Followers

Friday, June 15, 2012

Hospital Rakan Bayi

Assalamualaikum....
Pernah tak dengan pasal 'Hospital Rakan Bayi' ? ? ? Yang dah jadi ibu mesti dah tau kan pasal Hospital Rakan Bayi ni...yang tak tau lagi tu, meh baca ni..ni aku amik daripada buku aku time student dulu. sebelum habis study dulu, kolej ada anjurkan kursus laktasi..iaitu 1 langkah dalam menjayakan Polisi Hospital Rakan Bayi ni, staff nurse digalakkan untuk menjalani kursus ni yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan...siap dapat sijil lagi..hik3...Banyak ilmu yang aku dapat. Insyallah aku akan guna untuk baby yang bakal lahir nanti ;)

secara praktikalnya, sebuah Hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu wanita menyusukan babyi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi '10 Langkah ke Penyusuan Ibu yang Berjaya' yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dan WHO. tahu tak yang negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? dalam polisi ni ada menyatakan bahawa, semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga anak berusia 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulan semasa anak berusia 6 bulan...

Ada 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital tu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital) ::
1. mengadakan 1 polisi bertulis mengenai penyusuan susu ibu.
yang ni biasa la..POLISI BERTULIS ! ! ! kat dinding klinik kesihatan yang korang selalu pi follow-up tu mesti ada kan terpampang pasal baby friendly hospital ni.setakat tempek je kat dinding memang senang. nak mempraktikannya tu yang payah.

2. melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
pada staff-staff yang dah pi kursus laktasi tu jangan simpan je sijil tu, praktikkan...beri ilmu pada ibu-ibu pasal penyusuan ni. tak silap aku la, sapa yang berminat nak pi kursus laktasi ni boleh je. tak kisah la staff nurse ke, mak bidan ke..benda ni kan ilmu..tak salah rasanyer berkongsi.at lis ada kesedaran pada orang luar.


3. memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
kebanyakkan mengenai penyusuan susu ibu ni diberitahu seawal buat booking lagi...1st time datang klinik lagi. ingat tak time yang nurse da cek breast korang n bagitau mengenai penjagaan breast n nipple.dari situ lagi dah bermula..so, jangan kata nurse kat klinik tak bagitau pulak yer....


4. membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas kelahiran bayi
Baby friendly hospital diwajibkan untuk melakukan skin to skin contact antara ibu n bayi sebaik sahaja baby dilahirkan dalam masa 1 jam pertama. macam mat salleh punya style. elok je baby kuar diorang terus letak baby atas perut ibu..n sebaik sahaja tali pusat dipotong, n baby tak ada komplikasi pape, baby terus BF....

5. memberi tunjuk ajar kepada ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
yang ni sepatutnya di ajar dari awal, samada semasa di labor room selepas delivery dan masa kat post-natal ward..termasuk lah dari segi posisi ibu n baby, cara mengamou breast, teknik untuk memberhentikan baby menyusu dan banyak lagi. tapi tu pun bergantung pada  tempat, kalo tempat okey, Alhamdulillah..ada sesetengah tu, dibiarkan je ibu-ibu ni terkial-kial..


6. menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman dan makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
dalam hal ni, kebanyakkannyer adalah bayi pra-matang dan baby yang ada komplikasi.kebanyakkan bayi-bayi ni diletakkan di NICU (Neonatal Intensive Care Unit)..bayi-bayi pramatang contohnya akan diberikan susu formula yang dirumus khas untuk bayi pra-matang.tapi tak salah kalau ibu-ibu ni datang hari-hari dan BF baby tu..tak pun perah susu, label dan simpan kat NICU tu...kat situ dah siap provide peti ais untuk simpan susu-susu. apa yang penting, label susu tu..takut tertukar lak nanti.


7. mengamalkan 'rooming in' dimana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24jam sehari)
tak perlu lah nak asingkan bayi dan ibu.ni aku tengok lepas delivery je, ibu dan bayi akan dipisahkan.nak-nak yang bersalin secara LSCS.boleh je nak asingkan...tapi tak perlulah ward yang jauh.ni tak, bayi kat tingkat 3, mommy kat tingkat 5....apa salahnya diletakkan dalam ward yang sama. so, tak ada la menyusahkan ibu-ibu untuk berjalan jauh..

8. menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
tu pasal la aku kata tak perlu nak asingkan baby n ibu. bayangkan baby yang kuat menyusu, ibunyer pulak kat tingkat 5, nak suruh staff call ibu yang kat tingkat 5 tu turun BF anak die? ? ?tak ada maknanya..banyak lagi kerja staff nurse tu.langkah mudah untuk staff nurse tu, bagi formula milk kat baby. kalau nak tunggu lagi 2-3 jam baru mak baby datang tak ke melalak budak tu....so, berjaya ke Baby Friendly sesebuah hospital tu kalau benda ni berlaku ? ? ?


9. menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong
ni untuk elakkan baby keliru antara puting ibu n puting artificial.cara terbaik ialahbaby akan disusukan dengan menggunakan sudu.walaupun baby tu ditempatkan di NICU. 


10. membantu penubuhan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
okey...setiap hospital ada support group tersendiri. sebelum discharge hospital kena beri nama-nama orang yang boleh dihubungi jika ibu-ibu tersebut ada masalah dalam BF..contoh, ni bukan nak puji k...tapi kenyataan. masa praktikal kat Hospital Teluk Intan, sebelum ibu-ibu ni discharge, staff nurse kat post-natal ward tu akan beri ibu-ibu ni 1 pamplet yang tersenarai nama-nama mereka yang boleh dihubungi kalo da masalah dalam BF...so, ni bergantung la pada ibu-ibu tu, nak guna atau tidak kelebihan yang tersedia.. ! ! ! mereka-mereka yang terlibat dalam support group ni bukan lah orang lain, ada yang terdiri dari staff-staff hospital tu sendiri, dan ada yang pernah berkhidmat di hospital tu.

Apa yang aku boleh simpulkan kat sini, tak semua langkah-langkah kat atas ni dilakukan sepenuhnya..bukan dari pihak hospital tu sendiri tapi dari pihak diri ibu tu sendiri juga..so, 2-2 kena kerjasama.baru lah benda ni berjaya. ibu-ibu pulak jangan la putus asa dalam BF ni...jangan stress2...Insyallah akan berjaya ;)


1 comment:

  1. wah..1st time dengar pasal nie..hehe..biasa laa kaum lelaki jarang yang aware benda2 camni..lama giler tak dengar citer sue..igtkan dah deliver..hahaha..hopefully both of u are in good condition..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete