Followers

Tuesday, January 29, 2013

boleh dah tu tambah lagi sorang....! ! !


bila aku bagitau je aqil dah 4 bulan, orang akan kata...
''dah boleh ada adik dah aqil ni...''
[diam seketika.hanya dengar bunyi ayam berkokok sahaja]

agak tidak sesuai untuk aku yang bersalin secara cezer untuk menambah koleksi anak buat masa terdekat ni.
rasa sakit contraction & czer hari tu aku tak boleh lupa lagi ni kan pulak nak merasanyer lagi 9 bulan yang akan datang.
ooowwhhh...tidak..
paling cepat pon may be 4 tahun lagi baru aqil akan ada adik.
[tapi kalau rezeki sampai lagi awal, kami terima dengan gembira :) ]

kalau boleh, biar lah aqil dah besar sikit baru la boleh beradik.
ni baru 4 bulan dah ada yang suruh aku mengandung lagi.
kesian kat aqil, belum puas nak bermanja lebih-lebih dengan kami dah kena bahagi kasih sayang pulak.

aku bersalinkan aqil secara czer tau tak..
dah memang wajib sangat la aku kena jarakkan kehamilan.
macam-macam risiko boleh jadi.
tapi kenapa ada lagi orang yang dok suruh aku pregnant cepat-cepat.
ggggrrrrr......tak paham aku.
[aku yang paham ke diorang yang tak paham ? ? ?]

tak sempat aku nak jaga badan, dah nak suruh aku pregnant lagi ? ? ?
ggggrrr....sekurang-kurang nyer bagi la aku 3-4 tahun dulu untuk jaga badan.
bagi peluang untuk aku mencantikkan diri, bagi slim macam dulu, at list bagi peluang untuk aku pakai baju saiz 's' balik...boleh ? ? ?[sekarang ni pon pakai saiz 's' lagi okeyh...]
tak kan nak suruh aku pakai baju mengandung je...
nak jugak pakai peplum :P

dari sudut ekonomi, alhamdulillah kami tak ada masalah.
cuma aku kesian la dengan en.husband.
semua bergantung pada die.
kalau boleh aku pun nak jugak tolong die.
[ni aku tengah berkira-kira samada nak buat bisnez online ke tak]
en.husband tak kisah pon kalau aku tak kerja.
tapi aku ni...A.K.U....nak juga rasa dapat income hasil titik peluh sendri.
++ aku ni kuat  berbelanja.
baju nak yang branded je tak nak la pakai baju2 beli kat kg air tu. :P 
[panggg...ada jugak yang kena sepak laju-laju kunk]

cadangan untuk aku pregnant lagi sekali dalam masa terdekat ini,
maaf yer...cadangan anda ditolak mentah-mentah ! ! !
ditambah faktor aqil yang makin hari makin membesar dengan kerenah yang macam-macam.
ni baru menirap, belum lagi berjalan & berlari.
silap-silap leh pengsan aku.
so..
katakan tidak pada PREGNANT LAGI [dalam masa terdekat]

sekian...










Monday, January 28, 2013

ini semua poyo.....

Assalamualaikum....
Sejak Aqil lahir sampai la hari ni, ada je kawan-kawan & sedara mara yang murah hati bagi hadiah untuk Aqil. ada yang bagi baju, ada jugak yang bagi duit. terima kasih yer, semoga dimurahkan rezeki. 
[kira punya kira collection aqil dah ada RM500.00. tak buat pun lagi account untuk Aqil. sebab tak tau nak bukak account dekat bank mana]

