Followers

Monday, February 14, 2011

tak nak sakit:hypertension (tekanan darah tinggi)


 DEFINISI

Hypertension @ tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang kerap-kali dialami oleh majority rakyat Malaysia.
Ia boleh digambarkan melalui keadaan dimana terdapat peningkatan tekanan darah terhadap dinding arteri.

Hypertensi sering dialami oleh mereka diusia pertengahan. Majoriti penyakit hypertensi ini dialami oleh golongan lelaki berbanding golongan wanita.

 Jantung menghasilkan tekanan semasa aktiviti pengepaman darah yang mengandungi oksigen bagi keperluan seluruh tubuh badan. Tekanan darah dapat diukur melalui pemeriksaan yang dijalankan dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmomanometer.

Bagi korang yang pernah dapatkan rawatan di hospital atau pun klinik, doctor akan periksa korang dengan menggunakan alat ni dan digunakan juga bersama-sama dengan stethoscope.


Terdapat dua bacaan semasa pemeriksaan dilakukan iaitu bacaan sistolik & distolik.

Sistolik= tekanan darah dalam arteri (salur darah) apabila jantung mengepam.

Distolik= tekanan dalam darah dalam arteri apabila berhentu mengepam di antara dua denyutan.

KLASIFIKASI TEKANAN DARAH

kategori
Tekanan darah Sistolik
Tekanan darah distolik
normal
<120                       dan
<80
prehypertension
120-139                  atau
80-89
Stage 1 hypertension
140-159                  atau
90-99
Stage 2 hypertension
> 160                      atau
>100

Contoh bacaan normal: 120/80
Contoh bacaan prehypertensi: 139/89
Contoh bacaan stage 1 hypertensi: 150/90
Contoh bacaan stage 2 hypertensi: 160/100

TANDA-TANDA HYPERTENSI

Hypertensi merupakan pembunh dalam diam kerana pesakit tidak akan menunjukkan symptom –symptom sehingga menyerang organ.
·        Fatigue - kelesuan
·        Dizziness - pening
·        Palpitation, angina – berdebar-debar akibatan kekurangan bekalan o2 pada jantung
·        Dyspnea – sukar bernafas.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO PRIMARY HYPERTENSION

·        Factor usia – peringkat pertengahan usia merupakan golongan tertinggi mengalami tekanan darah tinggi. arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.

·        Alkohol – pengambilan alcohol yang kerap dan banyak menyumbang kepada risiko tekanan darah tinggi.

·        Merokok bahan kimia yang dibebaskan melalui asap rokok akan menjejaskan organ-organ dlam badan. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan salur darah. Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, ini mengakibatkan aliran darah akan menjadi sukar.

·        Keturunan.

·        Jantina – lelaki lebih ramai menghidapi berbanding wanita.

·        Stress yang berlebihan.

·        Diabetes & Penyakit buah pinggan

·        Kesan pengambilan ubatan seperti pil pencegah kehamilan


KOMPLIKASI

·        Cerebralvascular Diseasa – stroke
·        Peripheral vascular disease – kaki & tangan menjadi kebas
·        Nephroslerosis – kerosakkan sel
 Retinal Damage- masalah penglihatan.
·      
  
COLLABORATIVE CARE

Perubahan gaya hidup:
·        Berhenti merokok
·        Kurangkan pengambilan alcohol
Lelaki: tidak lebih daripada 2 gelas sehari
Wanita: tidak lebih daripada 1 gelas sehari
·        Kurangkan pengambilan garam <2.4 g of sodium / day
·        Selalu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
·        Kurangkan stress atau tekanan

Therapy ubatan:
·        Diuretics
·        Adrenergic inhibitors
·        Direct vasodilators
·        Angiotensin inhibitors
·        Calcium channel blockers

Jika sedang menerima raeatan bagai penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubatan tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan.jangan berhenti pengambilan ubatan tanpa arahan daripada doctor.

Jika telah disahkan mengidap penyakit darah tinggi selalu berjumpa dengan doctor untuk mengetahui perkembangan penyakit. Jika ada follow-up yang telah ditetapkan, patuhi tarikh supaya dapat melakukan pemeriksaan.

LANGKAH PENCEGAHAN

Jika terdapat ahli keluarga korang yang menghidapi tekanan darah tinggi atau usia korang telah melebihi 30 tahun, lakukan pemeriksaan.

Jangan merokok

Jauhi alcohol

Makan makanan yang kurang kandungan lemak dah rendah kandungan garam.

Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.

Elakkan tekanan dan belajar untuk mengendalikannya.

Kekalkan berat badan yang seimbang.

***kalau ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruanggan komen yer***




No comments:

Post a Comment