Followers

Wednesday, June 20, 2012

BABY :: girl or boy

Assalamualaikum....
bila seseorang tu pregnant, mesti terpikir pasal jantina baby tu. mommy n papa baby tu dah tentulah excited, tapi kadang-kadang tu yang over excited tu kengkawan mommy n papa baby tu...hikhikhikhik.....macam diorang pulak yang pregnant. tak pe lah..berkongsi kegembiraan kan.


baru-baru ni aku pi follow-up untuk jumpa doctor..tapi kat KKIA je la..


masa scan tu aku tanya la kat doctor:: 
nampak macam gurlgurl ke boboy ? ? ?


doktor kata::
nampak macam ..................... je ! ! !


SECRET ! ! ! takmo bagitau sape-sape pun lagi.
serius aku dengan en.husband dah decide tak nak bagitau sape-sape pun pasal gender baby kami. saje nak surprise... ;)


bagi aku n en.husaband tak kisah lah baby gurl ke baby boy, anak tetap anak. tak ada la nak bezakan kasih sayang anak lelaki dengan anak perempuan. tetap juga anugerah Allah yang tidak terhingga ;)


sebenarnya penting juga untuk mommy n papa tau jantina anak dari awal. ni sebagai persediaan untuk memilih nama. ustaz sharhan dalam buku yang bertajuk 'SEINDAH NAMA SEMURNI PERIBADI' ada mengatakan bahawa, seelok-eloknya namakan bayi dalam kandungan seawal usia kandungan 120 hari iaitu bersamaan dengan 4 bulan. sebabnya ketika itu roh telah ditiup kedalam janin. so, nak bagi nama mesti la tau baby tu boy ke gurl..kunk bagi nama lelaki, keluar pulak pempuan, bagi nama pempuan keluar lak lelaki. tak ke masalah tu.
langkah mudah nak tau jantina baby, pi la buat scan. sekarang ni macam-macam jenis scan ada. ada yang sampai boleh tengok baby senyum pun ada  : ) tapi jangan ingat scan yang korang buat tu 100% tepat. ada jugak kes-kes yang time pi scan nampak bird, bila dah keluar tak ada pun bird nyer...hikhikhik....
aku pun tak berapa yakin dengan scan yang aku buat baru-baru nu.sebabnya doktor tu pun macam tak confident je. so, untuk beberapa hari selepas scan tu aku sibuk la mengoogle pasal gender baby ni. mengikut google-lan aku, pemakanan, sikap dan fizikal ibu tu mempengaruhi jantina baby.
dan lagi satu, cara tradisional orang melayu. iaitu melenggang perut. caranya, sebijik kelapa yang telah dibuang kulitnya, diletakkan di puncak perut ibu. kalau kelapa tu jatuh ke sebelah kanan, menandakan baby lelaki, kalau jatuh sebelah kiri baby perempuan ! ! !  tapi kalau jatuh kat celah kangkang or kat dada baby macam mana pulak yer ???? ermmmmmm........ :)

renung-renungkan dan selamat beramal ;) 
bukan untuk percaya, tapi sekadar untuk berkongsi.
okey...jom kita cek satu-satu..baby girl or baby boy ;) 
yang tulisan kaler merah, tu yang aku alami..





baby girl::
1. mengalami morning sickness pada awal kehamilan
2. merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
3. payudara kiri lebih besar berbanding kanan
4. rambut kelihatan kemerahan berbanding sebelum pregnant
5. bentuk perut condong ke arah atas
6. perut nampak agak lonjung
7. mengidam makanan manis
8. sukakan buah-buahan
9. suka minum air atau jus yang besifat masam
10. lebih cerewet semasa hamil
11. mudah moody berbanding sebelum pregnant
12. kulit wajah kelihatan bermasalah sebelum pregnant
13. tidak suka makan roti bersama kulitnya
14. payudara kelihatan mengembang
15. suka tidur menghadap kearah kiri


JUMLAH:: 6/15





baby boy::
1. tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tidak langsung.
2. degupan jantung bayi kurang dari 140 kali/minit.
3. merasakan berat beban pada bahagian hadapan tubuh.
4. perut kelihatan bulat sempurna
5. bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
6. bentuk perut condong ke arah bawah.
7. suka makanan yang masam dan masin
8. suka makan daging dan keju
9. tapak kaki selalu berasa sejuk
10. tangan selalu kekeringan
11. suka tidur menghadap kearah kanan.
12. kelihatan berseri semasa hamil.
13. selalu sakit kepala.
14. suami mengalami pertambahan berat badan.
15. hidung kelihatan lebih mekar.


JUMLAH:: 8/15


nampaknya, lebih pada baby boy..tapi beza 2 point je. nak percaya ke tak ? ? ? hik3...
benda-benda macam ni seberna nya psycho jugak, kalau kita percaya ibarat 1 doa.
so, sama-sama la kita fikir-fikirkan...


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM...











3 comments:

  1. wah exitednye... wat suprise je sis.. lagi2 ngan sedara mara.. anti dh keluar baru lah dieorang nengok sndiri kn.. hehe.. jg kesihatan diri n baby k :)

    ReplyDelete
  2. janji baby tu sihat, lelaki ke perempuan tu tak kisah dah kan kak? hehe. seronoknye baca entri org mengandung huhu

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yg sgt manis kan..jantina ape pun tkpe,janji sihat..:)

    ReplyDelete