Followers

Showing posts with label mommy. Show all posts
Showing posts with label mommy. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

nak bersalin kat mana ? ? ?


Assalamualaikum....
Semua mommy yang tengah pregnant sekarang mesti terpikir-pikir nak bersalin kat mana kan...
samada kat private hospital @hospital government je. aku lebih prefer pi gov hospital je. 
en.husband ada jugak kata ::
kalau nak bersalin kat private hospital boleh je..
lagi selesa. 
pastu boleh request nak doctor pempuan..tak ada la malu sangat..

Ermmm...
memang betul apa yang husband aku kata tu.
sebelum pindah Sabah ni dah survey dah a few private hospital kat Ipoh.
salah satunyer Hospital Ar-Ridzuan. Hospital ni bagus sebab lebih pada Islamic. Harga pon tak ada la mahal sangat. dalam RM 2K ++

Tapi pendapat aku, swasta ke kerajaan ke sama je.
Nak kata sakit bersalin kat hospital swasta lagi kurang berbanding hospital gov tak jugak. Aku baca kat blog-blog mommys yang dah bersalin, yang bersalin kat hospital swasta dan gov, semua kata sakit. Cuma yang membezakan adalah layanan, dan kemudahan yang lebih selesa. Nak kata nurse kat hospital gov garang, tak jugak. Ramai yang puji.

'Nurse-nurse semua baik-baik. Tak ada la garang mana pun.'

Ni bukan zaman mak-mak kita dulu. 
Zaman sekarang ni, nurse muka masam je, cakap tengkin-tengking je confirm esok pagi keluar la aduan dekat paper. 
Tak pasal-pasal la semua staff ward tu kena mengadap pengarah hospital. 
Lagi pun sekarang ni gov hospital dah sama taraf dengan hospital swasta.
Semua prosedur sama je. Tak ada beza pun.

Lagi satu, RM2K ++ tu boleh buat simpanan untuk anak. tak pun boleh juga untuk beli barang-barang baby. silap-silap anak baru lahir dah leh pakai baju brand GUESS ! ! !

doctor kat klinik lama aku kerja dulu pun kata gov hospital is the best. die cerita kat aku, 4-4 orang anak die semua lahir dekat hospital gov. everything is okey....
sedangkan specialist doctor pun pi bersalin kat hospital gov, ni kan kita yang biasa-biasa ni.
husband aku pon kerja gov. kat situ dah ada kelebihan
bersalin kat gov hospital, koman-koman pon aku dok kat 2nd class.
nak 1st class pon boleh tambah je $$$$$ sikit..

tapi bagi sape-sape yang berkemampuan lebih tu, boleh je kalau nak merasa bersalin dekat private hospital.

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....



Saturday, July 7, 2012

pregnant :: MGTT

Assalamualaikum....
Khamis hari tu dah selamat dah buat ujian MGTT orang panggil minum air gula. ni bukan ujian bertulis, bukan ujian lisan, bukan juga ujian memandu..ujian ni lain dari yang lain. selalunya bila ada ujian semua orang nak markah yang tertinggi kan..tp untuk ujian ni, sapa yang amik mesti nak ujian yang terendah. ujian ni untuk memastikan kandungan gula dalam darah adalah tidak lebih dari paras normal iaitu untuk pastikan ibu hamil tak ada kencing manis.


event gula penting sebagai pembekal tenaga, tapi bila dah tinggi dari paras normal, boleh mendatangkan masalah gak pada kesihatan terutamanya pada ibu mengandung. kencing manis semasa pregnant dikenali sebagai gestational diabetic.


rasa air gula tu sangat lah tidak sedap okeyhhhh....biasa la pi kat klinik kesihatan mana la ada perisa-perisa segala bagai tu.kalau pi private klinik ada perisa oren n blackcurrant.so, kat situ boleh la pilih-pilih nak perisa yang mana.tapi bila dah pi KK ni amik je la perisa asli tu. 


Seawal jam 7.15 pagi aku dah sampai klinik. pi dengan en.husband. tapi die tunggu dalam kereta sebab aku yang suruh. kunk kalo die ikot skali kunk aku suruh die tolong aku habiskan air gula tu. Terus pergi kat makmal bawak sekali dengan form yang nurse bagi time last follow-up hari tu. Sampai-sampai terus bagi form..untuk kes yang kena minum air gula ni, tak perlu amik no..on the spot diorang akan panggil. Aku tunggu pun tak sampai 3 minit dah diorang dah pnggil.. walaupun dah berderet ramai orang menunggu. Masa tunggu tu, aku tengok ada la sorang mommy ni tengah minum air gula. Mula-mula dia minum berkerut-kerut muka dia menahan 'kesedapan' air gula tu.


Masuk je kat dalam lab tu, aku disuruh duduk untuk ambil sampel darah pertama sebelum minum air glucose. untuk sample darah pertama ni aku korbankan tangan kanan aku. sekali inject je darah aku dah masuk dalam syringe. dah siap amik darah, kat sebelah tempat amik darah tu, da meja yang kat atasnya dh siap terhidang air gula. 70mg gula dilute dengan 300 ml air. sisipan pertama, aku rasa okey je..masuk kali ke 5 aku dah start berkerut-kerut muka. rasa loya pun datang dengan tiba-tiba. time tu aku doa sangat-sangat tak nak muntah. bila muntah dah kena buat test lain..tak sanggup la ! ! ! 


amik masa kat 5 minit jugak la aku nak abeh kan 1 gelas air gula tu. dah abeh cepat-cepat aku keluar pi lari kat en.husband yang tunggu dalam kereta. terus minum air masak yang aku bawak. time tu rasa loya memang dah tahap kritikal dah. apa lagi...cari cik minyak cap kapak la. ada la lega sikit.en.husband pon tolong la urutkan belakang aku. dah okey sikit, en.husband kata nak pi jalan-jalan..aku pun okey je. lagipun tak kan nak tunggu kat situ 2 jam kot. nak balik rumah mungkin la tidak sebabnya kena naik tangga tingkat 3..tak pasal-pasl belum sampai level 3 aku dah weeekkkkkk.....


kami jalan-jalan sampai kat bandar KK. tapi tak sampai 2 jam dah abeh round dah.nak tak nak pi balik klinik n cari tempat yang redup sikit..kami pun ZzZzZZzZzZzzZzZzZZzZz....tapi aku tidur-tidur ayam je. En.husband je tidur lena sampai siap berdengkur lagi...adehhh....tak tau la orang yang lalu lalang tu leh dengar ke tak die berdengkur.


9.40 am, aku gerak en.husband. dah mengeliat semua, kami pun pi masuk pi kat lab. sampai-sampai terus nama aku kena panggil. masuk & duduk kat tempat mula-mula aku amik darah pagi tadi. sebelum tu die ada tanya aku 'kau ada muntah ndak' aku just geleng je kepala. kali ni orang lain lak amik darah aku. kali ni sangat sakit okeyhhhh..dah la siap pusing kiri kanan jarum tu kat dalam vein aku..adehhhh..sebelum ni senang je darah aku nak kuar, awat la kali ni payah..ke orang tu yang tak reti? ? ? ? no komen... ! ! ! 


dah siap semua, dia pesan kat aku pukul 2 nanti datang balik amik result. 'okey'
pastu kami laki bini pun pi makan. perut memang tersangat lapar time tu.aku oder roti nan cheese, siap dengan ayam tandoori, kuah dhal..sama dengan en.husband.air lak kami oder limau ais & nescafe ais. oder bagai nak giler. tapi makan sikit je..sebab tekak loya. aku habiskan jugak makan roti nan tu..tak habis rugi je. dah la mahal. 1 set tu je dah dekat 10hengget..tu tak termasuk dengan air...total semua untuk breakfast hari tu rm 19.00 ! ! ! aku makan roti nan chesse kat kedai mamak area sunway lagoon pun lagi murah..kuah pun sedap..ayam pun banyak isi...tapi tu la harga kat Sabah ni..& tu la kedai yang aku rasa macam okey dari kedai-kedai yang ada....


dah siap makan semua, balik rumah. n tidur...


pukul 1.30 pm, siap-siap dan pi klinik balik. sampai-sampai je dah berderet dah orang menunggu. parking kereta pun dah penuh. so, terpaksa la en.husband tunggu kat dalam kereta je. tunggu kat 3 minit je, then orang lab tu suruh cari sendiri result masing-masing kat atas kaunter tu. dan ini lah hasil result aku ::

1st reading
FASTING BLOOD SUGAR (FBS) :: 4.73 mmol/ L 


2nd reading :: 
7.56 mmol/L

NORMAL RANGE:: 3.90 - 6.10 mmol/L

agak tinggi disitu.terus dup dap dup dap jantung aku.macam kena buat BSP je ni...adehhhh.aku pun call akak JM yang husband die 1 kerja dengan en.husband aku. die suruh aku terus masuk bilik die. aku pun tunjuk la result tu kat die. die kata, okey la ni...tak tinggi sangat'..... aku tiba-tiba blur, bukan dah lebih dari normal range ke ? ? ? pastu akak tu kata, tak apa..biar akak tunjuk dulu result ni dekat doctor. aku pun tunggu je la kat dalam bilik tu sambil tengok cik misi buat kerja. lepas tu, akak tu bawak keluar result aku pi tunjuk kat doctor. dekat 5 minit lepas tu, dia masuk balik bilik tu n terus je bagi buku pink n result aku balik. die kata isnin ni datang untuk review dengan doctor..tu memang dah aku tau pun.sebab dah masuk 30 weeks isnin ni n time tu doctor akan cek plasenta. tapi ape jadi dengan result aku tu ? ? ?kena buat BSP ke tak ? ? ? 

tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! ! ! !

Saturday, June 30, 2012

keperluan di hospital

Assalamualaikum...
Sekarang ni aku dok sebut google checklist..checklist untuk baby, n mommy baby. checklist ni penting tau, so nanti tak ada la ada yang tertinggal. lagi satu dalam bab shopping-shopping lagi la penting.takut ter-over beli pulak....

mama kat kampung dah asyik tanya je, barang untuk bersalin nanti dah siap ke ? ? ? jangan buat last minit...nanti ada yang tertinggal..prepair awal-awal, senang.tak ada la nanti kelam kabut...bla...bla..bla..bla....

ni nak kongsi checklist untuk mommy...barang-barang yang perlu dibawa ke hospital....

MOMMY
1. kad lawatan klinik / buku pink
2. kad pengenalan
3. baju / blous berbutang hadapan                   4 helai. lebih pun tak pe.
4. kain batik                                                   4 helai. lebih pun tak pe.
5. stokin                                                         3 pasang
6. peralatan mandi                                          utk yang bersalin kat GH...kalau kat private,ada bekalkan.
7. tisu
8. maternity pad / pad biasa
9. selipar
10. nursing bra
11. breast pad
12. air selusuh/ air zam zam
13. seluar dalam                                            nak lagi senang beli disposible punya ! ! !
14. minyak angin
15. laundry beg
16. sweater

BABY
1. Baby diapers
2. baju                                                        3 pasang
3. stokin + sarung tangan                            3 pasang
4. topi                                                        1
5. selimut / bedung
6. barut
7. peralatan mandi
8. baby wipes / wet tissue
9. nappy cream

yang bersalin kat GH,botol susu jangan bawak yer...nanti kena marah dengan cik misi. kebanyakkan GH sekarang mengamalkan 'HOSPITAL RAKAN BAYI'......