Followers

Wednesday, October 23, 2013

AidilAdha Kami

Untuk pertama kalinya aku beraya jauh dari keluarga, jauh dari sedara-mara, jauh dari kawan-kawan.sedih giler.kat sini langsung tak da rasa raya.tak nampak orang jual lemang sepanjang jalan, tak ada nampak pun lembu dok lepak bawah pokok sambil terikat ;(

Kalau kat semenanjung, seminggu sebelum raya semua dah sibuk kemas rumah, beli kuih raya, or maybe ada yang beli baju raya walaupun raya korban je..kan. Kat sini aku langsung tak pikir pon pasal raya. Malam raya, dah dengar takbir baru rasa sedih..baru teringat orang-orang yang aku sayang kat Semenanjung tu.

2 hari sebelum raya, kami & kawan en.husband sempat lagi pi jalan ke Kundasang. kami stay kat sana 2 hari 1 malam. member en.husband ni dah kawin, tapi wife tinggal kat semenanjung. keje dengan swasta ni payah sikit la nak dok sekali..terpaksa la berjauhan. member en.husband ni pon pelik.dah dekat 5 tahun dok Sabah, ni baru 1st time jejak Kundasang..ha3..rasa nak gelak pon ada.Aku yang baru setahun lebih ni pon dah merata berjalan.

Kami gerak pagi. Dari KK--Kundasang, 2 jam setengah je. Tak jauh pun.Cuma yang jadi lambat sampai bila terpaksa ikut bontot lori atau bas. Nak potong memang payah la.bukan jalan hiway yang sampai ada 2-3 link.jalan pulak bersimpang siur...dengan bukit kiri kanan.

eh..ni nak cerita pasal raya ke pasal pi Kundasang ni...
okey2...cerita pasal raya yer...

Balik je dari Kundasang, kami rehat jap.lepas maghrib dalam pukul 7 setengah, kami gerak pi Pasar Filipin untuk beli barang. nak masak untuk juadah hari raya. Sebelum ni pun en.husband dah plan nak buat makan-makan. ye lar, sejak kami masuk rumah, bufday aqil, kami tak pernah jemput orang datang rumah. padahal member-member en.husband dah banyak tolong kami.especially ambil n hantar kami pi airport..hihihihihi...

Dah siap beli barang semua, bermula la seisi masak memasak dan mengemas rumah. Fuhhh...1st time masak dalam kuantiti yang banyak dan berbagai-bagai jenis memang memenatkan. Dah la buat kerja dalam satu masa...eh..3 kerja...MASAK + KEMAS RUMAH + JAGA AQIL. tapi Alhamdulillah.. aku tak buat sorang-sorang.Untung i tau uollllsss, dapat en.husband yang rajin..kih3...

Untuk raya ni kami sediakan laksa yang wajib ada sebab fav en.husband. Lodeh + Nasi impit + sambal tumis ikan bilis, Rendang ayam + ketupat daun palas. Ketupat tu kami tak buat yer. Tempah kat incas lama en.husband....dulu en.husband bhgian cooking ;) so,dia agak expert didapur berbanding aku.cuma ada part-part yang die agak fail... ! ! !hahahahahaha...



sempat snap pic makanan je.nak snap bape ramai datang, sape yang datang memang tak dan la.
fuhhh..penat gak la.dalam pukul 4 cam tu Aqil dah merengek nak tidur. Time tu semua orang dah balik. Tapi da juga member en.husband nak datang. E.husband I kata 'tak pe la...pi la bagi Aqil tido...' sebab yang nak datang tu semuanya bujang-bujang + geng-geng Vaperz...geng-geng ni aku tak kenal sangat...eh..bukan tak kenal sangat, tapi tak kenal langsung. Lagi pun bab-bab Vaperz & rokok elektronik ni aku tak amik tau sangat. Yang aku tau duit masuk ! ! !




itu lah cerita dan juadah raya kami yang jauh di perantau ni..cewwaahh..gaya cam dok oversee je kan..padahal sabah je pon..KK-KL 2 jam je pun...! ! !

Basi dah kot cerita pasal raya haji ni. tapi tak kisah la.nak juga cerita. sebab ni 1st time raya sendiri-sendiri. 1st time juga arrange open house sendiri-sendiri...so, bagi aku aku berjaya buat..ko ada???


No comments:

Post a Comment