Assalamulaikum
kepada pembaca blog, pengikut blog, dan pelawat blog aku terima kasih kerana masih setia membaca entry-entry aku.
Baiklah, hari ni merupakan giliran bagi Slot percintaan pula. Slot ni diberi nama KEKANDA ADINDA dan akan bersiaran setiap hari Rabu. ingat yer semua...Hari RABU.
Untuk topik pertama SLOT KEKANDA ADINDA ni saya akan memberikan tips mengenai cinta jarak jauh.
<waaaaa...sesuai la ngan kita yang buah hati di seberang lautan Borneo tu>
Ramai orang kata, risiko bercinta jarak jauh ni tinggi.sorang kat semenanjung, sorang lagi di Sabah.
Berjumpa tak payah nak cakap la, 6 bulan sekali baru ketemu.
Macam-macam persoalan akan timbul..
boleh kekal ke?
boleh percaya ke dekat dia yang jauh dimata dekat di hati tu?
Yup..memang tak dinafikan, perasaan cemburu dan syak wasangka tu memang ada, macam saya..
memang saya tak nafikan. Tapi tak ada la sampai melampau-lampau.
Bagi pembaca entry ini, di sini ada 5 tips yang saya nak kongsi dengan kamu semua. Ada yang macam berat untuk kita lakukan, tapi kalau tak cuba belum tahu kan..
jangan tension okey...perlu diingatkan bukan semua cinta jarak jauh ni tidak berjaya. It's depend pada diri masing-masing. Kita yang patut menjadi penentu untuk menjayakan sesebuah perhubungan ini.
1. SALING PERCAYA.
Bukan senang nak kekalkan hubungan jarak jauh. Seorang di semenanjung, seorang lagi di Sabah. Langkah pertama adalah saling percaya antara satu sama lain. Memang diakui mula-mula memang payah. Bila memikirkan keadaan sosial sesebuah negeri tu, contoh macam di Sabah, cikaro die cun-cun tau.Ada juga rasa tergugat di hati. Tapi semua tu cuba ditepis...
DUSH..DUSH..DUSH...GEDEBUKKKK....!!!!!!
Bila dah percaya dan yakin pada pasangan kita, barulah hubungan tu berjalan dengan lancar. Tak ada lagi cemburu buta.TAPI..... ingat tau. jangan terlalu mempercayai pasangan.Bukan apa, takut die amik kesempatan...nanti kamu juga yang menagis tak berlagu.
2. BERTOLAK ANSUR
Adatla bila dok jauh-jauh ni. Macam-macam kerenah pasangan.
Betol....ni tengah mengata diri sendiri ni.
sorang suruh telifon tiap-tiap ari, sorang pulak suruh mesej setiap saat, buat apa semua kena bagitau.Bila lama-lama masing-masing jadi boring. So, apa kata korang buat jadual..lebih kurang duty tak bertauliah la. Siapa yang kena call hari ni, dan siapa yang kena call hari esok. So, tak ada sapa akan rasa hanya dirinya sahaja yang beria dalam hubungan ini sedangkan orang kat sana buat derk je.
3. SETIA
Tersangant-sangat-sangat la penting...Pinjam kata-kata orang dolu-dolu...
Kesetiaan adalah kunci dalam sesebuah perhubungan.
Kalau masing-masing dah tak setia, senang la munculnya orang ketiga.Baik dipihak kamu atau dipihak die.Kalau kamu tak setia, senang la ada pakwe baru, die pula dapat cikaro lain.Maklum la, bila dia jauh dimata, tentu ramai yang nak menggoda.Bukan tak pernah alami, pernah.Tapi sebagai pasangan yang setia...
ni amik kau si penggoda...DUSH...DUSH...DUSH....GEDEBUKKKKK.....
So, point yang ketiga ni sangat penting yer murid-murid. Sila amik perhatian.
4. PAMERKAN RASA SAYANG
Ada sesetengah orang tu egonya terlalu tinggi mengalahkan harga motosikal Ego. Susah sangat nak menunjukkan rasa sayang pada pasangan. Yang ni selalunya lelaki kot...kot je la. Tapi, My En.Wazir memang tak macam motosikal ego.Sesetengah orang macam <lelaki selalunya> bila depan kawan-kawan, cakap ala kadar je. Selalu siap Iuv u la...miss u la...tapi bila depan kawan-kawan control.takut kena gasak la tu.Tak boleh macam ni, cuba jadi diri kamu yang sebenar...dari sini, pasangan kamu akan rasa yakin yang kamu ni betul-betul serius dengan dia. Apa salahnya tunjukkan rasa sayang tu,bukan nak menunjuk tapi itu adalah diri kamu kan...so..be ur self okey...
5. BUAT SURPRISE
Haaaa....yang ni satu benda yang best yang korang boleh buat.
Apa kata korang hanta hadiah untuk dia. Tentu dia terkezut dan happy. Tak kisah lawalaupun hanya sekeping kad yang harga rm 1.20. Atau kalau korang ada masa lapang, duit lebih pergi melawat dia.
<kalau da duit lebih tu jangan lupa support tiket flight pergi sabah yer...hik3...>
Dah tentu dia terkejut besar.Lebih-lebih terkejut besar kalau kamu nampak dia berkepit dengan cikaro/balak lain.Kejutan macam ni dah tentu bagi pengalaman 'manis' pada dia.
hahahahaha...perang perang...
Sambil buat surprise korang boleh tau aktiviti dia kat sana.
Tips yang ni saya tak pernah try lagi, setakat anta kad raya, kuih raya tu pernah la.
Pergi Sabah tu tak pernah lagi la...fulussss tak cukup...so, rajin-rajin yer click kat tepi & kat bawak tu. boleh buat tampung duit flight pergi Sabah...hik3...
***love is cinta***
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM.
betul tu cik suhaiza:)
ReplyDeleteziema pun melalui cinta jarak jauh..
perlukan banyak pengorbanan, setia, and percaya ..
thanks for the tips :)
nice tips laa awk . bleh amalkan ni :))
ReplyDelete@ziema
ReplyDeleteyup...+ dengan kesabaran...
huhuhuhu.....
@sharifahzakiah
ReplyDeletethx...
slamat mencuba..
hik3...
@diana
ReplyDeletesabar la...
abg lan blik kunk dpt la jumpa.
pas 2 leh bcinta puas2...
hahahaha...
tapi cinta jarak jauh saya dh habis. byk perkara yg perlu diambilkira antaranya status kewarganegaraan sebab dia bkn org malaysia....hmmmm :(
ReplyDeletesy pon pernah bercinta jarak jaoh..
ReplyDeletemmg mencabar..
akhirnya tak kekal..
so, single smpai skang.. ;-p
@Sue Mohamad
ReplyDeletemay be nanti ada cinta baru untuk awk...
hik3...
@Solihin Zubir
ReplyDeleteye ke?
may be sbb lambat baca tips ni kot...
ngeeeee.....