Followers

Friday, February 8, 2013

gila meroyan disebabkan setia hujung nyawa


Abeh jugak drama Setia Hujung Nyawa.
Aku tak pernah miss episod cerita ni.
bukan setakat episod, tapi setiap scene aku tak miss.
dari pukul 7 sampai pukul 8 aku memang tak berganjak depan tv.
sampai iklan pon aku tengok.
[bangun bila perlu je..hikhikhik]

ko tak sembahyang maghrib ke ? ? ?
helllooooo...
kat Sabah ni maghrib 6.28 pm okey..
sebelum citer tu start siap-siap solat dah.

En.husband yang tak pernah nak layan drama pon tengok sama.
siap tergelak-gelak lagi tengok si zain & El tu.
over tau die tu, aku sengih-sengih je, die sampai gelak-gelak.
dah macam fenomena pulak kan cerita tu.

Tapi ada jugak yang taksub.
budak-budak yang baru nak up la.
Macam yang cik rose cute citer kat blog die tu

terkejut aku baca.
[sumber]

aishhh...
budak-budak zaman sekarang.
bercakap tak berfikir langsung.
ikut sedap mulut je.
die ingat benda-benda cam gitu boleh buat main ke? ? ?
aduhai adik-adik ku...
jangan la berfikiran cetek sangat.
tu cerita rekaan je.
kalau ada kat alam realiti ini, itu sekadar kebetulan dan memang luck la perempuan tu.

kalau pon ko terlajur yer dik,
ada ke ko jumpa lelaki yang sama macam zain hakimi tu ? ? ?
Aku rasa belum sempat ko jumpa dengan 'zain hakimi' tu ko dah kena sepak terajang ngan mak pak ko.

cuba la berfikiran sebelum nak mengeluarkan kata-kata.
dan bezakan mana yang baik mana yang buruk.
renung-renungkan dan selamat beramal.

sekian.








4 comments:

  1. budak2 sekarang..benda cmni plak yg dia pikir..aishhh rosak2

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok pun..sekali pun tak pernah..sapa pelakon dia pun tak tau..heheheh

    ReplyDelete
  3. nih mesti kes budak pendek akal tuh kan?de bace gak..ntah pape

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete