Followers

Sunday, March 13, 2011

aksi ranjang Aaron Aziz & Lisa Surihani!!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum...
waaaa...gila ko tajuk dia.
kunk tak pasal-pasal kena saman dengan Aaron Aziz dan Lisa Surihani.
Terlebih dahulu nak minta maaf yer abang Aaron dan Kak Lisa.
Disamping tarik ramai baca entry ni, aku juga bantu promosi filem ni. korang kan suka baca bila tajuk entry macam ni. laju je datang blog aku.
hahahahaha....
disini harus aku akui bahawa tajuk-tajuk panas macam ni akan tarik lebih ramai untuk datang ke blog dan baca entry
okey2...dah menyimpang lak ni.
Ni antara filem yang aku tunggu-tunggu untuk tahun ni.
Ekceli tajuk tu apa yang aku baca dalam Berita Minggu di ruangan BPOP hari ni 
(13. march.2011)
sapa yang beli surat khabar Berita Minggu hari ni mesti dah tau kan.
FILEM OMBAK RINDU
filem yang diadaptasi daripada novel OMBAK RINDU karya novelis terkenal 
FAUZIAH ASHARI.
bagi sapa-sapa yang kaki novel macam aku ni mesti dah baca kan novel ni. 
OMBAK RINDU merupakan salah satu novel wajib yang dibaca oleh peminat-peminat novel kat Malaysia ni. Jalan cerita dia memang best dan jangan tak tau aku dah khatam novel ni dekat 4 kali.
Tu pasal aku agak excited sikit pasal filem ni.


Bagi sapa-sapa yang tak baca lagi tu memang rugi la...
so, cepat-cepat pergi terjah MPH BOOKSTORE/ POPULAR BOOKSTORE.
tu pun kalau ada stok lagi la.
kalau tak ada korang boleh beli dekat sini
pergi kat link kat atas tu, pastu korang akan nampak
CARI BUKU/PENULIS
taip OMBAK RINDU
kat situ ada diterangkan macam mana nak beli novel ni.

okey2..
peminat-peminat OMBAK RINDU mesti dah tau kan yang novel kegilaan kita ni akan dijadikan FILEM...!!!!!!
what??
betol ke??
Yup...
betul la...nape???
tak percaya yer...

maya karin & aaron aziz dalam ombak rindu
credit to pakcik google

Filem OMBAK RINDU arahan Osman Ali ini yang menampilkan Aaron Aziz (hariz) Maya karin (Izzah) dan Lisa Surihani (Mila) dan turut menampilkan Umie Aida mengisahkan Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Atas sebab itu, Izzah dipelihara oleh ayah saudaranya, Taha. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz.Pelbagai konflik berlaku semenjak kehadiran Mila? Apakah Izzah dan Mila bermadu? Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya? Jangan lupa saksikan di pawangan ye....

p/s: entry ni may be ramai blogger yang dah review sewaktu awal-awal majlis pelancaran filem ni iaitu sewaktu filem ni menjalani pengambaran. tak kisah la kan..sebab time tu aku tak join blog lagi. sekarang ni dah join dan tunggu filem ni ditayangkan.
Cinta....Tiada Akhirnya....sambungan Ombak Rindu

SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM


16 comments:

  1. walaaweehh,aku x sabar ar filem ni!! wahhh!!! >_< x sabar tengok,aku nak tgok jgak kalo tgok flem ni sama mcm apa yg aku baca..eee x sabar! *opss tergedik plak sni.ehehhe *
    mklum la sya pon minat novel gak,jadi klo jmpa entry mcm ni,bole gila jugak..hehe..hi! nice to meet ya ;]

    ReplyDelete
  2. waaa.. nak buat filem dah ye?? bile tu kua ek?? rase excited lak nk tgok.. mase bace pon dah feeling.. novel bicara hati xnak difilemkan ke?? hehe..

    ReplyDelete
  3. pernah tengok byk kali jugak novel ni.. tp x pernah baca.. heheh..

    ReplyDelete
  4. best novel ni..da bace lame dah..teringin nak bace lg lepas bace entri ni..

    :)

    ReplyDelete
  5. gambar mereka beranjangan tak de ke???alah..penat je klik laju2 tadi...

    ReplyDelete
  6. gempak sangat tajuk..fuhh
    nasi baik bukan betul ^_^

    ReplyDelete
  7. @kira kekuri
    nanti ramai2 kita serbu panggung k...
    excited juga nak tgu filem ni.
    tunggu jew yer..belum diumumkan lagi tarikhnya...
    hik3...

    ReplyDelete
  8. @Cik Rimau
    tarikh belum diumumkan lagi yunk...
    sumber mengatkan this year juga..
    sama2 kita tunggu yer...

    ReplyDelete
  9. @Solihin Zubir
    huhuhu...tau sgt dah...
    knape lelaki x minat baca novel???
    waaahhh...boleh jd topik ni...
    xpew2...t g tgok kt panggung k cite ni...

    ReplyDelete
  10. @Engku Muzahadin
    tarikh rasmi belum diumumkan lagi..tp sumber mengatakan this year jgk...

    ReplyDelete
  11. @cik ubi
    hik3...tau xpew..pas ni kena geledah almari la...

    ReplyDelete
  12. @tengku ashran
    hahahahaha....
    my sifu ajar, tajuk kena gempak.baru ramai yg nak bca entry kita...
    hik3...
    ceh..pandai je aku nasihat org.ilmu pun ciput ag...
    ha3...

    ReplyDelete
  13. nasib jantung xtercabut baca tajuk entri.. hahaha.....

    ReplyDelete
  14. @-ilhamArman-
    hahahaha...mula2 nak wt tajuk entry pon takut gak.kot2 la aaron aziz ngan lisa surihani baca sakit jantung diorang..
    da ke diorang nak bca blog buruk ni???
    hahahaha....

    ReplyDelete