Followers

Friday, April 29, 2011

waktu subur


Assalamualaikum
Hye semua
selamat pagi...
<dh tengah hari la cik ieja oiiiiiii......>
opssssss....
tersilap pulak. kat luar tu tengah hujan mencurah-curah. Tu yang terasa macam pukul 8 pagi.
ngeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~
Semalam saya ada janjikan nak share tentang waktu subur.

Pertama sekali biar kita faham dulu mengenai kitar haid kita. Ekceli nak memahamkan kita haid kita ni agak complex sikit. Tapi tak pe, saya akan cuba untuk meringkaskannya supaya senang nak faham. 

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya 28-30 hari. 
Tapi setiap wanita ada kitar haid masing-masing. Maknanya tidak sama dengan individu lain. ada yang 25 hari or may be ada yang sampai 35 hari. Tapi secara puratanya 28-30 hari. Sekarang jom kita tengok pulak fasa dalam kitaran haid.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. Hari pertama period perlu juga di tanda supaya ketika mendaftarkan diri di klinik kesihatan untuk follow-up ante-natal nanti, jururawat akan tanya bila hari pertama period terakhir.maksudnya disini, ialah hari pertama anda datang period yang terakhir sebelum anda tidak datang period dan disahkan mengandung. Tarikh ni penting untuk menjagkakan bila due date kelahiran bayi anda nanti.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. 

bila dah faham pasal kitaran haid, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri YANG SAH ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika ini telur baru saja keluar dari sarangnya. Inilah yang dikenali sebagai waktu subur. Mesti ada yang tanya, bila benda ni berlaku dengan secara tepat? Ekceli lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya @ ketika fasa luteal bermula.

haaaaaaaa??????
tak faham????????
okey....
katakan lah kitaran haid kita 28 hari, so nak tau waktu subur kita:
 28 hari - 14 hari = 14 hari
***hari ke 14 adalah WAKTU SUBUR***

katakan kitaran haid kita 30 hari, nak tau waktu subur kita:
30 hari - 14 hari = 16 hari
***hari ke 16 adalah  WAKTU SUBUR*** 

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraan adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlaku ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah ubah. Jadi, waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Kalau dah period tetap ,tak jadi masalah untuk kira waktu subur. tapi kaedah pengiraan ni tak sesuai untuk mereka yang period yang berubah-ubah. tapi jangan risau...ada lagi kaedah untuk mengetahui waktu subur. Bukan melalui pengiraan je. 
 CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi sepanjang saya posting di klinik kesihatan, ante-natal ward saya tak pernah jumpa lagi.

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan! HEHE :d), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14. 

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil pada bulan pertama dan kedua. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
 
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri, bakal-bakal suami isteri tahu mengenai waktu subur. Nanti tak ada la yang jiwa kaca. 
 
 
SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


4 comments:

  1. wahh, entry yg sgt berguna. tapi tu lah..atien tak kawen lagi.huuu

    ReplyDelete
  2. Baca2..rasa macam tengah ulangkaji Bio form 5 je..bagus2..masuk spm ni leh jawab dengan jayanya..haha

    ReplyDelete
  3. @sweet stalker
    hahahaa...xpew..nnti dh kwin xda jiwa kacau..
    ngeeeee~~~~~~~

    ReplyDelete