Baju-baju yang aqil dapat semua menepati citarasa aku dengan en.husband. hampir semua yang orang bagi aqil dah pakai.ada la sepasang dua yang Aqil tak pakai lagi sebab saiz besar. sebelum balik Sabah ni sempat lagi aku dengan en.husband shopping kat KL dengan niat nak menambahkan koleksi baju Aqil yang makin hari makin mengecil...kan ada Y.E.S [YEAR END SALE]... sale memang giler-giler la. seminggu dok KL rasa nak tercabut lutut aku asyik berjalan je. shopping baju aqil & baju mama die sekali. abah ??? abah dah shopping awal-awal dah masa kat Sabah..tapi masa kat KL pon die shopping sama :p...banyak gak pilihan untuk baju-baju aqil. dapat la dekat 5-6 helai baju dan seluar die..semua beli saiz 6-9 bulan. biar besar, boleh pakai lama-lama kan...lagi pun beli baju mahal-mahal tak kan nak pakai sekali 2 je kan..rugi la... [oooppppsss....mahal ke ? ? ? tak la mahal pon...baju cap ayam je.. ZARA & ESPRITE je... :D]

Tak salahkan belikan untuk anak baju yang branded, bukan anak orang lain, anak sendiri jugak kan. Tapi ada setengah orang yang dengki bila anak orang lain pakai baju branded tapi anak die pakai baju beli kat downtown je. maaf kalau ada yang terasa. bukan aku nak mengata atau memperlekehkan mak bapak yang beli baju anak dekat downtown or uptown atau yang beli baju kat pasar minggu je. anak aku pun ada jugak pakai baju yang brand cikai-cikai.

kadang-kadang aku pelik dengan manusia ni, benda kecik-kecik macam ni pon nak dengki-demgki. yang aku tak menahan tu sampai text inbox aku.huhuhuhuhu...setahu aku, aku tak pernah ada masalah dengan die. bukan aku yang mulakan 'ber-frend' dengan die dan aku tak pernah pun bertegur sapa dengan die kat fb.sekadar approve frend req semata-mata tak nak orang kata aku sombong. 

dannn...nahhhh.tu ke sebab ko add aku ? ? ? semata-mata nak sound aku ? ? ?
okey..ko jangan risau k...aku dah pon buang ko dari frend list aku. bukan tu je aku dah siap block ko dah...
so..lepas ni ko tak akan nampak pic aku @ anak aku pakai baju yang brand mahal-mahal...

owhhh..manusia. kenapa kau penuh dengan sifat perasaan hasad dengki ? ? ?
apa yang ko dapat dari punya perasaan tu? ? ?

fikir-fikirkan..
sekian...




Sunday, January 27, 2013

aqil :: menirap sudah...


Masuk umur 3bulan ++ aqil dah boleh menirap.
Alhamdulillah.
Pertama kali Aqil menirap bukan depan aku @ En.husband. tapi time aku tengah sibuk masak kat dapur.
sedar-sedar pon bila tetiba je die menjerit.
kelam kabut aku pergi tengok, kot-kot la kena gigit lipan ke kan..
rupa-rupanya die tak reti nak keluarkan tangan die yang tersepit  kat bawah badan die..

aku & en.husband tak pernah ajar die menirap.
cuma bila die mengiringkan badan die kitorang laki bini dok jadi kumpulan sorak...
'chayok chayok aqil....'
'yeahhh...u can do it...go go go aqil..'
[bukan die makin nak menirap, tapi dok tengok kami je :D]



opah aku ada pesan, kalau anak nak menirap jangan ditolong...
nanti bila dah besar semua benda nak mintak tolong kat kita je. tak nak usaha sendiri.
ye ke ? ? ?


sejak dah menirap ni, aqil tidur sangat lasak. kadang-kadang aku yang terpaksa bangun pi beralih tempat tidur. tengok pic kat atas tu. bantal dah tertinggal ke atas dah. pernah sekali sampai had lutut dah termasuk bawah sofa tu. nasib la peha aqil ni dah macam drumstick, kalau kecik skit silap-silap dah termasuk bawah sofa.
[hohohoho..ada kelebihan rupanya berpeha besar ni]

sekian





Friday, January 25, 2013

aqil :: 4 month

Assalamualaikum...
aqil dah 4 bulan dah.
umur 4 bulan ni dah start check-up kat KKIA Menggatal.
2 hari lepas pi klinik. kami pi petang.
petang tak ramai orang sangat berbanding waktu pagi.
lagi pun bila pagi rasa liat sangat nak bangun.
lepas solat subuh sambung balik tidur.
[amalan yang tidak bagus.jangan tiru yer adik adik]

