Followers

Monday, June 6, 2011

Jemaah Kolesterol ! ! !

Assalamualaikum...
Hye semua.
Hu3..muka nampak macam malas je ye nak bekerja.
Ye la, semalam cuti. pi kenduri, jalan-jalan dengan en.boipren dah tentula hari ni malas kan nak kerja.
Bagun-bagun pi buat nescafe ke milo ke bagi cergas sikit.
Apa??
Nak makan nasi lemak ? ? ?
amboiii...
tak pe. pi la.
tapi jangan sampai jadi macam cerita 'Jemaah Kolesterol' hari Sabtu TV3 pukul 10 haritu dah la...ngeh3....

Bagi aku cerita tu sarat dengan nasihat. Sesuai sangat la TV3 tayang time musim kenduri sekarang ni. Tak ada la asyik-asyik cerita pasal cinta. Sekurang-kurangnya cerita tu dapat bagi kesedaran.

Jangan percayakan kepercayaan karut dan syirik. Pi masjid tiap-tiap waktu solat, tapi akidah tetap terpesong dengan kepercayaan karut. Dah tiba ajal seseorang tu kena la terima.bukannya mengaitkan kematian seseorang tu dengan kepercayaan tahyul.

Pemakanan yang seimbang. Macam mana la tak sakit. hari-hari pas balik sembahyang subuh singgah dulu pekena roti canai dan teh tarik. tu belum masuk lagi yang nak buat sedekah amal jariah belanja kawan. datang pulak sorang lagi belanja nasi lemak. kalau hari-hari la menu tu je, berapa banyak kalori dah terkumpul dalam badan. dan la tak bersenam. time lepas solat isyak pulak, ada ceramah agama. dah sah-sah ada jamuan makan.

Niat kena betul. Ada ke pi dengar ceramah kat masjid sebab ada makanan sedap-sedap lepas ceramah. aisssshhhh...bini kat rumah tak masak ka??? kalau tu la niat, baik tak payah pi.

Tahap kesihatan. Jangan menilai tahap kesihatan sesorang tu berdasarkan saiz badan. jangan ingat mereka yang bersaiz besar ni sihat. padahal orang yang berbadan besar ni la simpan banyak penyakit dalam badan. so, jalan terbaik ialah dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik. tak mampu pi klinik berbayar tu pi klinik kerajaan pun boleh. sekarang ni dah da klinik 1 Malaysia kan. so, kemudahan dah ada, gunakan lah dengan sebaik-baiknya.

Senaman. Bagi mereka yang dah berusia mesti ingat kalau senaman je mesti kena pi jogging keliling taman. ye dak ? ? ? persepsi ni salah okey. sila betulkan. tak semestinya kena pi jogging keliling stadium kalau senaman. buat senaman ringgan pun dah cukup untuk menggalakkan pengaliran darah keseluruh tubuh. pi keliling kawasan rumah pun cukup. pusing sepuluh kali sehari pun dah cukup. lagi bagus kalau masa tu antara 10-15 minit sehari.

Kesimpulannya, pemakanan, akidah dan ibadat, serta kesihatan perlulah seimbang dalam aspek Islam. Umat Islam telah digalakkan supaya memberikan perhatian terhadap kesihatan. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis,
“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM

1 comment: