidur.
walaupun sekejap

Raya ke 2 pulak beraya rumah mak aku kat Bruas.
Owhhh...blogger hot diana rashid tu tak dak.
die dh balik rumah mak mertua die.
so,tak dapat jumpa maisara & mikhail...
selamat duit raya mak uda !!!!!!!!!
hahahahahahahhahahha...

dah..
cukup la sampai raya ke-2 je aku cerita.
kami dok kat kampung 3 minggu.
lalu ke pon kome nak baca cerita raya aku selama 2 minggu tu. ????
hihihihihhihi


Saturday, July 20, 2013

KISAH PUASA KALI INI ;)


tahun pertama berpuasa sebagai ibu, tahun ke-2 sebagai isteri...

azam tahun lepas nak puasa penuh tahun ni,
konon-konon bila BF tak datang period sampai anak umur 2 tahun.
tapi, impian tinggal impian.
Aqil 5 bulan, miss P dah datang ;(
1st ramadhan aku dah tak puasa dah.
5th ramadhan baru aku start puasa.

dari 1st Ramadhan sampai ke hari ni dh 
baru sekali terbabas tak bersahur.
semalam la...
Aqil tak tidur-tidur.
asyik main je.
last-last aku yang terlena sama dengan die jam 3.
sedar-sedar dah 4.45 am.
dah sah-sah tak sempat nak makan.
sini imsak awal.

cabaran disiang harinya tak payah nak cakap la.
dengan BF aqil,
aqil yang sekarang ni suka pungah-pungah barang,
dengan kerja aku lagi.
adehhhh.....
mencabar betul kali ni.

tapi alhamdulillah,
dapat jugak puasa sampai waktu berbuka.
aku rasa kat sini okey lagi kot puasa
sebab berbuka awal.
kalau time aku balik semenjung nanti tak tau la cam ne.
dah la berbuka lambat.
makcik aku cakap kat semenanjung sekarang panas ek ???
tak hujan ???

kat sini kalau tak hujan pun mendung je...
cuma lately ni 3-4 hari angin kuat, hujan lebat.
kalau hujan waktu malam,
memang best la dapat tidur.
tapi kalau dapat tidur awal tu dah kira beruntung sangat dah.

ye la..
selagi anak teruna aku tak tidur, jangan harap la aku boleh tidur.

pada yang belum ada anak tu,
hargailah waktu tidur anda...

hihihihihih...
okey la...
bye..
assalamualaikum


Tuesday, July 16, 2013

asyik terbiar je ko ....



Assalamualaikum....
Lama tak update blog.
Berbulan-bulan blog ni tersadai.
huhuhuhuhu..

mood nak update blog tu bukan tak ada,
sentiasa ada sebab banyak benda aku nak tulis & simpan dalam blog ni buat tatapan anak cucu aku nanti.
<anak baru sorang, dah berangan sampai ke cucu>

Alhamdulillah,
bisnes sambilan yang aku buat tu makin okey.
rezeki makin bertambah.

Qaseh Orked Beauty House



Syukur, rezeki Aqil.
Boleh la setakat nak beli baju sepasang sebulan untuk Aqil tu mampu la...

Oppppsssss...
and sekarang ni aku tambah lagi 1 bisnes,
jual baju untuk baby & kanak-kanak.
leh la jengok-jengok kat ;)

Qaseh Mama Aqil Collection House



terlupa pulak...
SELAMAT BERPUASA
hihihihihihi....



Saturday, March 16, 2013

like like like like...banyak-banyak like....


ASSALAMUALAIKUM...

tujuan entry ditulis adalah untuk meminta pertolongan semua pembaca blog ni.
Aqil yang tembam, yang bulat, yang body berketul-ketul sana sini tu masuk contest.
jadi nak mintak tolong like pic aqil ni.
just follow je 2 step ni yer...
plzzzz.... :)
1.Click link dan like page wanadakidswear ni::
2. dah siap like wanadakidswear, click link ni link pic aqil yang di pertandingkan dan like pic.


ni pic yang di pertandingkan::
tolong yer..
plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................
 

Wednesday, March 6, 2013

3in1


Assalamualaikum...
memula sekali mari kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk anggota keselamatan yang terkoban dalam  kes pencerobohan di Lahad Datu & Semporna.

==========AL-FATIHAH==========

ekceli banyak benda aku cerita dalam blog ni.
tapi tak tau nak cerita yang mana satu dulu.
jadi aku cerita secara ringkas je la yer.
cerita panjang-panjang pon belum tentu korang sanggup baca.

1st pasal bisness online yang aku buat sejak beberapa minggu ni.
Alhamdulillah dah menampakkan hasil.
Banyak tu tak la, cukup la buat aku tampung duit belanja
bayar bil astro
siap tukar pakej lagi...huahuahuahua....
bayar bil api air,
beli iPad mini..
owhhh..tipu je.yang ni belum lagi.
insyallah target bulan depan... :D

sape-sape yang rasa nak shopping online,
aku ada jual macam-macam produk.
nak kulit putih gebu
licin berseri
badan slim river
boleh la pi kat page Facebook
 SF Beauty Skin Care
Blog untuk online shop ni tak siap lagi.
dalam pembikinan.

2nd pasal aqil.
aqil dah 5 bulan.
baru-baru ni pi klinik berat dah 8kg.
tak payah cakap la berat die macam mana.
cer try angkat 10kg beras,
lebih kuang cam tu la.
beza 2kilo je.
Alhamdulillah masa immunization month ari tu die tak nangis.
mama sangat bangga dengan aqil.
or maybe die control mcho sebab time tu da baby girl dalam bilik tu.
huahuahuahuahuahua...

aqil makin hari makin lasak.
sekarang ni die dah ada walker.
memula ingat nak suruh mak long die kat KL je beli dekat SWEET CHERRY.
sebab rumah kakak ipar aku tu dekat je dengan sweet cherry tu.
lagi pun kakak ipar aku plan nak datang jalan-jalan kat sabah ni.
last minute tukar plan.
sebab cas bagasi flight sekarang ni dah mahal.
terus beli je dekat Sabah ni.
beli kat Butik CHICCO kat SURIA SABAH.
RM 238.00
terus buat member card :D

3rd pasal negeri Sabah yang tengah huru-hara ni.
especially kat Lahad Datu.
Jarak dari rumah aku nak pi sana memang jauh, 8-9jam.
owhh..mungkin da yang kata tak perlu risau.
tapi tidak bagi kami yang merasainya.
aku tak nak cerita pun pasal ni lebih-lebih,
bukan tak nak share tapi kami yang dekat Sabah ni lebih mengetahui berbanding mereka-mereka yang di semenanjung malaysia.

kalau setakat cerita ko yang ko copy n paste tak payah la.
kalau setakat ko nak suruh orang like status ko bebanyak,
penuhkan ruang komen ko bebanyak
baik ko duduk diam
pi baca yassin ke,
solat hajat ke lagi bagus.

ni aku tengok page bola sepak dah bertukar.
pe kata tukar je nama page jadi page LAHAD DATU.
aku tengok page tu pon banyak cerita yang dibuat-buat berbanding yang betul.
so plz la...

ni je yang aku nak pesan kat korang-korang semua...

SETIAP KALI ANDA UPDATE STATUS PERGERAKAN PDRM, ATM, & APMM DI FACEBOOK, 
SEMAKIN TERDEDAHLAH BAHAYA PADA SUAMI KAMI..

SELEPAS UPDATE STATUS, 

ANDA MUNGKIN BOLEH MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI BIASA, BERSUKA RIA DENGAN AHLI KELUARGA, 
TAPI KAMI YANG TERPAKSA BERDEPAN DENGAN ANDAIAN-ANDAIAN ANDA.

ANAK-ANAK KAMI MASIH PERLUKAN AYAH MEREKA, 

DAN KAMI MASIH MEMERLUKAN SUAMI KAMI.

HORMATILAH SENSITIVITI KAMI SEKELUARGA

-permintaan isteri-isteri anggota keselamatan yang sedang bertugas-

#pray4sabah



sekian..
live from Kota Kinabalu, Sabah.


Saturday, February 23, 2013

SF Beauty Skin Care Promotion


Yang nak kawin time cuti sekolah bulan 3 ni..
Yang baru lepas bersalin tu..
mesti nak cantik kan ? ? ?
JOM MENCANTIKKAN DIRI DENGAN PRODUK TERHANGAT & TERLARIS 

SF BEAUTY



LIKE PAGE 

TERIMA KASIH

Thursday, February 21, 2013

Feel Free to Like My on9 Biznes Page....


Assalamualaikum...
Sejak 2-3 hari yang lepas, puas aku fikir sama ada 'nak buat' atau 'tidak'.
segala baik buruk, sush payah, risiko aku fikirkan.
berkat sokongan dan nasihat dari en.husband,
aku rasa dah sampai masa untuk aku teruskan niat tersebut.

so, mulai semalam aku nekad untuk teruskan.
sebelum ni aku ada cakap nak buat bisness online.
lagi pun aku tak kerja, duduk rumah saja
apa salah aku tolong en.husband cari duit.
tak banyak pon tak pe la.
janji boleh buat tampung-tampung bayar bil astro dengan duit tabung aku nak beli iPadMini.
hahahahahhahahahaha....

so, ni nak promote page aku.
sudi-sudi la click like yer...
kalau boleh beli la...
1 set kan...
hikhikhikhik....

buat masa ni aku jadi droship je.
1 produk je aku jual.
In Sha Allah, mohon dimurahkan rezeki aku akan tambah produk lain.
or may be boleh beli direct je dari aku..

so, jom ramai-ramai like SF Beauty Skin Care

tq


Wednesday, February 20, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Ada Apa Dengan Lahad Datu ? ? ?


Havoc sekarang ni pasal Lahad Datu.
Benda jadi 12.02.2013..
tapi baru 2 hari lepas aku tau.
nama je dok Sabah.

Aku tau pon sebab aku pi bukak FB en.husband.
Kawan-kawan die yang stay kat Semenanjung dok tanya pasal Lahad Datu.
tetiba aku pelik,
kenapa dengan lahad datu???
ada tempat best ke???
[kot-kot ada tempat best, dah gaji ni nanti leh ajak jalan-jalan sana..konon..]

bila tanya en.husband,
die pon cerita la.
aku nak cerita lebih-lebih pon tak reti sangat.
dan tak boleh cerita lebih-lebih sangat.
rahsia negara katanya.

menurut cerita en.husband, 
penceroboh ni berasal dari kesultanan sulu yang datang untuk membuat tuntutan daripada kerajaan malaysia.
ada 2 tuntutan.
1st mereka menuntut supaya pasukan mereka tidak dikenali sebagai militan tetapi diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
2nd menggesa supaya kerajaan Malaysia tak hantar balik rakyat keturunan sulu yang tinggal kat Sabah ni.

so, sekarang ni pasukan keselamatan macam navy, tentera, polis, maritim dll dikerah untuk menjaga keselamtan negara.

so, mari kita doakan sama-sama keselamatan mereka kat sana.



p/s :: **nasib baik en.husband kita tak kena pi operasi kat sana.




Sunday, February 17, 2013

jiran oh jiran


Sejak aku kawin sampai la dah ada anak ni, parents aku selalu ingatkan aku bertegur sapa dengan jiran-jiran keliling rumah. Diorang tau aku jenis yang berat mulut untuk mulakan 1-1 hubungan. so, diorang risau la aku dah la dok jauh dari diorang, husband aku pulak selalu tak ada kat rumah. diorang kata lagi, if emergency, jiranla orang yang pertama kita akan mintak tolong. tapi aku pon tak ada jiran. kat tingkat 3, rumah aku je la yang lampu bernyala memalam, rumah aku ni je la yang dapur berasap bila tengah hari. 3 biji rumah lagi kosong.


masa aku stay kat sini tahun lepas, sebelum aku balik bersalin, ada je orang depan rumah aku tu. tapi aku jarang nak tegur. aku pon bukan jenis yang suka mulakan 1-1 hubungan atau perbualan. tu sebab masa aku sekolah menengah dulu, ramai orang kata aku sombong. tapi tak heran pon..tak kenal maka  tak cinta kan. kalau jumpa pon senyum-senyum gitu je.


sekarang ni pulak, orang depan rumah aku tu dah pindah semenanjung. Jadi rumah depan aku tu, ada la orang baru masuk. tapi die tak bawak pon anak bini die datang Sabah ni. Die sesorang la dok rumah tu. Tapi jarang die dok rumah. Tak kan pulak aku nak bertegur sapa dengan die pulak kan. Kalau terserempak pon senyum je la.


Ada la sorang dua yang aku kenal yang stay 1 kawasan rumah dengan aku ni. tapi tak pernah pon aku nak melepak petang-petang sambil bersembang-sembang dengan diorang. Lagi pun en.husband tak berapa suka dengan 'amalan tidak sihat'' tersebut. Sebab bagi die bila perempuan dok berkumpul ramai-ramai macam tu dah sah-sah mengumpat. Aku ? ? ? aku pon jenis yang bukan ramah tamah, banyak cerita nak cerita kat orang. Lebih baik aku dok rumah, baca novel ke, main dengan aqil ke..kemas rumah yang macam kena langgar dengan garuda ni ke..  en.husband pon dah siap warning kat aku, kat sini ada jugak yang jenis suka buzzybadan hal orang. nak-nak yang jenis tak kerja, dok rumah saje.


ermmm....tapi bila kita ni tak bercampur dengan masyarakat pon kena kata jugak kan. tetiba je nama kita jadi umpatan orang kan. padahal kita tak usik pon diorang. haishhh la manusia. buat macam tu tak kena, buat macam ni tak kena. susah nak puaskan ati semua orang. nak buat macam mana lagi ni ? ? ? nak puaskan hati semua orang ? ? ? sorry yer..itu bukan prinsip hidup aku. daripada aku puaskan hati manusia yang ntah sape-sape tu lebih baik aku puaskan hati aku & family aku...

sekian...




Saturday, February 16, 2013

long weekends


Aku tenggok orang ramai dok post status balik kampung minggu lepas, ye la, cuti panjang kan. 
[serius jelez :P]
tapi padan muka korang kan, kena mengadap jem :P
aku ? ? ?
untuk cuti yng panjang ni, aku n en.husband habiskan masa cuci mata kat shopping compleks..
[entry ni panjang berjela.tak nak baca pon tak pe.juz sebagai catatan hidup aku je. mana tau nanti-nanti zaman veteren ke, bole la aku baca..buat senyum sorang-sorang]

AHAD 10.02.2012
  • Lebih kuang pukul 2 setengah aku n en.husband kuar. makan kat KKIP.makan tengah hari. [lewatkan makan] plan nak pi taman buaya kat turan tu, tapi bila pikir-pikir balik macam tak sempat je. crocodile show last pukul 3..terus tukar plan. pi 1B..

  • sampai 1B, parking penuh. en.husband kata, pusing 1 round lagi cari parking. kalau tak da jugak kita pi jalan-jlan kat Tanjung Aru. Aku on je. janji tak nak balik rumah. Pusing-pusing, tak ada jugak parking. so, bertukar ke plan B.

