Followers

Wednesday, May 11, 2011

12 May-----># 2 (Florance Nightingale)

Assalamualaikum...
Hye semua..Ini merupakan sambungan daripada entry yang ni. nak cerita pasal hari jururawat je minggu ni, boleh tak??hu3...bukan apa, sebab kebanyakkan orang tak tau pun yang jururawat ada hari sambutan dia. apa, korang ingat cikgu je ke ada sambutan?? Nurse pun ada la weh !!!!! entry kali ni nak bercerita tentang macam mana tarikh 12 May dipilih sebagai Hari Jururawat.

12 May dipilih sebagai Hari Jururawat sedunia semperna tarikh kelahiran Florence Nightingale yang merupakan prinris kepada kejururawatan. Dia dikenali sebagai "Lady with the Lamp". Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali.

 Florence Nightingale

Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin).

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor. Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari, yang terletak di Istanbul. Florence yang mempercayai teori penyakit  Miasma (pencemaran) menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Florence Nightingale kembali ke England pada 7 Ogos 1857 Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit  pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910 Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow England.

Ada beberapa lagi tokoh kejururawatan contohnya Clara Barton, Lillian Wald, Linda Richard, dan Virgina Henderson.

kepada yang berminat nak join nursing, jom ramai-ramai. best tau..banyak benda yang korang tak tau akan jadi tau. jangan terkejut kalau sedara mara, atok, nenek, etc. akan jadikan korang sebagai tempat rujukan untuk sesuatu masalah@penyakit. dan bukan nak kata la, ramai lelaki suka jadikan nurse sebagai permaisuri hati diorang....hahahahahha....!!!!!!!



HAPPY NURSES DAY

SEKIAN 
ASSALAMUALAIKUM


4 comments: