Followers

Thursday, July 12, 2012

nak bersalin kat mana ? ? ?


Assalamualaikum....
Semua mommy yang tengah pregnant sekarang mesti terpikir-pikir nak bersalin kat mana kan...
samada kat private hospital @hospital government je. aku lebih prefer pi gov hospital je. 
en.husband ada jugak kata ::
kalau nak bersalin kat private hospital boleh je..
lagi selesa. 
pastu boleh request nak doctor pempuan..tak ada la malu sangat..

Ermmm...
memang betul apa yang husband aku kata tu.
sebelum pindah Sabah ni dah survey dah a few private hospital kat Ipoh.
salah satunyer Hospital Ar-Ridzuan. Hospital ni bagus sebab lebih pada Islamic. Harga pon tak ada la mahal sangat. dalam RM 2K ++

Tapi pendapat aku, swasta ke kerajaan ke sama je.
Nak kata sakit bersalin kat hospital swasta lagi kurang berbanding hospital gov tak jugak. Aku baca kat blog-blog mommys yang dah bersalin, yang bersalin kat hospital swasta dan gov, semua kata sakit. Cuma yang membezakan adalah layanan, dan kemudahan yang lebih selesa. Nak kata nurse kat hospital gov garang, tak jugak. Ramai yang puji.

'Nurse-nurse semua baik-baik. Tak ada la garang mana pun.'

Ni bukan zaman mak-mak kita dulu. 
Zaman sekarang ni, nurse muka masam je, cakap tengkin-tengking je confirm esok pagi keluar la aduan dekat paper. 
Tak pasal-pasal la semua staff ward tu kena mengadap pengarah hospital. 
Lagi pun sekarang ni gov hospital dah sama taraf dengan hospital swasta.
Semua prosedur sama je. Tak ada beza pun.

Lagi satu, RM2K ++ tu boleh buat simpanan untuk anak. tak pun boleh juga untuk beli barang-barang baby. silap-silap anak baru lahir dah leh pakai baju brand GUESS ! ! !

doctor kat klinik lama aku kerja dulu pun kata gov hospital is the best. die cerita kat aku, 4-4 orang anak die semua lahir dekat hospital gov. everything is okey....
sedangkan specialist doctor pun pi bersalin kat hospital gov, ni kan kita yang biasa-biasa ni.
husband aku pon kerja gov. kat situ dah ada kelebihan
bersalin kat gov hospital, koman-koman pon aku dok kat 2nd class.
nak 1st class pon boleh tambah je $$$$$ sikit..

tapi bagi sape-sape yang berkemampuan lebih tu, boleh je kalau nak merasa bersalin dekat private hospital.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....



2 comments:

  1. td da wat rekod utk bersalin kat hosp putrajaya, tempat sama mcm anak sulung...

    sbb da keje gomen, rasa membazir lak p swasta... kot ada duit lebey, bley wat aqiqah terus, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Gadis kalau boleh pun teringin nak bersalin kat private...
    dapat bilik best n sumenyer best..

    tapi dsbbkan ongkos nyer yang almaklumla..

    so x kisah la kalau bersalin kat gov..
    lagi pun sakitnyer sama je rasenyer..
    gov pun dah ok skang ni...=)

    ReplyDelete