Para Pengikut Ku.....

Sunday, September 2, 2012

tanda-tanda awal bersalin

Due lagi 14 hari. Mungkin lagi awal atau mungkin overdue. Lagi pun EDD aku berdasarkan pada scan. Harap tepatlah due date yang dinyatakan 16.09.2012. Tak dapat lahir hari merdeka, dapat lahir Hari Malaysia pun okey dah. Lagipun buat masa sekarang ni En.Husband dah balik Sabah. Nak sambung cuti dari raya hari tu sampai aku bersalin memang tak dapatla, kerja makan gaji je, so terpaksa la die balik dulu. Nanti bila aku dah ada tanda-tanda nak bersalin baru die balik sini.

Owhhh...baby mama, tunggu papa balik sini dulu yer baru awak keluar....

Bila dikenang balik time pregnant ni ada yang best ada yang tak best. Yang best tu sebab dilayan macam tuan puteri. Sepanjang aku pregnant ni, tak pernah pulak aku buat kerja berat-berat. En.Husband tak bagi. Depan die la. Belakang die aku bedal jugak, cuci bilik air la, ubah-ubah sofa kat rumah tu la...tapi kat depan die memang aku banyak rileks. Sampaikan masak pun tak. Selalu je makan kat luar. Ermmmm...yang tak best pulak dah tentu la time zaman loya melanda. Adehhhh...rasa nak buang je tekak ni. Tapi aku mesti rindu   time pregnant ni. Ni satu pengalaman yang best. Mungkin ada wanita kat luar sana tu yang tak merasai pengalaman mengandung. Jadi, wahai wanita-wanita semua, jangan takut untuk mengandung. Tak payah plan-plan sangat la..rezeki ALLAH dah bagi ni, terima je. Nanti time dah sedia nak ada anak, lama pulak kena menunggu....

Makin dekat dengan due date ni, makin banyak la aku search blog ibu-ibu yang dah ada pengalaman bersalin ni. Setiap orang lain ceritanya. Naik risaau pulak aku. Dah la en.husband jauh, harapkan ayah dan mama je la if ada pape jadi yang bawak aku pi hospital. Tapi rasa nak jugak en.husband yang ada time nak bersalin nanti. Bercerita pasal tanda-tanda awal bersalin ni, orang kata ::

1. bayi turun ke bawah :: 
perut menjadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah berada di ruang rangka tulang pelviks. Ini menyebabkan kita akan merasa ::

***perut turun ke bawah ? ? ? ermmm...macam tak turun pun lagi.

  • sakit di bahagian kelangkang kerana penekanan kepala bayi.                  
  • kerap membuanag air kecil kerana penekanan terhadap bladder.            
  • sakit perut memulas                                                                               
  • kerap membuang air besar
  • kerap terekentut
***3 tanda pertama je yang rasa. 2 lagi tak ada pun. nak-nak yang kerap kencing tu.kadang-kadang dekat 4 kali bangun time tidur.

2. keluar lendir pekat & bercampur darah ::
lendir pekat seperti gam dari laluan pintu rahim pabila pintu rahim mula menipis. lendir tersebut akan keluar bercampur darah sebelum betul-betul telah tiba masa untuk bersalin.

***yang ni pun tak ada lagi.

3. sakit belakang :: 
berlaku akibat baby beralih dan menekan tulang belakang. untuk kurangkan rasa sakit, posisikan diri dalam keadaan seperti merangkak. Angkat dan tinggikan badan keatas. Tunggu dalam kiraan 5 dan rehatkan badan. Boleh juga kurangkan sakit belakang dengan berjalan. Yang ni aku setuju. Sepanjang aku berjalan time shopping hari tu memang tak sakit pinggang pun. Sakit kaki je..hikhikhik....

***yang ni ada la jugak.tapi kadang-kadang. Nak-nak sebab berada dalam 1 posisi dalam masa yang lama.

4. pecah air ketumban.
Kebanyakkan kes yang aku baca la, air ketumban ni tak pecah sendiri. Tapi doktor yang akan pecahkan untuk cepatkan proses kelahiran. Jika air ketumban pecah awal, better pi hospital cepat-cepat. Risau kalau baby kena jangkitan kuman. Air ketumban ni akan keluar dengan banyak. Ada yang kata sampai boleh basah lenjun kain yang kita pakai tu. Jernih dan tidak berbau.

***if tanda ni dah ada, tak sempat kot aku nak update blog..hikhikhik...



3 tarian qaseh jari jemari mu..:

Miss Sunshine said...[Reply]
BALAS

hmm, due date kt kurang lebih 2 minggu lg...
setakat ni rase mcm perut ni dah turun sikit, kerap jugak buang air besar n kecik, sakit kt bhgn ari2.. lg2 kalau ms berjalan2...
setakat ni tu je tanda2 yg ade...

Eca Dwinky Asha said...[Reply]
BALAS

16 Sept pun oke.hehehe,ada yg ckp,klu nak bersalin,hidung tu akan kembang...cuba akak tgk hidung tu sekali sekala.hehehe :P

CikNaa said...[Reply]
BALAS

perut ciknaa sampai dh nk bersalin pun still mcm tu jgak..takde pun turun mcm orang lain.. heee..

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink