Followers

Thursday, April 28, 2011

Demimu Lontong....


Assalamualaikum
Hye semua..
Ini Entry ke 2 hari ini..biasa la lepas sangap menulis blog. Hampir 3 minggu yang lepas aku tak menulis blog. Sekarang ni masa untuk membalas dendam telah tiba.Biar pun penulisan aku ni tak ramai yang komen.

Tadi aku keluar pergi jusco.tujuannya nak mencari novel. 
Dan dengan penuh riak dan bangganya aku nak bagi tau yang aku dah ada novel terbaru Siti Rosmizah…7 Hari Mencintaiku.
Dah dapat apa yang aku nak, biasa la perut dah tentu lapar.Pergi la ke food court. Ermmmm….semua bosan. Tekak aku ni sebenarnya dah dekat 3 hari nak sangat makan lontong, nak buat tapi tak reti. Jawapan yang senang sekali ialah beli kat kedai.

 terima kasih kedai makan google

Tiba-tiba aku teringat yang masa posting dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ada jual lotong. Aku dengan langkah yang penuh bergaya menuju ke parking untuk bergerak ke hospital. 
Sambil-sambil tu aku massage member aku yang kerja kat A+E tu pergi tengok kat café ada lagi ke tak lontong. Dah tunggu dekat 20 minit, die pon balas:

Ieja, dah habis la. Makcik tu soh mari esok….

Huhuhuh…kecewanya aku
:(

Last-last sekali aku tukar arah pemanduan aku menuju ke Ulu Kinta.kat sana memang banyak kedai makan. Disebabkan aku malu nak makan sorang-sorang, aku pergi rumah mak mertua aku & ajak adik ipar aku 2 orang yang baru balik sekolah tu pergi makan. Mak mertua aku tak balik kerja lagi. So, aku suruh Miera & Pida massage mak.

Akhirnya, sampai la kami ke Kedai Makan Saloma. Sapa yang dok area Tambun, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mesti tau kedai saloma ni. Ni antara kedai yang tiptop kat area tanjung rambutan. Time tengah hari je, sapa yang lambat jawabnya makan bungkus je la.meja dah sah-sah penuh. Dengan PGA, student M.A, guru maktab, & staff Hospital Bahagia makan kat situ. Masa aku sampai kedai ni jam dah 3.05 petang. Time tu makanan still banyak lagi. Aku pun tanya la kat makcik saloma tu:

 menu petang hari ni apa makcik???

Nak tau makcik tu jawab apa…

Hari ini ada lontong…..

Waaaa…aku rasa macam nak melompat kat situ. Atas sebab perlu menjaga air muka bakal suami dan bakal mertua yang memang selalu makan kat situ, aku tahan je perangai gila aku tu dari terkeluar.

Aku makan dengan penuh khusyunya sampai lupa adik ipar aku 2 orang kat sebelah.bukan lupa bagi diorang makan yer..lupa diorang ada kat sebelah je.Gaya diorang pun macam lapar sangat. So, masing-masing layang tekak & perut masing-masing la. Masa tengah makan lotong tu, aku tiba-tiba teringat kata-kata lecturer aku dulu yang sapa yang selalu makan tempe, mempunyai IQ yang tinggi.
Ish..lecturer aku ni. Napa la dah last sem baru dia nak bagitau kitorang. Kalau bagitau masa kitorang sem 1 lagi dah confirm IQ aku tinggi & boleh dapat CGPA yang lagi tinggi dari sekarang ni...
3.56 ne cukup
<YA ALLAH IEJA.NAK JUGAK TAYANG CGPA BURUK KAU TU>

Dah siap makan budak-budak 2 orang ni ajak aku pergi giant lak.
layan je laaaaa...
aku bukan ada adik pon...
:)

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

p/s:mengoogle mengenai tempe.nanti kita share ye.entry ni sebagai intro untuk entry tempe je...hahahahaha....


14 comments:

  1. haha, terliur pulak tengok lontong tu!

    ReplyDelete
  2. great!!!!!!!! lontong is my fevret ok!! dpt lak mkn ngan smbal tumis.... mmg kaww :)

    ReplyDelete
  3. thank you beb..ko just bg aku idea nak breakfast ape besok..hahaha..aku pun lupa yang lontong pun menu utk bfast gak..hahaha..asyik nasi lemak hari smpai aku da nk start bosan..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. lontong makanan kegemaran LM.almaklumlah...org johor.tp sgt sedih masa dulu2 duk kat ganu.susah giler nak dpt menu org johor soto dan lontong.kena wat sendiri benda2 ni.dah duk Qatar..mmg la kena wat sendiri...

    ReplyDelete
  5. @sweet stalker
    hik3...cpt2 cri lontong...
    ngeee~~~~~~~

    ReplyDelete
  6. @bai_sengal
    marveles...
    best dpt lpaskn hjt mkn lontong...
    :)

    ReplyDelete
  7. @Azlan Hasan
    ha3...
    tau xpew...
    nnti bdn pon mcm nasi lemak bungkus jew...
    ngeeee~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  8. @Lydia Miza(Aidyl Azim)
    hu3...mst best kn pndai wt sndri...
    ari2 bole mkn lontong...
    nk resepi...
    ngeeee~~~~~~~~~~

    ReplyDelete