Assalamualaikum semua…
Thanks sebab korang nak jugak baca hasilan tulisan aku kat blog ni…(cehhhh...ada ke orang baca blog aku ni..beria je buat ucapan...tak kisah lah, ni blog aku kan...)
Okey..sebenarnya time tengah boring-boring tak buat apa tadi, aku ada terpikir untuk menghasilkan 1 ruangan khas yang berlainan pada setiap hari..
Antara yang sedang aku rancang adalah ruangan:
- Kesihatan
mesti ada..sebab aku seorang staff nurse…aku nak bagi kesedaran sikit kat korang tentang kesihatan. At least ada sikit kesedaran la…event bukan untuk korang gunakan pada hari ini, mana tau tiba-tiba berguna untuk korang satu hari nanti. Lagi 1 kebaikkan dia adalah jika ada sedara korang yang admit ward ke and korang tau sedikit info pasl penyakit 2 boleh la korang bagi sikit helth talk dan senang korang yang menjaga relative korang tu..nak harapkan Staff Nurse kat ward tu tak payah la…nak-nak kalo relative korang tu admit kt GH (gov. hospital). Harapkan diorang bagi ubat je la….
- Persahabatan
Aku merupakan salah seorang yang mementingkan persahabatan. Tapi kalau dari perkenalan pertama dah menyakitkan hati aku, minta maaf la…aku tak bagi layanan yang baik. So kalau orang tu nak jugak berkawan dengan aku berusaha lah dengan gigih ek untuk bagi aku rasa nak kawan ngan orang macam tu. Kat dalam ruangan ni aku akan selitkan beberapa tips dalam persahabatan.. Insyallah bukan sekadar persahabatan yang sama jantina, tapi persahabtan yang berlainan jantina pun ada jugak.
- Percintaan
Ermmmm…..mungkin ada yang tak suka and may be ada yang suka pasal topic ni..Senang je..kalau tak suka tak payah baca, kalau suka baca.Senang kan????Salah satu sebab kenapa aku nak kongsi and nak bagi tau korang pasal cinta adalah sebab aku tak nak korang-korang yang tengah hangat bercinta especially budak-budak sekolah, kecewa pasl cinta, rasa tertipu pasal cinta, and tak korang buat tindakan bodaoh bila habis madu sepah di buang. Aku mengaku aku bukan lah hebat, bukan pakar motivasi tapi Insyallah aku akan berkongsi sekadar yang termampu mengikut pengalaman, pembacaan dan permerhatian ku.
- Isu Semasa
Dalam topic ni pulak, aku akan try untuk mengupas isu-isu semasa yang berlaku sekeliling kita. Tak kisah lah topic apa sekali pun…Luar @ dalam Negara…dua-dua boleh kita borakkan. Tapi perlu diingatkan topic-topik yang menyentuh sensitivity sesetengah pihak perlu lah dielakkan. Aku tak nak lah nanti jadi pergaduhan pula. Yang susahnya nanti aku…Lagi satu, aku tak berapa suka pasal politik, so kalau boleh isu politik pun jangan lah dibangkitkan…Kalau sekadar untuk infomasai tak ada masalah Cuma jangan lah sampai menimbulkan rasa ketidakpuasan sesetengah pihak.
Isu politik ni bagi aku sebenarnya sensitive jugak nak-nak mereka yang terlampau taksub.
So….be carefull okey…
- Nur Islam
Dalam kita dok seronok berblog ni, aku tak lupa juga untuk selitkan nilai keislaman. Aku tak la nanti dikatakan lupa pada agama yang aku pegang. Aku bukan lah nak tunjuk baik, tapi tak salah kan kita sekadar ingat mengingati antara satu sama lain????Dalam ruangan ini aku akan selitkan nilai-nilai keislaman yang menjadi kebanggaan umat Islam. Disamping tu jugak korang pun boleh lah berkongsi informasi-informasi okey…..
- Santai
Asyik topic-topik yang berat je kan????So…dalam ruangan ini aku tak akan menulis mengenai perkara-perkara yang heavy…kat sini apa-apa tajuk pun akan aku coretkan. Pasal diri aku ke…pasal family ke…apa-apa je la..pasal jiran selang 10 buah rumah pun kalau ada cerita, aku ceritakan. Insyallah jalan cerita lebih kepada lawak jenaka.
- Menarik sepanjang minggu
Dalam topic ni pula aku akan kongsikan dengan korang cerita-cerita yang menarik yang berlaku sepanjang minggu tersebut. Tak kisah la pasal apa pun..dunia hiburan, apa yang berlaku kat dunia blog ni dan apa-apa je la….
- Info
Ruangan ni pulak aku tak tulis meleret-leret macam teks ucapan perdana menteri semperna perutusan hari raya. Just seciput je…Paling panjang pun 10 ayat..Korang juga kalau ada info-info yang anak kongsikan bersama dan nak suruh aku siarkan boleh la email kan pada aku.Mana la tau info korang tersiarkan…
So..kepada semua pembaca yang ada cadangan bolehlah tinggalkan komen..tak kisah la kat mana-mana sekali pun..Email boleh, kat FB boleh…kat shoubox pon boleh. Dan untuk ruangan tersebut aku tak tetapkan lagi hari untuk setiap ruangan. Jadi sabar ye untuk next entry….Opssss…lupa pulak…bila aku nak start semua ni???
Erm...echeli ni dalam perancangan. Paling awal aku akan mula projek ni dalam bulan ni..just tak je tarikh tu bila...nanti la, bila dah confirm aku wat sedang media...
**sekadar hiasan**
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM
No comments:
Post a Comment