Assalamualaikum....
Tahun ni fes time beraya sebagai isteri. Bermakna fes time jugak beraya dengan FIL. En.Husband dah tanya kat aku nak raya kat mana dulu ? ? ? Kg Ara Payung ke Taman Indah ? ? ? Kg Ara Payung tu rumah aku, Taman Indah tu rumah die la..hikhikhik....
Pada aku memang la aku nak beraya rumah mak bapak aku, tapi bila dah ada FIL ni aku tak boleh nak pentingkan diri. Kesian jugak kat mak mertua aku. Anak lelaki dah la 2 orang je. Bukan la aku nak mengata, tapi adik ipar lelaki aku tu tak boleh harap sangat. Mak mertua n adik-adik ipar aku semua bergantung kat En.Husband aku. Buatnya anak dara mak mertua aku semua tak balik, beraya la mak mertua aku dengan 2 orang adik ipar aku kat rumah tu. Kesian tak kesian ? ? ? kesian kan.... :(
Tapi kesian lagi dekat mak bapak aku. Ayah dah la tak sihat. Anak diorang 2 orang ni je la. Aku dengan abang aku. Buatnya abang aku tak balik, aku lak beraya kat rumah FIL...beraya 2 orang je mama n ayah. adeeeehhhh...rasa nak menitis je air mata aku bila aku bayangkan benda ni. Nanti apa pulak la kata orang yang tak tahu apa situasi yang sebenar anggap kan..ada la mulut-mulut laser yang memang nak kena cili dengan aku mengata...'anak tak kenang mak bapak la' 'baru kawin dah lupa diri la'....
So, bila kami laki bini fikirkan balik, aku & en.husband dah decide. Semua bergantung pada keadaan. Andai kata abang aku tak balik beraya, means malam raya, lepas je siap tolong mak mertua aku kemas-kemas rumah ke, bakar lemang ke, kami akan balik rumah mak bapak aku ! ! ! 1st day raya kat kg ara payung. Boleh lah ayah & mama beraya kat kampung.Tak kisah la nak beraya kat Bruas @ Bota.
Then, maybe malam tu kami balik Taman Indah. Kalau tak sempat raya kedua baru balik. Nasib la kampung dekat-dekat. Buatnya soang Perlis, soang Johor tak ke masalah... ! ! !
So, sapa yang nak kawin dengan orang jauh-jauh tu pikir-pikirkan la...hikhikhikhik....
Sekian.....
Followers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
Thursday, July 26, 2012
Friday, May 6, 2011
Happy Mother's Day....
ENTRY KHAS UNTUK MAMA & MAK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum mak...,
Pertama sekali ieja nak bagitau yang
ieja sayang sangat kat mak.
walaupun kita berjauhan, tapi hubungan antara ibu dan anak tak akan terputus. Hingga hujung hayat mak adalah ibu yang mengandungkan seorang bayi perempuan yang telah kini berusia 24 tahun selama 9 bulan.
terima kasih..!!!
biarpun ieja tak tau apa yang berlaku pada kehidupan lalu, tapi ieja tau akan perit jerit, susah payah mak selama ni.
Insyallah, jika ada kesenangan dalam kehidupan ieja di masa hadapan, segala jasa, budi, pengorbanan mak akan ieja balas.
Di hari Ibu tahun ni, hanya ucapan sahaja yang dapat disampaikan...
Terima kasih kerana melahirkan ieja ke dunia ni....
permintaan ieja hanyalah...
Doa...
kehidupan ieja diberkati di Bumi ALLAH ini...
kebahagiaan ieja di masa kehidupan yang akan datang...
menjadi seorang anak, isteri dan hamba ALLAH yang solehah...
dan...
maafkan ieja andai ada kesilapan tingkah laku, percakapan dan perbuatan ieja pada mak selama ini....
TERIMA KASIH MAK!!!!
IEJA SAYANG MAK....
ni hadiah hari ibu....
ieja bagi bakal menantu kat mak....
kwang5x...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum mama....
Semperna dengan Hari Ibu ni, anak nak ucapakan
ANAK SAYANG MAMA.
terima kasih yang tidak ternilai anak ucapkan kerana membesarkan anak selama ni. cukup segala pakai, makan minum dan pendidikan yang telah mama berikan.
segala jasa mama tak pernah anak lupakan.
Walaupun anak bukan lahir dari rahim mama, tapi kasih mama seorang ibu kepada anak tak pernah berbeza.
Mama tetap mama anak yang membesarkan anak sehingga hari ini.
Insyallah segala jasa dan pengorbanan mama akan anak balas.
Anak minta maaf....
atas kesilapan masa lalu.
sebab selalu buat mama susah hati
buat mama membebel...
buat mama hari-hari kena pikir kerenah anak yang memeningkan kepala...
Terima Kasih Mama...
untuk makanan yang hari-hari sedap....
untuk majlis tunang anak yang best...
melayan kerenah anak yang kadang-kadang mengada-ngada...
Doakan kebahagiaan anak ye mama...
doakan anak menjadi anak, isteri, dan hamba ALLAH yang solehah....
ANAK SAYANG MAMA....
TERIMA KASIH MAMA UNTUK SEGALANYA....
mama wif bakal menantu dia...
hik3....
kepada mak saya jamilah dan mama saya raja pah...
saya sayang 2-2...
ngeeee~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Huhuhu..
korang ada ke 2 ibu...????
saya ada...!!!!
saya ada mak...
dan saya ada mama.....
dan Insyallah saya akan tambah koleksi ibu bulan 12 ni...
huhuhuhu...
mak mertua pula...
ngeeeee~~~~~~~~~~~~~~
kepada rakan-rakan blogger semua...
hargai ibu anda selagi mereka ada di sisi anda...
mereka adalah insan yang tiada tukar gantinya satu hari nanti...
mereka adalah insan yang teristimewa yang di muka bumi ini...
jadi, hormati dan sayangilah mereka...
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM
Labels:
family


