Followers

Wednesday, July 18, 2012

bawa handphone & gajet pi sekolah :: kebaikkan atau keburukkan ? ? ?

Baru-baru ni ada diumumkan mulai tahun depan budak-budak dah boleh bawak nset pi sekolah. Reaksi aku laki bini memang tak setuju dengan pengumuman ni. Bukan lah kami laki bini jelez sebab time kami dulu tak boleh bawak nset pi sekolah, tapi benda ni aku tengok banyak keburukannya. Kebaikkannya memang la ada, tapi banyak buruk dari baik. 

HARAP MAKLUM YER..ENTRY NI PANJANG BERJELA

Yang baiknya ::
1. senang nak inform parents if balik lambat. - yang ni memang aku setuju la. sebabnya, walaupun ada disediakan public phone kat sekolah pon kadang-kadang tak boleh guna. hanya boleh panggilan kecemasan je. Kalau boleh call 999 terus direct pi kat mak bapak tak pe la.

2. Mudahkan komunikasi antara pelajar dan guru. - kalau cikgu masuk lambat student boleh msg tanya cikgu kat mana. tak payah la student tu nak menapak dari blok G ke bilik guru yang letaknya kat Blok A hanya semata-mata nak mencari cikgu yang tak masuk kelas tu.

3. Boleh rekod pembelajaran yang cikgu sampaikan - proses pembelajaran bukan fokus pada membaca dan meghafal je, tapi dari segi lihat dan dengar juga penting. So, student boleh merekod segala formula dan fakta yang disampaikan oleh guru.

3 ni je kebaikkan yang betul-betul kebaikkan. ada kebaikkan yang dikategorikan mengarut dan ntah pape pon ada. tapi ingat yer, baiknyer pun ada kesan buruk...

Yang baiknya tapi mengarut ::
1. student malu nak bagi jawapan kat cikgu, ye lar..takut salah kan. malu kat kawan-kawan, sms je cikgu. Tak pun MMS je jawapan yang student tulis dalam buku tu. Kalau salah cikgu boleh betulkan. - kesannya :: tak ada komunikasi antara guru dan murid. komunikasi secara lisan dan bertulis ni lain, tak sama. ibarat mereka yang bercinta melalui FB. Sebelum jumpa mesti chat dulu kan kat FB. masa chat tu laju je membalas, tapi bila berjumpa, nak bercakap pon macam segan. betul tak ? ? ? samala situasi nya antara guru dan murid.

2. cikgu malas nak masuk kelas relief. nanti kalau ada pengetua lalu suruh ketua kelas tu call cikgu. nanti cikgu tu akan masuk cepat-cepat. Sementara tu, soh student bagitau kat pengetua yang cikgu pi toilet. kena diarrhea. - cikgu yang mengajar anak murid jadi penipu. bagus ke simpan cikgu perangai macam ni ? ? ?

3. senang student nak google mencari maklumat pasal kerja rumah. isi yang bagus mesti dapat pujian dari cikgu. - rasanya tak perlu kot beria bagai nak cari isi karangan dekat internet. benda boleh fikirkan. bukan susah pun. buatnya student tu malas nak mengarang ayat sendiri, copy n paste kan senang. sapa yang rugi ? ? ? bukan student tu jugak ke ? ? ? nanti time exzam betul-betul baru la terkial-kial nak menjawab. Tengok kiri tak kena, tengok kanan tak kena.

4. tak payah dah nak guna buku. semua homework yang nak kena hantar kat cikgu, via email. untuk soal jawab pulak boleh post kat group subject kat FB yang cikgu tu buat. Cikgu pun dah tak payah nak asyik beli pen merah je. Dan tak perlu susah-susah nak mengangkut buku latihan murid-murid.

5. Kalau student tu sakit, tak payah nak tunggu cikgu yang bertugas untuk bawa pi hospital. Student boleh terus call ambulans. - Amboi...melampau kau. Kalau setakat kes sakit perut, nak ke ambulas datang. Berlambak lagi kes yang lagi penting. Nak tak nak kau tunggu je la cikgu yang bertugas tu bawak ko pi hospital. Lain la kalau sakit nak bersalin, boleh terima lagi la nak call ambulan.

Yang buruk ::
1. Setiap masa akan update status FB. - kena marah dengan cikgu, nak bagitau, banyak homework nak bagitau, dapat surat dari secret admire pun nak post kat FB. Kalau dah asyik update status je, bilanya nak buat homework ? ? ? bilanya nak fokus pada study ? ? ?

2. Asyik ber-sms dengan pakwe / makwe. - Dik, ko datang sekolah nak belajar ke nak bercinta ? ? ? Sebelum rehat, msg kekasih hati soh tunggu depan tangga blok B, sebelum balik pun msg lagi, soh tunggu depan gate nak balik sama-sama.

3. Malas nak dengar cikgu membebel kat depan, student kat belakang sumbat telinga dengan earphone dengan lagu. - Yang ni student laki susah sikit la nak buat, yang student pempuan la untung. Nak-nak yang pakai tudung. Bukan cikgu nampak pon. Yang ni aku selalu buat dulu time kat kolej ! ! !

4. Kes kecurian handphone selalu berlaku. - Beban tugas guru disiplin bertambah. Setiap bulan cikgu disiplin kena buat statistik kes kecurian handphone. Kes kecurian ni dah tentu akan berlaku. Nak-nak ada student yang ada rasa dengki, tengok nset orang tu canggih sikit, panjang la tangan die.

5. Ibu bapa kena bagi duit lebih untuk anak-anak beli topup - Kalau sebelum boleh bawa handphone belanja sekolah 3hengget sehari, bila dah boleh bawa nset, duit belanja sekolah dah kena up 10hengget pula. Yang berkemampuan tu tak kisah la sebab banyak duit. Yang golongan kurang berkemapuan ni pula macam mana ? ? ? ke kerajaan ada nak sediakan voucher topup untuk student 5 hengget seminggu ? ? ?

6. Kena beli handphone untuk anak-anak. - Dah bagi kebenaran boleh bawa handphone, dah tentu la anak-anak akan minta mak bapaknya belikan handphone untuk die. Kalau setakat nset biasa-biasa tu tak pe la lagi, boleh gagahkan nak belikan. Ni buat yang tak reti bahasa nak iPhone 4s, Samsung Galaxy Siii ke segala bagai tu macam mana pulak ? ? ? Mak bapak nak beli nset yang biasa-biasa die taknak, susah katanya nak cari maklumat dekat internet. Tak pasal-pasal, diorang akan kata 'Cikgu suruh beli nset yang ada 3G and Android, senang untuk buat revision ! ! ! Budak-budak sekarang dah pandai yer..bukan macam dulu lagi. Ke kerajaan ada sediakan voucher handphone untuk budak-budak sekolah ni? ? ?

Kalau nak suruh aku list kan lagi keburukannya meamng tersangat banyak. Takut korang je yang malas nak membacanya. Ni kalau kat sekolah cikgu suruh adik-adik buat karangan, amik la isi entry akak ni yer dik ! ! ! Memang la ada disediakan garis panduan tentang kegunaan handphone ni kat sekolah, tapi mampu ke cikgu nak memantaunyer ? ? ? sedangkan mak bapaknyer sendiri pun tak dapat nak kawal anak die yang sorang tu, ni kan pulak cikgu kat sekolah tu nak megawal beratus-ratus orang murid. Fikir-fikirkan la....

Sekian....

1 comment:

  1. untung betul budak2 la ni..
    sekolah je dah pakai enpon.kaklang dulu umur 21baru merasa pegang enpon.padahal enpon ni masa kaklang 17 pun dah ramai pakai..

    maisara kata kat sekolah dia kawan dia bawak enpon 2.cikgu marah pun dia tetap bawak.nampak sangt mak ayah dia tak kisah pun anak nya bawak enpon.

    ReplyDelete