Followers

Tuesday, June 12, 2012

PREGNANT :: ATT


Assalamualaikum....
Hye mommy-mommy semua yang sudi baca blog ni...
hari ni nak bercerita pasal inj. ATT @ suntikan kancing gigi yang aku dah dapat..complete dah 2 dose.
1st dose dapat masa 19 weeks pregnancy n 2nd dose dapat masa 25 weeks...
jarak untuk dos pertama dan dos kedua adalah 1 bulan. sakit tak payah cakap la. rasa sengal-sengal kat tangan kat 3-4 hari gak la baru nak ilang. nama pun anti-tetanus dah sah-sah la rasa lenguh sebab melibatkan saraf.. nasib la dominant hand aku kanan n diorang cucuk kat tangan kiri, kalau tak, tak makan en.husband ! ! !

untuk injection ni, aku dapat dari klinik yang berlainan. 1st dose masa kat semenanjung, n 2nd dose masa kat Klinik Kesihatan Menggatal, Sabah. Kalau tanya, kat mana yang paling sakit, jawapannya kat Sabah ni la. May be sebab student inject kot, skill lemah lagi..huahauahuahuahua.....pandai-pandai aku je.macam tak pernah jadi student nurse ! ! ! !

Masa 1st dose tu aku dah agak dah memang aku akan kena cucuk walaupun follow-up sebelum tu tak ada nurse cakap. aku tau pun sebab, malam sebelum aku pi klinik tu aku pi bukak buku gynae time aku study dulu. aku memang macam tu. sebabnya, kat dalam buku aku tu siap bagitau apa prosedur untuk setiap kali pregnant mother datang klinik apa yang kena buat. so, pagi tu aku dah ready dah...hik3...

ni ada sikit info yang aku goggle pasal Inj. ATT ni.....


Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani.

Kuman tetanus boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Ia akan merosakan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit. Namun ianya boleh dicegah melalui suntikan vaksin.

”Berapakah suntikan yang diberikan? ”

Vaksin Tetanus Toxoid (TT) diberikan untuk melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk di dalam badan akan dihantarkan ke bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.

Jika ini adalah kehamilan pertama, sekurang-kurang dua kali suntikan yang diberikan. Suntikan pertama diberikan pada awal kehamilan dan dos yang kedua diberikan pada selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

suntikan ketiga diberikan selepas enam bulan suntikan kedua diambil agar dapat memberikan perlindungan sekurang-kurangnya lima tahun. Walaubagaimanapun ia tidak diamalkan di Malaysia.

Jika ini adalah kehamilan kedua, dan jarak kehamilan ini kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

Suntikan vaksin tetanus ini semakin tidak relevan pada masa sekarang kerana banyak hospital telah dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan ‘basmikuman’. Jadi risiko untuk mendapat jangkitan kuman tetanus telah berkurangan.

Suntikan itu juga boleh menyebabkan demam, dan ada kalanya tindakbalas alergi. Jadi ramai gynaecologist di hospital swasta yang tidak memberikan lagi suntikan itu.

Tetapi amalan ini masih lagi diamalkan di klinik kerajaan. Ia mungkin bertujuan mengurangkan risiko jika ibu yang hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.



okey, ni tambahan yer dari apa yang aku tau. selain daripa ibu hamil, suntikan ATT ni juga akan diberikan kepada mereka yang terpijak paku dan kes-kes kemalangan. Untuk kes kemalangan jalan raya, injection ATT ni diberikan semasa di tempat kejadian lagi bagi megelakkan berlakunya jangkitan kuman.

dan lagi satu, ibu-ibu hamil boleh refuse untuk tidak menerima injection ni. tapi bagi aku lebih baik amik kan..mencegah lebih baik dari merawat..tak gituuuuuu ? ? ?

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM...




2 comments:

  1. salaam,
    terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.

    Congrats on ur pregnancy. take good care k!

    ReplyDelete
  2. Gadis baru kene skali inject..
    minggu depan baru utk dos kali kedua...hihihi

    ReplyDelete