Followers

Tuesday, February 15, 2011

persahabatan:KAU + AKU----ETIKA PERSAHABATAN



Erti sebuah persahabatan yang sebenar tidak keterlaluan jika disama nilaikan dengan sebutir permata yang jarang ditemui dan tidak ternilai harganya.
Boleh tak aku tafsirkan macam tu??
Sapa setuju angkat mouse dan cium….hahahahaha….
Siapa orang yang korang akan cari time korang nak berkongsi rahsia ataupun angan-angan korang?
Dan siapa yang korang nak dampingi masa korang ada krisis dengan parents korang?
Mesti la sahabat korang
Betul tak?



Sapa yang tak ada sahabat tu yang kera sumbang tu, yang asyik terperap dalam rumah je tu memang rugi la korang.
Seorang sahabat sejati boleh diibaratkan seperti saudara kandung sendiri.
Tapi ia tak lah semudah yang kita sangkakan. Sbenarnya susah kita nak cari sahabat yang betul-betul sejiwa dengan diri kita. Ramai antara kita yang tak sedar dalam bersahabat ada komitmen yang perlu ada untuk mengekalkan persahabatan tersebut.

Dah menjadi lumrah kehidupan manusia, kadang-kadang kita terlupa dan terlanjur dalam perlakuan serta pertuturan kita sehingga mungkin menyebabkan ada yang terluka. Situasi ini mampu menimbulkan kesan yang negative dalam dalam hubungan social khususnya dalam persahabatan.

Jadi, dah panjang lebar mukadimah aku ni, sekarang aku nak kongsi dengan korang tips etika dalam persahabatan. Somoga tips yang aku bagi ni dapat bantu korang dalam menjamin keteguhan dan keutuhan dalam sesebuah persahabtan.

1.      perhatian
----kalau sahabat korang berada dalam keadaan yang agak sukar, jangan tunggu sampai kawan korang tu memohon pertolongan dari korang. Bagi la kata-kata semangat kat kawan korang tu supaya dia mampu pulih /keluar dari permasalahan yang dia hadapi. Seorang sahabat sejati akan mempu mengetahui isi hati sahabatnya tanpa perlu diberitahu / diluahkan.

2.      rahsia
----Jika seorang sahabat melauhkan segala isi hatinya pada korang, ini menunjukkan bahawa sahabat korang menganggap korang adalah orang yang boleh dipercayai dan boleh simpan rahsianya. Jangan sesekali korang hancurkan kepercayaan tu. Tapi kalau kawan korang tu jadi mangsa dera ke, ketagihan dadah ke,jangan lak benda tu pun korang nak rahsia juga. Minta bantuan daripada pihak yang bertanggungjawab.

3.      Jangan jadi talam 10 muka.
----jangan pula korang cerita kat orang lain kalau kawan korang tu dah sakitka hati korang. Jangan berkongsi masalah korang tu dengan orang lain sebab benda macam ni akan burukkan lagi keadaaan. Face up dengan kawan korang tu adalah tindakan yang terbaik untuk selesaikan masalah antara korang ngan sahabat koraang tu.



4.      bersimpati
----apa yang korang perlu atau nak dalam sesebuah persahabatan, itu juga yang diperlukan @ dikehendaki oleh kawan korang tu. Buka telinga korang tu untuk mendengar rintihan dan nasihat serta pandangan. Capangkan la sedikit telingan korang tu. Kalau korang cuba memahamai isi hati perasaan kawan korang tu, dia juga akan lakukan benda yang sama pada korang. Setiap perbuatan ada balasannya. Macam tu juga la dalam persahabatan. Pasangan sahabat sejati saling memerlukan antara satu sama lain.

5.      kejujuran
----sikap jujur mampu menjauhkan diri kita dari kesusahan. Jangan berkira kalau orang lain tidak jujur dengan korang sebab satu hari nanti, orang yang tak jujur dengan korang tu pasti akan dapat balasan. Memanglah kadang kala kejujuran itu mampu menyakitkan orang lain, tapi kalau betul cara dan tindakannya ia tidak akan mendatangkan apa-apa masalah. Tunjukan kejujuran korang tu dengan pendekatan yang lebuh lembut, confirm kawan korang tu boleh menerimanya.

6.      kongsi kegembiraan
----Berbangga la seketika dengan kejayaan yang kaan korang perolehi. Kongsi kegembiraan tu dengan kawan korang dan buang rasa cemburu korang tu. Normal la kalau korang cemburu tengok member korang pointer lagi tnggi dari korang dalam test/exzam, tapi anggap la kejayaan tu hasil bersama. Kan korang study sama-sama.Jadi tak salah la kalau kejayaan tu hasil usaha bersama. Join venture…..

7.      hormati hak
----hormati hak kawan korang. Jangan sampai korang dan kawan korang perlu berebut kekasih yang sama. Event kawan korang bagi respond baik punya, tapi ingat..korang harus utamakan perasaan kawan korang. Buktikan bahawa korang memang betul-netul hormatkan perasaan sahabat korang tu.. Jangan suka-suka hati memusnahkan ikatan persahabtan korang tu hanya kerana CINTA yang belum tentu hak milik korang. Tapi kalau kawan korang tu bercinta dengan suami ko, jangan lak ko biarkan je….memang terbaik dari ladang la kalau cam tu.

8.      jaga tutur butir bicara korang.
----biar pun korang tengah angina satu badan nak-nak hormone berterabut tiap-tiap bulan tu, make sure korang jaga tutur kata korang tu. Perkataan buruk yang kelaur dari mulut korang boleh memusnahkan hubungan dalam persahabtan korang dan boleh menyebabkan tembok kepercayaan pecah antara satu sama lain.

9.      berjenaka
----dalam sesebuah jenaka yang dikongsi dengan kawan korang tu tersimpan rahsia kekuatan untuk sebuah persahabtan. Menerusi sebuah jenaka juga mampu menambah kenalan lebih ramai. Jenaka mampu memupuk perasaan gembira dan seronok yang mampu mempertahankan lagi sesbuah persahabtan.

10. bina impian
----bina impian dan fantasi indah bersama…!!!!...haaaa..korang jangan ingat ngan pakwe/makwe korang je korang nak bina impian bersama, dengan sahabat pun kena juga tau.  Ni tujuannya adalah sebagai penyuntik semangat korang. Masing akan mengahargai antara satu sama lain kalau impian dan cita-cita tu dikongsi bersama. 


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


6 comments:

  1. betul tu dear!
    sahabat tak sama dengan kawan!!
    hargai mereka sblum terlmbat :)

    ReplyDelete
  2. suka entry ni...
    sahabat untuk selamanya..

    tapi tak suka orang yang talam. ^^

    ReplyDelete
  3. p kdg2....xsmua bnda kite perlu k0ngsi... btul x?

    ReplyDelete
  4. @nulhazwany abdul malik
    thx wany...
    dia jadi talam kita buat die jd kuih talam...nyum nyum...

    ReplyDelete
  5. @MeyLah Techik
    yup btol...
    yg berkaitan dgn peribadi yg boleh mengaibkan tu xpyh la cerita...
    simpan2 sndri sudehhhhh.....

    ReplyDelete