Followers

Friday, June 8, 2012

cari yang lain jumpa yang lain.....


Assalamualaikum.....
di tengah-tengah malam ni, aku saja la dok golek-golek atas katil ni.nak tido, awal lagi, nak baca novel rasa macam malas. so, aku pun men-goggle la persoalan-persoalan yang yang macam-macam wujud dalam kepala otak aku ni. salah satunya pasal kepak ayam.sejak aku sampai kat Sabah ni, bersepah-sepah aku tengok orang jual kepak ayam panggang.tak kisah la kat mana-mana pun. kat kedai makan dah tentu la...tu, kat fun fair depan 1B tu pun da orang jual. ke memang makanan tradisi diorang ? ? ?.....



disebabkan nak tau sangat pasal apa banyak sangat kepak ayam panggang kat Sabah ni, aku pun goggle la. tanya en.husband die pun tak tau sebab apa. tapi lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.tapi pasal kepak ayam ni jugak la.

aku ni memang suka sangat la makan kepak ayam. dari dulu lagi. time student dulu, member aku pernah tegur, kalau orang tu suka makan kepak ayam, nanti die pergi jauh...huhhuhuhuhu...memang jauh pun aku pergi sekarang ni..masin mulut korang ek.... ! ! !

KEPAK AYAM BAHAYA UNTUK KAUM WANITA ! ! !

baru baca tajuk aku dah cuak dah...bahaya pasal apa pulak.aku makan selama ni elok je.sakit perut pun tak..laju je tangan click kat tajuk tu. dah abeh baca aku pun start mengira berapa banyak kepak ayam yang aku dah makan...makan kepsi berebut kepak ayam dengan mama, makan pizza mesti oder chicken wings, goreng ayam kat rumah pun, mesti amik kepak ayam cepat-cepat..takut orang lain amik....buruk kan perangai ! ! !

LELAKI ? ? ? boleh kot makan...kot la ! ! ! ! sharing is caring kan...jom baca ni.....


Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah benar, seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku lagi  beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. 

Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita  lebih cenderung untuk pertumbuhan sista(cyst) di dalam rahim. Oleh itu, dinasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

sumber:: fieda


so, mulai hari ni kena kurangkan makan kepak ayam..dan mulai hari ni juga aku kena bermurah hati masa makan kepsi..sape yang makan kepsi dengan aku, nak kepak ayam je aku boleh bagi... ;)





SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM....



1 comment:

  1. makan ni jgn nak pantng.. sumbat je sume.. penyakit yg mendatang tu ketepikan dl.. hahaha

    ReplyDelete