Followers

Monday, February 21, 2011

TAK NAK SAKIT: leukemia


Assalamualaikum.
Akhirnya dapat juga aku berblog selepas hampir 24 jam aku tak menjenguk blog aku ni.
Semalam aku menjadi menteri kesihatan melawat 2 buah hospital.
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) & Hospital Serdang.
Di HUKM, aku melawat saudara yang disahkan menghidap leukemia dan di Hospital Serdang aku melawat anak buah aku yang accident...
anak buah (raja nur damia erika) aku lak excident time die, parents die n makcik aku nak g HUKM nak lawat sedara aku yang kena leukemia tu. tapi erika sorang je yang teruk sebab erika dok depan dengan makcik aku.ntah cam mana ada kereta dari depan yang tersalah masuk lorong jalan langgar kereta yang diorang naik.erika cedera teruk kat muka, dan aku kira semlam da 10 suture kat kening die.sekarang ni tengah tunggu laporan x-ray nak tengok bahagian kepala dia.
<cian erika..nanti cik ieja datang lagi yer...>


<pic erika masa datang rumah aku time CNY baru-baru ni>


kisah sedara aku yang kena leukemia lak memang sangat mengejut. Mula-mula dia detect dengue & admit kat hospital manjung sebab time tu balik kampung. after a few day, dah boleh discaj la.then die & family die pon decide nak balik KL.After a few day, doktor from hospital manjung call & suruh sedara aku, datang ke hospital manjung semula sebab dari result darah ada something yang abnormal. Bila dah doktor kta cam tu, sedara aku pun terus g HUKM & buat blood test kat sana..Bila dapat je result agak terkejut gak la sebab leukemia.
memang betul-betul dugaan buat family aku. 



Leukemia merupakan gangguan kronik malignant yang berlaku akibat daripada peningkatan leukosit iaitu sel darah putih (WBC) yang tidak matang atau yang abnormal.Ia bermula di sum-sum tulang, yang merupakan tempat dimana sel darah terbentuk. Semasa kita berada dalam keadaan sihat,
  • WBC membantu dalam melawan infeksi iaitu sebagai antibody tubuh badan.
  • Sel darah merah (RBC), membawa oksigen keseluruh tubuh badan.
  • Platlet pula membantu dalam proses pembekuan darah.
Apabila seseorang telah disahan menghidapai leukemia, sum-sum tulang mula menghasilkan WBC yang abnoramal yang dipanggil sel leukemia. WBC  tidak berfungsi secara normal, menghasilkan sel dengan aggressive berbanding sel yang normal, dan terus menghasilkan sel tanpa henti.
Leukemia dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. melalui pemeriksaan darah yang dijalankan, didapati kadar platlet (trombosit) berkurangan (normal platlet : 150 000-450 000). Apabila kadar platlet yang berfungsi sebagai koagulasi darah yang merupakan mekanisme penting dalam menghentikan darah, seseorang pesakit leukemia akan mudah mengalami pendarahan,lebam dan pethecia.
Selain daripada itu, masalah seperti anemia (kekurangan sel darah merah), dan infeksi boleh berlaku. Sel leukemia juga boleh merebak sehingga ke nodus limfa atau organ lain yang menyebabkan bengkak dan sakit.


 
LEUKEMIA CAUSES:
Pakar-pakar tidak mengetahui punca kejadian leukemia. Tetapi ada sesetengah perkara yang dipercayai menjadi punca risiko leukemia:
----pendedahan terhadap bahan radiasi
----pendedahan terhadap bahan chemical
----pernah menerima rawatan chemotherapy
----mengalami down syndrome atau masalah genetic lain
----merokok
Tetapi ada sesetengah mereka yang mengalami atau terdedah terhadap factor risiko tidak mendapat leukemia.

SYMPTOM:
Bergantung kepada jenis leukemia yang dialami.tetapi symptom yang biasa dialami ialah:
----demam dan berpeluh pada waktu malam.
----sakit kepala
----lebam dan mudah mengalami pendarahan
----sakit tulang atau sendi
----mudah mendapat infeksi
----rasa mudah letih dan lemah
----kehilangan berat badan dan tidak rasa lapar.

DIAGNOS
Leukemia dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. melalui pemeriksaan darah yang dijalankan, didapati kadar sel darah putih (WBC) meningkat manakala keputusan darah lain menunjukkan kadar pengurangan.
Bagi mengesan seseorang mengalami leukaemia, doctor akan mengambil data-data dari pesakit mengenai sejarah kesihatan mereka da symptom-smptom yang dialami oleh pesakit.
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan bagi melihat kebengkakan nodus limfa dan pemeriksaan untuk melihat jika terdapat pembesaran spleen atau liver.
Jika keputusan pemeriksaan darah abnormal, doctor akan melakukan bone marrow biopsy. Ujian ini adalah untu melihat sel yang terdapat pada tulang. Ini dapat memberikan maklumat mengenai jenis leukaemia dan mengetahui jenis rawatan yang bakal diperolehi.

JENIS LEUKEMIA
1.      ACUTE @ CHRONIC
2.      LYMPHOCYTIC @ MYELOGENOUS

----Acute Lymphoblastic leukaemia (ALL)
---- sering berlaku terhadap kanak-kanak. Boleh juga didapati oleh dewasa.
----Acute Myelogenous Leukemia  (AML)
----menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.
----Chronic Lymphocytic Leukemia (CLL)
----sering berlaku terhadap orang dewasa.selalunya mereka yang berumur lebih dari 55 tahun.
----Chronis Mylogenous Leukemia (CML)
-----selalu terjadi pada orang dewasa.

RAWATAN:
1.Chemotherapy
2. Radiasi
3. Stem Cell Transplant
4. Biological Therapy

Sumber: medical surgical nursing + ilmu yang ada dalam ingatan


3 comments:

  1. dugaan hidup..xpe la, kte doakan kekuatan diorg, supaya dapat teruskan hidup dgn baik..inshaAllah..

    Allah nak tgk sejauh mana kesabaran kite kan.. =)

    ReplyDelete
  2. @Si DauN CeRi
    isyallah..harap2 begitu la....
    semoha mereka tabah...

    ReplyDelete
  3. moga sembuh..sbb rawatan skrg da advance...sbr ye..

    ReplyDelete