Followers

Sunday, January 30, 2011

Kehidupan Ini :::SYUKUR:::

Dalam kehidupan ini aku begitu bersyukur dikurniakan dengan suasana yang begitu sempurna.. dikelilingi dengan keluarga, sahabat dan insan-insan yang begitu aku sayangi…mereka adalah insan yang begitu bernilai dalam kehidupan aku. Tanpa kehadiran mereka disisi kehidupanku ibarat kehidupan di gunung sahara yang ketandusan.

Dari hari ke hari banyak rintangan dan dugaan yang telah ku tempuh.Dari aku lahir ke dunia sehinggalah ke hari ini. Segala suka duka telah ku tempuhi..
Banyak yang telah ku pelajari..salah satunya adalah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan..Apabila aku melihat sekeliling, memerhati kehidupan insan lain..ya…aku memang bertuah jika dibandingkan dengan mereka yang serba kekurangan.. 



ALHAMDULILLAH….
 
Hari ini aku bersyukur kerana hubungan kekeluargaan yang telah kian lama terpisah kini bertaut kembali…

Kuharap hubungan ini makin erat terjalin tanpa ada benteng pemisah antara kami..

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

1 comment: