Followers

Saturday, August 4, 2012

1ST TIME ....

Assalamualaikum...
Puasa kali ni semua 1st time..1st time sebagai isteri, 1st time di Sabah, 1st time pregnant, 1st time kena siap sediakan untuk bersahur dan berbuka & 1st time berbuka awal <------yang ni yang paling aku suka....hikhikhikhik....sebenarnya banyak lagi perkara yang 1st time, tapi tak boleh nak pikir dah. Sebab banyak sangat yang 1st time nyer .....

1st time berpuasa sebagai isteri. 
Tahun lepas berpuasa sebagai tunang je. Tahun ni up tinggi lagi status tu. ISTERI ! ! !..hikhikhikhik... Tahun lepas, En.Husband buat niaga air kat bazar Ramadhan, tapi memandangkan tahun ni kami dah kawin + kami duduk dekat, tak ada la die niaga air. + dengan keadaan aku yang tengah pregnant ni, en.husband pun tak sampai ati nak biar aku buka puasa soang-soang kat rumah ni..<hati berbunga-bunga :) > Kalau orang lain dah tentu kena siapkan juadah nak berbuka kan? ? ? Aku tak ada beza sangat pun masa dah kawin ni dengan sebelum kawin. Aku memang tak masak untuk berbuka. En.Husband kata better die beli je. Lagi pun aku tak larat nak berdiri lama-lama kat dapur tu. Lagi pun kami makan ber-2 je. Nanti masak terlebih nanti dah membazir. Ada baiknyer beli je. Setakat ni tak pernah lagi la tak habis. Semua yang kami beli selamat masuk ke dalam perut. So, tak ada istilah pembaziran. Kalau ingat balik, baru sekali je aku masak untuk berbuka. Tu pun sebab kami laki bini teringin sangat makan laksa. Nak beli takut tak sesedap yang kami nak, so, masak je la. Dah tentu ikut selera tekak kami. Banyak masa aku habis dengan kemas rumah. Tapi rumah pun bukan la besar mana pun kan..Kemasnya sejam je. Banyak berehat + mengadap laptop ni ha....Time bersahur je aku masak. Tu pun kadang-kadang je. Bila en.husband tak duty je baru aku masak, kalau duty die tapau McD je untuk aku ;)

1st time tak puasa dengan ayah dan mama.
Puasa kali ni di Sabah. Jauh dari ayah dan mama, jauh dari opah. Giler kau tak sedih. Masa malam sebelum puasa tu aku nangis diam-diam tak bagi en.husband tau. Tak nak la aku nangis depan die. Nanti dari air mata ni sikit je turunnya tak pasal-pasal mencurah-curah. Aku ni bila depan die lagi mengada-ngada kot. Saje...mintak perhatian lebih...hik3... Sedih kau tau...ayah dah la ada sakit buah pinggang. Tiap-tiap hari Selasa, Khamis & Sabtu ayah akan pi KPJ Ipoh Specilist untuk buat haemodialisis. Tiap-tiap 3 hari tu la mama akan teman ayah. Kalau dulu ada anak sedara mama yang tolong bawakkan, tapi sekarang ni ayah terpaksa drive sendiri. Ayah kata sampai bila nak harapkan orang lain, diorang pon ada live sendiri. Ermmmm...betul jugak kan ! ! ! Aku kesian dekat mama la. Ayah selalu pi dialisis pukul 11 pagi. Sampai-sampai je bukan terus buat dialisis, kena tunggu sampai ada tempat kosong. Pastu kena tunggu lagi untuk running mesin tu. Kat situ je dah terbuang berapa lama ? ? ? dekat-dekat 2-3 jam jugak. Dialisis pulak 4 jam. Lepas dialisis ayah selalu mengadu rasa letih, kat situ je pun ayah kena rehat dulu sebelum drive balik rumah. Agak-agak pukul berapa ayah & mama sampai rumah ? ? ? Sempat ke mama masak untuk berbuka ? ? ? Ayah & mama bukan jenis suka beli makanan kat bazar. Apa la yang diorang makan time berbuka ? ? ? Macam-macam benda yang tertanya-tanya dalam kepala otak aku ni. Jangan tanya la 'en.husband tak dapat tukar balik semenanjung ke ? ? ?' 
Ni haaaa...aku bagi soklan balik kat korang...
'Ko ingat APMM tu bapak sedara aku ke yang jadi Ketua Pengarah ? ? ?
'Korang ingat ada ke orang yang sanggup datang kerja kat Sabah Sarawak ni, tinggal family jauh kat kampung sana tu ? ? ?'
'Apa kata korang datang sini ganti tempat laki aku..nak tak ? ? ?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal....

1st time berbuka awal 
Masa aku zaman sekolah dulu, bila tengok jadual waktu berbuka puasa kat tv, aku selalu ajak ayah pi pindah kat Sabah @ Sarawak. Sebabnya dapat berbuka awal. Tapi sekarang ni, hamikkk kauuuu...doa termakbul. Memang dok kat Sabah dah pun. Dah merasa dah pun berbuka awal. 6.34 pm dah berbuka dah. Lebih kurang awal sejam dari waktu berbuka kat Semenanjung kann....Tapi tak banyak beza pun. Sebabnya waktu imsak kat sini tersangat lah awal. 4.41 pagi dah masuk imsak. Subuh pulak 4.58 pagi. Terus terang aku bagitau yang sejak bulan puasa ni la aku dapat solat subuh setiap hari.Sebelum bulan puasa ni, ada la dekat 4-5 kali aku terlajak subuh. Sedar-sedar je dah pukul 6.Tu pun sebab time tu dah agak cerah sikit. Kalau kat semenanjung pukul 6 tu boleh rilek-rilek lagi kan sebelum solat subuh, kat sini, tak ada maknanya. Orang panggil dah subuh gajah dah...Tu la satu kelemahan bila dok kat Sabah ni. Dari segi juadah berbuka pula, makanan kat sini lebih kurang je macam dekat semenanjung, tapi korang jangan expect yang rasa die sama. Ada jugak sesetangah kuih yang tak ada kat jual kat sini. Macam aku ni banyak benda yang aku teringin sangat nak makan tapi tak ada kat sini. Contoh macam popiah basah, ayam percik, pastu banyak lagi la. Kunk aku senaraikan kunk ada juga yang terliur. Meleleh je air liur tu kan....hik3...

1st time berpuasa tengah pregnant
Alhamdulillah, setakat ni puasa aku masih penuh lagi. Tu la kelebihan pregnant time bulan puasa. Azam aku sebelum puasa hari tu teringin sangat nak puasa penuh. Ye lar...zaman sekolah rendah puasa ada la mis 1-2 hari, bila dah masuk sekolah menengah, dah datang period pulak. Bilanya nak puasa penuh. Ni dah pregnant ni harap aku dapat bertahan la sampai hujung Ramadhan ni. Harap-harap tak ada apa yang berlaku pada aku dan baby dalam perut ni. Moga-moga nanti bila die dah besar, tak ada la die ponteng puasa macam aku. Setakat ni aku tak ada lagi masalah. Tak pernah lagi hypo. Setakat pening-pening + loya-loya tu ada la jugak. baby pun aktif je..may be sebab die lapa kot kan. Kesian anak mama ni. Tak pe kita kat sini berbuka awal yer sayang...hik3....

Kalau nak ikotkan, banyak perkara 1st time yang aku lalui sekarang ni. Nak tulis panjang-panjang pun takut korang menyampahkan nak baca. So, ni je la yang palaing ketara sekali perkara 1st time yang berlaku dalam hidup aku.

p/s :: kenapa ek..sejak dah masuk 3rd trimester ni rasa pening dan loya macam 1st trimester dulu datang balik ? ? ? korang-korang yang dah jadi ibu & nak jadi ibu tu ada x rasa macam aku rasa ? ? ?

Sekian... ;)


6 comments:

  1. hehehe lebih kurang pengalaman 1st time kita :)

    haa nrmal la tu bila masuk 3rd tri.. datang balik penyakit 1st tri hehe

    ReplyDelete
  2. eh,apasal xckp..popia basah tu ada kt centre point...dkt palm square.ada satu booth tu jual popia basah...eca pena beli kt sana,t

    ReplyDelete
  3. hehe..bestkan berpose, bertadarrus n berbeli di bazar bersama suami..sy pon 1st tyme berpuasa bersama suami..sronok!..^^

    ReplyDelete
  4. @amal
    hu3..ptot la.rasa mlas pon btmbah2.rasa nk baring n berehat2 je dpn tv...

    ReplyDelete
  5. @Eca Dwinky Asha
    owh ye ker...xtau lak.xpe la..ag brape ari je ag nk blik kg..hik3...

    ReplyDelete
  6. @Ema Minami
    hik3..mmg best pon.trasa 1 nikmat.wlpn penat...

    ReplyDelete