  • On the way nak pi Tanjung Aru, ujan pulak. tapi tak lebat la.rintik-rintik sikit. Ubah plan ag. En.Husband ajak pi Suria Sabah. Okeyh..yang ni aku suka. Sebab kat Suria Sabah banyak butik. So, aku boleh cuci-cuci mata sambil verangan..ha3...

  • sejak ada anak ni, tak pernah miss pi deprtmnt baby. sambil tengok-tengok, en.husband kata why not kita servey2 walker untuk aqil. aqil pon dah nak masuk 5 bulan kan. survey punya servey jumpa la...rambang mata mama & abah die. Aqil relax je dok dalam stroller sambil main dengan toys die. ada yang aku minat tapi husband tak minat. bila jumpa yang 2-2 minat harganya pulak menusuk poket abah. so, abah aqil kata nanti kita servey kat tempat lain dulu. banyak lagi shopping compleks kat KK ni...

  • dah penat pusing-pusing kami pon mengisi perut yang sedikit lapar dan tekak yang sedikit haus kat secret recipe. macam biasa chocolate indulgence fav aku.en.husband pulak black forest cheese cakes. air lak appletiser..fav aku n en.husband dari zaman bershinta sampai dah beranak soang ni. 

  • dah kenyang, kami pun balik. en.husband kata kalau lapar lagi malam kunk makan maggie je. malas nak kuar dah. lagi pon aku dah lama tak makan maggie. :)

  • time musim perayaan ni banyak cite best-best. sekali sekala layan citer cina pon okey gak. 

ISNIN 11.02.2013

  • Aqil bangun awal. Pukul 5 pagi die dah menirap sambil terjerit-jerit main sorang-sorang. gggggrrrrr....tak pe la.janji tak nangis. lebih kuang pukul 6 die nangis-nangis.lapa susu kot. bagi nenen terus tidur sampai pukul 9.

  • bagi mandi aqil. dah siap mandi n pakai baju, bagi nenen. aqil main-main jap then die dah gosok-gosok mata n idung. tu tanda die mengantok.good..terus aku letak dalam buai. 1 lagu tak abeh pon ag die dah lena. bagus..aku pon mula kemas rumah. en.husband tido lagi. tapi dah pesan awal-awal kat aku, tak payah masak, makan kat luar je yer.... yeaaaa...sayang abang.... ! ! ! 

  • aqil tidur lama.sempat la aku kemas rumah, basuh kain n sidai kain.selalu tu sempat basuh je. sidai lain zaman. 

  • pukul 12 tengah hari aku siap-siap mandi & solat zohor. sementara tunggu en.husband siap aku layan FB jap. elok en.husband dah siap mandi n solat, Aqil bangun. Tukar pampes Aqil & kami pon keluar. tanya en.husband nak pi mana, die kata kita bincang kat kedai makan nanti nak pi mana. 

  • sampai kat kedai makan, makan-makan sambil bincang nak pi mana. disebabkan semalam (ahad) tak dapat parking kat 1B, kami decide pi 1B je la.lagi pon dekat je dengan kedai makan kami tu.

  • sampai 1B, fuuuhhhh...ramai giler orang. parking sampai rooftop.adehhh..penat la nak menapak. nasib la mat aqil ni sanggup duduk dalam stroller tu.kalau tak lenguh weh tangan nak mendukung die.

  • tempat 1st kami pi tempat barang baby dalam parkson. saje tengok-tengok kot-kot ada walker yang lagi best dari yang kami tengok semalam. nahhh..memang banyak pilihan. tapi harganya sangat menyentap. en.husband kata, tak kisah la mahal pon.kot-kot adik aqil nanti boleh pakai. tak payah beli lagi dah. aku senyum je bila en.husband cakap pasal adik aql.huhuhuhuhu..[tahun bila la kan aqil ni nak beradik.]

  • tetiba teringat kat 1B da Toys R Us. terus pi situ. kat situ bukan setakat tengok walker je. aku dengan en.husband pulak yang terlebih excited tengok barang mainan bagai semua tu.[ye la..zaman aku dulu mana ada mainan macam tu] tiap-tiap lorong kami lalu.ada la lebih kurang dekat sejam setengah spend masa kat situ. aqil pon okey je. siap terjerit-jerit lagi tengok mainan. sorry la sayang, tunggu abah gaji dulu yer baru kita beli mainan lain. main la mainan yang ada kat rumah tu sampai boring.

  • dah penat berjalan, dah tentu lapar kan..lepak kat secret recipe lagi.  hari ni tukar menu pulak. aku makan brownies walnut cakes.tetibe teringat hantaran merisik dulu..dapat kek secret recepi brownies walnut ni la....hikhikhik] en.husband lak makan hazel cheese cakes. aqil lak buat muka kesian. mintak kek sikit. sorry yer..tunggu lagi lebih kurang sebulan lebih je ek...nanti boleh dah makan.hikhikhik...

  • balik rumah.elok-elok sampai dah maghrib. mandi-mandi solat. masak.malas nak keluar balik dah. menu malam ni bihun goreng. request from en.husband :)

SELASA 12.02.2012

  • duduk rumah je. kemas-kemas rumah, lipat baju yang bertimbun-timbun ni...


Thursday, February 14, 2013

BR1M


Walaupun semalam en.husband Off, aku tetap kena bangun awal untuk kejutkan die.
[tapi tak berapa nak awal la, pukul 8 pagi..hikhikhik]
hanya semata-mata nak pi amik 500 hengget.

aku tak pi pon. en.husband pi sorang.
dah tentu ramai orang kan.
[tak kose mak nak tunggu lelama aih...]

en.husband kata masa nak amik kupon tu pon dah berjam.
sampai kat bank pulak dah berjam.
ramai betol orang.
macam ulat taik
yekkkkk......
[en.husband suka buat perumpamaan kotor macam ni kalau tempat tu ramai orang]

sampai bank, die ada call aku.
lebih kurang pukul 11 gitu la.
'honey..abang dah amik no dah.sekarang ni no 65, no abang 170.'
nahhhh...amaik kau.
pukul berapa tu boleh sampai turn laki aku.
en.husband pon sambung...
'ni nak pi cari toilet jap.nak uk uk...'

en.husband keluar rumah pukul 8stengah pagi...
balik rumah 4setengah petang.
dah macam waktu keluar office je.
ermmm...
macam tak off je kan...


korang dah amik ke BR1M ? ? ?


Saturday, February 9, 2013

MARK ZUCKERBERG, PLEASE TAKE NOTE ! ! !


Agak-agak la kan,
Mark Zuckerberg baca tak blog aku ni ? ? ?
hikhikhikhik....
kalau baca pon canfirm tak paham kan...
tak pe la, tapi apa yang aku nak kata kat sini FACEBOOK dan tak best macam dulu.
yang aku perasan sejak tukar format ke timeline ni.
serius bosan.
sorry yer Mark Zuckerberg ! ! !
[bosan-bosan pon Facebook jugak yang aku hadap dari pagi sampai ke malam]

Apa yang lagi membosankan aku bila, FACABOOK tu lebih kepada tempat orang berniaga.
jual peplum la, jual PMC la.
Bukan kata salah berniaga, tapi 'home' aku tu,
aku scroll dari atas sampai ke bawah sama je.
semua orang dok promosi barang-barang itu la, barang-barang ini la.
aishhh..pelik aku.
kalau macam ni la begitu ramai orang yang berjual,
sape pulak pembelinya ? ? ?

tak cukup dengan bosan + dengan sakit ati pulak.
sakit ati sebab orang dok tag nama kita kat produk diorang tu.
paling banyak aku kena tag kat PMC la.
ggggggrrrrrrrrrr.....
dah la jual mahal. 
aku leh dapat harga lagi murah dari ko jual tu :P
ko jual sekilo 45hengget???
ko tau tak, aku kat sabah ni leh dapat sekilo 15hengget je tau tak.
jangan nak tag-tag dah nama aku...
[memang tak tag dah kot, sebab aku dah block terus si penjual tu...hambekkk kau]

tu belum kira orang add aku masuk group entah pape tu.
ko add la aku,
tak sampai seminit lepas tu jangan terkejut aku click pada LEAVE GROUP.
padan muka ko.

kesimpulannya,
FACEBOOK sangat membosankan.
MARK ZUCKERBERG...
please take note.

sekian.

p/s**sape yang tau ada laman sosial yang lagi best sila bagitau aku.... :)




Friday, February 8, 2013

MENU :: daging masak blackpaper


Hari ni mood aqil baik. bagi tidur pon senang.
bangun tidur boleh main sorang-sorang sambil tengok tv...
good boy..luv u so mucchhh...
so, aku amik kesempatan atas kebaikan die tu untuk aku memasak.
lagi pun hari ni en.husband balik rumah lepas 5 hari dok kat laut.

sebelum belayar, en.husband da pesan kat member die daging kijang.
kat sini memang senang nak dapat daging ni.
murah pon murah.
so, aku decide buat masak blackpaper.
bahan-bahan pon semua cukup ada kat rumah ni, tak payah aku susah-susah nak keluar.



jom kita mula memasak....

bahan-bahan::
1. daging *tak kisah la daging apa.macam aku guna daging kijang.sebab tu je yang mampu  ada.
(daging ni rebus dulu sampai lembut)
2. lobak merah (dipotong memanjang)
3. 1biji bawang merah
4. 2ulas bawang putih (ditumbuk)
5. 5-7 tangkai cili padi (nak lagi pedaas, boh la smpai segengam :P )
6. 1 inci halia (ditumbuk halus)
7. 1 sudu kicap manis
8. 1/2 sudu sos tomato
9. 1 sudu sos tiram
10. 1 sudu lada hitam (ditumbuk)

cara-cara::
1. rebus daging sampai lembut.tinggal sikit air rebusan.
2. panaskan minyak. tumis bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, cili padi & lobak merah. bila bawang dah layu sikit baru masukkan daging. kacau sekejap, then taruk lada hitam.pastu masuk air rebusan daging.
3. masuk sos tiram, sos tomato, kicap manis. tambah garam ikut rasa.
4. sedia untuk dihidang.

opsss...lada hitam tu aku guna yang ni je...hikhikhik...


dannnnnnn..............
ini lah hasilnya....



kot-kot ada anak dara yang nak pi rumah bakal mak mertua bole la cuba resepi ni yer.
tapi, kalau tak sedap harap maaf yer...
yang penting, masak dengan penuh kasih sayang... 

sekian...



gila meroyan disebabkan setia hujung nyawa


Abeh jugak drama Setia Hujung Nyawa.
Aku tak pernah miss episod cerita ni.
bukan setakat episod, tapi setiap scene aku tak miss.
dari pukul 7 sampai pukul 8 aku memang tak berganjak depan tv.
sampai iklan pon aku tengok.
[bangun bila perlu je..hikhikhik]

ko tak sembahyang maghrib ke ? ? ?
helllooooo...
kat Sabah ni maghrib 6.28 pm okey..
sebelum citer tu start siap-siap solat dah.

En.husband yang tak pernah nak layan drama pon tengok sama.
siap tergelak-gelak lagi tengok si zain & El tu.
over tau die tu, aku sengih-sengih je, die sampai gelak-gelak.
dah macam fenomena pulak kan cerita tu.

Tapi ada jugak yang taksub.
budak-budak yang baru nak up la.
Macam yang cik rose cute citer kat blog die tu

terkejut aku baca.
[sumber]

aishhh...
budak-budak zaman sekarang.
bercakap tak berfikir langsung.
ikut sedap mulut je.
die ingat benda-benda cam gitu boleh buat main ke? ? ?
aduhai adik-adik ku...
jangan la berfikiran cetek sangat.
tu cerita rekaan je.
kalau ada kat alam realiti ini, itu sekadar kebetulan dan memang luck la perempuan tu.

kalau pon ko terlajur yer dik,
ada ke ko jumpa lelaki yang sama macam zain hakimi tu ? ? ?
Aku rasa belum sempat ko jumpa dengan 'zain hakimi' tu ko dah kena sepak terajang ngan mak pak ko.

cuba la berfikiran sebelum nak mengeluarkan kata-kata.
dan bezakan mana yang baik mana yang buruk.
renung-renungkan dan selamat beramal.

sekian.








Wednesday, February 6, 2013

Friday, February 1, 2013

kenapa baca blog ? ? ?


assalamualaikum...
ekceli aku tak tau nak publish pasal apa.
kunk asyik cerita pasal anak je mesti orang bosan nak baca kan.
dalam dok terpikir kenapa katil bentuk empat segi,
kenapa kipas boleh berpusing,
kenapa kereta yang bergerak, bukan jalan raya yang bergerak
tetiba aku terfikir...
kenapa ramai orang suka baca blog ? ? ?

suka baca bab gosip.
ramai orang suka baca gosip,
suka dengar gosip,
dan suka baca gosip.
tapi jangan buat gosip okey.
silap-silap..
see u in court.

nak shopping online.
banyak dah sekarang ni yang berkecimpung dalam bisnez online.
senang. dok depan laptop, amik oder, terima duit pastu pos barang.
senang kan...
yang tukang beli pon senang. 
search je ko nak beli apa.
yang penting duit mesti ada.
tapi jaga-jaga, jangan sampai tertipu.
dan jangan jugak jadi penipu.
tak kira la pembeli or penjual..
2-2 kena jujur...

nak cari idea.
macam aku sekarang ni.
sambil-sambil blogwalking sambil tu cari idea nak publish apa.
jangan curi idea orang lain sudah.
tak bagus tau.
kita kena kreatif.
baru la otak kita ni bekerja.
nampak la cerdiknyer..
bukannya asyik nak meniru orang je.
[opppssss...tetiba aku terasa pulak]

baca blog tu, jangan pulak baca benda yang tak elok.
yang baik tu kita ambil..
benda-benda tak elok tu tak usah la kita layan.

sekian.


Tuesday, January 29, 2013

boleh dah tu tambah lagi sorang....! ! !


bila aku bagitau je aqil dah 4 bulan, orang akan kata...
''dah boleh ada adik dah aqil ni...''
[diam seketika.hanya dengar bunyi ayam berkokok sahaja]

agak tidak sesuai untuk aku yang bersalin secara cezer untuk menambah koleksi anak buat masa terdekat ni.
rasa sakit contraction & czer hari tu aku tak boleh lupa lagi ni kan pulak nak merasanyer lagi 9 bulan yang akan datang.
ooowwhhh...tidak..
paling cepat pon may be 4 tahun lagi baru aqil akan ada adik.
[tapi kalau rezeki sampai lagi awal, kami terima dengan gembira :) ]

kalau boleh, biar lah aqil dah besar sikit baru la boleh beradik.
ni baru 4 bulan dah ada yang suruh aku mengandung lagi.
kesian kat aqil, belum puas nak bermanja lebih-lebih dengan kami dah kena bahagi kasih sayang pulak.

aku bersalinkan aqil secara czer tau tak..
dah memang wajib sangat la aku kena jarakkan kehamilan.
macam-macam risiko boleh jadi.
tapi kenapa ada lagi orang yang dok suruh aku pregnant cepat-cepat.
ggggrrrrr......tak paham aku.
[aku yang paham ke diorang yang tak paham ? ? ?]

