Followers

Friday, January 20, 2012

tanda-tanda kehamilan.




Assalamualaikum....

Mengikut perkiraan kitaran period Ieja, last Ieja period ialah 26.11.2011...itu hari pertama period terakhir.dan mengikut perkiraan yang seterusnya ialah 27.12.2011....

dalam masa seminggu sebelum tarikh tu, Ieja memang ada tanda-tanda period yang selalu Ieja alami.contohnya jerawat tumbuh berlumba-lumba kat muka ni.tapi surut selepas 3 hari.dalam hati,confirm nak period ni.seriusly kelam kabut pi cari kotex style.kononya buat persedian.tunggu punya-tunggu tak juga datang.dalam hati, tak pe....relaks...lewat 2-3 hari kot.tunggu dan terus menunggu.....

tunggu sampai lewat 3 minggu...okey..fine.tindakan seterusnya perlu diambil dengan segera.iaitu...buat prenancy test....dan resultnya telah diketahui....positive ! ! ! !

Sepanjang tempoh sebelum buat pregnancy test tu, Ieja memang jadi sangat pemalas. kat klinik tu jangan harap la Ieja nak buat kerja lebih-lebih.setakat yang Ieja rasa nak buat je Ieja buat.yang lain-lain tak da maknanya Ieja nak buat. Mata pulak asyik nak layu je walaupun kat klinik tu hinggar binggar dengan macam-macam bahasa....

lagi satu, Ieja rasa tersangat lah penat badan ni.balik kerja je terus landing atas katil.kadang-kadang tu depan tv pon jadi.time tu terasa tersangat la seronok dapat baring.mata ni tak payah nak kata la.letak je kepala ni tak sampai 3 minit dah lelap.tapi time tu tak syak pape pon,sebabnya Ieja ingat benda ni sebab Ieja kuat makan.sejak kawin selera makan Ieja bertambah.member kat klinik pun tegur.diorang kata Ieja bela saka...sebab asyik makan je...cisss....hampeh tol..

Ieja cerita gak dekat En.Husband, then die kata 
'period honey kan selalunya lambat.tunggu la sampai bulan depan.tak ada juga baru pi cek...'

Dalam masa dok terpikir-pikir tu, pi la google 'tanda-tanda kehamilan'.....
aissssssshhhhh....tak leh jadi ni.tanda-tanda banyak kena kat batang hidung je ni......

1. missed period::
yup...memang dah ter-missed pon...berminggu-minggu missed nyer...

2.terasa diri tu pregnant::
kadang-kadang...sebabnyer berpunca dari tanda yang pertama tu. lagi pun ramai yang dok tegur.nak-nak member kat klinik tu.puncanya sebab Ieja asyik makan dan sangat pemalas.

3. fatigue::
tersangat lah.kadang-kadang tu sidai kain pun rasa letih/lesu.
ini adalah disebabkan oleh penghasilan hormon.

4. kekerapan p.u (pass urine)::
yup...yang ni memang.langsung tak leh nak tahan dah macam dulu.kadang-kadang tu tengok air pon tiba-tiba rasa nak terkucil ! ! ! !

5. sentiasa rasa lapar::
ye kot.tp dari dulu pon memang rasa lapar.


6. perubahan pada warna di sekeliling payudara::
ntah...xperasan pulak...
mengikut apa yang Ieja baca,kulit sekeliling puting akan kelihatan hitam.ini menunjukkan sudah beberapa minggu kehamilan. tapi, ia juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan terdahulu.


7. sakit dan tegang pada payudara::
ada kot.selalunya time nak period.buah dada akan menjadi sakit pada sentuhan.apabila badan sudah biasa dengan kejadian ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.


8. pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari::
pendarahan tak ada.just Ieja rasa cam tak selesa kat bahagian bawah.jangan tanya rasa senak tu macam mana.Ieja tak tau.
Ini adalah disebabkan oleh implantasi.


9. rasa loya dan muntah::
rasa loya tu ada tapi Ieja tak pernah muntah lagi.ada yang kata benda tu lambat lagi.coming soon....cisssss.....


10. ujian air kencing yang positif::
yup...sudah semestinya....


akhirnya.....

...Tahniah! anda bakal menimang cahaya mata....


5 comments:

  1. sama macam saya dulu. malas tak terkata masa awl2 pregnant ehe..

    ReplyDelete
  2. banyak makan,kuat tiduq,letih,sakit pinggang,dan tak suka makan ayam...
    setakat ni yang tu ja jadi kat kaklang.:p

    ReplyDelete
  3. sama la dgn saya..tp x ngandung pun..pemalas jerk hehhe

    ReplyDelete
  4. ye la...sama mcm kwn sy...sy tgk dia awatla dia malas tahap gaban masa pregnant...rupanya simptom..kehkehkeh...

    ReplyDelete
  5. ye la...sama mcm kwn sy...sy tgk dia awatla dia malas tahap gaban masa pregnant...rupanya simptom..kehkehkeh...

    ReplyDelete