Followers

Thursday, October 11, 2012

21 hari aqil


Today Muhammad Wafiq Aqil already 21st days. Alhamdulillah Aqil sihat. Tak ada kena jaundice, menyusu pun elok, cuma ruam kat muka die je. Tapi dah kurang dah kalau nak dibandingkan dengan 2-3 hari yang lepas. Sejak papa Aqil balik Sabah ni, lagi kuat die nak menempek dengan aku. Tidur pon nak beriba. Mungkin die tau papa die dah balik, dengan aku je la die nak bermanja. 
"Owhhh...sungguh kesian anak mama ni. Sama-sama la kita sabar yer sayang. Bulan 12 ni papa balik amik kita balik Sabah k...."

Untuk hari ke-21 ni nurse ada datang rumah buat kali yang terakhir.-sepatotnya nurse datang semalam. .. Lepas ni, setiap bulan dah kena bawak Aqil pi klinik. Untuk kat semenanjung ni, mungkin sampai umur Aqil 2 bulan je follow-up dekat sini. Mungkin juga sampai umur 3 bulan. Tu semua bergantung pada cuti papa Aqil bulan 12 ni. Yang pastinya, start next year Aqil akan follow-up dekat KKIA kat Sabah.

Berat Aqil pada hari ke-21 ni dah 4 KG...okey..patot la terasa hantap bila aku dukung die. Mana tak nyer, menyusu sharp 2 jam sekali. Tak kisah la, janji Aqil kenyang dan sihat. 
"Tu je la harapan mama sayang. Papa Aqil jauh, so, mama takot mama tak kuat kalau Aqil sakit. + mama rasa bersyukur dengan kurniaan air susu yang banyak ni...kat sapa lagi kan mama nak bagi susu ni kalau bukan pada anak teruna mama yang nsem ni"

Aku pun setakat ni Alhamdulillah sihat. Harap tak ada pape masalah. Cuma rasa pedih sikit-sikit je kat tempat operate tu. Nurse yang datang rumah pon kata wound dah okey. Kalau nak start pakai barut ke bertungku ke or nak berurut dah boleh dah. Cuma jangan kuat sangat la compress kat bahagian operate tu. Owhhhhh...tidak.mungkin lagi seminggu dua lagi baru aku start bertungku & berbarut. Sakitnya hanya aku yang tau -& mereka-mereka yang senasib dengan aku ! ! !

Masa nurse datang pun die dah tanya pasal family planning. Aku memang wajib kena amik family planning. Biar wound tu betul-betul okey sebelum pregnant untuk kali ke 2. Mungkin jarak antara 3-4 tahun kot. Lagi pon aku macam fobia dengan sakit contraction ! ! !



21st day :)




10 comments:

  1. muka aqil geram je..hehehe.napa tu aqil syg?!..ngeee.

    xpe kak,amik masa sikit tuk 2nd child...bagi aqil paam erti adik dlu...nnti senang,aqil leh tlg jagakan adik.

    ReplyDelete
  2. mase pantang..nurse datang 4 kali..tapi tu ar..2 bulan tu jer ar..lepas tu.mse balik rawang..3 bulan jab..tak gi KK..amik kat swasta sebab tak dapat cuti dah..biler tak datang mase 3 bulan tu..nurse KK datang umah mase anak 4 bulan..!! terkujat...huhu...die kate..memang kalau dah buat check-up kat KK dari awal..lepas tu skip..derang yang akan follow up...bagus gak ek..heheh

    ReplyDelete
  3. hehe biasalah lepas bersalin je nurse dah advice family planning..hehe biar jarak jauh sikit supaya aqil dapat membesar dgn perhatian mama n ayah dia sebelum beradik..heeee

    ReplyDelete
  4. kaklang hari2 bertungku.2 hari nije taksebabdaun yg mak bagi tu dah abis.bdrbarut selng seminggu sebab abg lan yg pakaikan barut.time dia kerja shift pg boleh la berbarut.timedia tak de sapa nakpakai kan barut.bukan barut moden ni.barut yangpanjang tu.siksa nakmemakai.

    Nak tau takmak kuat berpantang tau.macam 2 tak boleh nya.sebab tu ramai kata badan dia kuat.

    ReplyDelete
  5. @Eca Dwinky Asha
    2la...kna planning tok 2nd baby..ag pon cezer kan...hu3...

    ReplyDelete
  6. @aTy _faRed~
    ha tu la...tp kdg2 pelik jgk ngan nurse kat sini, kdg2 da skip jugak hari...xpe, jnji anak sihat..hik3..dtg ari2 pon rimas jgk..hahahaha

    ReplyDelete
  7. @azizah :)
    hik3..btol2...mmg kna plan pon...aqil bnyk ragam...

    ReplyDelete
  8. @diana
    okey la tu...dok umah opah bru start pakai barut..sbb da opah tolong pakaikan...

    ReplyDelete