Assalamualaikum
Entry ni khas untuk peminat-peminat novel.Kenapa???Sebab entry kali ni saya nak review mengenai sebuah novel yang saya dah baca 5 kali. Boleh dikatakan novel ni bestnyer setanding dengan novel Ombak Rindu (Fauziah Ashari), Bicara Hati (Damia Hana) Cinta Pertama (Norhayati Berahim) dan banyak lagi.
Bagi peminat novel yang dah baca novel ni, tengok tajuk entry ni je mesti dah tau jalan ceritanya macam mana. betul tak? meleleh tak air mata??? huhuhu...
baik mengaku.!!!!
saya?
saya mengaku yang saya menangis membaca novel ni. penuh dengan emosi. dalam emosi juga terselit jenaka dalam jalan cerita novel ni. bagi yang dah membaca mesti tau gelagat Tengku Aqilah tu macam mana kan. ditambah pula dengan sahabat baiknya Farhana.
Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah ni telah 6 kali diulang cetak. Bagi yang masih mencari-cari novel ni di kedai buku Popular memang kebanyak store akan kata dah out of stock, tapi tak pe. jangan kecewa yer. Dari 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 ni, sedang berlangsung Pesta Buku di Dewan Tun Husein Onn di PWTC. kat situ Popular Bookstore ada bukak diorang punya booth. so, boleh la riki-riki kat situ. dan dengar khabarnye juga, Siti Rosmizah ni juga telah pun melancarkan novel terbarunya pada 23. April 2011 yang lepas di pesta buku tu.
Bagi yang tak tau lagi jalan cerita Lafazkan Kalimah Cintamu ni, ni nak kongsi sikit sinopsis:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM
***bagi peminat novelist Siti Rosmizah bolehlah melayari website SR PUBLICATION:
http://www.srpublication.com.my/
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM
***bagi peminat novelist Siti Rosmizah bolehlah melayari website SR PUBLICATION:
http://www.srpublication.com.my/
****esok nak jalan-jalan kat Jusco Ipoh & Ipoh Parade nak riki-riki novel Siti Rosmizah yang terbaru-----7 HARI MENCINTAIKU. ,
tunggu bila saya dah dapat dan dah habiskan study novel tu baru saya review yer...
ct tak penah baca lagi novel nie..nanti balik cari kat kedai buku... yang ombak rindu tue memang dah berulang kali baca... hi3...
ReplyDeletescha dah ulang novel ni 4 kali.. meleleh air mate.. ekeke.. memang best sangat novel siti rosmzah. dia dah ade novel baru kan. 7 hari mencintaimu. tak sempat beli lagi.. mesti best jugak.. :)
ReplyDeletemmg cerita ni menyentap jiwa dan perasaan...mmg air mata jdi penenman la baca novel ni....
ReplyDeletetpi best cerita dye :)
almk...cik bunga da lame tak berjinak ngan novel.. huhu :P
ReplyDeletecik bunga nak bg chance nie.. jom tengok ni Sungguh tak tipu, FREE je sampai bile²
atien dah bace novel ni. mula malas nak baca sebab tebal sgt. takut jalan cerita mengarut. tapi bila start je baca memang best. menangis2 kot.. huuu
ReplyDeleteouh best ke ? sebab kawan kirim beli kat burfair hari tu.
ReplyDeletebanyak kot masa kat bukfair..
tengok tebal semacam tak jadi beli sekali.. heheh !
novel ni macam bes laa. pasni bole laa pnjam. hehehe
ReplyDeletebtw, thanks sbab sudi follow blog hana. follow u back k. nice blog. keep in touch :)
cinta pada Illahi mengatsai segalanya...
ReplyDeletemacam bes je.. saya dah lama tak baca novel melayu. masa sekolah dulu rajin jugak mengumpul :D
ReplyDeletethe best novel ever :-)
ReplyDeletethe best novel ever :-)...akak kalau tak baca novel rasa jiwa kacau sangat hehehe...itu la salah satu hobi yg masih kekal hingga sekarang..membaca dan terus membaca :-)
ReplyDelete@Siti Aziz
ReplyDeleterugi la xpnh baca...
ombak rindu mmg mantop...
@Scha Aryana
ReplyDeletehu3..tau xpew...
bgkak2 mta mengis...
hik3...
yup..novel tbaru SR 7 hri mencintaiku...
@dyLa aDiLa
ReplyDeleteyup..mmg tabik..
air mata pon baca sekali/...
:)
@♥.::cintabunga™blogspot::.♥
ReplyDeleterugi la cik bunga tak baca...
:)
@sweet stalker
ReplyDeletehik3..tau xpew..
don't judge the book by its cover...
ngeeeee~~~~~~~~~~~
@nfdeeda_zubir
ReplyDeleteha????
xbeli...
ruginyer...
hik3...
:)
@♥HANA ZAINAL♥
ReplyDeletebkn mcm best la..
mmg best pon...
hu3...
@Pustaka NurIman
ReplyDeleteyup..
betol 2...
:)
@amal
ReplyDeletemmg best pon...
:)
@Siti Azlina Abdul Aziz
ReplyDeleteyup...
btol 2..
cm sya sekuang2 nyer 2bulan skali akn try cri novel baru utk dibaca...
:)