tak sempat aku nak jaga badan, dah nak suruh aku pregnant lagi ? ? ?
ggggrrr....sekurang-kurang nyer bagi la aku 3-4 tahun dulu untuk jaga badan.
bagi peluang untuk aku mencantikkan diri, bagi slim macam dulu, at list bagi peluang untuk aku pakai baju saiz 's' balik...boleh ? ? ?[sekarang ni pon pakai saiz 's' lagi okeyh...]
tak kan nak suruh aku pakai baju mengandung je...
nak jugak pakai peplum :P

dari sudut ekonomi, alhamdulillah kami tak ada masalah.
cuma aku kesian la dengan en.husband.
semua bergantung pada die.
kalau boleh aku pun nak jugak tolong die.
[ni aku tengah berkira-kira samada nak buat bisnez online ke tak]
en.husband tak kisah pon kalau aku tak kerja.
tapi aku ni...A.K.U....nak juga rasa dapat income hasil titik peluh sendri.
++ aku ni kuat  berbelanja.
baju nak yang branded je tak nak la pakai baju2 beli kat kg air tu. :P 
[panggg...ada jugak yang kena sepak laju-laju kunk]

cadangan untuk aku pregnant lagi sekali dalam masa terdekat ini,
maaf yer...cadangan anda ditolak mentah-mentah ! ! !
ditambah faktor aqil yang makin hari makin membesar dengan kerenah yang macam-macam.
ni baru menirap, belum lagi berjalan & berlari.
silap-silap leh pengsan aku.
so..
katakan tidak pada PREGNANT LAGI [dalam masa terdekat]

sekian...










Monday, January 28, 2013

ini semua poyo.....

Assalamualaikum....
Sejak Aqil lahir sampai la hari ni, ada je kawan-kawan & sedara mara yang murah hati bagi hadiah untuk Aqil. ada yang bagi baju, ada jugak yang bagi duit. terima kasih yer, semoga dimurahkan rezeki. 
[kira punya kira collection aqil dah ada RM500.00. tak buat pun lagi account untuk Aqil. sebab tak tau nak bukak account dekat bank mana]

Baju-baju yang aqil dapat semua menepati citarasa aku dengan en.husband. hampir semua yang orang bagi aqil dah pakai.ada la sepasang dua yang Aqil tak pakai lagi sebab saiz besar. sebelum balik Sabah ni sempat lagi aku dengan en.husband shopping kat KL dengan niat nak menambahkan koleksi baju Aqil yang makin hari makin mengecil...kan ada Y.E.S [YEAR END SALE]... sale memang giler-giler la. seminggu dok KL rasa nak tercabut lutut aku asyik berjalan je. shopping baju aqil & baju mama die sekali. abah ??? abah dah shopping awal-awal dah masa kat Sabah..tapi masa kat KL pon die shopping sama :p...banyak gak pilihan untuk baju-baju aqil. dapat la dekat 5-6 helai baju dan seluar die..semua beli saiz 6-9 bulan. biar besar, boleh pakai lama-lama kan...lagi pun beli baju mahal-mahal tak kan nak pakai sekali 2 je kan..rugi la... [oooppppsss....mahal ke ? ? ? tak la mahal pon...baju cap ayam je.. ZARA & ESPRITE je... :D]

Tak salahkan belikan untuk anak baju yang branded, bukan anak orang lain, anak sendiri jugak kan. Tapi ada setengah orang yang dengki bila anak orang lain pakai baju branded tapi anak die pakai baju beli kat downtown je. maaf kalau ada yang terasa. bukan aku nak mengata atau memperlekehkan mak bapak yang beli baju anak dekat downtown or uptown atau yang beli baju kat pasar minggu je. anak aku pun ada jugak pakai baju yang brand cikai-cikai.

kadang-kadang aku pelik dengan manusia ni, benda kecik-kecik macam ni pon nak dengki-demgki. yang aku tak menahan tu sampai text inbox aku.huhuhuhuhu...setahu aku, aku tak pernah ada masalah dengan die. bukan aku yang mulakan 'ber-frend' dengan die dan aku tak pernah pun bertegur sapa dengan die kat fb.sekadar approve frend req semata-mata tak nak orang kata aku sombong. 

dannn...nahhhh.tu ke sebab ko add aku ? ? ? semata-mata nak sound aku ? ? ?
okey..ko jangan risau k...aku dah pon buang ko dari frend list aku. bukan tu je aku dah siap block ko dah...
so..lepas ni ko tak akan nampak pic aku @ anak aku pakai baju yang brand mahal-mahal...

owhhh..manusia. kenapa kau penuh dengan sifat perasaan hasad dengki ? ? ?
apa yang ko dapat dari punya perasaan tu? ? ?

fikir-fikirkan..
sekian...




Sunday, January 27, 2013

aqil :: menirap sudah...