sampai-sampai je, timbang berat aqil.
nahhhhh...amik kau.
7.58kg..
perggghhhh...
patot la naik lenguh tangan aku bila dukung dak debab ni lelama.
Alhamdulillah...
aqil sihat & membesar dengan jayanya... :D
makin hari makin banyak keletah yang die tunjuk yang kadang-kadang buat aku rasa happy.
biarpun kadang-kadang perangainyer yang buat aku rasa hampir-hampir hilang sabar...
gggggggrrrrrrrrrrrr.............
kadang-kadang tu beristifar panjang aku.
nasib la masih ada lagi sifat sabar dalam diri aku.


tapi kadang-kadang aku da jugak rasa geram dengan aqil ni.
bukan geram sebab apa pun...
sebab pipi due tu...
ggggggrrrrrr.....
serius..
kadang-kadang aku cubit je...
dah die nangis + menjerit baru aku berenti...
hahahahahaha....

sekian...

Thursday, January 24, 2013

masak memasak...

Assalamualaikum....
Salam Maulidur Rasul.
Hye mommys dan semua pembaca blog aku ni
[ada ke???..tettttttt]
Rindu kot aku nak menaip.
lama dah aku tinggalkan blog ni.
bz la..
dengan jaga anak la, 
urus rumahtangga la
kemas rumah
layan suami
dan 
memasak !!!!!!
[teeetttttttt....masak ke?]

aku & en.husband rela makan kat luar daripada tengok tong sampah yang makan.
orang selalu kata masak sendiri lagi jimat dari makan kat luar.
tapi bagi aku masak tu lagi membazir.

aku & en.husband kalau makan bukan suka ulang-ulang makan benda yang sama dalam satu hari.
maksud aku cam ni...
contoh la ek...
tengah hari aku masak ayam masak merah, kerabu mangga & sayur caampur
[wahhhh...menu... meriah kot]
bila malam, kami tak akan makan menu tengah hari tu walaupun ada lebih.
bila dah tak makan, dah tentu la ke tong sampah jawabnyer.

simpan dalam peti ais & nanti panaskan ? ? ?
owhhh..tidak.
perut aku jenis mengada-ngada.
tak boleh makan benda yang dipanaskan semula.
nanti mula la aku asyik ke jamban je.

kami ni hanya masak & makan kat rumah bila makanan tu susah nak cari kat Sabah & tak jumpa sesedap yang kami nak.

cop cop cop....
ni apa kes pulak tetiba ko cerita soal masak tak masak pulak ni ?? ?
huh...bukan apa pun.
tapi orang asyik tanya aku je...
ko masak tak ? ? ?
hari ni masak apa ? ? ?
dan...
sempat ke masak bila dah ada baby ni ? ? ?
ermmmm.....
sempat bila abah dia ada & time die tengah tidur.
2 situasi ni je yang membolehkan aku sempat memasak.
ni lah juga sebabnya kenapa kami asyik makan kat luar je.
lagi pun...
kadang-kadang aku sensorang je kat rumah ni.
nak-nak bila en.husband kena pi operasi.
time tu aku makan apa yang senang untuk aku je.

Wednesday, January 2, 2013

ape je laaaaa....

assalamualaikum...
lama dah aku biarkan blog ni tak berupdate.kesian ko blog..dapat tuan yang malas macam alu ni.tak nak buat macam mana.ko dah jatuh no 4 dalam idop aku.1st dah tentu la suami aku, 2nd anak teruna aku, 3rd diri aku n last tu baru la ko ek blog...
sekarang ni agak bz menguruskan rumahtangga.acecehhh....sejak balik sabah ni aku kena manage anak aku sendiri dengan bantuan en.husband tersayang.ekceli banyak lagi nak cerita.tapi tunggu la ek...anak aku kuat jelez.pantang aku pegang lappy mula la die bbunyi