Followers

Monday, July 23, 2012

MENU HARI INI :: LAKSA

Assalamualaikum.....
Menu berbuka kami hari ni laksa. En.Husband jenis tak makan nasi time berbuka. Time bersahur je die makan nasi. Alasannya, kalau berbuka makan nasi, apa kerja pun tak menjadi. Yang menjadinya tidur di atas katil. So, semalam kami pi pasar filipin, beli la barang-barang nak buat laksa.

Sampai-sampai rumah je, rehat jap, kami pun mulakan la operasi memasak kuah laksa. Kuah laksa ni kami buat awal-awal sebab, nanti time siang dah tak boleh nak rasa tawar ke masin. Kita kan semua tengah puasa. Jangan buat-buat lupa pulak yer kawan-kawan :) Lagi satu, En.Husband aku kata, lagi lama kuah laksa ni lagi sedap sebab asam dan ikan tu dah sebati.

Even dah ramai tau masak laksa, aku nak jugak share resepi kat sini. Ye lar..orang lain kat blog die da resepi masakan, aku pun nak jugak...ngeeeeeeeee...bole ka begitu ? ? ?

Bahan-bahan ::
1 paket laksa - direndam dahulu sebelum dicelur dalam air panas.
1 kilo ikan (kami guna ikan kembung ) -direbus dengan asam keping dan dibuang tulang.
Cili kering yang telah dikisar
2-3 tangaki Daun kesom
1 tangkai Bunga kantan
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
9-10 keping asam gelugur

Bahan-bahan (dikisar) ::
4-5 ulas bawang merah
sedikit belacan
cili padi (untuk yang nak pedas)

Bahan Sampingan ::
Timun
Telur rebus
Limau kasturi
Bawang besar dihiris halus
Cili merah (kalau nak lagi pedas, cili padi @ cili burung)

PENYEDIAAN IKAN
1. Rebus ikan dengan beberapa keping asam gelugur.
2. rebus sehingga empuk.
3. angkat dan asingkan tulang denga isi.
4. blander isi dan tulang ikan secara berasingan.kemudian ditapis.
***sisa tulang ikan yang tidak boleh digunakan lagi boleh dibuang***
5. Lebihan isi ikan dimasukkan kedalam periuk.
6. Air rebusan ikan digunakan semasa blander isi ikan dan tulang ikan. Jika masih ada lebihan, masukkan kedalam periuk.

CARA-CARA (kuah laksa)
1. tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau sehingga masak pecah minyak.
3. masukkan bungan kantan dan daun kesom.
4. masukkan ikan yang telah direbus dan diasingkan tulang serta diblander tadi.
5. masukkan air rebusan ikan jika masih ada berbaki. Masukkan air biasa jika kelihatan masih pekat. (tapi kalau kuah cair sangat pun tak sedap jugak... :)
6. Masak diatas api yang sederhana perlahan.
7. Maukkan sedikit garam dan serbuk perasa (jika perlu)
8. Rasa kesimbangan antara rasa pedas dan masam. Jika kurang masam masukkan beberapa lagi keping asam gelugur. Jika kurang pedas, tambah sedikit lagi cili kisar. Masak dalam api yang sederhana kecil.
9. Agak-agak dah masak boleh dah tutup api.

nak jugak tempek gambar laksa ni.

made by en.husband.
jus tembikai 

Selamat mencuba ;)

Sekian...


10 comments:

  1. kena tumis ke?eca selalu xtumis,just didihkan air dan masuk bahan2..

    ReplyDelete
  2. @Eca Dwinky Asha
    haaaa..ni style en.husband..
    mula2 org pon pelik gak..asl lak kna tumis.die kta, biar cili tu btol2 masak.t mkn xda la sakit perut...
    ;)

    ReplyDelete
  3. lain dari lain laksa ni sebab kena tumis..nak tau..kakngah teror masak laksa.kalau dia masak laksa memang giler sedap.

    ReplyDelete
  4. @diana
    ha3..ni resepi mohd wazir..kalo ikot yg mama ajar xpyh tumis pon...dh suami kata tumis ikot je la...hahahaha...
    ag pon tukang masak kapal kan..ieja bab masak2 ni fail skit...

    ReplyDelete
  5. sedapnye,x pernah lagi buat laksa lps jadi bini orang ni.. :)

    ReplyDelete
  6. sedapnye laksa tu.. sy dulu time pregnant xleh mkn laksa lgsung, kembung je perut.. klu teringin sgt pun dok hirup kuah laksa tu je, hehe

    ReplyDelete
  7. @Liyana
    xpe...dh abis pantagkan..boleh la mkn laksa semula...:)

    ReplyDelete