Masuk umur 3bulan ++ aqil dah boleh menirap.
Alhamdulillah.
Pertama kali Aqil menirap bukan depan aku @ En.husband. tapi time aku tengah sibuk masak kat dapur.
sedar-sedar pon bila tetiba je die menjerit.
kelam kabut aku pergi tengok, kot-kot la kena gigit lipan ke kan..
rupa-rupanya die tak reti nak keluarkan tangan die yang tersepit  kat bawah badan die..

aku & en.husband tak pernah ajar die menirap.
cuma bila die mengiringkan badan die kitorang laki bini dok jadi kumpulan sorak...
'chayok chayok aqil....'
'yeahhh...u can do it...go go go aqil..'
[bukan die makin nak menirap, tapi dok tengok kami je :D]



opah aku ada pesan, kalau anak nak menirap jangan ditolong...
nanti bila dah besar semua benda nak mintak tolong kat kita je. tak nak usaha sendiri.
ye ke ? ? ?


sejak dah menirap ni, aqil tidur sangat lasak. kadang-kadang aku yang terpaksa bangun pi beralih tempat tidur. tengok pic kat atas tu. bantal dah tertinggal ke atas dah. pernah sekali sampai had lutut dah termasuk bawah sofa tu. nasib la peha aqil ni dah macam drumstick, kalau kecik skit silap-silap dah termasuk bawah sofa.
[hohohoho..ada kelebihan rupanya berpeha besar ni]

sekian





Friday, January 25, 2013

aqil :: 4 month

Assalamualaikum...
aqil dah 4 bulan dah.
umur 4 bulan ni dah start check-up kat KKIA Menggatal.
2 hari lepas pi klinik. kami pi petang.
petang tak ramai orang sangat berbanding waktu pagi.
lagi pun bila pagi rasa liat sangat nak bangun.
lepas solat subuh sambung balik tidur.
[amalan yang tidak bagus.jangan tiru yer adik adik]

sampai-sampai je, timbang berat aqil.
nahhhhh...amik kau.
7.58kg..
perggghhhh...
patot la naik lenguh tangan aku bila dukung dak debab ni lelama.
Alhamdulillah...
aqil sihat & membesar dengan jayanya... :D
makin hari makin banyak keletah yang die tunjuk yang kadang-kadang buat aku rasa happy.
biarpun kadang-kadang perangainyer yang buat aku rasa hampir-hampir hilang sabar...
gggggggrrrrrrrrrrrr.............
kadang-kadang tu beristifar panjang aku.
nasib la masih ada lagi sifat sabar dalam diri aku.


tapi kadang-kadang aku da jugak rasa geram dengan aqil ni.
bukan geram sebab apa pun...
sebab pipi due tu...
ggggggrrrrrr.....
serius..
kadang-kadang aku cubit je...
dah die nangis + menjerit baru aku berenti...
hahahahahaha....

sekian...

Thursday, January 24, 2013

masak memasak...

Assalamualaikum....
Salam Maulidur Rasul.
Hye mommys dan semua pembaca blog aku ni
[ada ke???..tettttttt]
Rindu kot aku nak menaip.
lama dah aku tinggalkan blog ni.
bz la..
dengan jaga anak la, 
urus rumahtangga la
kemas rumah
layan suami
dan 
memasak !!!!!!
[teeetttttttt....masak ke?]

aku & en.husband rela makan kat luar daripada tengok tong sampah yang makan.
orang selalu kata masak sendiri lagi jimat dari makan kat luar.
tapi bagi aku masak tu lagi membazir.

aku & en.husband kalau makan bukan suka ulang-ulang makan benda yang sama dalam satu hari.
maksud aku cam ni...
contoh la ek...
tengah hari aku masak ayam masak merah, kerabu mangga & sayur caampur
[wahhhh...menu... meriah kot]
bila malam, kami tak akan makan menu tengah hari tu walaupun ada lebih.
bila dah tak makan, dah tentu la ke tong sampah jawabnyer.

simpan dalam peti ais & nanti panaskan ? ? ?
owhhh..tidak.
perut aku jenis mengada-ngada.
tak boleh makan benda yang dipanaskan semula.
nanti mula la aku asyik ke jamban je.

kami ni hanya masak & makan kat rumah bila makanan tu susah nak cari kat Sabah & tak jumpa sesedap yang kami nak.

cop cop cop....
ni apa kes pulak tetiba ko cerita soal masak tak masak pulak ni ?? ?
huh...bukan apa pun.
tapi orang asyik tanya aku je...
ko masak tak ? ? ?
hari ni masak apa ? ? ?
dan...
sempat ke masak bila dah ada baby ni ? ? ?
ermmmm.....
sempat bila abah dia ada & time die tengah tidur.
2 situasi ni je yang membolehkan aku sempat memasak.
ni lah juga sebabnya kenapa kami asyik makan kat luar je.
lagi pun...
kadang-kadang aku sensorang je kat rumah ni.
nak-nak bila en.husband kena pi operasi.
time tu aku makan apa yang senang untuk aku je.

Wednesday, January 2, 2013

ape je laaaaa....

assalamualaikum...
lama dah aku biarkan blog ni tak berupdate.kesian ko blog..dapat tuan yang malas macam alu ni.tak nak buat macam mana.ko dah jatuh no 4 dalam idop aku.1st dah tentu la suami aku, 2nd anak teruna aku, 3rd diri aku n last tu baru la ko ek blog...
sekarang ni agak bz menguruskan rumahtangga.acecehhh....sejak balik sabah ni aku kena manage anak aku sendiri dengan bantuan en.husband tersayang.ekceli banyak lagi nak cerita.tapi tunggu la ek...anak aku kuat jelez.pantang aku pegang lappy mula la die bbunyi