Followers

Monday, July 2, 2012

pregnant :: puasa

Assalamualaikum....
Sekarang ni dah bulan Syaban, bermakna bulan hadapan kita semua akan menghadapi bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Tiba-tiba rasa sayu je hati ni, 1st time nak sambut puasa jauh dari ayah dan mama ;( teringat time sahur dan berbuka. sebelum ni sahur dah tentu mama yang kejut, siapkan makan semua. aku just bangun tidur, gosok gigi, cuci muka dan duduk kat meja makan, dan makan je..time berbuka pulak, mama yang siapkan hidangan berbuka. aku ??? krohhhh...krohhhh...krohhhh...ZzZzZzZzzZz.....kat dalam bilik..penat la puasa... ;)

tapi keadaan dah berubah.lepas ni aku la yang kena bangun awal untuk sediakan makan sahur. status dah berubah kan ! ! ! nak-nak kali ni puasa sambut kat Sabah.waktu imsak dah tentu awal, maknanya kena bangun awal la untuk bersahur.


Alhamdulillah rasa happy sangat sebab aku akan sambut puasa dengan en.husband buat kali pertamanya dan bersama dengan baby yang semakin aktif kat dalam perut ni.aku harapkan ia melatih anak aku ni nanti dah besar boleh la die pun berpuasa dengan penuh dan jayanya tanpa banyak alasan n perangai curi-curi makan. (jangan jadi macam mommy k...selalu curi-curi makan ;P )


en.husband ada tanya:: 
time pregnant bole puasa ke ? ? ? 

aku jawab:: 
boleh je.asalkan tak ada penyakit2 serius. kena dapat advice n cek doktor dulu.

confident je aku jawab, padahal aku pun tak tau :P
lepas je soalan en.husband tu, aku pon cepat-cepat la menghadap en.goggle. nasib la 'die' ada :) thanks en.goggle kerana dirimu begitu berharga ^_^

menurut dari beberapa artikel yang aku baca, sebenarnya tak salah dan tidak merbahaya jika seseorang pregnant mother tu nak berpuasa. lagi pun rugi sebenarnya kalau kita ni golongan ibu2 yang mengandung ni terlepas untuk berpuasa. time tak pregnant, bila bendara merah je dah tentu tak boleh puasa penuh kan. mesti ada ter-mis seminggu.so, sekarang ni la peluang kita untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan. tu satu..lagi satu, time ni la dapat merehatkan sistem pencernaan dan menstabilkan sistem hormon badan kita. ye lar..sebelum ni macam-macam kita makan, macam-macam kita sumbat dalam perut kita sampaikan tak berehat sistem pencernaan kita, ni lah masanya kita bagi die rehat sekejap ! ! !

untuk pregnant mother ada a few things yang kena amik perhatian. 

1st:: anemia ( kekurangan darah dalam badan)
m2b yang mengalami anemia boleh membahayakan kesihatan jika die berpuasa. kurang hemoglobin (hb) boleh menyebabkan pregnant mother kelihatan pucat, lemah dan sukar bernafas (kandungan haemoglobin dalam darah mengandungi oksigen) dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan pitam.so, pada m2b yang mengalami anemic tu sila dapatkan nasihat doktor dahulu yer.


NORMAL RANGE HEMOGLOBIN MENGIKUT PERINGKAT USIA 


newborn:: 17-22 gm/dL
one (1) week of age:: 15-20 gm/dL
one (1) month of age:: 11-15 gm/dL
children:: 11-13 gm/gL
Adult(males):: 14-18 gm/dL
Adult (female):: 12-16 gm/dL
Men after middle age:: 12.4-14.9 gm/dL
Women after middle age:: 11.7-13.8 gm/dL


2nd:: diabetes (kencing manis)
M2B yang ada kencing manis juga ada masalah jika mereka berpuasa.tempoh berpuasa selama 12 jam boleh sebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tidak stabil. M2B perlukan insulin supaya kandungan gula menjadi stabil.tapi suntikan insulin ni boleh menjadikan ibu mengalami HYPOGLYSEMIA (kurang gula dalam darah). M2B akan mengalami symptom-symptom seperti mengeletar, berpeluh, berdebar-debar, dan terasa lapar yang amat sangat. M2B yang mengalami simptom-simptom yang dinyatakan perlu berbuka puasa kerana ia boleh memudaratkan kesihatan samada ibu dan baby.


3rd:: dehidrasi 
Pengambilan air yang mencukupi sangat penting terutamanya untuk M2B. kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan 

  • berasa hendak pitam
  • sakit kepala dan seperti hendak demam
  • air kencing menjadi pekat dan berbau
  • terasa loya dan ingin muntah
  • rasa menggigil
  • berasa lemah dan sakit otot
  • pergerakan bayi menjadi tidak normal
  • berlakunya kontraksi
untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi, M2B perlu pastikan pengambilan cecair yang cukup.sekurang-kurangnya 2 liter sehari. untuk megelakkan dehidrasi::
  • banyakkan pengambilan cecair
  • banyakkan makan buah, sup, makanan berkuah dan mengandungi air.
  • kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • berehat secukupnya
  • pengambilan vitamin c
tips ibu mengandung ketika berpuasa::

  • jangan miss sahur
  • banyakkan makan yang bernutrien dan tinggi searat masa bersahur dan berbuka cth: jagung, brokoli, pisang, soya, n macam-macam lagi la.korang goggle la sendirik ek...
  • banyakkan berehat,jangan buat banyak kerja.... :)
  • kalau rasa lain macam je cepat-cepat berbuka n kalau tak okey gak pi klinik.
  • jangan minum minuman yang mengandungi kafein.
  • banyakkan berehat dan berdoa kepada ALLAH ;)

SEKIAN ;)











No comments:

Post a Comment